Showing posts with label Galle. Show all posts
Showing posts with label Galle. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 17 - Galle - Part II : Galle Fort

Masih lagi berlegar legar di Galle Fort !

Sebenarnya lepas aku solat kat masjid tu, aku rasa macam nak blah je lah. Lagipun hari dah petang, so sebaiknya aku ambik transport untuk ke Colombo sewaktu masih siang lagi. At least aku tak de la sampai Colombo tengah tengah malam.

Tapi jalan nak keluar ke main entrance tu kena redah laluan yang bersimpang siur dalam Galle Fort 

Galle Fort Lighthouse atau dikenali juga sebagai Pointe de Galle Light  

Berjalan tanpa tujuan, akhirnya aku sampai di Galle Fort Hotel. Lawa betul hotel dia dengan binaan lama tapi masih di terjaga. So aku pun buat buat la masuk nak ambik gambar.

"Yes Sir how may I help you?"
"Oh... I like to have a drink here"

Ahaks !

Sebab nak cover malu la tu. Lagipun aku nampak kat lobby tu ramai je orang dok minum minum. Takkan la aku tak leh minum. Aku pun ada duit jugak walaupun tak banyak !

Dan dan tu waiter tu suruh aku duduk. Aku dah kerengsaan. Hotel macam ni aku nak minum apa? Buatnya mahal mati la aku kena cuci lantai kat sini.

Apa apa pun, usha gambar Galle Fort Hotel ni dulu.

Corridor depan bilik penginapan. Siap ada kerusi dan bantal

Kerusi di taman

Bunga bungaan

Swimming Pool 

Lobby

Hotel Galle Fort ni ada sejarahnya tersendiri sebagai salah satu hotel yang diwartakan sebagai UNESCO Heritage Site.

Cuma ada 12 bilik je kat sini, harga pun mesti la mahal kot sebab dia macam boutique hotel.

Sebab dah kena paksa duduk untuk minum, aku pun cas cas jadi orang kaya minum di hotel mewah !

Menu sampai. Berdebar debar tengok harga. Tapi sebenarnya tak de la mahal mana. Masih mampu lagi lah.

Apa aku order? Sri Lankan tea. Dahaga tekak dan saja nak rasa teh Sri Lanka. Seteko teh tu harga dia dalam 200 Rupee je. ( RM 6 ). 

Settled ! 

Minum teh seteko sampai perut dah kembung, pastu aku pun blah. Hari macam nak hujan time tu so aku jalan kaki keluar ke main entrance. Lalu lah lagi di bangunan bangunan lain yang turut ada di Galle Fort ni.

Salah satu bangunan lama dengan kereta antik !

Pejabat Pos Galle Fort

Muzium

Penanda UNESCO di roundabout

Pastu nampak menara jam Galle Fort ni so aku pun pegi usha kejap. Kena naik jalan berbukit sikit. Actually, kalau ikut kawasan luar je boleh buat satu pusingan dalam Galle Fort ni, so boleh jalan terus dai lighthouse tadi ke menara jam ni. Tapi kalau ikut luar, tak leh la tengok bangunan bangunan lama yang dalam kawasan ni.

Kubu di menara jam

Galle Clock Tower. Masa ni hujan renyai renyai dah kamera pun dah tak leh nak focus

Padang kriket dan station bas serta station keretapi, Arah tujuan aku selepas ini

Menara jam

Statue

Cuaca semakin gelap, aku bergegas keluar cepat cepat menuju ke train station Galle. Nasib baik la train station Galle ni dekat je dengan Galle Fort, jadi memudahkan urusan aku nak bergerak balik ke Colombo.

Kawasan luar Galle Fort

Train station Galle

Kaunter nak beli tiket.

Masuk masuk train station ni, aku terus ke kaunter.

"Can I get a ticket to Colombo"
"For tomorrow?"
"No.. today !"
"Sorry Sir.. no more train to Colombo. The last train left at 3.30 pm"

Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Meleset perancangan aku. Tapi sebenarnya aku tak check pun jadual train dari Galle ke Colombo ni. Main belasah je gi beli tiket. Tup tup dah tak der.

So moralnya di sini, pastikan check jadual train sebelum nak pegi beli tiket.

Nasib baik la station bas cuma bersebelahan dengan station keretapi tu. So aku terus je pegi ke station bas Galle ni.

Bus Station Galle

Ada banyak bas kat sini tapi ada tulis destinasi kat bahagian atas, so senang jugak la nak cari.

Masa aku nampak local bas ke Colombo, aku perasan jugak sebelah tu ada private bus ke Colombo jugak. Kalau nak murah, ambik local bus lah tapi sesak dan penuh orang. Tak de aircond ! So aku ambik private mini bus tu je. Harga tak banyak beza pun, ada aircond dan yang paling penting ada seat !

Local bas dari Galle to Colombo

Dalam private mini bus. Bas bas di Sri Lanka ni memang bersih.

Memang naik private mini bas ni lebih selesa. Dan aku dapat duduk depan. Memang aku plan nak duduk depan or tepi tingkap sebab perjalanan dari Galle ke Colombo ni be it naik train or naik bas, dia akan lalu kawasan tepi pantai. So make sure dapat ocean view. Lagi pun hari dah nak senja, mana tau boleh layan sunset di perjalanan.

Tambang bas untuk private mini bas ni adalah sebanyak 270 Rupee ( RM 7.20 ). Kira masih murah la tu.

Dalam pada hujan lebat yang mencurah curah, bas aku bergerak meninggalkan Galle menuju ke Colombo. Seperti biasa, dalam bas di temani dengan lagu Sri Lankan yang gegak gempita dari speaker. Macam nak roboh dia pasang lagu dalam tu.

Layan je lah.

Apa yang penting, persinggahan aku di Galle adalah sangat best. Selain daripada tempatnya yang menarik, Galle juga pastinya tempat paling aku gemari sepanjang trip ke Sri Lanka ni.

Sesungguhnya Galle menyempurnakan penjelajahan aku di Sri Lanka ni.



Sempurna waktu
Ada dirimu
Ada cintamu

Apakah kita
Akan bersama
Harus bersama

Semua indah
Kan bererti
Rasa hati lagi

Sungguh ku milikmu
Kau milikku
Takkan ada
Yang pisahkan kita

Ku mampu bertahan
Cepat atau lambat
Mampu bertahan
Sempurna oleh waktu

Sungguh ku melikmu
Kau juga milikku
Sempurna

Semua indah
Kan bererti
Rasa hati lagi

Sungguh ku milikmu
Kau milikku
Takkan ada
Yang pisahkan kita

Ku mampu bertahan
Cepat atau lambat
Mampu bertahan
Sempurna oleh waktu

Takkan aku tinggalkan dirimu

Ku mampu bertahan
Cepat atau lambat
Mampu bertahan
Sempurna oleh waktu
Sempurna oleh waktu

Bas lalu tepi pantai menuju ke Colombo

Tapi cuaca mendung dan senja pun memang tak ada

Pekan Hikkaduwa. Salah satu tourist spot di Sri Lanka bagi yang menggemari aktiviti snorkeling

Tuk tuk di perjalanan

Daripada petang sampai ke malam, akhirnya bas aku tu masuk jugak area Colombo. Lebih kurang 3 jam jugak la dalam bas. 

Aku dah cakap siap siap kat drebar bas tu, suruh dia berhentikan aku kat area Colombo 05. Kat Colombo ni kawasan dia di bahagikan dengan nombor kat belakang macam Colombo 01, Colombo 02 dan seterusnya.

Aku nak turun Colombo 05 sebab hotel yang aku dah book tu kat situ.

Tetiba masa dah masuk Colombo tu drebar tu kata aku dah sampai. Aku pun turun lah walaupun rasa macam kawasan yang tak berapa nak betul.

Bas dah sampai ke Colombo

Dan dia turunkan aku tepi jalan lepas tu aku garu garu kepala sendiri.

Di mana kah aku berada kini?

Tetiba ................. 

Nampak kedai Bata. Hahaha.Aku dah sampai Malaysia kah?

Bukan ! Kedai Bata ni memang berlambak kat Sri Lanka ni. 

Dah tak tau mana nak tuju, jalan tu pulak macam highway, last sekali aku tanya sorang mamat ni kat kedai. Dia cakap tempat aku nak pegi tu jauh. Kena naik bas !

Cis. Bedebah drebar bas tadi tu. Patut la dari awal awal lagi aku rasa dia tak faham apa aku cakap. Dok main angguk jer.

Sudahnya, aku terdampar sepi tengah tengah kota Colombo ni.

Cemana nak buat. Aku tahan tuk tuk. Dan yang bagusnya tuk tuk di Colombo ni semuanya pakai meter so harga dia tak de la boleh nego nego tapi at least, tak de la kena tipu.

Dalam tuk tuk. Aku di belakang drebar tuk tuk

Sebab pakai meter aku tak kisah sangat lah. Tapi aku rasa macam jauh jugak dia bawak aku sebab memula dia cakap macam dekat. Tengok kat meter tu lebih kurang 5 KM perjalanan.

Tak pe la kalau dia nak tipu aku pun. Harga tambang tuk tuk ni 350 Rupee.

Apa yang penting, aku dah selamat sampai ke destinasi. Dah boleh betul betulkan urat betis yang tegang selepas penat seharian berjalan. Dan boleh jugak baring baring lenguh pinggang sebab duduk lama dalam bas tadi.

Welcome to Colombo !!!!

Dan dekat hotel di Colombo aku bertekak pulak dengan mamat hotel tu. I is stressed !!!

bersambung...............

Wednesday, May 27, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 16 - Galle - Part I : Galle Fort

Dari Unawatuna Beach aku akan bergerak ke Galle !

Unawatuna Beach

Masa aku jalan keluar tu ada gak la tanya tanya tuk tuk untuk hantar ke Galle. Saja pancing. Tapi rata rata memang mahal lah. So aku decided naik bas je lah walaupun sebenarnya dari Unawatuna ke Galle tu lebih kurang 5 kilometer jer.

So jalan kaki dengan harapan nak singgah kedai FM tadi nak beli FM Sri Lanka. 

Tup tup ada tuk tuk berhenti waktu aku tengah berjalan.

"Tuk Tuk ?"
"Galle Fort?"
"OK"
"How much?"
"400 Rupee"
"No thanks"
"How much you want?"
"250 Rupee"
"No.. more 350 Rupee?"
"Nevermind"

Aku kan suka suka je buat jual mahal.

Tak lama lepas tu dia tak gerak gerak. 

"300 Rupee Sir?"
"No thanks"

Tetap kedekut.

"OK... OK.. Come"
"250 Rupee?"
"Yes"

Hahaha ! Aku menang dengan jaya nya !

* chicken dance

By the way, Galle tu sebutan dia GOL.. Jangan di sebut GALE pulak.

Mamat tuk tuk

Dok borak borak jugak la dengan dia. Dia sibuk nak bawak aku pusing pusing Galle. Aku tak nak. Pastu dia tau aku nak ke Colombo, dia siap nak antar pakai tuk tuk. Gila tu jauh ! Dia nak 1500 Rupee. 

Aku tak nak jugak !

Pinggir pantai. Galle Fort di hujung sana tu

Dia ajak layan borak borak dan aku layan macam tu je lah. Kami melepasi kawasan pinggir pantai di Galle. Ada banyak orang jual ikan, dia tanya aku nak berenti ke tidak, aku cakap tak mau lah.

"I tak boleh pegang pegang ikan ni. Nanti tangan I gatal"

Statement nak kena penumbuk.

Aku rengsa sebab dia sibuk ajak aku pegi bermasaj masaj !

Akhirnya dia turunkan aku dalam Galle Fort. Tu pun puas aku suruh dia berhenti. Dia saja je masuk ke dalam padahal aku nak memulakan perjalanan awal dari pintu gerbang lagi supaya aku tak perlu patah balik ke depan dan ke belakang. Siot je !

Dia turunkan aku dan aku bayar dia

Suasana dalam Galle Fort

Sepatutnya waktu sampai tadi, aku suruh dia hentikan aku dekat main entrance so aku boleh plan perjalanan aku dalam Galle Fort ni. Sebab dia masuk sampai ke dalam, dah aku terlepas beberapa bangunan penting.

So nak tak nak aku terpaksa la patah balik semula nak gi ambik gambar kat main entrance tadi tu.

Galle Fort

Galle Fort merupakan sebuah kawasan yang terletak di Teluk Galle di pantai barat daya Sri Lanka. Di bina pada tahun 1588 oleh Portugis kemudian ditambah dengan hasil binaan Belanda pada abad ke 17 dan 1649 dan seterusnya. 

Galle Fort merupakan sebuah monumen sejarah, arkeologi dan seni bina yang berusia lebih 423 tahun tapi masih mengekalkan kesenian buatan dan architecture nya.

Galle Fort telah di iktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah kriteria "sebuah bandar yang menggambarkan interaksi seni bina Eropah dan tradisi Asia Selatan dari 16 hingga abad ke-19."

The Galle Fort, juga dikenali sebagai Kota Belanda dan masih bertahan walaupun sebahagian besar bandar Galle musnah akibat tsunami pada tahun 2004 dulu.

Bangunan pertama yang aku tuju adalah bangunan tepi pantai yang penuh dengan pengaruh Portugis. Sekali pandang macam berada di Melaka cuma skala di Galle ni lebih kecil saiznya.

Bangunan lama yang di jadikan restoran dan kedai kedai

Pantai Teluk Galle

Bangunan bangunan lama yang masih di jaga. Yang menariknya tiada bayaran di kenakan untuk masuk ke Galle Fort ni. So FOC !!!!

Ni main entrance tempat aku memula masuk tadi. Aku patah balik ke sini

Nampak map ni study jap. Mana nak pegi dan mana harus aku tuju

Ini adalah muzium maritime

Pakcik ni sesuka hati je panggil aku suruh tengok ular dia menari nari. Nehi Nehi Nehi !!!

All Saints Church. Antara bangunan penting di Galle Fort

Dalam gereja All Saints

Deretan kedai kedai dan bangunan lama masih terpelihara

Orang pun agak ramai, tapi baiknya kenderaan bermotor tak boleh masuk kecuali tuk tuk dan ada few kenderaan penduduk kot

Salah satu pintu rumah di Galle Fort

Sekolah Arab

Kat sini pun ada jual FM. Tapi puas aku tunggu orang jual nya tak der... 

Di kawasan tebing pantai. Di batu sana ramai puak puak local terjun ke dalam laut.. Baju baju putih tu semua budak sekolah Islam.. Ada rombongan kot

Lighthouse Galle Fort

Tempat terjun mengadap Teluk Galle

Aku just pusing pusing berpandukan beberapa bangunan penting yang aku tengok kat peta tadi. 

Leceh jugak berjalan sebab aku dengan beg beg lagi, tak bebas. So nak jalan jauh jauh pun penat. Cuaca mendung tapi hangat. 

Jalan punya jalan membawa aku ke Meera Mosque di Galle Fort ini.

Sedang direnovasi

Air kolah depan masjid

Aku masuk untuk mengerjakan apa yang patut

Sempat la berselisih dengan dua tiga orang yang masuk ke masjid untuk solat juga

Selesai solat aku keluar semula. Berjalan kaki ke jalan jalan dalam kawasan Galle Fort ni.

Kawasan dia tak besar dan jalan dia biasanya akan bertemu jugak. So chances untuk sesat tu tak mungkin la kot. Lagipun semuanya dalam kawasan yang sama. Cuma kena pandai dan tau mana nak pegi dan apa nak tengok je lah.

Ada banyak rumah rumah orang, rumah tumpangan, restoran dan jugak kedai cenderamata. Rasanya penduduk asal masih mendiami kawasan ni kot. Tapi memang rata rata yang ramai berkeliaran adalah pelancong.

Salah satu pintu masuk kedai

Jual rempah ratus

Tuk Tuk di depan Clan House

Aku rasa Galle Fort ni memang best. Mungkin sebab kawasan dia tepi laut so angin bayu dan nyaman je rasa suasana kat sini. Dengan bangunan bangunan lama masih elok terjaga. Tempat pun bersih so aku rasa best la jalan jalan kat sini.

Memang jatuh cinta pandang pertama dengan Galle ni.

Tempat ni wajib pegi bagi sesiapa ke Sri Lanka !



Kau ukir padaku senyuman hai manisnya
Kau renung mataku rasa luar biasa
Bagiku dirimu adalah segalanya
Bagimu diriku hanya teman biasa

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Senyummu dan ketawa buatku tergoda
Hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
Bagiku dirimu kurniaan terindah
Bagimu diriku bercinta takkan pernah

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Tiap kali berjumpa
hati terasa ada cinta
Namun tak mampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
Kini ku tertanya-tanya
sudahkah engkau berpunya
Jika masih tiada siapa
ingin ku mulakan langkah

Bila ku ingin bicara kata tak mampu terluah
Kerana pesonamu membuat ku merasa
Sebuah cinta dan harapan
penuh dengan oh cabaran

Rasa macam dah abis jalan kat Galle Fort ni, aku pun bergegas nak keluar ke main entrance. Cuaca pulak mendung macam nak hujan. 

Ayuh bergerak dengan lebih pantas. Tak boleh berlama lama sebab aku kena cari train tiket ke Colombo petang ni jugak jugak !!!!!

Berjalan tanpa tujuan patah balik ke main entrance, akhirnya aku sampai di Galle Fort Hotel. Lawa betul hotel dia dengan binaan lama tapi masih di terjaga. So aku pun buat buat la masuk nak ambik gambar.

"Yes Sir how may I help you?"
"Oh... I like to have a drink here"

Ahaks !

Sebab nak cover malu la tu. Terperangkap !

bersambung..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...