Showing posts with label Pulau Sibu Kukus. Show all posts
Showing posts with label Pulau Sibu Kukus. Show all posts

Wednesday, October 24, 2018

#JOMRONDAPULAU : 03 - Pulau Tetek | Pulau Lima

Seperti yang di janjikan, selepas singgah di Pulau Sibu Kukus, bot bergerak menuju ke Pulau Tetek !

Ya areeba.... 

Perjalanan agak choppy. Melambung lambung jugak lah di buatnya. Nasib gak la lokasinya tak jauh pun. Beberapa minit je maka sampai lah ke tempat yang di maksudkan.

Pulau Tetek

Memang nama dia Pulau Tetek, bukan sebab aku suka suka je bagi nama begitu

Sebenarnya singgah di kawasan Pulau Tetek ni adalah untuk open snorkelling.

Dikhabarkan snorkelling di celah celah Pulau Tetek ni menarik sebab banyak ikan. Biasalah ikan ikan pun suka berenang celah celah tetek.. eh.. Pulau Tetek ni.

Tapi, disebabkan dek ombak yang kuat di kawasan sekitarnya, geng geng yang membawa ni sepakat tak benarkan untuk turun. Takut di bawa arus deras pulak hanyut ke lain.

Jadi.. berhenti kejap je layan tetek. Tengok je lah..........................

* sigh

Tapi banyak burung burung bersarang di Pulau Tetek ni... Tanda banyak ikan.

See? Burung burung pun suka menetek jugak.

Tak pasti pulak burung jenis apa....

Penetekkan gagal dilaksanakan

Sabar Bang... Kita cari tetek lain... opsss !

Okey.. sebelum aku di tuduh pervert, ayuh kita bergerak ke destinasi seterusnya...

Gagal snorkelling di Pulau Tetek, kami semua di bawa ke Pulau Lima. Di Pulau Lima ni kita akan singgah untuk makan tengahari. Sambil sambil tu boleh sambung snorkelling dan mandi manda.

Ayuh kita ke sana !

Pulau Lima yang tak berpenghuni

Dan masih macam tak terusik alamnya

Port yang cemerlang bagi sesiapa yang nak melepaskan hajat

Ya. Tapi celah celah pokok je lah. Pepandai lah bawak diri 

Layan pesekitaran kawasan Pulau Lima ni.







Oh ! Ada jugak yang membuang sampah rupanya.

Kiranya Pulau Lima ni menjadi persinggahan sementara para nelayan maybe ketika berlindung dari ribut dan hujan sebab nampak macam ada khemah dan kawasan rehat dibina di hujung kawasan.

Jadi ada jugak sampah sarap terkumpul.

Semoga Pulau Lima kekal tak tercemar

Harap jugak tak jadi pulak tempat buronan menyembunyi diri. Kalau buronan cinta tak per !



Banyak sudah yang menegur
Nanti aku kan tersungkur
Dengan gaya ku menggoda
Setiap perempuan di mata

Tapi dunia cukup besar
Untuk simpan rahasia
Sudah terjerat baru terasa bagai
Oh..

Oh buronan cinta
Terjepit di antara
Dua pacar berbeda
Pada waktu yang sama

Yang kiri belum tutur
Kanan juga begitu
Lebih baik ku lari
Cari pacar yang baru

Aduh.. aku buronan cinta
Aduh.. aduh..

Puas si cari gadis sempurna
Tapi belum ku jumpa
Semua punya kekurangan
Jadi kutambah pilihan

Bagaimana mereka tahu
Semua rahasiaku
Demi kebebasan biarlah bergelar
Oh…

Aduh.. aku buronan cinta
Aduh.. aduh..
Ku buronan cinta

Sampai kapan ku begini
Ku sendiri pun tak pasti
Mungkin ku begini sampai ke tua

Oh.. oh oh oh oh.. aku..

Lapar ke tidak? Kalau lapar... now adalah masa untuk makan tengahari !

Berkumpul.................

Abnag JDT dah siap siap nak ceduk nasi

Dapat nasi cari port untuk melantak

Habuan. Simple but nice. Sedap gak lah lauk yang di sediakan.

Air minuman turut di bekalkan..

Dan kenyang. Ada masa untuk yang nak berehat atau nak snorkelling di Pulau Lima ni.










Sampai masa untuk meninggalkan Pulau Lima ni.. Patutnya singgah di batu gua tapi sebab air pasang, pintu gua tertutup. Tak boleh bot pegi.

Kecewa lagi.




Akhirnya kami tuju ke Pulau Mentinggi.

Apa ada di sana yach?

bersambung.................... 

Tuesday, October 23, 2018

#JOMRONDAPULAU : 02 - Pulau Sibu Kukus

Setelah meredah samudera selama lebih kurang 30 minit dari kuala Sungai Mersing, akhirnya bot laju yang membawa kami semua tiba di destinasi pertama iaitu Pulau Sibu Kukus.

Pulau Sibu Kukus ini adalah antara 4 pulau yang menjadi gugusan Pulau Sibu yang terdapat di perairan Mersing selain Pulau Sibu Besar, Sibu Tengah, Sibu Kukus dan Sibu Hujung.

Pulau Sibu Kukus ini adalah pulau kecil yang terletak di sebelah Pulau Sibu Tengah yang turut di wartakan sebagai Taman Laut sejak tahun 1993 lagi.

Pantai Pulau Sibu Kukus

Pulau Sibu Tengah dari kejauhan

Bot selamat mendarat di Pulau Sibu Kukus.

Tiada resort di bina di Pulau Sibu Kukus ini memandangkan saiznya yang agak kecil. Aktiviti utama singgah di pulau ini adalah untuk mendaki bukit di sini yang mana pemandangan yang bakal di sajikan dari puncaknya itu memukau pandangan.

Nak tau terpukau ke tidak, kena lah panjat !

Tapi sebelum tu, dah alang alang sampai ke pulau, sebaik saja bot berhenti dan penumpang turun menjejak pasir pantai, maka ramai la yang terus start berkubang air masin.

Ayuh..... buangkan segala tekanan di jiwa. Kita mandi manda...................... !

Siap sedia

Pantai dan batu batu di Pulau Sibu Kukus

Pulau Sibu Kukus

Nak ke mana tu?

Uda dan dara

Keseronokkan bermain air laut

Ada yang memang mandi dan snorkeling di kawasan gigi air. Dan ada jugak yang berhasrat untuk melakukan pendakian ke puncak untuk melihat panorama sekitar perairan Pulau Sibu ini.

Tinggi ke nak kena daki?

Agak agak?

Sekejap je sebenarnya. Kalau fit macam aku.... hmmmm dekat 20 minit jugak. Kalau jenis boyak boroi tapi lebih fit... boleh naik dalam 15 minit jer.

Tapi laluan bukan la mudah seperti yang di sangka. Permulaan je agak steep dan cuma ada tali sebagai pemegang.

Jadi agak perlu untuk memakai kasut yang sesuai.

Ada sorang nenek ni, beria nak panjat jugak walaupun puas di halang oleh anak anak dan cucu cucu dia. Berkobar kobar semangat dia, tapi akhirnya aku dan tak jadi mendaki ke puncak.

Laluan ke puncak ikut hutan kecil

Separuh perjalanan kawasan belukar tadi sudah dilepasi


Ayuh ! Menuju puncak

Maka ini lah view awal yang boleh di lihat dari bukit ni. Oh yeah ! Tak sampai pun 20 minit aku dah berjaya sampai.

Acah acah fit jugak la kan. Tapi terpongeh jugak mintak nyawa.

Batu batu tepi laut

Pulau Sibu Tengah dan di belakangnya Pulau Sibu Besar 

Lautan

Ada yang masih snorkeling di perairan

Bot bot yang tadi datang membawa penumpang

Pulau Sibu Tengah dengan kawasan resort

View dari puncak Pulau Sibu Kukus

Pandangan ke bawah tempat bot bot berlabuh

Pulau Sibu Hujung di sebelah Pulau Sibu Kukus

Pulau pulau lain

Dan ini dia pemandangan sekitar Pulau Sibu Kukus dari kawasan puncak. Boleh rest dan layan pemandangan di kawasan ni.



Ku terpaut sejak pertemuan itu
Hatiku berkata ingin mengenali mu
Setiap malam wajahmu terbayang
Disaksikan sinaran bulan

Titisan hujan bagaikan harapanku
Tinggi langit tak mungkinkan tercapai
Tinggi gunung jadi penghalang
Hasratku oh sayang

Lautan api
Sudah pun kurenangi
Kuukirkan namamu

Di hati yang jadi pujaanku

Gerbang kebahagian terpancar indah
Tapi hanya dengan sekelip mata
Sekeping hati yang sudah berpunya
Pergi dan takan kembali

Sayup kelihatan Pulau Tinggi






View memang lawa tapi sebab cuaca agak sendu sikit time tu so macam berkabut jugak dan tak berapa clear.

Air laut pun nampak tak berapa berkilau dan jernih seperti apa yang di harapkan.

Spent lebih kurang 15 minit kat atas ni, then tiba lah masa untuk turun.



Time turun tu lebih laju tapi memang kena hati hati kalau tak mensasar je masuk semak.

Dah sampai bawah boleh sambung mandi manda sementara tunggu bot nak bergerak ke lokasi seterusnya.






Overall, hentian pertama di Pulau Sibu Kukus ni agak menarik lah. Selain pantai dan boleh mandi manda, boleh lah layan view sekitar Pulau Sibu ni yang sememangnya nampak menarik.

Bergerak ke lokasi berikutnya, iaitu ke Pulau Tetek.


Let's go menetek !!!

Nak tetek saiz apa uols????? Cepat hoder !

bersambung.....................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...