Friday, March 16, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 3 : Guangzhou Part 3

So actuallynya dari Point D ke Point E tersebut, kami ke Beijing Shopping Street !


Wait !!!

No more shopping ! No more shopping ! Tanam dalam kepala masing masing.

Actually Beijing Shopping Street ni adalah salah satu daripada tempat shopping di Guangzhou.

Dari Yuexiu Park kami naik subway terus turun di station berdekatan dengan Hotel Landmark Canton. Tambang dia tak mahal. Dalam RMB3 jer. 2 station je. 

Sampai sampai, keluar dari subway terus lah menapak. Sebenarnya jauh jugak la nak sampai ke Beijing Shopping Street ni. Sepanjang jalan tu banyak bangunan pencakar langit. 

Aku dengan IH kan jalan laju. Main ikut kaki je. Kesian BW dengan peluk paper beg nya kena tinggal kat belakang. Tapi dia tak de la complain. Dia tahu dia tak boleh cope dengan pace kita orang. Dan kita orang pun tak de la tinggal dia jauh jauh. Masih pastikan dia ada kat belakang sebab orang ramai. Kang hilang BW susah pulak nak menjawab.

Kat Guangzhou ni orang memang ramai. Ramai gila gila. Kalau naik subway jangan harap la nak dapat seat. Dan kalau dapat seat biasanya aku terpaksa bagi sebab orang tua naik lah, pompuan mengandung lah, budak budak lah.

Naik Subway dia memang macam naik bas mini. Tapi time tu train kosong sikit sebab orang bekerja kot.

Kalau tidak, tak berlaga bontot memang tak sah. Nak dapat tempat duduk jauh sekali. Kalau dekat few station tu boleh la berdiri, kalau trip jauh jauh, lenguh kaki jugak lah.

Tapi nak buat cemana. Redha je lah.



Akhirnya dalam 20 minit menapak, sempat ambik gambar kiri kanan, akhirnya kami pun sampai la ke Beijing Shopping Street.

Dia jalan biasa je, tapi kenderaan tak boleh lalu. Cuma boleh jalan kaki je. Di kiri kanan memang penuh dengan kedai kedai. Orang pun ramai. Macam macam di jual. G2000 memang murah gila tapi kita orang tak boleh nak membeli belah dah. Save space beg.

Aku dah la lenguh bahu angkut beg. Kalau dapat duduk tu rasa lega gila. Rengsa berjalan dengan beg berat macam tu.

Kami just usha keliling je. Sempat duduk berehat dan makan biskut.

* nanges

Sempat beli strawberry tepi jalan. Sedap. Manis. Kita orang belasah kat situ jugak kecuali IH. Tak de main basuh basuh dah. 

Lapar punya pasal. Tapi memang sedap strawberry tu. Segar dari ladang.



Nampak kaca kat gambar atas tu?

Sebenarnya itu adalah bukti artifak sejarah menandakan bawah tu sebenarnya dia orang jumpa gate zaman Dynasty Ming kat situ. Tapi aku tengok macam dah tak de rupa gate pun.

Ada few spot lah. Ramai jugak yang lalu lalang dan singgah tak terkecuali kami yang menyebok nak tahu benda apa sebenarnya dalam kotak kaca tu.



Lepas tu menapak lagi dari hujung ke hujung yang lain. Ada jugak la dalam 2 km panjang jalan tu penuh dengan jualan.

Macam macam ada. Pastu belakang belakang kedai tu ada lagi kedai kedai kecik yang menjual beraneka macam benda. Tapi kita orang usha usha macam tu je lah. Perut lapar. Penat.

Tersilap usha, terusha mamat ni. 

Mula mula ingat kita orang je dok perhatikan dia sebab berkimono bagai berjalan, tapi rupanya orang lain pun sama. Ada siap ambik gambar dia dengan camera phone. Tapi mamat ni buat selamba je lintas jalan dan berjalan macam tak pedulikkan orang lain langsung. 

Catwalking......!


Lepas abis berjalan di Beijing Shopping Street tu, misi kami adalah nak cari subway station sebab nak pegi tempat lain pulak. Nak patah balik station tadi dah menghala ke lain dah. So kena cari line lain pulak yang menuju ke destinasi kami seterusnya.

Dari point E tu kami menapak cari subway. Agak jauh jugak la. Orang pun ramai di jalanan. Berlaga laga jadinya. Nasib baik akhirnya jumpa dan kami pun naik subway terus ke point F.




Di sini sebenarnya terletak bangunan bangunan baru yang menjadi mercu tanda kota Guangzhou.

Bangunan bangunan pencakar langit ni memang semua lawa lawa dan sangat mengkagumkan. Setiap bangunan kami berhenti sebab terpesona.

Paling menarik adalah Opera House dia yang dari jauh rupa macam kapal angkasa. Ada jugak bangunan bank yang macam bangunan Umeda di Osaka.

Pendek kata memang menarik lah.

Sebenarnya kawasan ni adalah kawasan tepian sungai yang mana berhadapan dengan Canton Tower tempat kami melepak malam semalamnya. So dari jauh memang kelihatan Canton Tower berdiri megah tapi cuaca tak berapa cun jadi gambar pun nampak kelabu je.




Apa yang menariknya, sempena dengan Tahun Baru Cina yang belum abis lagi tu, ada perhiasan naga yang di perbuat daripada bunga bunga segar.

Wangi kawasan tu jadinya. Kami pun usha usha la pusing pusing kawasan tu. Ramai orang jugak. Ramai pelancong agaknya. 

Sampaikan waktu kita orang tengah nak ambik gambar, ada je tak pasal pasal tolak kita orang ke tepi, takut masuk dalam gambar dia orang. Kurang asam betul. Aku dan IH saling berpandangan tak mengerti.

Kenapa mereka semua sebegitu?





Banyak lagi sebenarnya bangunan bangunan menarik di kawasan tu. 

Kami usha mana yang patut sebelum cuaca bertukar menjadi hujan. Lari ke subway station dan kami naik subway khas untuk ke South Guangzhou Railway Station. Tambang dia lebih kurang RMB2 jugak la. Train ni sebenarnya train khas untuk pelancong menghubungkan laluan dari stadium ke kawasan tepian ni. Mungkin dia buat khas bersempena dengan Sukan Asia di Guangzhou tahun 2010 dulu.

So ni lah satu satunya subway yang kita orang naik yang tak de orang. Lainnya memang penuh lah manusia. Dapat la kita orang duduk dan betul betul urat sikit.



Kami tak terus singgah di Railway Station, berhenti dulu sebab kena tukar train.

Turun dan usha lagi bangunan bangunan yang ada. Sempat beli air dan cokelat sebab lapar sangat. Duduk atas rumput dan makan. Orang lalu lalang tengok ada 3 orang gila tengah mamah cokelat dengan kadar yang sangat rakus.

Serious dah lapar !


Dan lepas tu kami pun naik subway lagi menuju ke Point G. 


Frankly, Guangzhou ni tak de apa pun sangat. Cuma nak shopping dan appreciate building dia OK lah. Tapi kalau nak spend lama lama rasanya tak menarik mana.

Anyway kami selesai mengembara di Guangzhou jadi lepas ni kami perlu naik train untuk ke destinasi seterusnya, Shenzen !


Ayuh !

bersambung...................

2 comments :

  1. syurga membeli-belah katenye...

    kalau beli apa2 kena check dulu sebelum keluar dari kedai. Ai dapat kain berlubang

    ReplyDelete
  2. RM : ya la..

    aisey.. thanks for the tips walaupun tak pasti nak pegi lagi ke tak ke sini

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...