Showing posts with label JJCM - Sepang. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Sepang. Show all posts

Friday, July 14, 2017

Jom Lunch : Degree, Hotel Sama Sama, KLIA

Macam menjadi acara tahunan pulak aku ada event di Sama Sama Hotel, KLIA.

Last year bertandang di sini dan sempat menginap. Tahun ni datang lagi ! Ntah ntah organizer event aku ni ada share kat sini kot?

Tapi tahun ni kedatangan aku tak bermalam, datang untuk kerja dan makan makan !

Hotel Sama Sama, KLIA

Keberadaan aku di sini, aku bawakan acara lunch di salah satu restorannya di sini, Degree !

Ayuh ikut serta.

* tolak trolley penuh dengan beg Hello Kitty.

Degree, Salah satu resto all day dining yang terletak di bahagian lobby hotel.

DEGREES - ALL DAY DINING
The All-Day-Dining, Degrees

Restaurant, located at the lobby level is elegantly designed with an open kitchen and comfortable seating. Our team of talented chefs are always on-the-go, creating a spread of enticing cuisines with over 150 local and international delicacies. Enjoy favorites such as Mee Rebus, Nasi Goreng Kampung, and Pasta Aglio Olio in a chic and casual environment where the service is always exceptional.

International Buffet

Breakfast at RM64 per person
6am-11am

Lunch at RM90 per person
12pm-3pm

Dinner at RM101 per person
6pm-11pm

*Prices quoted are inclusive of 6% Goods & Services Tax

OPERATION HOURS : Open 24 Hours Monday-Sunday

Awal awal dah reveal semua info. Maka layan gegambar je lah.


Usha setting


Open space


Secluded and more private

Restoran ni menyediakan pelbagai makanan secara buffet, jadi kita tengok spread makanan dia. Usha penuh rakus mana tau ada yang memenuhi selera anda !

Set sushi dan rerakan mentah dari Nippon

Salad dan appetizers

Steam or grill?

Fresh dari lautan sepi....

Pasta?

Salad bar dan macam macam lagi

Sememangnya ada banyak spread makanan dengan penuh variety. Boleh di pilih mengikut citarasa dan tekak sendiri. Ada jugak makanan berat macam nasi dan lauk pauk Melayu.

Tapi yang paling memukau di sini adalah spread desserts dan pencuci mulut dan gigi !

Ayuh..... lupakan dosa dosa berdampingan dengan makanan makanan manis yang ceria dan menyelerakan.

Kuih kuih Melayu dan tak berapa Melayu

Yang manis menghiris kalbu

Hubungan asmara yang mengundang kerosakkan gigi di pengakhiran

Pencuri hati

Oh ! bila makan lupa segala benda. Overall makanan sedap. Ambience pun selesa. Layanan istimewa dan memang highly recommended !

Cuma aku tak suka sebab jauh dari rumah !

Balik nak drive dalam keadaan perut memboyak adalah satu siksaan jiwa raga. Tapi terpaksa.

Sambil sambil tu layan gegambar sekitar Hotel Sama Sama KLIA ni.


Sama-Sama Hotel Kuala Lumpur International Airport, a prizewinning 5-star international hotel in Kuala Lumpur, is conveniently located next to KL International Airport's main terminal building. 

The hotel is connected to KL International Airport via a sky-bridge and is just a five-minute walk away. 

For guests' accessibility, this airport hotel offers a shuttle service between the airport and the hotel between 5:00 am and 1:00 am. 

Guests can also check into their room at the hotel check-in counter which is located at the baggage claim area (Carousel F) of the airport's international arrival hall. In support of the Government of Malaysia to promote a non-smoking environment, Sama-Sama Hotel Kuala Lumpur International Airport has converted all the rooms to non-smoking rooms.














Sama-Sama Hotel ( KL International Airport)
Jalan CTA 4B
64000 KLIA, Sepang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

reservations@samasamahotels.com
+603 8787 3333

Website : samasamahotels.com/
FB:  Sama Sama Hotels

Thursday, March 9, 2017

Jom Makan : GH Corner, Sepang

Jom makan !

Kali ni kita gi makan tempat luar biasa sikit dari biasa. Bukan di kawasan jajahan yang biasa biasa aku pegi.

Kali ni kita ke Sepang !!!

* krik krik krik...

Soalan !

"Kau buat apa jauh jauh tu Meng?"

Jawapannya. Rahsia.........

Hahaha.. Dah tentu la aku ada kerja buat di sini, sambil sambil tu aku nak jugak mengisi perut dan terjumpa tempat makan ni.

CH Corner ! Nama kedainya dan terletak di Bandar Baru Salak Tinggi.

Lot kedai di sini

Aku ke sini dengan member aku IH !

Tak de apa apa expectation aku ke sini. Aku terpaksa culik dia dah paksa dia datang ke sini. Nanti aku cerita next entry cemana kami boleh tersadai di sini !

Dah ada kat sini cari tempat makan dan nampak macam ada cafe dan di buka jadi aku rasa aku nak cuba. Pulak tu tak ramai orang so mesti lah dapat makan cepat.

Dah park kereta, melangkah ke depan cafe ni.

Oh. Nak masuk kena bukak kasut !... Kena sopan sopan lah ni.

Dah masuk. Duduk di meja yang disediakan.

Layan dulu setting dalam cafe ni.

Nampak bersiih dan comfortable

Boleh duduk di meja atau juga duduk bersila di belakang sana.

Kaunter cashier

Dan aku perasan, motto cafe ni adalah ' Ingat Makan Ingat Tuhan !" Cemana tu?

Banyak maksud kalau nak di huraikan. Pepandai la fikir sendiri....... 

Dah duduk tu then datang pekerja or aku assume macam owner cafe ni je.

Beliau datang dan mengalu alukan kedatangan kami. Dan kami di beri buku menu....

Menu book.

Basically menu dia ada Western Food

Ada juga Malay Food, Banana Cheese,  Keropok Lekor Cheese, Milkshake , Bakso,Char Kueytiow

Aneka minuman

Lepas tengok pada menu book tu, aku dengan IH sependapat yang harga makanan dia agak murah murah di sini !

Mana nak dapat ice blended harga RM 3? Di sini ada ! Pasta pun below RM 10 harganya.

Menu menu lain pun harga macam mampu di makan lagi lah......................

Kami nak order cheese cake kat situ tapi abis pulak. So kena double check dulu makanan ada tersedia ke tidak.

Dah order, tunggu lah makanan sampai.  Lepas tu baru nampak ada dua tiga orang pelanggan mula sampai.

Tak lama lepas tu makanan pun tiba.

Ice blended yang di order

Sebab excited harga murah, aku dengan IH order air benda yang sama. Hazelnut ice blended

Ni makanan aku order. Carbornara.

Rasa biasa biasa je. Dan portion pun tak de la banyak mana. Sesuai lah dengan harga dia.

Dan IH order set Nasi Ayam Rangup. Dia kata biasa jer.... 

Dah makan. Dah kenyang. Alhamdulullah.

Nak kata sedap tu biasa biasa je lah. Boleh la datang makan. Tapi yang menarik harganya memang sangat sangat munasabah. Dengan setting kedai yang nampak mahal tapi harga mampu milik mungkin boleh menjadi tarikan pelanggan ke sini.

Kos makanan kami pun sangat murah jer.

Boleh cuba. Recommended !

Terima kasih GH Corner

Ada plak perasmian

Dan aku tau yang GH Corner tu maksud dia adalah GENERASI HARAPAN CORNER dan mereka ada juga cawangan cawangan di tempat lain seperti di Shah Alam.

GH Corner ( Bandar Baru Salak Tinggi)
43900, 2-58, Jalan 2,
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900
Sepang, Selangor,

Malaysia

IG : ghcorner

Ayuh kita berpantun pantun jap.

Eh bukan pantun ni. Madah hati...

Ingat makan.. Ingat Tuhan ! Ingatkan Dia.....



Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

GH Corner ni terletak kat lot kedai yang ada bangunan dan kolej yang ada kapal terbang.

Wings


Selamat berkunjung !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...