Showing posts with label Tanjung Aru. Show all posts
Showing posts with label Tanjung Aru. Show all posts

Monday, December 24, 2018

GBSxSABAH 2018 : 12 | Senja Di Tanjung Aru

Edisi terakhir GBS di Sabah.

Sebab flight balik ke KLIA malam, so memang kami cadang last aktiviti sebelum berlepas naik pesawat adalah nak lepak lepak layan sunset di Tanjung Aru.

Dan kami memilih untuk spend time time last tu sambil layan sunset di Sunset Bar dekat Shangri La Tanjung Aru.

Shangri La Resort Tanjung Aru

Kami sampai dengan timing yang agak OK untuk layan sunset. Tapi suprisingly, Shangri La Tanjung Aru ni dah macam kawasan pasar. Ramai gila orang ! Mostly dari mainland dan Korea. Memang kaya kaya dia orang ni travel ke KK dan stayed di sini.

Masalahnya memang ramai gila sampai dah hilang seri Shangri La tu sendiri....

Main entrance

Lobby

Gamelan

Sumandak Sabah

Layan skit kawasan sekitar Shangri La resort Tanjung Aru..............











So plan kami memang nak lepak di Sunset Bar...

Sunset Bar, Shangri La Tanjung Aru

Baru nak feeling feeling....

Tapi yang beratur punya lah ramai...

Beratur lah jugak kami ni dengan geng geng Korean yang ramai ni, so bila sampai turn since orang ramai, dia cuma offer untuk sunset pakej je, tak boleh ala carte. Pakej tu ratus ratus gak lah including wine etc.

Sah sah aku terpaksa reject offer macam tu.

So memang tak de rezeki nak lepak di sini, so kami layan kawasan sekitar je lah mengubati hati yang duka lara..............






Layan sunset yang tak berapa nak ada. Sudahnya lepak dan makan waffle. Melayani kekecewaaan yang melanda diri.



Tapi orang memang ramai gila kat Shangri La tu. Semak pulak aku nak berlama lama kat situ. Last sekali kami bergerak menuju ke pantai Tanjung Aru. Memula plan macam nak cari tempat makan, tapi riki riki macam dah tak de.

Nampak pulak tetiba sunset macam nak menjadi. Dah hujung hujung waktu......................

Layan sikit..
















Ok lah jugak sunset petang tu. Agak dramatik. Orang pun ramai tapi acceptable lah since tempat public. 

Kami lepak lepak borak borak buat kali terakhir sebelum berpisah. Benarnya kehadiran kami adalah nak comfort CP yang dilanda problema hidup yang langsung membuatkan dia mengambil keputusan drastik untuk berpindah ke KK ni.

Apa apa pun, sebagai kawan kawan, apa sangat lah yang kami boleh bantu selain dari bagi moral support supaya beliau terus bertahan dengan hidup dan cabaran. Doa kami moga beliau baik baik saja di tempat baru ni dah boleh move on dari segala masalah yang melanda diri.

Jalan hidup masing masing dah di tetapkan. Kena sabar dan redha menerima segala kemungkinan !

Semoga penghijrahan ini bakal buat beliau lebih tabah dan kuat menempuhi jalanan yang berduri. KK, jaga kawan kami baik baik.



Kehalusan seri wajahmu
Beri sentuhan
Di titian kalbu
Coretan yang daku baca
Meneman meniduriku

Di khayalan
Berbisiklah rindu
Satu ikatan
Paduan janji
Mekarlah menghias jiwa
Meronta gelora asmara

Tidak ku terduga
Khayalan sebentar
Mendesaki daku
Memutuskan cinta

Jalanan berduri
Liku liku hiba
Keputusan ini
Harus... dihadapi...

Tiada mungkin bunga cinta itu
Berkekalan mekar di jambangan
Biarlah pergi mencari
Ketenangan di rumpun hati

Dirimu hadapi cabaran
Menyusuri hidupmu
Mengenali diri
Lari dari bayangan mimpi...

(keputusan ini harus... dihadapi...)
Kini...





Dan kami berpisah di KKIA. 

Membawa haluan untuk meneruskan kehidupan masing masing.  Semoga segala urusan mendatang dipermudahkan.

TAMAT

Wednesday, August 1, 2018

Trip GBS 2018 : KOTA KINABALU

Biasanya setiap tahun GBS ada trip tahunan tapi memang tak pernah plan. Biasa trip memang adhoc ! Yang ni pun beli tiket 2 minggu sebelum.

Misi trip adalah melawat kawan kami CP yang baru di tugaskan di Negeri Di Bawah Bayu. Alang alang berkumpul, celebrate birthday sekali sebab 3 of us memang July babies. 

Planning asal IH nak join sekali tapi last minit dia ada hal keluarga.

Jadi.............highlight Trip GBS tahun 2018 !

Lama tak travel jauh jauh

Ayuh ke Sabah bah !

Misi trip konon adalah santai santai, nature & culture. Tapi sebenarnya tak de plan pun. Main belasah je mana yang sempat.

Acara bebas !




Tapi few destinasi pilihan yang sempat kami terjah untuk trip 3 hari 2 malam ni.

Hard Rock Cafe, Kota Kinabalu

Lepak santai sampai jauh malam. Lama tak jumpa kawan kawan !

And celebrate birthday..... HRC bagi aiskerim dan lilin, kita orang nyanyi lagu happy birthday untuk diri sendiri. Sungguh ! Memang merdu suara kami....................................satu HRC terpukau !

Kali ni highlight trip ke Sabah ni, kami ke Pulau Gaya. Aku memang teringin nak pegi so kami bersantai di Bunga Raya Resort.

Fuh !

Few months ni memang main pulau saja.. Rentung












Since Kundasang dah berkali kali pegi, kami turut melawat Polumpung nak melihat sendiri keindahan Gunung Kinabalu dari sini  walaupun sebenarnya dia malu malu !







Serta lepak lepak di area Tuaran dan Karambunai...................






Dan mengakhirinya di Tanjung Aru. Pegi nak feeling feeling mewah. Lepak kat sunset bar minum minum sambil layan sunset, tapi tak reserve memang tak dapek lah.

Tapi Shangri-La Tanjung Aru ni memang ramai gila orang. Dah hilang rasa kemewahan. Dan macam kawasan awam je dah.





Dan sempat kami layan sunset terindah di sekitar negeri Sabah.................

Memang Kota Kinabalu is one of the best place for sunset !








Alot of agenda makan makan, lepak lepak dan santai mantai. Overall, trip memang berjalan dengan lancar dan kami puas hati dapat jumpa dan spent time bersama sama.

Waiting for next trip very soon !

Aku memang bukan original Sabahan, tapi Sabah memang tak pernah mengecewakan !! 

I love KK. 

Boleh bah kalu kau mau datang ke Sabah bah.

Banyak yang dah berubah...... tapi negerinya cantik dan tetap indah. Tu belum citer pasal sumandak sumandak Sabah bah. Lawa lawa pandai masak nasi. Mana kau mau cari?

Cepat bah.................. !!!!

Aramaiti............................



Saya ini original sabahan
mantad kampung nuntunan apin apin
jangan koti kau tidak percaya saya
menyesal nanti bila kau dengar ini
odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau

saya ini original sabahan
mantad kampung nuntunan apin apin
odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau

odoi sayang kau mahu saya sikut
tu gunung kinabalu sama sungai pagalan
baru kau mahu percaya dengan kata kataku
saya original

andeh kotoh mimboros oku dusun
karati ko po nangku onu ti borosonku
nokuro tu kongingis ko do nakorongou
dusun mantad keningau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...