Showing posts with label Taichung - Sun Moon Lake. Show all posts
Showing posts with label Taichung - Sun Moon Lake. Show all posts

Sunday, February 14, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 11 : Sun Moon Lake > Taichung > Chiayi

Suasana petang agak tenang dan mendamaikan di Sun Moon Lake ni.

Tapi kawasan ni memang agak berbeza kesibukkannya jika dibandingkan dengan kawasan pekan utama di Yucich ( tempat aku memula sampai tadi ).

Di sini lebih santai dan kurang kenderaan lalu lintas. Kalau ada pun sebab hiking trail yang aku lalui ni agak terpisah dengan laluan jalanraya, maka bunyi kenderaan tak menganggu suasana.

Petang menanti di Sun Moon Lake

Aku memang nak menanti senja berlabuh dari kawasan ni sebab kawasan dekat station ropeway ni betul betul mengadap matahari jatuh. Kalau tempat pekan utama tu kiranya membelakangi kawasan matahari terbenam.

Jalan slow slow menyusuri laluan yang ada. Aku masih banyak masa.

Laluan. Sesekali je terserempak dengan pejalan kaki yang melawan arah

Laluan menyusuri kawasan tepi tasik menuju ke cable car station

Ada tapak perkhemahan di bahagian tepi. Nampak banyak khemah khemah di dirikan.

Ada jugak yang mengambil peluang memancing ikan di kala petang di sini.

Tak lupa juga yang bersiar siar menghirup udara segar berlatar belakangkan tasik yang mendamaikan di Sun Moon Lake ini.

Dan akhirnya aku sampai di kawasan broad walk depan cable station Sun Moon Lake

Lepak lepak menanti senja menghilang

Lepak lepak tepi tasik

Perut lapar lah ! Makan dulu. 

Ni saki baki roti yang aku beli di Yamazaki di Keelung City semalam. Aku baca kat paper beg tu, dia ada cawanagn di Kuala Lumpur. Tapi kat mana? Tak pernah dengar pun.

Roti dia OK la.. nak kata sedap sangat tu tak de la sampai tahap The Loaf. Harga pun agak mahal jugak.

Aku beli 3 jenis. Dah makan seketul dalam bas semalam on the way balik Taipei. Seketul makan time berduka lara kat Taichung masa tunggu bas nak datang ke Sun Moon Lake ni. Dan ada 1 lagi aku belasah sekarang !

Boleh la alas perut. 

Lapar memang lapar. Tapi tak de benda lain yang aku boleh nak bedal saat saat macam ni.

Syukur je la ada roti ni. Terima kasih Yamazaki.

Matahari mula menyongsang

Pokok kelapa

Kapal tradisi yang di gunakan untuk menangkap ikan oleh Kaum Pribumi di sini

Sepetang di Sun Moon Lake

Bakal menghilang di balik bukit di seberang tasik

Aku just duduk melepak tanpa melakukan apa apa. Menikmati senja petang yang bakal menghilang. Sambil sambil berfikir tentang perjalanan aku kali ni. Tentang pilihan. Tentang kehidupan dan banyak perkara.

Waktu travel macam ni la aku nampak di mana kelemahan aku bila di uji. Bagaimana kelemahan aku bila gagal menangani masalah atas jalan yang aku sendiri pilih !

“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

Allah menyuruh kita supaya memilih dan bertanggungjawab atas pilihan kita. Dosa dan pahala juga datang disebabkan pilihan dalam tindakan. Mungkin pilihan yang aku buat adalah berdasarkan hak dan keinginan aku sendiri. Dan atas sebab pilihan itu juga, aku sepatutnya bertanggungjawab di atas apa jua kemungkinan yang Allah bagi.

Learn to get in touch with the silence within yourself and know that everything in this life has a purpose. There are no mistakes, no coincidences, all events are blessings given to us to learn from.

Terima lah dan bertanggung jawab atas pilihan yang diserah.  Putih, hitam atau kelabu ?



Adakah.. benarkah
Diriku di dalam hatimu
Nescaya soalan bagiku
Cinta putih atau kelabu?

Kiranya... dirimu
Benar-benar menyintaiku
Kadangkala ku hilang arah
Cinta putih atau kelabu

Adakah pelayaran cinta
Merentas laut bergelora
Atau setenang tasik biru
Putih atau kelabu?

Tanyalah pada diri sendiri
Apakah erti cinta bagimu?
Jalinan kasih buat selamanya
Ataupun sebentar saja?

Keliru mindaku
Keliru jiwaku
Bila kau sanjungku bagai puteri
Sepenuh hati
Tak sanggup aku
Oh sekiranya ia buat sementara

Ku lihat dirimu
Adakala mesra padaku
Adakala sedingin salju
Cinta putih atau kelabu

Okey. Selesai mengelamun sambil kunyah roti Yamazaki.

Tengok jam, masih belum melangkau jam 6 petang. Aku kena ambik bas dari depan cable station ni jam 6.05 untuk sampai di station pukul 6.15 petang. Itu jadual bus terakhir Sun Moon Lake Tour Bus hari ni. Dan sampai di sana nanti, terus kena ambik bas pulang ke Taichung City.

Last bas pukul 6.25 petang bertolak dari sana.

Sebenarnya kalau ikut jadual, ada lagi 1 last bus pukul 6.40 petang dan extra bus ni cuma ada time weekend je. Tapi aku malas nak ambik risk. Kalau aku tak sempat yang second last ni, maybe aku sempat naik yang last. Kalau terlepas yang last memang masak !

Bus tak leh nak reserve sebab aku beli return ticket !

Matahari belum benar benar menghilang, aku beredar tapi tepi tasik Sun Moon Lake itu untuk naik ke atas dan mendapatkan bas balik ke station utama.

Nak keluar ke jalan utama tempat bus stop tu kena lalu dalam bangunan cable car ropeway ni. 

Cable Car Ropeway Station dari arah tasik. Kena naik ke atas untuk keluar ke jalan besar

Ada statue depan station cable car

Masa tu cable car dah tak beroperasi. Cuma ada dua tiga pekerja, tapi kebanyakkan pintu dah di tutup. Cuma ada laluan khas dari belah bawah tepi tasik tadi untuk naik ke atas dan keluar ke jalan besar.

Harga tiket cable car ni kalau sesapa nak naik adalah TWD 300/RM 40 return. Dan perjalanan naik ke station puncak selama 7 minit. Waktu operasi adalah 10 pagi - 4.30 petang.

Boleh refer sini kalau nak info details.


Cable car di Sun Moon Lake

Senja dari Sun Moon Lake Ropeway station

Matahari dah menghilang

Ci-en Pagoda. The Chinese style pagoda is 46 meters tall. It was built by the Chiang Kai-shek in memory of his mother. It was completed in 1971 and sits on the hill southeast of the lake, somewhat close to Ita Thao

Makin lama nampak makin cantik. Tapi aku tak boleh tunggu. Nanti terlepas bas

Awan senja

Keluar dari kawasan parking Ropeway Station tu aku tunggu bas tepi jalan.

Hari makin gelap. Ada beberapa kereta kelihatan bergerak. Ada jugak yang masih gigih mengayuh basikal. 

Bagi aku Sun Moon Lake ni menarik. Tapi kena spare masa at least 2 hari di sini baru boleh nak buat banyak aktiviti. Kalau macam aku ni memang terpaksa bergegas balik sebab ini pun bukan dalam itinerary asal aku. Sepatutnya aku bergerak ke sini dari Alishan National Park esok, tapi bila aku study balik lagi tak advisable sebab kalau sampai sini petang dah tak de guna.

Lagi lagi malam agak awal, bila dah malam tak de apa yang boleh di lakukan dah di sini.

Jadi sesapa yang nak datang kena plan betul betul masa untuk berada di Sun Moon Lake ni.

Tunggu bas tepi jalan. Tepat pada waktunya, bas pun tiba

Senja dari dalam bas balik ke station utama

Sampai di bangunan tempat aku memula sampai tadi tu tengok tengok dah ramai orang beratur.

Sudah !

Semuanya ni nak balik ke Taichung kah?

Setahu aku ada 2 bas lagi yang tinggal. Bas yang 6.25 petang aku tengok dah bersedia dan orang pun semua dah naik. Dah penuh ! So aku pun kena naik yang last 6.40 petang.

Nak tak nak terpaksa la. Tu je choice yang ada. 

Beratur dengan orang lain

Sempat pakcik ni menghiburkan peminat

Tengah aku beratur dalam queue yang panjang tu tetiba aku dengar sorang lelaki bertanya setiap orang di depan.

Aku nampak dia tunjuk jari 1. Tapi yang lain semua geleng kepala.

"One person?"
"Here !!!"

Cepat je aku menyibuk. Angkat tangan dan dia terus paut bahu aku dan suruh aku naik bas. Ada 1 seat lagi kosong.

Ah. Alhamdulillah.

See?

Kadang kadang apa yang di takdirkan dalam hidup ni tak de la seburuk yang kita sangka. Kadang kadang Tuhan kasi kita ribut. Nanti dia ganti dengan pelangi !

Time dalam bas agak merengsakan. Seat yang kosoong tu belah belakang sekali. Ada 5 set in a row. Ada group remaja ni duduk seat 1 hingga ke 3. No 4 kosong dan sornag lagi duduk last tepi tingkap.

Aku terpaksa duduk di antara mereka dan bila bas bergerak dia orang start bersembang !

Gila kejap masuk telinga kanan aku, then keluar telinga kiri. Dah la benda yang aku langsung tak faham. Geram jugak jadi nya, Nak je aku suruh tukar seat kalau betul nak berborak sangat. Nasib baik la tak lama, lepas bas meninggalkan Sun Moon Lake area tu dia orang semua start membuta !

Aku sumbat telinga dengan iPod dan layan perasaan sendiri.

Memula dalam bas tu ada yang terpaksa berdiri. Lama jugak la sampai bas berhenti di station Puli, baru la few penumpang turun dan yang berdiri tadi dapat seat. Kalau aku memang tak sanggup la nak berdiri lama lama. 

Hampir sejam lebih, akhirnya bas berhenti di station HSR Taichung dulu dan turunkan penumpang sebelum bergerak menuju ke Taichung Station.

Bas berhenti di Taichung Station untuk menurunkan penumpang

Rata rata ramai yang turun kat area train station tu. Bus bergerak maybe balik semula ke Nantou Bus Station

Dekat Taichung Station aku terus beli tiket ke Chiayi. Destinasi aku malam ni.

Aku ke Chiayi sebab esok pagi pagi aku nak ke Alishan National Park. Sebab aku nak try dapatkan train Alishan Forest Railway, so kena naik train awal esok. Tu pun tiket aku belum dapat lagi. Kena beli kat station dan harap harap tak abis lagi.

Tawakal je lah. Lagipun esok hari Ahad. Weeekend !

Aku ambik train dari Taichung Station ke Chiayi pukul 8.20 malam. Tambang train TWD 240/RM 31. Jarak perjalanan 1 jam suku.

Station Taichung

Train menuju ke Chiayi

Nasib baik train ni aku dapat seat. Memula dia cakap No Seat. Aku insist nak seat. Tak kisah la available train pukul berapa pun. Aku rasa tu cara terbaik sebab memula dia akan jual je the next train punya tiket, kalau kita tak nak, next trin pun biasanya tak la lama mana nak tunggu. 

Kena tanya timing jugak la.

Sempat beli air ni kat vending machine kat train station. Aku pernah minum air ni masa kat Jepun dulu.

Kerusi berbentuk buah di salah satu perhentian station sewaktu perjalanan

Apa apa pun, dalam train aku just rest je sampai la train berhenti di station Chiayi. Tran tu bergerak terus sampai ke Kaohshiung.

Train tiba di station Chiayi

Sebaik saja sampai di station Chiayi, aku terus cari tempat jual tiket Alishan Forest Railway.

Train ni adalah special train dan kaunter tiket dia terletak di luar train station Chiayi. 

Barang di ingat kalau naik High Speed Rail. Station HSR Chiayi bukan di sini. Ni station train biasa dan tiket ke Alishan Forest Railway tu di jual di station Chiayi yang biasa ni je. Kalau dari HSR Station boleh naik bas ke Alishan NP.

Tapi sebab aku memang excited nak naik Alishan Forest Railway train, aku akan mencuba nasib mendapatkan tiketnya di sini !

Kaunter tiket jual Alishan Forest Railway train

Jadual keretapi

Berdiri depan kaunter yang dah di tutup

Masa aku sampai kat kaunter ni, aku perasan ada notes tapi ditulis dalam tulisan Chinese. Aku agak dia bagitau untuk train esok, ada 1 seat pukul 9.00 pagi dan 4 seat pukul 10 pagi !

Hah.. 

Tapi betul ke? Aku main agak jer. Aku mintak sorang mamat ni translate ya betul apa yang aku jangka.

So aku kena bangun awal awal pagi dan start beratur di sini !

Ini penentuan antara hidup dan mati................ !

* julang bendera tanda bersemangat semula.

Apa yang penting sekarang aku nak kena cari lokasi hotel yang aku dah booking di Chiayi ni untuk bermalam malam ni.

Ayuh !

Chiayi Station. Ini TRA station, train HSR berhenti kat station lain jauh dari sini.

Bangunan bangunan depan Chiayi Station

Aku dah booking penginapan aku malam ni di sini. Now nak kena cari je. Aku ada map di tangan so ada panduan. Cuma aku tak pasti jalan yang di maksudkan tu sebab macam banyak simpang depan station Chiayi tu sendiri.

Jalan utama di depan Chiayi Station

Jalan dan lorong

Awek ni tengah berbincang dengan colleague dia nak cari lokasi hotel aku

Susah payah dia nak susun ayat nak bagitau, tapi kira OK lah. Sekurang kurangnya dia orang memang helpful dan tunjukkan aku jalan mana yang aku patut tuju. Sebagai balasan aku order Mc D dengan dia.

Masa jalan jalan tu nampak kedai baju. Aku teringat baju aku bawak dah tinggal sehelai je yang bersih. Memang plan nak beli t shirt kat Taiwan ni

Puas testing tapi tak jumpa. Budak promotor tu beria suruh aku fitting, masalahnya aku tak selesa sebab penat dan berpeluh badan melekit pastu nak pakai t shirt bersih.  Tak beli apa apa pun.

Dari jalan besar, aku ikut lorong seperti yang di bagitau oleh budak Mc D tadi tu untuk sampai ke hotel yang aku dah booking.

Last sekali terpaksa tanya couple yang tengah memadu asmara tepi jalan. Dia orang yang tunjukkan hotel aku ni.

Nampak tak makcik menunggu di depan hotel?

"Ron Gong Hotel?"

Aku tanya makcik tu.

"Malaysia?"
"Yes..I am from Malaysia..."
"Ahh.............."

Punya la dia happy sebab akhirnya aku jumpa hotel ni agaknya. Ke dia satu hari menunggu aku sampai? Dah pukul 11 malam baru aku tiba.

Masa sampai tu tetiba je makcik ni peluk aku !

Tangan dia atas bahu aku lagi ni sambil berborak dengan laki dia

Punya la dia seronok sebab aku sampai. Ke apa agenda dia tetiba terlebih mesra?

Aku busuk busuk kohong macam ni pun dia peluk semacam !

Tapi aku memang dah kepenatan. Nampak tilam katil dan nak berehat jer rasa.

Makcik ni siap siap ambik kunci dan tunjukkan bilik. Aku settlekan payment apa semua. Dia bawak aku ke tingkat 1. Tak abis abis tersenyum bangga sebab aku tiba. Sengeh sengeh manjang. Cakap English tak pandai.

Tapi dia tunjuk la mana toilet apa semua kat atas tu.

Bilik sempit tapi OK lah. Ada aircond. Bath room separate

Tengok tengok macam rumah pelacuran pun ada. 

Lagi la sebelah bilik aku ada budak lelaki kecik. Budak tu lari keluar masuk bilik dia, so makcik tadi tu sibuk nak kever kever dan tutup pintu bilik tu.

Aku perasan ada sorang perempuan berbaring atas katil.

Benda pertama aku buat adalah mandi !! 

Berlengas satu hari. Toilet asing... rengsa aku sebab toilet tak de paip !!

Pastu solat dan qada apa yang tak terlaksana hari ni. Satu hari merayap. Solat pun atas katil jer sebab tak de ruang.

Pastu layan wifi yang laju. 5G tu !!!

 
Sambil tengok TV dan isi perut yang kelaparan.

Aku yang tak makan ikan ni, tapi bila tengok fish fillet tu rasa macam nikmat paling sedap makanan ! Dapat fries dan apple pie. Terus rasa inzal berganda. Harga satu set Mc D adalah TWD 111/RM 14.50.

Malam tu aku tidur lena. Dah kunci jam nak bangun pagi. Esok aku ada misi penting. Sesudah subuh aku kena tercongok kat kaunter Alishan Forest Railway Train tu untuk dapatkan tiket.

Aku akan pastikan jaya !!!!

Walau ribut badai melanda, aku akan cuba sehingga ke cebisan kentang goreng terakhir !!!!!

* suap french fries dalam mulut sambil pejam mata keriangan dapat proper meal hari ni.

bersambung..............

Saturday, February 13, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 10 : Sun Moon Lake

Benarlah kata orang, hidup ini satu pengembaraan dan pengembaraan itu adalah satu cara untuk kita lebih mengenali erti kehidupan !

Terkaku sekejap aku menilai apa yang telah berlaku di hari ke 3 di Taiwan hari ini. Ni baru setengah hari, tapi cabarannya sudah hampir hampir melenyapkan semangat diri.

View di Sun Moon Lake. Destinasi aku seterusnya hari ni.

Lama aku duduk di kerusi depan bus station tu mengenang hubungan antara menggembara dan menjalani kehidupan sehari hari.

Dari pengembaraan seperti ini, kita dapat belajar bagaimana cara mencorak kehidupan diri. Perjalanannya tetap sama. Akan ada naik dan turun. Akan ada rasa hilang semangat dan berputus asa. Akan ada rasa marah membuku di dada sekiranya apa yang di rancang tidak menepati ramalan. Mengembara seperti ini mengajar kita cara untuk menyelesaikan masalah dan problema yang melanda. 

Dan sesungguhnya perjalanan hidup juga harus di teruskan walaupun apa jua yang berlaku.

Kerana kita hanya menumpang di bumi Tuhan.

Kerana kita hanya hidup sekali saja dan perlu menempuh semua ujian !

Nantou Bus Station, Taichung City

Banyak yang aku belajar dari apa yang berlaku hari ni.

Kadang kadang aku rasa diri aku sendiri terlalu lemah bila berhadapan dengan masalah. Padahal ini cuma masalah masalah kecil saja. Bagaimana kalau Tuhan datangkan aku dengan masalah yang lebih berat dalam hidup. Pastinya aku tak dapat menanggungnya.

Masalah kecik kecik macam ni pun dah hilang punca. Kalau di uji lebih teruk lagi, macamana lah agaknya nanti aku nak berdepan? Mungkin lagi kalut mencari jawapan di persimpangan.



Perjalanan hidup ini sangat panjang
Bagaikan kembara yang tiada hujungnya
Di sini ku berdiri di persimpangan
Jauh pandangan yang kini ku renung

Oh di manakah kau yang ku cari
Dalam kembaraku ini
Mengapa kau singkir ku ke tepi
Bagaikan ku tak berharga lagi

Perjalanan hidup ini yang mencabar
Menguji segala kekuatan
Dalam kembara yang penuh debar
Ku berpegang jalanmu oh Tuhan

And aku came to realize sekarang the beauty of travelling. 

Kembara bukan setakat melihat dunia luar yang asing. Mengembara seharusnya membentuk peribadi diri dan memberi peluang lebih dekat untuk kita mengenali diri sendiri.

Firman Allah: "Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (surah ah-Hajj:46)

Lama rasanya waktu bergerak untuk sampai ke pukul 1.35 tengahari.

Aku dah pun beli tiket tadi. Tiket dari Taichung City ke Sun Moon Lake berharga TWD 340/RM 44. Itu harga return ticket sebab aku memang tak plan nak overnight di sana. Malam ni aku akan ke Chiayi. Harga tiket tu kalau beli return siap siap lebih murah daripada beli separate. Kalau separate harga dia TWD 390/RM 50. Boleh jugak beli return ticket even tak balik hari yang sama pun. Simpan je tiket tu nanti bebila nak balik dari Sun Moon Lake, tunjuk je kat kaunter sana.

Kat sini jugak ada jual coupon untuk pakej naik cable car, bot dan few activities yang boleh di lakukan di Sun Moon Lake termasuk tiket ke sana. Harga coupon TWD 680/RM 88. Agak berbaloi la kalau ada banyak masa nak spend kat sana. Macam aku, aku memang expect aku dah tak banyak masa. Ni pun dah pukul 1 tengahari.

Sebab aku kena balik ke Taichung jugak malam nanti so aku kena study jadual bas ni. Takut nanti terlepas bas nak balik, tersadai pulak aku kat Sun Moon Lake tanpa ayah ibu. Meroyan lagi aku tak tentu arah.

Jadi.. preparationnya, ambil tau jadual waktu perjalanan bas ! Last bas dari Sun Moon Lake petang nanti pukul 6.25 petang balik ke Taichung.

Aku cuma ada 3 jam saja di Sun Moon Lake untuk di habiskan ! Itu saja rezeki untuk aku. Pasrah dan redha lah. Dan gunakan masa yang ada sebaiknya.

Jadual perjalanan Sun Moon Lake Shuttle Bus dari Taichung - Sun Moon Lake - Taichung

Yang bagusnya jadual dia orang ni firm dan on time so memang boleh bajet masa !

Sempat aku gi beli air kat kedai sebelah dan makan roti yang aku beli kat Yamazaki di Keelung City semalam.

Cukup la alas perut dan mengubat kelukaan hati hari ni. Hiks.

Makan roti dan minum air sedap

Aku rasa sepanjang aku di Taiwan ni aku lebih banyak beli air. Makan beli yang kudap kudap macam tu je lah. Sampai ke hari ni pun aku belum dapat proper meal lagi. Susah betul nak jumpa nasi. Jauh sekali nak makan yang sedap sedap.

Tepat waktu yang dijanjikan,, bus ke Sun Moon Lake pun muncul.

Bas datang ku naik !

Tak ramai orang yang naik di Nantou Station ni. So aku ambik seat depan sekali.

Kemudian bas mula bergerak menyusuri jalan jalan di Taichung City ni. In fact, bus ni siap pegi lalu depan Taichung Main Station dan ada ambik penumpang kat bus stop tepi stesen keretapi tu.

Tapi aku tak tau cemana nak beli tiket dari situ sebabnya aku nampak yang naik semua pakai EasyKad. 

Maybe kalau sesapa yang nak try naik kat bus stop tepi train station tu, tanya betul betul orang kat Visitor Information Center kat station tu. Sekurang kurangnya tak perlu la nak menapak jauh jauh macam aku tadi. Dan lagi haru kalau sesat barat dan makan buah langsat !

15 minit perjalanan selepas tu, bus berhenti lagi. Kali ni di High Speed Rail (HSR) Station Taichung. Kat sini ramai yang naik. Boleh dikatakan penuh bas.

Dan bermula dari situ bas bergerak terus tanpa henti menuju ke Sun Moon Lake.

Sebab penat sangat kot aku tak sedar diri, terus terlena ! Tak sempat nak snappy pun. 

Ni je sekeping, tu pun masa dah nak sampai

So aku tak berapa sempat nak layan view perjalanan dari Taichung ke Sun Moon Lake ni. Perjalanan bas mengambil masa 1 jam 30 minit.

Apa ada di Sun Moon Lake?

The Sun Moon Lake National Scenic Area is praised for its five major recreational systems, including the lake, Shueili River, Puli, Jhuoshuei River and Jiji. The surrounding areas stretch to cover known tourist spots including Taumi, Checheng, Jiji, Shueisheda Mountain, Sangyong Falls, Mingtan Reservoir and Shueili River.

Divided by Lalu Island, the Sun Moon Lake scenic area got its name from the unique terrains that look like sun on one side and crescent moon on the other. Crowned as one of the Eight Wonders of Taiwan, Sun Moon Lake is also the most famous source of hydroelectric power; offering key tourist themes - “high mountain and lake”, “indigenous culture”, and ”nature ecology,” the Sun Moon Lake Scenic Area attracts more than six million visits each year.

Sun Moon Lake features the only full-range 3D tours (lake, sky and land) in Taiwan. The lake cycling trail has been dubbed by CNNGO, CNN as one of the most beautiful cycling trails in the world. Top scenic spots in the lake area include Lalu island, Weneu Temple, Cien Pagoda, Lalu Island, Syuentzang Temple, Xian Mountain, Yongjie Bridge, Tongxin Bridge, Christian Church, Meihe Garden, Formosan Aboriginal Cultural Village and Snake Kiln, and the 14 lake trails are the top choices for sightseeing and leisure activities; specialty recreational locations in surrounding areas include (organized based on tour theme): Jiji and Checheng (Railway Nostalgic Trip); Dili and Sangyong (Indigenous Village Tour); Lugao and Seshui (Black Tea Pottery Tour) and Puli Taumi and Toushe Live Basin (Nature and Ecological Tour).

Malas nak translate. Basically tempat ni adalah tasik di ketinggian atas bukit yang menjadi tumpuan warga Taiwan berkunjung expecially during the weekend !

Info lanjut boleh refer official website ni : Sun Moon Lake, Taiwan

Dan sebab ianya satu tarikan pelancongan yang popular di sini, maka sebab tu la aku datang ke mari !

Dah sampai Sun Moon Lake

Hotel hotel dan bangunan perniagaan di sekitar Sun Moon Lake

Bas akan berhenti di depan bangunan ni. Ada Visitor Information Center, Ticket counter dan kedai kedai.

Aku sampai kat Sun Moon Lake ni pun dah pukul 3 petang. Jadi aku tau aku tak de banyak masa nak explore kawasan ni. 

Ada banyak cara nak pusing pusing area tasik ni samada sewa teksi, sewa basikal, motosikal atau naik bot dan sebagainya. Cara terbaik adalah naik shuttle bas yang mengelilingi kawasan Sun Moon Lake ni. Sila ambik tau bahawa tasik ni agak besar dan kawasan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong terletak agak jauh dari satu sama lain.

Sun Moon Lake Tour Bus beroperasi dan mengelilingi kawasan tasik ini dan berhenti di beberapa points tertentu. Tambang bas adalah TWD 80/RM 10 valid untuk sehari ikut suka nak naik turun berapa kali. Ada kiosk jual tiket dia kat bangunan tempat bas berhenti tadi.

So aku beli je tiket shuttle bus keliling Sun Moon Lake tu tapi aku kena perhatikan jadual bas betul betul dan make sure aku sempat balik ke sini untuk ambik bus pukul 6.25 petang nanti.

Ada less than 3 hours je. Jadi aku tak boleh nak stop kat semua 8 point bas tu berhenti. Aku kena pilih few je.

Tempat beratur tunggu bas untuk naik Sun Moon Lake Tour Bus dan shuttle bus balik ke Taichung.

Awas kalau anda di datangi oleh gadis gadis berbaju oren ni. Dia orang ni akan promo untuk kita naik bot dia orang keliling tasik.

Macam macam la alasan dia orang. Macam aku hari tu dia cakap.

"Dont take bus, you will not have enough time"

Tu aku tau ! Tapi aku bukan nak stop kat semua tempat pun.

Yang tak bestnya, dia orang punya harga naik bot tu mahal. TWD 300/RM 36 per pax. Pegi ke 2 point je pun. Tapi kalau teringin jugak nak naik bot tu, beli kat kaunter bot tu sendiri, jangan beli dengan dia orang ni sebab harga tiket kat kiosk bot tu cuma TWD 100/RM 13 jer. Dia orang ni tolong jual dan suka suka hati mark up mahal mahal.

Not good kakak ! Jangan jadi Ali Baba sangat boleh tak?

Ni shuttle bus keliling Sun Moon Lake

Sun Moon Lake Tour Bus ni akan bergerak meninggalkan kawasan area Visitor Information Center tadi tu dan bergerak keliling tasik. On the way tu dia akan berhenti dia point point tertentu.

Aku dah aim, dengan jadual bus yang datang sejam sekali, aku cuma boleh stop kat 3 tempat je. Tak boleh miss bus ni kalau tak jauh nak balik semula ke tempat tadi.

Yang tak bestnya naik bas ni, banyak tempat lawa lawa sepanjang tasik tu aku tak boleh turun nak ambik gambar. Geram jugak rasanya. Dah la drebar bawak bas laju semacam.

Lagi parah aku tersilap duduk belah kiri so aku tak nampak tasik. Patut duduk belah kanan, buleh gak usha usha view dari dalam bas ni.

Gunung ganang dan tasik Sun Moon Lake

Matahari petang sudah mula menyongsang

Kalau hari hari biasa tasik ni memang nampak kebiruan

Bus bergerak pegi dan balik di laluan yang sama so boleh turun naik kat mana mana point yang kita suka.

Aku dah plan, aku cuma akan turun di pit stop terakhir je dan kat situ aku kena ambik bas yang sama untuk bergerak balik. Nasib baik la bus tu berhenti 10 minit kat pit stop terakhir sebelum berpatah balik.

Dan aku cuma ada 10 minit je kat situ untuk snappy dan usha kawasan.

Station terakhir ni nama dia Syuentzang Temple. Jarak dia paling jauh iaitu 4.8 KM dari tempat memula bas bergerak tadi. Tapi. Tak semua bas akan sampai di point terakhir ni, cuma ada few buses je ikut jadual yang dah di tetapkan. Dan bus yang aku naik ni kira bas terakhir sampai ke hujung sini. Nak tak nak, aku kena balik dengan bas ni jugak nanti !

Kawasan parking. Ada temple di atas bukit sana

Kawasan tasik Sun Moon Lake

Batu penanda

View kat sini memang agak lawa. Di tengah tengah tasik ni akan nampak Lalu Island.

Lalu ( bermaksud Lake ) adalah pulau keramat Kaum Asli Thao di sini sejak dulu lagi. Namanya pernah di tukar kepada Guanghua bermaksud Glorious China sewaktu pemerintahan Chiang Kai-shek. Selepas tahun gempa bumi besar yang melanda Taiwan pada 21 Sept 1999, kerajaan Taiwan akhirnya bersetuju menukar nama pulau ini kepada nama asalnya Lalu Island sebagai tanda penghormatan kepada pulau tersebut.

Dia orang agaknya percaya, gempa bumi tu disebabkan oleh kemarahan penunggu Lalu Island ni kerana namanya di tukar sesuka hati.

Lalu Island

Bot bot yang berlabuh di jetty dekat kawasan ni. Ni la bot yang minah tadi promote suruh naik tu.

Ferry bergerak merentas tasik tenang

Bas yang aku naik tengah menunggu waktu bergerak untuk berpatah balik. Aku siap pesan kat drebar tu jangan tinggal aku ! Tunggu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Laluan berpatah balik

View dari dalam bas. Lalu Island di tengah Sun Moon Lake

Bas melalui bandar kecil Ito Thao. Aku turun kat pit stop ni dan usha area ni

Ito Thao ni merupakan kampung orang Asli yang tinggal di Sun Moon Lake ni. Sekarang tempat ni dah jadi pekan kecil yang ada hotel dan kedai kedai dan menjadi salah satu tarikan untuk singgah di Sun Moon Lake ni.

Ada show show berkenaan dengan Kaum Pribumi Thao di sini. Kalau ada masa boleh la gi jenguk jenguk dia orang dan beli hasil kraftangan dia orang yang di jual.

Ada banyak tour yang organized trip trip macam ni di sini.

Ni salah satu replika orang pribumi Thao. Kacak tak beliau? Tapi kenapa ada tetek sebelah?

Aku ada sejam lebih kat sini dan aku memang tak plan nak berhenti di mana mana pit stop bas tu. Tapi dari Ito Thao ni aku akan jalan kaki nanti sampai ke Station Cable Car. Di situ juga merupakan pit stop untuk ambik bus balik ke tempat asal tadi semula.

Pasar di Ita Thao. Banyak jual jual makanan. Aku hanya mampu memandang sepi

Pekan Ita Thao yang di pinggir Sun Moon Lake

Bangunan bangunan di pinggir tasik. Kebanyakkannya hotel dan tempat makan

Nampak station cable car. Lepas ni aku akan menapak sampai ke sana

Suasana petang di Sun Moon Lake

Sepetang di pinggir tasik

Kawasan istirehat

Pusat penerangan something. Or jual jual tiket naik bot kot

Di kawasan tepi tasik ni menjadi kawasan istirehat di kala petang

Ada persembahan. Rasanya ni la Orang Asli Thao tu kot.

Boleh tahan gaya abam membuat persembahan. Sikit lagi abam boleh ganti M Daud Kilau

Adik Badut menghiburkan kanak kanak

Di pinggir Sun Moon Lake

Aku spent masa lebih kurang je kat sini, pusing pusing ambik gambar.

Dari Ito Thao yang dulu di kenali sebagai Dahua Village ni aku menapak ikut tepi tasik ada trail tersedia menuju ke station cable car.

Ikut laluan yang betul

Tengah tengah berjalan tu tetiba bau semacam. Macam bau terbakar.

Tengok tengok.

Babi kau babi ! Terkejut aku dia tengah terkangkang kena guling tepi jalan

Makan besar agaknya hari tu jamu selera sanak saudara. 

Ikut laluan. Ada banyak hiking trails di kawasan Sun Moon Lake ni. Kalau yang berminat boleh la cuba. Sebaiknya aku cadangkan at least overnight 1 malam kat sini so boleh cover dan buat banyak aktiviti.

Itu adalah bot kaum Asli Thao. Bot di gunakan untuk menangkap ikan di sekitar Sun Moon Lake ni.

Aku jalan slow slow sambil hirup angin petang menuju ke cable car station tu.

Tak de plan nak naik cable car pun. Just nak lepak lepak kat situ sebab area tu lebih best untuk layan sunset nanti.

Trail

Cable car di Sun Moon Lake

Senja bakal menjelang tiba

Puas hati dapat melayan senja di sini

Permulaan yang mencabar untuk hari ini, tapi dianugerahkan senja yang menawan di pengujung hari.

Alhamdulillah. Tuhan Maha Adil Maha Pengasih dan Penyayang. Percaya dan bertahanlah jika di landa musibah. Ianya akan kembali sempurna dengan masa.

Life teaches us is that getting UPSET will not Help..! Always get UP and SET your next GOALS and life will then become easier..!

bersambung..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...