Thursday, October 23, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 21 - Tachikawa : Showa Kinen Park - Part 2

Ini part ke 2 di Showa Kinen Park, Tachikawa.

Boleh kan tak tulis apa apa sebab tak tau nak tulis apa apa. Sebab aku sendiri lost dalam park yang penuh warna warni ni. Rasa mabuk dan macam nak ambik semua gambar.

Aku redha di panggil Mat Bunga hari ni !

Pantang nampak orang menonggeng, aku pun turut sama tak melepaskan peluang menonggeng.

Jamu mata sudah !

Showa Kinen Park

Warna warna

Ada kolam kecik

Orang pun agak ramai

Putih bersih

Tulip

Ada terselit pokok sakura

Macam setiap selangkah nak ambik gambar sebab mabuk

Showa Kinen Park

Showa Kinen Park

Kat rumah kita tak de bunga cam ni. Ada tapi tak sebanyak macam ni

Dengan warna warna nya

Dan taman yang agak luas

Warna warna menawan

Kolam di tengah taman tulip

Mereka tumbuh dengan riang

Cuaca pun menarik. Cuma bunyi helikopter lalu lalang menganggu mood

Showa Kinen Park

Showa Kinen Park

Showa Kinen Park

Showa Kinen Park 

Malas nak bubuh caption

Lagi

Dan ada jugak sepadang bunga bunga kecik macam ni

Tak tau nama apa

Tapi sekali terpijak ranap bunga orang

Aku parking basikal belah belakang sana

Ramai yang berkelah dan berhanani, tapi sorang pun tak ajak aku makan. Cis !

Pusing pusing sampai balik kat pokok tulip ni

Showa Kinen Park

Showa Kinen Park

Showa Kinen Park

Cherry Tree

Lepak

Santai

Jalan balik ke tempat basikal

Hah. Puas

Akak sebagai model tak berbayar

Serious aku tak expect macam ni punya colorful tempat ni time aku pegi.

Aku ingat ada sakura tapi aku dapat more than that. Kira puas hati nak ambik gambar. Dan bagi peminat peminat tulip, di sini la tempatnya. Tapi kena pastikan datang pada musim yang tepat. 

Dan aku rasa sebab area ni banyak pokok, time autumn memang menarik jugak lah. Memang kena gi check pada pencinta pencinta bunga bungaan dan warna.

Memang heaven nak ambik gambar.

Dah abis ambik gambar. Dah mabuk mabuk nasib tak muntah belanak. Aku ambik basikal dan blah. Plan memang nak balik Tokyo lah. Ada plan nak ke tempat lain. Tak leh berlama lama sangat di sini. 

Masalahnya lepas ambik basikal, nak keluar semua aku tersesat barat. Hahahaha

Tak jumpa jalan keluar

Tapi akhirnya berjaya jugak selepas berpusing pusing dalam park ni

Hantar basikal

Dan lepas tu aku terus keluar. Balik ke station Nichi Tachikawa ambik train ke Tachikawa dan train ke Tokyo.

Lepas ni nak ronda ronda Tokyo pulak.

Train ke Tokyo

Overall, Showa Kinen Park ni bagi aku lawa dan menghiburkan especially bagi yang suka ambik gambar. Cuma kena pastikan pegi pada musim yang betul. Waktu terbaik adalah ketika musim spring bermula pertengahan April hingga awal May. Time tu ada sakura, tulips dan bunga bunga lain sedang mula dan mekar berkembangan.

Pastikan tarikh yang betul. Jangan sampai nanti pegi jer banyak bunga bunga berguguran.

Buat penat jer... Menjejes ayaq liuq kempunan....

Lagi berkenaan Showa Kinen Park



Ditiup angin senja
Bunga-bunga berguguran
Di dalam keindahan tiada lagi cahaya
Hilanglah seri penghias taman

Kelopak bagai sutera
Bumi tandus tiada bermaya
Hilanglah keharuman tiada lagi berseri
Bunga layu di pangkuan ini

Di manakah jejari yang sering menanti
Untuk menyuntingmu ketika kau mekar mewangi
Dititis embun pagi
Kau tak mungkin mekar kembali

Di ruang warna senja
Dan bunga-bunga berguguran
Hilanglah kemegahan cahaya penerang zaman
Setelah bunga jatuh berserakan…

bersambung.................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...