Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

Saturday, June 25, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 17 - Madinah : Menuju Tanah Haram Mekah

Setelah selesai bermiqat di Bir Ali, bas yang membawa kami mula bergerak meninggalkan Madinah.

Bye bye Madinah

Perjalanan dari Madinah ke Mekah akan mengambil masa lebih kurang 7 jam termasuk berhenti untuk makan malam dan solat di perjalanan.

Seawal awal perjalanan, Mutawwif memimpin kami untuk membaca talbiyah.

Biasa dengar kan...

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

Biasa kalau kita dengar Talbiyah ni tak de rasa apa apa sangat. Just lembutkan lidah ikut je lah berulang ulang kali. Tapi menjadi part of jemaah dengan misi untuk datang melihat kaabah, hati tiba tiba jadi sayu.

‘Talbiyah’ ialah ucapan kehadiran yang dilafaz oleh para jemaah haji dan umrah setelah berihram ketika berada di tanah suci. Bertalbiyah dengan menyahut seruan Allah, pembuka ucapan dan pengakuan atau ikrar, iltizam serta komitmen perjanjian dan seolah olah berkata-kata secara langsung dan berdialog dengan Allah SWT.

Lagi lagi kalau dalami maksud Talbiah ni sendiri.

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! 
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, 
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, 
Allah .... yang tidak ada sekutu bagi-Mu, 
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, 

Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, 
Tidak ada sekutu bagi-Mu.

Dan mutawwif aku agak bagus lah, dia siap explain lagi maksud yang lebih mendalam dari setiap kalimah yang di ucapkan tu.

Ya Allah!

Aku menjawab dan menerima panggilan Tuhanku (Rabb) dan tetap dalam ketaatan kepada-Nya. Tiada satu pun yang menyekutukan Allah SWT dalam segala sesuatu.

Bahawasanya aku datang menyahut panggilan ini hanya semata-mata kerana Mu Ya Allah, 

Bukan kerana pujian, 
Bukan ingin terkenal dan disanjung orang. 
Tidak juga kerana harta, dan lain-lain, 
tetapi daku ber-umrah dan menerima panggilan tersebut semata-mata hanya kerana Allah Taala. 

Sesungguhnya aku berikrar dan mengakui bahawa semua pujian
Nikmat dan kekuasaan itu hanyalah milik-Mu sahaja. 
Dan kesemua itu tidak ada sekutu bagiMu Ya Tuhan ku....

Lebih kurang macam tu lah. Memang kalau lafazkan dari hati, cepat je rasa sayu. Rasa diri ni kecik jer. Tak berdaya. Tak de sebarang kelebihan pun. Apa yang ada ni pun semua bukan milik kita yang mutlak. Jadi tak perlulah nak berbangga diri atau terasa diri kita ni terlebih istimewa dari orang lain. Semuanya sama di sini Allah SWT.

Dan aku di jemput ini pun hanya sebagai seorang hamba ! Jadi aku kena rendahkan hati dan perasaan. Banyak benda terlarang yang antara sedar dan tidak yang dah aku lakukan. Moga moga ibadah umrah aku yang pertama ini beroleh keberkatan dan menjadi umrah yang maqbullah (yang di terima) oleh Allah SWT.



Labbaik Allahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda wanni’matalak
Walmulkala syarikalak

Wahai Allah kami datang memenuhi panggilanMu
Tiadalah sekutu untukMu, segala puji dan kuasa untukMu
Kami meraba tanpa cahaya, kami yang lupa hina dan papa
Di hadapanMu yang Maha Indah, di hadapanMu yang Maha Mulia

Labbaik Allahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda wanni’matalak
Walmulkala syarikalak

Labbaik Allahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda wanni’matalak
Walmulkala syarikalak

Labbaik Allahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda wanni’matalak
Walmulkala syarikalak

(labbaik Allahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda wanni’matalak
Walmulkala syarikalak

Labbaik Allahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda wanni’matalak
Walmulkala syarikalak)

Labbaik Allahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda wanni’matalak
Walmulkala syarikalak

Labbaik Allahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda wanni’matalak
Walmulkala syarikalak

(labbaik Allahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda wanni’matalak
Walmulkala syarikalak)

Selesai bertalbiyah dalam bas jadi senyap dan sunyi.

Aku memang dok belakang dan jemaah aku ni tak ramai pun. Ada 15 orang je jadi seat bas buleh conquer sesuka hati.

Nak tidur tak lena. Hati sayu jugak terasa. Tapi dah bosan. Last sekali let's uols... snappy snappy !

Bentuk muka bumi Tanah Arab sewaktu perjalanan dari Madinah ke Mekah

Nampak unta kabi kabi berpeleseran di jalanan

Kawasan pergunungan yang kering dan tandus

Bayangkan Nabi dulu berhijrah dengan cuaca dan bentuk muka bumi macam ni? Pastinya cabaran terlalu berat untuk ditempuh oleh Baginda dan para sahabat.

Kering dan kontang

Memang perjalanan awal lebih kepada pemandangan yang bergurun tandus macam ni

Then nampak kawasan pelupusan kenderaan

Ada masjid tepi highway

Pokok kurma

Dah hampir ke petang

Dah dekat nak maghrib tu, akhirnya bas memasuki kawasan rehat Wadi apa ntah aku lupa, so kami akan singgah untuk makan dan juga solat jamak maghrib dan Isyak di sini.

Tempat ni memang ramai orang berhenti. Bas pun banyak gila.

Kami makan di salah satu restoran di sini yang menyediakan nasi arab.

Hidangan memang tak berapa memenuhi piawaian tapi aku redha la makan dan jamah. Rezeki.

Lepak lepak layan kopi sambil tunggu azan maghrib

Ada orang jual jualan. Ada mamat ni jual madu pandai cakap Melayu. Tapi dia tak reti beza asli dengan campur. Terbalik balik dia cakap.

Layan sunset dari bumi Arab !

Matahari, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan jarak pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak pula berlebihan. Jika matahari memancar 50% kurang dari sekarang, kita akan membeku, dan jika ia memancar 50% lebih dari sekarang kita akan terbakar.

Jika bulan yang kita ada sekarang cuma jarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak yang ada sekarang, air pasang surut akan menjadi terlalu besar dimana dalam 2 kali sehari seluruh benua akan ditelenggami air dan gunung ganang pun akan terhakis. 

Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianyq akan menyebabkan tiada lagi oksigen wujud dan semua hidupan akan mati.

Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut dan tiada tumbuhan akan wujud.. Jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta-juta kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran dimana-mana jua..

Allahu... Dialah menciptakan tetapan yang menyeluruh ini, Dialah juga yang memeliharanya dengan tidak henti-hentinya...

Ingat tak pakcik yang aku pajak untuk jaga dia sepanjang masa umrah ni? Masa makan tu dia makan dengan wife dengan anak pompuan dia so aku tak kisah lah. Abis solat aku terus balik ke bas.

Solat di masjid ni. Masjid penuh terpaksa tunggu turn.

Lama gak tunggu pelik kenapa bas tak bergerak, rupanya Pakcik tu tak der ! Sebab semua orang tau dia selalu dengan aku, so semua tanya aku. Aku pun tak de idea.

Satu hal pulak aku dengan mutawwif pegi carik dia. Last sekali nasib baik terjumpa. Dia duduk sorang sorang kat kedai makan tadi.

"Kita gi doh cari bas. Dok jupo..."
"Bas tu parking jauh sikit"
"Itta doh. Dok jupo hok tulih boy-ages"

Ha ha ha. Tak tahan pulak aku nak tergelak. Tapi kang terlucut pulak kain ihram.

Boy-ages tu adalah Voyages ! Perkataan yang tertulis pada badan bas. 

Pakcik ni memang kelakar tapi dia tak kelakar. Dia selalu buat hal dia jer pastu nanti anak dia membebel. Pakcik ni buat aku teringat kat Pakcik James. Aku niat, satu hari nanti kalau ada rezeki aku bawak Pakcik James ke Mekah. Biar la kalau dia selalu bingung bingung pun (Pakcik James kena stroke). So sekarang ni aku praktis dulu nak handle pakcik ni kat sini. Kena banyak bersabar walaupun pantang aku alpa sikit dia cepat hilang dari pandangan mata.

Kena selalu alert dan bersiap siaga.... bak kata orang Jawa..... ' Practice makes perfect ! :-)'

bersambung.....................

Friday, June 24, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 16 - Madinah : Bir Ali

Bir Ali merupakan sebuah masjid yang dikenali dengan binaan berkotak dengan struktur menaranya yang unik.

Menara Bir Ali

Ia juga adalah tempat bagi jemaah yang datang dari Madinah dan ingin mengerjakan Haji atau Umrah di Mekah maka jemaah tersebut perlulah bermiqat di Bir Ali ini mengambil contoh sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid ini merupakan tempat miqat makani atau tempat untuk memulakan ihram. 

Di sini seluruh jemaah yang hendak mengerjakan umrah akan mula memakai ihram, berniat serta solat 2 rakaat sunat ihram.

Sempadan tanah haram

Bir Ali atau Masjid Bir Ali ini terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari kota Madinah dan berada di persempadanan tanah haram Madinah. Di sini lah jemaah lelaki akan memakai ihram, dan para jemaah akan solat sunat ihram 2 rakaat serta mula memasang niat ihram di miqat ini dan bersiap sedia untuk mengerjakan umrah ke Mekah.

Jarak perjalanan dari Bir Ali ke kota Mekah memakan masa sekitar 5 - 6 jam merentasi perjalanan dengan jarak 450 KM dan sepanjang perjalanan ini, jemaah perlu mematuhi 13 perkara yang dilarang ketika berihram sehinggalah selesai melakukan semua rukun umrah.

Apa dia rukun Umrah?

01. Niat di Miqat
02. Tawaf di Baitullah
03. Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah.
04. Tahalul ( Bercukur atau bergunting )
05. Tertib

Mudah je kan? Tak banyak pun kan? Tapi...............

13 Perkara Yang Dilarang Semasa Berihram Sebaik sahaja seorang itu berniat haji atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut :

01. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainyatetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung.
02. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
03. Menutup muka bagi wanita.
04. Memakai sarung tangan.
05. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedut ke dalam hidung.
06. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.
07. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.
08. Mengerat atau membuang kuku.
09. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Haram.
10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.
11. Bersetubuh.
12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

Kalau langgar pantang?

Pumping sampai pengsan ! Hahahaha. Tak de lah.

Hukum melanggar larangan dalam ihram. Terdapat 3 hukuman kepada mereka yang melanggar larangan dalam ihram:

01. Melakukan dengan hajat dan tanpa uzur, hukumnya berdosa dan wajib membayar dam
02. Melakukan tanpa niat tetapi terpaksa, hukumnya tidak berdosa tetapi wajib membayar dam
03. Kerana uzur atau jahil (tidak tahu), terlupa, dipaksa atau dilakukan ketika tidur maka tidak berdosa dan tidak dikenakan dam.

Kawasan berbukit

Masjid Bir Ali yang terletak di tepi jalanraya utama menuju ke Mekah

Oleh kerana Bir Ali ini dikenali sebagai tempat bermiqat maka ianya juga dikenali dengan nama Masjid al Miqat. 

Terdapat juga nama nama lain yang begitu synonm dengan Bir Ali ini termasuk la Masjid as Syajarah (pokok) yang merujuk kepada peristiwa sejarah Nabi Muhammad SAW pernah duduk di pokok tersebut sewaktu menuju ke Mekah dan pada pokok itu lah masjid Bir Ali ini di dirikan dan Nabi telah solat di dalamnya.

Bir Ali juga dikenali sebagai Masjid al Miqat. Masjid ini turut disebut juga dengan Masjid Dzhul Hulaifah, Masjid Syajarah atau Masjid Mahram

 Ia juga dikenali dengan nama Masjid Dzul Hulaifah bersempena dengan daerah kawasan di mana masjid ini berada.

 Nama Bir Ali adalah bersempena dengan kawasan sekitarnya yang memiliki banyak sumur (telaga?)

Lokasi masjid ini cukup unik. Jika dillihat dari kejauhan masjid ini seolah berada di sebuah lembah. Dari jauh hanya mampak menara tunggalnya sahaja dan menara itu seolah olah muncul dari balik pohon pohon yang rimbun di tengah tengah bukit berbatu.

Struktur senibinanya sangat istimewa kerana masjid ini memiliki menara yang mempunyai senibina yang luar biasa dengan kawasan lapang di tengah tengah bangunannya yang mempunyai banyak lorong terbuka serta banyak pokok pokok di halaman sebelah kawasan dalamnya.

Menara di tengah tengah masjid dengan kawasan terbuka dan pokok pokok tumbuh menghijau

Kawasan dan ruang di tengah tengah halaman.

Kawasan taman dengan pokok pokok kurma

Biasanya bas yang membawa jemaah menujju ke Mekah akan berhenti di sini untuk jemaah lelaki menukar ihram. Biasanya masa di beri masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Memandangkan semua jemaah yang dari Madinah dan ingin ke Mekah akan berhenti di sini, maka bersedialah dengan orang yang ramai yang akan memakai ihram dan sebagainya especially pengunaan tandas.

Namun begutu, Masjid Bir Ali ni menyediakan kawasan parking dan tandas serta tempat mandi yang cukup banyak iaitu melebihi 512 buah tandas serta 566 tempat mandi untuk kemudahan jemaah serta jumlah parking untuk lebih 500 kenderaan.

Kawasan tandas serta bilik mandi

Memandangkan kedudukannya yang amat penting dalam sejarah serta fungsi khusus yang menjadi tumpuan para jemaah.  Masjid ini telah dibangunkan dan menjalani proses renovation di bawah Raja Fahd dengan belanja sekitar 170 Juta Riyal. Ianya boleh menampung lebih kurang 5000 jemaah pada satu satu masa. Kubahnya setinggi 28 meter manakala menaranya 64 meter tinggi.

 
Senibina Bir Ali dengan keluasan sekitar 90 ribu per segi. Bangunan masjidnya sahaja lebih kurang 26 ribu meter persegi. 

 34 ribu meter persegi terdiri dari jalan, kawasan parking serta pavilion dan pokok pokok.

Sebab aku dah siap siap berihram dari hotel di Madinah lagi so tak de lah nak tukar dah. Terus je masuk dalam masjid untuk solat sunat.

Jom masuk dalam !

Tanda perasmian Masjid Bir Ali

Lantai Masjid Bir Ali diperbuat daripada marmar dan batu granit manakala daun pintunya dari kayu.

 
Mihrab Bir Ali yang simple dan kosong

Dewan solat utama yang di selang seli dengan tiang tiang besar

Jemaah lelaki mengambil kesempatan untuk memakai ihram

Serta solat sunat ihram

Karpet berwarna merah

Malangnya masa yang di beri terlalu cepat so tak dan aku nak riki riki kawasan Bir Ali ni dengan lebih details.

Siap berihram, balik semula ke tempat bas dan nanti niat dalam bas je. Mutawif akan bagitau apa yang perlu.

Pavilion dan kawasan tempat orang berniaga

Bersiap untuk meninggalkan Bir Ali

Masjid Bir Ali

Sebaik saja selesai solat sunat ihram dan berniat di sini, hati terus rasa berdebar debar. 

Jauh lagi perjalanan nak sampai ke Mekah ni, dan dalam hati aku di serang rasa gundah gulana.

Apakah mungkin terjadi apa apa yang pernah aku dengar selama ni?

Saat bergerak meninggalkan kota Madinah ini buat aku rasa tak menentu. Cuak lah ! Satunya aku bakal berumrah. Ke dua nya, aku bakal melihat Kaabah. Rumah Allah. Tapi .......

Aku pernah dengar ada orang yang sampai di sana dan tak dapat melihat kaabah.

Fuh. Ya Tuhan... jangan la aku tergolong dalam orang orang yang kau tutup terus pandangan.

Separuh aku rasa teruja, dan separuh lagi hati dup. dap. dup. dap...

Dalam hati terus kuat berdoa !



Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

bersambung.....

Thursday, June 23, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 15 - Madinah : Al-Madina Museum | Al Hejaz Railway Museum | Amberiye Mosque

Berkesempatan berada di Madinah, dan dah survey skit skit, aku memang bercadang nak pegi melawat ke tempat ni iaitu Museum Al Madina.

Apa lagi yang ada di Madinah ni kalau bukan muzium. Takkan desco kot? Opsss.

Tapi... info yang aku dapat dalam internet selalu seleweng aku ke Museum Darl Al Madinah yang aku rasa aku tersilap pegi tu. Info kat internet tak lengkap. Sebab baca pun sekali lalu, rupa rupanya baru la aku dapat tau yang nama lain untuk Al Madina Museum ni adalah Al Hejaz Railway Museum !

Tipah terpedaya......... !

Buleh je dia letak nama museum ni Al Madina Al Munawarah Museum

Baik dalam internet mahupun google map semua menipu. Bila check dia kata lokasi dia dekat dengan Hotel Movenpick tempat aku stay. So aku pegi lah jalan kaki. Tapi tak jumpa jumpa. Tanya orang pun semua macam tak tau. Last sekali sampai bangunan gudang !

Hampeh. Buang masa aku jer. Putus asa jap. Tapi usaha kena gigih !

Lepas dapat nama lain bagi Al Madina Museum ni, aku pun try pakai Uber sekali lagi dan sorang mamat ni muncul dengan Kia Optima dia berhenti tepi highway dan expect aku cross jalan yang busy tu. Hangin gak la aku di buatnya.

Pastu bila masuk kereta, dia pun tak tau kat mana Al Hejaz Railway Museum ni. Apatah lagi Al Madina Museum. Lagi mengharukan, dia tak faham English so dia dok cakap Arab dan aku dok cakap English. Last last dua dua bengong sekejap. Aku siap surf cari nama tempat ni dalam Arabic pun dia tak tau gak. Last sekali dia telefon kawan dia dan dengan kos transport sebanyak 10 riyal, akhirnya aku sampai ke tempat yang aku idamkan !

Bangunan muzium

Rupa rupanya, muzium ni ada 2. Yang depan ni Al Madina Al Munawarah Museum dan yang belah belakang adalah Al Hejaz Railway Museum. So kalau nak cari, guna Al Hejaz Railway Museum tu.

Okey. Masa tak banyak. Hari pun dah petang. Dah membazir masa tawaf kawasan tadik. 

So usha kawasan persekitaran muzium ni dulu.

Ni rasanya bangunan kerajaan. Besar semacam je

Petang petang ni ramai je lepak lepak kat padang berborak borak bergossipan. Ada masjid dengan gaya binaan Turkey. Nanti aku pegi ! Now kita masuk muzium dulu

Dipersilakan masuk

Papan tanda bagi nama pendek pulak dah

Ya... aku datang ni. Cepat buat kopi !

Al Madina Museum ini terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi tapi belah opposite site dari hotel aku. So kalau dari belah aku datang tadi memang jauh sikit.

Muzium ini dibuka dari jam 9:00 - 21:00 Sabtu - Khamis dan dari 17:00-21:00 pada hari Jumaat.

Dia bukak sampai malam. Tapi aku nak kejar maghrib di masjid so aku tak leh berlama lama di sini. Yang bestnya masuk adalah percuma !!!

Muzium Al Madina ini yang occupied bangunan depan kompleks muzium ini memaparkan pamera artifak tinggalan dari zaman Muhajirin dan Ansar lagi termasuk la beberapa bukti penting dalam pembangunan kota Madinah sejak zaman Rasulullah lagi. Tapi barang di ingat, di sini, barang barang peninggalan nabi dan para sahabat sudah tidak ada lagi kerana telah di ambil oleh kerajaan Ottoman yang pernah menawan kota Madinah ini.

Apa yang menarik di muzium ni adalah terdapatnya Al Hijaz Railway Museum di belah belakang bangunan yang satu ketika dulu menjadi nadi pengangkutan penting yang menghubungkan Madinah dengan kota Damsyik di Syria sewaktu pemerintahan Uthmaniyyah dari Turkey. Sebab itu lah segala barang barang peninggalan Nabi Muhammad serta para sahabat telah di bawa ke Turkey dan khabarnya kebanyakkannya di pamerkan di Istana Topkapi di Istanbul.

Lupakan dulu pasal keretapi tu, kita usha dulu bangunan muzium n. Layan gambar.

Dalam bangunan muzium di tingkat bawah

Replika kompleks Al Madina Museum

Pameran peralatan lama yang pernah di pakai

Peti apa ntah. 

Sempat jugak la aku jadi jurukamera ambik gambar orang dalam muzium ni

Tingkat bawah lebih banyak ruang lapang siap dengan kerusi istirehat

Tak perlu buang masa kat bawah sebab tak de apa sangat. Naik ke tingkat atas ada ruang pameran yang lebih padu. Ada bilik bilik yang memaparkan pelbagai bukti sejarah serta gambar gambar perubahan Kota Madinah dari zaman Rasulullah S.A.W hinggalah kedatangan Raja Saudi yang mengambil alih pemerintahan negara ini.

Tingkap

Pasu pasu dan barang barang lama. Aku pun tak berapa check apa benda tu

Ada jugak barang barang dari kaum Ansar dan Muhajirin

Al Quran lama

Naskah

Barang barang sejarah

Okey.. pusing pusing masuk satu bilik ke satu bilik yang lain dan turun semula. Maka tamatlah melawat Muzium Al Madina ni.

Apa?

Tak menarik? Memang pun ! Tak de banyak barang yang istimewa untuk dipamerkan. Kebanyakkannya adalah pameran tembikar, peralatan kopi, koleksi mata wang kertas, senjata dan sekumpulan gambar-gambar lama kota Madinah sejak 1880 tahun.

Tapi jangan risau. Dah sampai ke Al Madina Al Munawarah Museum ni, jangan lupa cilok ke bahagian belakang untuk melawat Al Hajaz Railway Museum yang aku rasa lebih menarik.

Sapa sangka kat Madinah ada laluan keretapi? Aku pun tak pernah tahu ! Tapi memang ada. 

Tak caya tanya adik ni.

"Kaifa haluka ya akhi eh eh kaifa haluka ya ukhti??." Hahaha. Aku pun tak faham apa aku tulis.

Ni kawasan belakang bangunan Al Madina Museum

Bangunan muzium dari arah belakang

Kat belakang ni ada compound besar macam taman dan di penuhi dengan pokok pokok kurma.

Ada macam pavillion

Pokok pokok kurma

Taman dengan pokok pokok kurma

Ada pokok kurma yang rendang

Dan berbuah lebat

Dan akan nampak landasan keretapi

Keretapi lama yang dipamerkan di muzium terbuka ini

Dan bangunan bangunan lain

Sila baca

Termasuk la kepala keretapi ni

Al Hejaz Railway Museum merupakan sebuah muzium yang telah di buka pada tahun 2006. Ia merupakan projek membaikpulih Ottoman railway station di Madina yang lebih dikenali sebagai 'Istasyun'. Projek ini termasuk lah menyambung semula track lama yang bersejarah termasuklah mengembalikan semula kegemilangan zaman keretapi di Madinah ini beroperasi.

Keretapi pertama tiba dari Damsyik melalui Hijaz pada 22 Rejab 1326 H bersamaan 28 Ogos 1908. Ia beroperasi sehinggalah tahun 1921. Ia meraupakan sebahagian daripada rangkaian keretapi Uthmaniyyah dan dibina sebagai lanjutan dari terminal asalnya di Constantinople (Istanbul) sejauh 1300 kilometer. Tujuan utama jaringan keretapi ini adalah untuk memudahkan jemaah haji dari sana untuk ke kota Mekah dan Madinah selain daripada meningkatkan integrasi ekonomi dan politik daripada Wilayah Arab selain untuk memudahkan pengangkutan tentera.

Operasi keretapi ini terhenti setelah berlakunya Perang Dunia Pertama.

 
Railtrack

Keretapi yang sudah di baik pulih untuk pameran

Tak pasti apa tapi rasanya coach tu dah ditukar jadi restoran

Bangunan station asal di penghujung track

Hari pun dah gelap. Aku tak buleh berlama lama. Kena jalan kaki balik ke Masjid Nabawi untuk solat maghrib.

Bye Bye muzium. Bangunan dia lawa.

Matahari dah nak berlabuh

Menanti senja

Abis di Al-Madina Al-Munawarah Museum  dan Al Hejaz Railway Museum. Aku nak menapak balik ke masjid, tapi nak singgah kat masjid sebelah muzium yang aku nampak tadi tu.

Amberiye Mosque

Gi usha kejap jer

Masjid ni nama dia Amberiye Mosque. Sebuah masjid bersejarah yang wujud sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah lagi.

Di bina pada 1908 oleh Sultan Abdul Hamid II dari kerajaan Ottoman, ia merupakan bangunan tinggalan sejarah yang tidak di musnahkan oleh kerajaan Saudi. Kebanyakkan bangunan bangunan lain dari zaman era Uthmaniyyah ini tlah di musnahkan oleh golongan Wahhabi Saudi yang menolak ideology bangunan lama dan antique dari kerajaan asing.

Aku singgah kejap je ambik gambar di bahagian dalam

Kubah

Sempat jugak suruh ambik gambar dia. Aku ambik gambar kau pastu aku nak buh mana? Okey... Jadi model dalam blog ni aci?

Masjid Amberiye dari arah tepi

Okey. Last last !

Cantik kawasan sekitar dia ni

Oh. Dah nak gelap !

So lepas tu aku kena menapak dengan lebih kencang.

Ramai je orang lain pun berjalan ke masjid untuk solat maghrib. Jarak tak jauh mana tapi sebab kena tunggu lampu isyarat lama jugak lah.

Bangunan Emirate of Madinah Province

Bergegas pulang ke Masjid Nabawi....

Akhirnya selamat kembali sebelum azan maghrib dilaungkan.



Jernih berkilauan bagai titisan embun menghujan
Hening alam rasa bila namamu aku lafazkan
Kusaksikan dengan nya hati penuh rindu yang syahdu
Dan berbisik tentangnya hasrat jalinan kita kasih

Dan dari pintu ke pintu
Jangan dilangsiri
Dengan tabir kelam kita luaskan dengan cahaya
Segala dan semuanya
Tetapkan ku genggam
Penuh kepasrahan dan tanpa resah terhadap cinta

Di saat bercinta datang berbagai bayang-bayang menjelma
Dan kerna saktinya cintaku teguh tidakkan luruh

Dan dari pintu ke pintu
Jangan dilangsiri
Dengan tabir kelam kita luaskan dengan cahaya
Segala dan semuanya
Tetapkan ku genggam
Penuh kepasrahan dan tanpa resah terhadap cinta

Di saat bercinta datang berbagai bayang-bayang menjelma
Dan kerna saktinya cintaku teguh tidakkan luruh
Dan kerna saktinya cintaku teguh tidakkan luruh

bersambung...............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...