Showing posts with label Sentosa. Show all posts
Showing posts with label Sentosa. Show all posts

Monday, May 19, 2014

13 - Trip GBS Gerek Seh ! - Sentosa | Resort World Sentosa

Dah abis borak borak, gelak ketawa, kutuk mengutuk, bercerita panjang lebar dekat Palawan Beach tu kami pun bergerak.

Dari Beach Station di Pulau Sentosa kami kembali ke Imbiah Station. Boleh je nak jalan kaki tapi sebab kami malas, so naik monorail. Lagi pun free jer.

Tujuan singgah di Imbiah adalah nak tengok Merlion Sentosa yang besar gedabak tu.

Merlion Sentosa. Boleh naik sampai dekat taring dia tu

Tak seperti Merlion Singapura di CBD tu, yang ni boleh naik sampai ke atas. Ada charge di kenakan. Tapi aku tak naik. Aku lepak dengan CP minum air, BW dengan IH yang pegi merayau.

Aku setakat ambik gambar dekat dekat situ je.

Sedikit kisah mengenai merlion ini.

Merlion atau Singa Laut merupakan haiwan dongeng yang menjaga kemakmuran Singapura. Al kisah lagenda Merlion ini adalah separuh singa dan separuh ikan yang menjadi sejarah dongeng Singapura sejak zaman berzaman.

Singa menggambarkan cerita rakyat Putera Sang Nila Utama dan Pura adalah bermaksud bandar. Ekor ikan melambangkan perkampungan nelayan purba Temasek. Temasek juga bermaksud "laut" dalam bahasa Jawa. Hari ini, Merlion adalah ikon Singapura yang berdiri megah dengan ketinggian 37 meter di Pulau Sentosa menghadap pelabuhan Singapura dan menarik pengunjung dari seluruh dunia.

Lagenda lama ini turut menceritakan, suatu malam yang gelap, pulau ini telah diancam oleh ribut ganas dan merlion telah berjuang menggunakan kuasa-kuasa ajaibnya dan berjaya melindungi tanah Singapura. Dipercayai juga bahawa merlion akan melawat Pulau Sentosa setiap tahun untuk menjaga kesejahteraan Singapura.

Hebat jugak kisah merlion ni rupanya.

Merlion Sentosa

Lepas BW dengan IH balik dari melilau di kawasan ni kami pun bergerak. 

Tak naik train pun, jalan kaki je menuju ke Resort World Sentosa.

Info and ticketing

Pamphlets

Masuk dalam bangunan The Forum. Banyak kedai kedai di sini termasuk HRC.

Aku sempat cilok ke Hard Rock Hotel, Sentosa

Pegi Hard Rock Shop kejap

Dan shopping baju untuk aku dengan OR. Baju budak budak sama harga dengan baju orang tua. Malas nak beli

Aku macam biasa lah, jalan cepat cepat tetiba je toleh belakang dia orang semua dah tak de !

Melilau ikut kaki, lama tu baru la gi cari dia orang semula. Dia orang ni memang dah faham sangat aku. Kejap ilang, kang aku muncul la semula. Sebab tu aku boleh travel dengan dia orang ni je sebab dia orang boleh tahan dengan perangai aku yang kejap hilang pastu baru ada balik. Dah terbiasa sebab selalu jalan sorang sorang jer. Suka merayau ikut kaki. 

Masalahnya aku yang nak kena cari dia orang balik !

Cari cari dia orang, ada rupanya tengah melepak sambil bersembang.

Dan dia orang sangat lah baik hati, tak pernah lah complain bising bising aku hilang ke mana atau tarik muka. 

Lepak lepak dekat area Universal Studio kejap.

Memang plan dalam trip ni tak masuk dalam sebab tak de masa. Dan aku memang plan nak ke sini nanti semula bawak budak budak. So datang jenguk je lah dulu. IH je dah pernah masuk US Singapore ni.

Universal Studio Singapore

Nanti Insya Allah satu hari nanti aku datang balik la ke sini. 

Aku cuma pernah masuk yang di Orlando dan Hollywood je. Masa kat Osaka hari tu pun tengok dari luar jer. Tak de la excited sangat tengok USS ni. 

Maybe sebab faktor faktor penuaan kot. 

* curah SKII di muka untuk hilangkan kedutan di wajah

Entrance Universal Studio Singapore

Waktu operasi

Sempat snap ke arah dalam

Rasanya setting dia mana mana Universal Studio lebih kurang jer

Kawasan USS

Time hari tu orang tak berapa ramai sangat pun

Ada lagi attraction lain

Pastu balik ke monorail station dan ambik monorel balik ke VivoCity.

Ni view dalam USS yang aku sempat snap dari atas monorel.



Nampak menarik !

Maybe sebab ini la Universal Studio yang paling latest di bina jadi semuanya baru baru dan kebaboooooo !!

Wajib pegi nanti. Tapi kena tunggu bajet lebih dan masa yang sesuai. Paling penting, tunggu OR terbuka hati pegi buat passport dia dulu. Dia malas nak gi report polis, passport dia hilang !

Universal Studio, kau nanti aku datang !



Cinta... Cinta.. Cinta.. 
Aku menanti
Cinta... Cinta.. Cinta.. 
Menanti cinta 
Cinta ...Cinta.. Cinta..
Aku menanti cinta mu

Peritnya hati ini gara gara cintamu
Ku cuba melupakan segala yang ada
Tapi mengapa ku masih perlukan kasih mu
Menagih cinta

Masih pantaskah kita bersama lagi
Biarpun yang kau mahu bukan ku lagi
Tapi masih ku harap kau kan kembali pada ku

Dengarkan la hati ini
Yang merayu kau kembali
Pasti akan tiada lagi cinta
Yang megisi ruang hidupku

Rindu bayangmu membara
Semakin menganggu menyiksa
Mengapakah ku rasakan begini
Ku menagih cintamu

Semestinya kau bukan milik ku
Seharusnya ku biar kau pergi
Tapi mengapa masih ku rindukan kasih mu
Menunggu cintamu

Masih adakah cinta di ruang hati ku
Untuk kau kembali bila di sisiku
Namun puas ku cuba masih terlihat bayangmu

Seharusnya ku bersalah
Usahlah biarkan ku sendiri
Tak mungkin lagi bertahan  tanpa mu

Gate Sentosa.....

Nak ke mana lagi ni?

Janji nak keluar dari Singapore pukul 10 pagi. Ini dah dekat tengahari !!

bersambung...........

Sunday, May 18, 2014

12 - Trip GBS Gerek Seh ! - Sentosa | Sentosa Beach

Dari Chinatown, kami naik train terus ke VivoCity Singapore. The largest shopping mall di Singapore.

Memang besar betul. Bertingkat tingkat !

Dah pulang kan Tourist Pass kat station Chinatown dan dapat deposit balik semula SGD10. Duit tu buat tambang untuk perjalanan hari ni. Konon konon nak keluar dari Singapura sebelum tengahari. 

Dekat VivoCity, kami naik atas sekali dan beli tiket monorail ke Sentosa. Harganya SGD4. Besar sungguh mall dia, tapi kami langsung tak masuk kedai kedai yang ada.

Pandang sepi jer.

Sentosa Kaunter Ticket, VivoCity

VivoCity, Singapore

Beli tiket

Dah dapat tiket

Naik monorel

Tiket sekali beli je. Balik nanti FOC. Tapi simpan je la tiket tu in case dia orang nak check.

Sampai di Sentosa Island, ada 3 station monorel ni. Waterfront Station ( ada Universal Studio ), Imbiah Station ( Merlion Sentosa) dan juga Beach Station ( paling hujung ).

Kami jumpa 1 rombongan semua pakai baju SUPERMAN !!! Ramai. Ada dekat 30 orang.

Hahahaha. Club peminat I kah?

Apa? No?

* hempas microfon dan lari terjun dari pentas

Kami naik train ke station paling hujung dulu untuk melihat kawasan.

Beach Station

Turun Beach Station boleh ke kiri dan ke kanan

Skydiving.. kalu berminat

Kedai makan

Area area ni tempat CP bermadu asmara dengan ex OR dia dulu so dia agak feeling feeling terlajak dengan tempat ni.  

Kasik can dia mengenang kisah lama. Kami yang lain merayau ikut kaki jer.

Ada Song of the Sea performance

Show nya

Tempat show Song of the Sea

Ada kedai

Kami ke Siloso Beach dulu.

Kat sini ada la nampak mat salleh melepak lepak bersama keluarga. Pantai dia tak besar tapi cukup bersih. Memang di jaga betul lah. Ada cafe dan tempat istirehat jugak.

Siloso Beach

Boleh naik tram ni ke hulu ke hilir. FOC

Pantainya...

Orang orang berehat

Layan gambar je lah.

Tak tau nak cerita apa. Apa yang pasti aku sangat kagum dengan kebersihan pantai di Pulau Sentosa ni.

Be safe, have fun !

Salah satu cafe di Siloso Beach

Siloso Beach

Siloso Beach

Shangri-La Rasa Sentosa Hotel - The only one beachfront resort in Singapore

Siloso Beach

Cable car station

Then kami ke Palawan Beach. Nama pantai macam di Pulau Karimun je.

Bagi aku Siloso lagi nampak lawa, tapi Palawan di Sentosa ni lagi luas pantai dia dan ada port port nak melepak juga. Dari sini boleh ke 'the southernmost point of continental Asia' yang di claimed oleh Singapore walhal mereka tak sedar yang mereka adalah pulau dan tak bertangkup pun dengan mainland benua Asia.

Palawan Beach

Waterpark Port of Lost Wonder di Palawan Beach

Palawan Beach. KidZania Singapore under construction ( at the back )

Palawan Island - Southernmost point of continental Asia

Duduk lepak lepak dan borak borak. Kisah hidup. Kisah hati. Cerita perihal dunia. Pasal segala gala.

Bukan selalu pun kami dapat berkumpul macam ni.

Lama tak lepak borak borak. Masing masing busy manjang. Sesekali berjumpa macam ni la banyak cerita nak update. Maklum la semua ada tanggungjawab tersendiri.

"Rugi je tak bawak makanan kalau tak boleh gak makan makan. Ada nasi lemak best ni !"

* mati la anak tekak nak melantak je kejenya.

Dan di Singapore ni semuanya terlaksana lagi untuk tahun ni dan kami akan sentiasa menunggu peluang peluang yang serupa di masa akan datang.



Ku tetap kan menunggumu
Walau apa pun berlaku
Ku tetap kan bersamamu
Hanya waktu yang berlalu

Ku impikan dikau selalu
Hanya itu yang ku mampu
Masih terasa sentuhmu
Kapan lagi kan bertemu

Ku berjanji kan selalu
Di sampingmu walau jauh
Jauh ke hujung dunia ini

Ku tetap kan menunggumu
Jangan bimbang, jangan ragu
Kau tetap bintang hatiku
Kekal sehingga akhir hayatku
Ku tetap kan menunggu
Ku tetap kan menunggumu

Ku impikan dikau slalu
Hanya itu yang ku mampu
Masih terasa sentuhmu
Kapan lagi kan bertemu

bersambung..........

Monday, April 21, 2014

Hard Rock Hotel, Singapore

Mari mari ke Hard Rock Hotel Singapore di Sentosa Island.

Nak stay sini tak berapa mampu lagi. So skodeng dulu apa yang patut. Semoga datang semangat untuk menabung.

Hard Rock Hotel Singapore

Entrance

HRH Sentosa

Lobby

Check in

Lobby at the bar

Minom dulu? 

Rooms

Kids pools

Pool area

Bangunan hotel

Pool bar

Mau mandi?

Hotel nampak OK dan baru. Bersih dan agak cool ambiance nya. Cuma nampak macam kecik, maybe sebab kawasan yang agak limited.

Pool memang hinzal.

Sesapa banyak duit pi la try tidur sini.

OK. Rock Shop kat Hard Rock Cafe Sentosa ni pulak ada 2. Satu kat area shopping The Forum, Resort World dan satu lagi kat dalam Hard Rock Hotel Sentosa. Di bahagian lobby.

Yang ni lagi besar Rock Shop dia.

Rock Shop HRH Singapore

Rock Shop HRH

Rock Shop

Baju bajan

T shirt

Macam biasalah. Yang terlarang tu godaan. Yang tak leh masuk tu lah aku nak masuk. Hahaha.

Opssss I did it again !

Boleh je kalau nak masuk. Entrance ke hotel dari The Forum tu ada 2. Satu yang sebelah kiri dan satu lagi tepi belah kanan Hard Rock Cafe The Forum ni. Yang belah kiri tu memang kena ada akses kad untuk masuk. Yang belah kanan tak de. Yang ni bagi akses terus ke pool Hard Rock Hotel.

Macam biasa, buat muka mewah dan pegi usharina. Paling cool buat muka sesat.



yeah yeah yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah yeah yeah yeah

I think I did it again
I made you believe we're more than just friends
Oh baby
It might seem like a crush
But it doesn't mean that I'm serious
'Cause to lose all my senses
That is just so typically me
Oh baby, baby

Oops!...I did it again
I played with your heart, got lost in the game
Oh baby, baby
Oops!...You think I'm in love
That I'm sent from above
I'm not that innocent

You see my problem is this
I'm dreaming away
Wishing that heroes, they truly exist
I cry, watching the days
Can't you see I'm a fool in so many ways
But to lose all my senses
That is just so typically me
Baby, oh

Yeah yeah yeah yeah yeah yeah
Yeah yeah yeah yeah yeah yeah

"All aboard"
"Britney, before you go, there's something I want you to have"
"Oh, it's beautiful, but wait a minute, isn't this...?"
"Yeah, yes it is"
"But I thought the old lady dropped it into the ocean in the end"
"Well baby, I went down and got it for you"
"Oh, you shouldn't have"

Oops!...I did it again to your heart
Got lost in this game, oh baby
Oops!...You think that I'm sent from above
I'm not that innocent

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...