Showing posts with label 2014 Mingalabar Myanmar. Show all posts
Showing posts with label 2014 Mingalabar Myanmar. Show all posts

Monday, December 29, 2014

Jejak Myanmar - 20 - Yangon : Bye Bye Myanmar

Dek kerana sakit perut dan nak terberry berry. Aku berry kat airport !

Haa... bukan senang aku nak berak di tempat awam. Tapi ni kira dah darurat lah ni. 

Masuk boarding room dengan kelegaan. Senyum lebar.

Malangnya flight delay pulak.

Flight yang dari KL sepatutnya sampai pagi tu tapi delayed sebab cuaca buruk. So terpaksa la menunggu.

Nok Air.... Kelas kau nok !

Flight Air Asia.. tapi yang ni ke Bangkok

Myanmar Airlines...

Penantian adalah satu penyiksaan. Hahah. Lama jugak la menunggu. Berkali kali aku pusing kedai kedai kat Duty Free tu tapi tak beli apa apa pun. Tak tau nak beli apa plus mahal gila.

Masa ni lah datang penyesalan tak beli FM kat Scott Market hari tu. Isk. Dah aku kekurangan FM di Myanmar ni. Kat airport harga mahal nak mampssss.

Then... flight dari KL sampai.. lepas buang orang.. baru la kami di persilakan masuk.

Dah tak sabar nak balik Malaysia nih.

Sebab dapat seat tepi tingkap.. aku layan view je la...

Yangon dari udara

Bago River dan Yangon City

Lembah dan lurah

Bye bye Yangon

Lepas take off tu.. pilot bagi amaran cuaca kurang baik. Nampak awan tebal bakal di tempuh

Kapal terbang dah masuk dalam awan tebal. Ada sekali tu aku perasan sayap kapal terbang kena sambar kilat !!! Gila terkejut sekejap. Tapi tak de apa apa lah....

Pastu perjalanan dah smooth. Tapi.. aku perasan.. kapal terbang melencong sampai ke Selatan Thai dan balik ke KL ikut Kelantan !!!

Belah timur semenanjung.... punya la jauh berpusing dek kerana cuaca tak bagus

Dah nampak KLIA2. Landing time........

View sebelum landing. The Avani Sepang Goldcoast Resort. Ni baru betul dari Bagan Myanmar ke Bagan Lalang.

Pastu pusing lagi sampai ke PD. Nampak Thistle Hotel PD

Ni tak pasti apa.. Politeknik PD kot

Selat Melaka

Port Dickson

Punya la berpusing pusing tunggu queue agaknya.. akhirnya masa untuk landing

Landing time.....

KLIA 2

Dah selamat tiba....

OR tunggu kat airport dengan budak budak. Memula nak ajak dia orang jalan jalan dalam KLIA2 tu.. tapi sebab aku yang keluar dulu so malas nak parking kereta dah.

Dia orang pick up then kami singah makan Mc D kat Petronas KLIA.....

Then balik rumah dengan jayanya... penat jugak la tapi aku puas hati. Bagi aku Myanmar ni satu negara yang perlu di explore. Banyak tempat menarik ... dan orang nya baik baik juga.. 

Trip Myanmar ni menjadi satu lagi kenangan perjalanan yang tak akan dilupakan..............  Kalau perlu repeat Myanmar, aku akan cuba ke Mandalay dan Inle Lake pulak. Insya Allah.

Terima kasih Myanmar, aku pasti akan selalu teringatkan bumi mu. Semoga kita bersama lagi.



Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Ingatkah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu

TAMAT.

Friday, December 26, 2014

Jejak Myanmar - 19 - Bagan : Bagan to Yangon

Layan koleksi gambar gambar sekitar Bagan yang aku sempat snap dari Pyathada Paya !

Temples, kuil dan pagoda macam cendawan tumbuh

Salah satu temple yang aku dah jejak semalam untuk tengok sunset

Bagan... menanti mentari menghilang. 

Malangnya untuk hari ke dua ni, matahari masih sama malu malu. Cuma hari ni ada jugak la kaler kaler sikit berbanding dengan semalam. 

Walaupun tak nampak jelas matahari terbenam tapi at least boleh la aku syok syok sendiri ambik gambar. Cuma tak daya nak tunggu sampai abis sunset sebab aku kena kejar masa.

Orang sudah mula ramai di atas bumbung Pyatada Paya ni untuk tengok sunset. Tak lupa jugak yang mula berniaga kat atas ni...

Antara temple terbesar di Bagan

Senja tak berapa nak ada

Padang pasir dan pagoda.... 

Aku tinggalkan Pyathada Paya ni sewaktu orang lain mula sampai untuk tengok sunset. Kalau ikutkan hati aku memang la nak tunggu. Tapi kalau aku tunggu, buatnya terlepas bas nanti, aku yang haru.

So redha je lah. Tu je rezeki aku nak tengok sunset di Bagan ni. Dah cuba 2 hari... hasilnya tak berapa menepati citarasa.

Pasrah !

Bye bye Pyathada Paya

Cuma masa keluar dari kawasan tu, nampak ada sinaran mentari mula menurun... nampak lah sikit kelibat sunset yang baru nak bermula...

Tak berapa meriah mana disebabkan mendung

Kelam

Sempat on the way balik tu snap sana sini lagi. Tapi snappy dari atas ebike je lah.

Perjalanan menuju ke jalan besar

Sunset yang tertinggal

Bergegas pulang ke hotel

Nampak lagi sikit sikit sunset... snappy jugak lagi

Sinaran

Ni je lah yang ada

Tamatlah perjalanan di Bagan selama 2 hari.

Bagi aku Bagan mempunyai keunikannya tersendiri dan wajib di kunjungi oleh para peminat yang minat travel. Uniknya bukan sebab pagoda yang banyak banyak tu. Kita pegi pun bukan nak beribadat ke apa, tapi pemandangan Bagan tu sendiri dengan ratusan pagoda tu buat lembahnya jadi menarik.

Dan kalau sebelum ni, aku hanya baca mengenai Bagan ni tapi sekarang aku dah boleh buay kesimpulan sendiri, Bagan adalah salah satu tempat yang wajib di kunjungi.

Dan Alhamdulillah. Takdir Tuhan telah pun mengizinkan aku untuk jejakkan kaki di sini.



Setiap ku bersamamu
Perasaanku keliru
Apakah ini cinta
Atau hanya teman saja

Semakin lama ku rasa
Aku benar-benar cinta
Selalu merindukanmu
Selalu memikirkanmu

Hanya engkau yang mampu
Mencintaiku tulus
Menyayangiku sepenuh hatimu

Ke mana pun ku pergi
Pasti ada bayangmu
Menghantuiku mengusik fikiran

Ternyata kaulah takdir cintaku
Hujung pelabuhan hatiku

Masa sampai kat area hotel tu, aku pegi pulangkan ebike dulu. Tak de apa sangat, just return je. Aku dah siap siap bayar semalam harga sewa.

Tengok masih ada masa lagi, aku lepak kejap kat kedai makan mamat yang reti cakap Melayu sikit sikit tu. Dia ada kat kedai hari tu. 

Aku order minum.. Order jugak pau dia yang sedap tu.... Dia cakap dia buat sendiri. Dalam tu ada inti kacang merah.

Ini la kedai dia... kat tepi jalan. Nama kedai world !!

Makan pau kacang dan minum air

Lepas abis makan, aku balik ke hotel. Tanya orang hotel, pick up sampai kol berapa.. dia suruh tunggu. Aku perasan ada jugak la dua tiga orang macam menunggu pick up yang sama dari hotel tu. 

Semua orang nak naik JJ bus.

Tak lama lepas pick up pun datang. Dalam tu penuh dengan puak puak pelancong dari India.. Bising betul berborak sesama mereka. Sebab ramai, so driver tu suruh aku dok depan dengan dia dan ada sorang lagi minah salleh ni.

So sempat la borak borak dengan minah tu.

Dia American dan jadi English teacher di International School di Yangon. Borak borak pasal travel etc. Dia dah 6 bulan duduk Myanmar tapi belum abis cover lagi. Tu pun dia pegi weekend trip je ke Bagan. Dok layan borak dengan dia sambil dia tanya tanya pasal Malaysia. Dia kata nak datang Malaysia sebab nak makan Nasi Lemak !!

Haaaaaa. Glamer nasi lemak.

Jenuh aku terangkan apa benda dan cemana nak buat nasi lemak tu. Kalau dia salin resepi.. mesti bila dia buat mati keracunan sebab aku merepek je. Konon reti.

Heyy. Aku tak mau memalukan bangsa. So konon semua orang Malaysia tau apa itu nasi lemak dan ingredient dia. Aku tau makan jer.... Tapi demi bangsa dan nusa dan tak mau malu dengan orang asing, aku cas cas reti !

Hahahahah....

Minah ni banyak keje kat oversea, tapi dia kata hujung tahun ni dia nak balik US for good sebab dia dah lama merantau. 

Sempat aku tanya dia soalan kehidupan dia di Yangon tu. Dia jawab..

"It is not so good. People looking at me like I am in the zoo"

Hahaha. Biasalah orang putih kan, orang selalu pandang atas bawah. Tapi dia cakap dia dah biasa.

Dari Nyaung Yu... pick up tu terus ke New Bagan dan bas menunggu di situ.

JJ Bus dari Bagan ke Yangon

New Bagan

Memang JJ bus ni 10 kali lebih selesa daripada bus bus lain yang ada di Myanmar ni. Seat dia lebih luas dan selesa. Lagi lagi aku dapat 1 seat sorang sebab seat dia cuma 3 jer 1 row. Memang syok nak tido lah tak kacau orang. Memang aku recommend JJ bus ni.. tapi tu la.. cepat penuh.

Ni FB JJ Bus

Yang tak syoknya... puak puak India yang sama naik pick up dengan aku tadi, bila dah dalam bas dia punya bising mengalahkan kat pasar. Dia orang agak ramai la.. pastu siap main game la.. main teka teka... riuh satu bas.

Nasib baik la.. bus yang aku naik mula mula ni.. bergerak semula ke Nyaung Yu Bus Station dan di sana ada satu lagi bus lain menunggu. JJ bus jugak so kami di split ke dua dua bas tu dan puak puak India ni naik bas tak sama dengan aku !

Lega..

Kalau tak aku tak tau apa benda dia orang beraktiviti dalam bas sepanjang jalan nanti.

Geng Geng India buat angkara dalam bas. Siap berdiri dan main teka teka perkataan... Bising betul.

Sebaik saja naik bas dan bas bergerak ke Yangon, aku terus pengsan !!!

Sedar sedar bas berhenti di kawasan R&R. Yang menariknya masa nak turun tu dia orang siap bekalkan set ubat gigi dan berus gigi.. boleh lah sesapa nak gosok gigi. Nak makan pun boleh. Aku gi usha jugak la tapi tak de benda yang menarik aku rasa nak try.

So aku lepak je la hisap rokok sambil tengok tengok orang.

Bas berhenti. Ada orang jual buah buahan

Tempat R&R

Baik hati mamat ni bagi anjing tu makan. Makan kacang rebus.

Naik semula bas dan aku pengsan sekali lagi.

Memang bas ni cukup selesa untuk perjalanan jauh pun. Bas bergerak dari Bagan pukul 8 malam dan sampai di Station Bas Intercity Aung Mingalar di luar Yangon lebih kurang pukul 5.30 pagi !

Aku terjaga tu dah nak sampai. Punya la tidur lena gila. Tapi kali ni tersedar ngam ngam sampai Yangon. Tak de tali berselerat dan tak de kena tinggal dah.

Bas sampai di Bus Station Aung Mingalar 

Sampai di bus station ni, terus keluar dan cari teksi. Memang nak ke airport secepat mungkin sebab flight pukul 7 pagi. 

Tapi ada lak mamat ni offer nak jadi drebar. Jenis prebet sapu yang hantar hantar orang ni. Mamat ni offer nak hantar aku ke airport. Memula dia nak ketuk 10,000 Kyat. Aku tak mau. Last sekali nego nego aku sudi bayar 4,000 Kyat. Akhirnya dia setuju.

Yang menarik lagi. dia naik keta mahal ! Dan dalam kereta tu.. awek dia ke sapa ntah tengah membuta. 

Aku malas nak ambik pot.. janji aku sampai airport sudah. Tapi tak de la juah sangat dari bus station tu ke airport or maybe dia lalu ikut short cut kot.

Sampai airport

Check in kat airport..

Tak de apa yang menarik sangat nak buat di airport ni. Lepas check in apa semua... aku terus masuk boarding room.

Siap sedia nak belayar pulang ke tanahair..

Tapi.. lepas pada chop passport tu.. tiba tiba.... perut rasa memulas semula.

Ergh....................... tetiba terasa nak cherry cherry lady lagi.... Mampus !!!! Jangan la kejadian kelmarin berulang lagi.. 

bersambung..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...