Showing posts with label JJCM - Port Klang. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Port Klang. Show all posts

Friday, May 6, 2016

Jom Makan : Restoran Sg Bagan Seafood, Pelabuhan Klang

Terasa nak makan seafood !

Ghout. Checked. OK. Selamat.

Check kolestrol. Err............ Tak berani nak check. Takut ! Bedal je la dulu.

Hiks.

Dah selalu ke Tanjung Harapan Pelabuhan Klang, tapi tak pernah try restoran ni. Kali ni nak mencuba !

Restoran Sg Bagan Seafood

Parking kereta ada banyak. Jauh dan dekat je.

Kedatangan di sambut dengan ketam mengangkang !

Selamat datang ke Restoran Makanan Laut Ikan Bakar & Panggang Tanjung Harapan. Ni maybe nama lama kot

Dah parking sila ikut laluan jambatan khas menuju ke restoran yang terletak di atas air.

Laluan

Selamat Datang

Hiasan dalaman

Gerai minuman

Ada surau di sediakan. Toilet juga. Dan sudah tentu ruang makan yang luas dan selesa.

Usha kawasan.

Welcome !

Pilih la tempat. Mau duduk belah dalam

Atau di pinggir sungai.

Pemandangan tepi sungai

Sebab kami tak tempah, meja meja tepi laut tu banyak reserved. So ambik mana yang ader je lah.

Seperti mana kedai dan restoran seafood yang lain, di sini menyediakan masakan laut pelbagai aneka sesuai dengan selera masing masing.

Tapi berbezanya di sini tak leh nak pilih ikan atau hidupan yang nak di masak. Order je dan dia orang akan pilihkan dan masak sendiri.

Nak tau apa lagi yang menarik di sini?

Lai Chee Kang bagi yang berminat

Ais kerim Goreng juga di jual di sini

So dah duduk cantik cantik. Selesa. Di temani dengan angin segar bugar Selat Melaka. Apa lagi? Order lah !

Sebelum tu.

Kacang dan tisu basah. Jangan ingat free ni? Kena bayar tau !

One good thing masa kunjungan kami ke sini. Orang agak ramai tapi servis memang pantas. Waiter ambik order dan kami menunggu tak lama dan lepas tu satu persatu hidangan kunjung tiba di meja.

Teh Cina sebagai minuman yang disediakan

Lai Chee Kang yang ada. Aku minum air tembikai. Hero minum air Milo dan Princess dengan Laichee nya

Pastu tunggu kejap then menu menu utama pun tiba.

Sotong goreng tepung sampai dulu. Sedap !

Kailan ikan masin. Sekadar ulam ulaman je sebab banyak pulak lauknya

Tomyam ayam sebab Hero kurang sikit seafood

Telur dadar wajib ada

Antara lauk pauk yang tersedia

Oh nasi jangan di lupa

Sebab lauk pauk tak sampai serentak so kami abiskan mana yang ada dulu. Then satu persatu lauk lauk yang di order tiba.

Lambat sikit mengadap tapi boleh la di bedal selepas tu.

Udang goreng buttered

Ha ni nampak sikit udang nya setelah di korek dari himpunan rambut blonde tu

Highlight of the night. Soft Shell Crab masak chilies

Verdict !

Aku macam kurang mengemari makanan di sini. Tak tau la macam ada something yang tak kena dengan selera so makan pun macam tak teruja.

Sotong goreng tepung tu sedap. Yang lain lain ala ala jer. Makan setakat nak kenyang je lah. Tak de ratah ratah. Sudahnya tak berapa abis lauk pauk yang ada.

Alhamdulullah kenyang tapi rasa kurang inzal sikit. Tapi OR cakap sedap lagi dari Muara Klang tu, tapi sebab aku terbayang Senandung Semalam dan jugak few kedai lain yang lebih sedap rasanya, so aku rasa Restoran Sg Bagan ni pun tiada banyak istimewanya.

Agak kecewa tapi mungkin tukang masak berbeza kot sebab kalau baca review orang macam sedap sedap je belaka makanan di sini.

Kos makanan RM 135 which aku rasa not bad considering makanan banyak dan portion besar walaupun kami tak ramai.

Bayar di sini

Ada hiburan di sini tapi kami tak sempat tengok pun. Tak sure pukul berapa dia orang start menyanyi

Untuk kanak kanak pun ada. Sediakan je la duit syiling

Hiasan

Selesai menjamu selera

Overall so so je la kat sini. Aku pun tak tau apa yang tak kena. Maybe kena dengan orang lain tapi tak kena dengan selera aku. 

Mungkin kalau aku baca review lagi lepas ni orang cakap sedap tak terperi aku akan cuba lagi, tapi kalau setakat sekadar di pinggiran, aku tak mungkin repeat lagi dah.



Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka

Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian

Restoran Sungai Bagan Seafood Port Klang
A13002,Tanjung Harapan,
Lingkaran Sultan Hishamuddin, Port Klang,
42000 Klang
Phone 03-3176 2042

Mon - Fri: 11:00 am - 3:00 pm 6:00 pm - 11:45 pm
Sat - Sun: 11:00 am - 12:00 am

Wednesday, September 2, 2015

Jom Makan : Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan 2015

Macam dah lama tak pegi Muara Klang makan makan seafood di sana.  

Ada masanya 'mood' mari jadi kerah semua ahli rombongan untuk makan di sana. Kami gerak dari rumah agak lewat jugak sebab kalau dah keluar mesti singgah sana sini nak beli itu ini.

Sudahnya menjelang petang baru bergerak ke Tanjung Harapan. 

Masa on the way nampak matahari macam cun walaupun berjerebu. Tapi time ni tak bawak kamera pun so plan konon nak snappy pakai phone je lah. Tup tup sampai sana cari parking lama sangat sudahnya matahari dah hilang !

Tak de rezeki. 

Cuma ada sisa sisa je yang tertinggal.

Senja di Tanjung Harapan

Dermaga

Dah park kereta berjalan ke resto mesti akan jumpa tempat jual mainan ni

Dan macam biasa Princess kalau nampak mainan, ada je yang dia berkenan. Selagi tak dapat dia tak nak berjalan. Mula la tarik baju. Aku memang biasa tak layan bab mainan ni tapi kalau dia pujuk OR sedar sedar je pasti dapat. Dia nak buih sabun tu.

Dah sampai di Medan Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan

Order makanan dulu. Orang macam biasa ramai macam selalu selalu...

Proses menunggu dan ambik turn pegi solat dulu

Cahaya dari North Port. Gambar pakai iPhone so kureng sikit

Senja yang tersisa

Ni mainan Princess... Anak patung tu dah kena gunting rambut. Kusut masai jadi nya. Tu pun kerja dia. Tapi untung la Tuan dia bawak jugak berjalan jalan walaupun rambut bersepah

Menu malam tu. Kami order nasi lemak

Udang Goreng Tepung

Lala masak cili. Princess la ni suka Lala. Suka bukakkan je tapi makan tidak. Dia sumbat dalam mulut aku jugak..

Sotong Goreng Kunyit.. Keras dan liat !

Ketam Masak Cili. Ketam kurus tak de isi

Overall food sebenarnya agak mengecewakan.

Dah lama tak dapat sini dan based on pegi makan ke few tempat tempat lain yang menghidangkan seafood, Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan ni tetiba aku rasa OUT terus.

Makanan tak fresh. Servis slow gila dan untuk semua semua tu cost makan adalah RM 150. Aku rasa agak mahal.

Tapi tu lah... 

Redha je lah. Kenyang jugak la Alhamdulillah cuma serba serbi dan kureng.

On the way balik terserempak dengan Noraniza Idris. Agaknya nak tukar baju kat surau Petronas ! Maybe ada persembahan kot.  

Sebagai artis antarabangsa, kalau jumpa artis artis kat luar ni aku biasa buat bodo je. Bukan sombong... cuma.... errrrrr malas layan.



Ala ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo

Sibuk parok gu lawe dok ngikat tepi sawoh
Hoo tok chair cut
Rotan buluh ngaloh kot barat di kampung kerilla tigo rikat
Tanoh serendoh sekebun bungo
Mekar kayo budayo steady jangok
Ikut nadi tuan layan lenggok
Kito bulih naik tinggi pakat ngango tengok

Sedak mato mandang ngubati pilu hati
Sakit kito pikul parah duo nanti
Kato patoh lamo ikut resmi padi
Teraju tigo simpul wau dengan tali

Dipegang tuan terkawal dok kube
Dok lawe angin tok degih tok terbang
Banyok berona bulih saloh kona
Berderek wau naik wau kawe pah bule

Ala ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo
Ala ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo
Ala ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo
Ala ewau ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo

Hok keno caro lawa mudoh kiro
Bare sene baso pakat kampung suko
Nyetat 6 ko 60 banyok usul sakut pauk
Tokleh pitih sedekoh senyum
Den malu tanyo boleh hanyut hilang wei

Corak bungo berterus terang
Alur jalur peringkat susoh senang
Nyo make sobek wau tahan lamo
Nyo habih zaman dio tinggal namo

Bak kato hidup sementara
Dalam perjalanan jupo banyok karo
Berselang seli berduri nyusoh kot orang
Asal bulih bawok diri jale tegak ikut den

Ala ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo
Ala ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo
Ala ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo
Ala ewau ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo

Ambo tukang karut moden
Tumpang mintok lalu sapa sini dulu
Kalu ado saloh silap maaf dipohon
Tokse disimpan tinggi mengunung

Semerdu buluh perindu semerbak bunga
Sekarung cinta tersemai budi

Dok nyusoh tok susoh cukup limo maso
Boleh sikit sorang samo raso secubit
Nyo tegur sikit tok balek duo male
Bukan boleh kiro memang tando sayang

Hidup bersama tanam semangat kasih sayang
Telus hati terserlah suci

Ala ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo
Ala ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo
Ala ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo
Ala ewau ewau ewau bule
Ewau bule teraju tigo

Thursday, March 8, 2012

Jom Makan : D'Harapan Seafood, Tanjung Harapan

Seminggu ni lepas balik dari Semarang aku memang sangat busy. 

Banyak benda nak kena buat, dengan masalah masalah yang berlaku di site tu buat aku penat otak. Tapi paling penting aktiviti liburan di lupa jangan. 

Weekend lepas aku bawak OR dan Hero jalan jalan. Maklum la minggu lepas aku tak de di bumi Malaysia ni, so minggu ni kena bawak Hero pulak kalau tak dia merajuk. Dia tu nak aje jalan jalan. Suka je la dia. Tapi kang kerap sangat berjalan dia asyik nak berjalan je.

Kali ni pegi mana?

Tak jauh pun uols ! Pegi makan je di Tanjung Harapan, Klang !

* mati la seafood lagi.

Ikutkan Hero dia nak makan KFC !

Mari lihat menu melantak yang telah di lantakin hujung minggu hari tu.








Yezza !

Gambar last tu adalah Udang Goreng Tepung. Tapi dia sampai lewat perut pun dah lapar dan bergelora maka aku belasah dulu. Hanya tinggalkan satu untuk ambik gambar.

Ya. Bagi yang selalu ke Muara Klang mesti terpinga pinga sebab menu macam lain kan?

Actually, kami tak makan di Muara Klang yang biasa tu. Kali ni kami try kedai lain. Aku pun macam dah jemu makan kat Muara Klang tu walaupun inzal jugak di situ. Tapi bila fikir orang pasti ramai kat situ, beratur la apa lah.. Jadi kami try la kedai lain.

Nak tau kedai ni di mana?

Kedai ni di area Tanjung Harapan jugak la. Dari simpang tu kalau Muara Klang ke kanan kan, ini ke kiri. Terus je lepas beberapa kolam ikan maka terjumpa la D'Harapan Seafood ini.

Tengok menu agak agak sedap tak?

Well. Nak kata sedap sangat tu tak de lah. Makanan so so je. Orang pun tak ramai tapi servis slow jugak. Dia kata semalam pekerja tak de. Hmmm alasan tak munasabah jugak.

Anyway semua makanan tu berharga RM93 !

Berbaloi ke tidak, korang fikir la sendiri tapi makanan memang boleh la. 

Sebab kami pun just nak mencuba so boleh la cuma next time aku rasa makan je la kat Muara Klang tu. Ambience pun menarik. Plus dekat sini tak boleh pilih pilih ikan udang ketam semua. Dia main masak je. Dan ketam dia tak gemok macam selalu. Kurus kurus je semua seafood dia.

Cuma yang best kat sini, karaoke dia penyanyi dia sedap !

Ya. Dia nyanyi lagu Jay Jay je lah. Tapi memang sedap suara dia. Aku dengar suara dia sampai menambah makan nasik. 

Pastu nyanyi lagu berduet dia bantai jadi lelaki dan pompuan. Terus keluar suara halus pecah lobang.  Terus aku tak lalu nak makan !

So bagi pencinta pencinta makanan yang hendak mencari kelainan, apa salahnya ke D'Harapan Seafood Restoran ini.

Ayuh, tengok saki baki gambaran nya.




Dan macam biasalah, kalau pegi berjalan macam ni aku mesti bawak camera nak ambik gambar sunset.

Hari tu matahari menarik jugak so sempat la ambik gambar sementara layan Hero bermain. Kejap main buih sabun, pastu main mercun pop, pastu ada je la benda dia nak buat selagi aku tak angkat bontot. Layan kan je lah. Dia tahu misi aku mesti nak tunggu sunset. So dari petang kami sampai lepak lepak menghirup udara segar dulu then lepas maghrib baru la kami pegi makan.

Lepas makan terus balik, sempat singgah aku nak beli ubat gigi dulu then Hero tetap nak KFC. Nak bawak bekal pegi sekolah esok.

Tu la aktiviti kekeluargaan weekend lepas. Cuti sekolah yang bakal mendatang ni, macam biasa lah Hero dah tanya siap siap.

"Papa cuti sekolah nanti kita nak pegi mana?"
"Hero nak pegi mana?"
"Kita tidur hotel Papa !"

* pengsan

Tetap la nak feeling feeling mewah.

Aku dah riki few tempat, tapi cuti sekolah mostly penuh. Tapi hujung minggu ni kami akan ke satu destinasi percutian keluarga. Dalam negara je lah. 

Lagipun cuti sekolah. Aku pun kadang kadang tak betah jugak nak duduk diam diam. Ada je dalam otak aku ni merangka acara.

Oh ya. Gambar sunset di Tanjung Harapan aku upload esok lah. Bersabar okeh.

So minggu ni cuti sekolah aku bakal bawak Hero dan OR jalan jalan. Minggu depan aku ada trip dengan GBS. Minggu satu lagi aku ada event office dan hujung minggu last bulan ni aku bawak OR dengan Hero jalan lagi over the weekend.

Semua dah confirm. Maka aku akan busy seperti lebah.

Tapi jangan risau, entry akan berjalan macam biasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...