Benarlah kata orang, hidup ini satu pengembaraan dan pengembaraan itu adalah satu cara untuk kita lebih mengenali erti kehidupan !
Terkaku sekejap aku menilai apa yang telah berlaku di hari ke 3 di Taiwan hari ini. Ni baru setengah hari, tapi cabarannya sudah hampir hampir melenyapkan semangat diri.
View di Sun Moon Lake. Destinasi aku seterusnya hari ni.
Lama aku duduk di kerusi depan bus station tu mengenang hubungan antara menggembara dan menjalani kehidupan sehari hari.
Dari pengembaraan seperti ini, kita dapat belajar bagaimana cara mencorak kehidupan diri. Perjalanannya tetap sama. Akan ada naik dan turun. Akan ada rasa hilang semangat dan berputus asa. Akan ada rasa marah membuku di dada sekiranya apa yang di rancang tidak menepati ramalan. Mengembara seperti ini mengajar kita cara untuk menyelesaikan masalah dan problema yang melanda.
Dan sesungguhnya perjalanan hidup juga harus di teruskan walaupun apa jua yang berlaku.
Kerana kita hanya menumpang di bumi Tuhan.
Kerana kita hanya hidup sekali saja dan perlu menempuh semua ujian !
Nantou Bus Station, Taichung City
Banyak yang aku belajar dari apa yang berlaku hari ni.
Kadang kadang aku rasa diri aku sendiri terlalu lemah bila berhadapan dengan masalah. Padahal ini cuma masalah masalah kecil saja. Bagaimana kalau Tuhan datangkan aku dengan masalah yang lebih berat dalam hidup. Pastinya aku tak dapat menanggungnya.
Masalah kecik kecik macam ni pun dah hilang punca. Kalau di uji lebih teruk lagi, macamana lah agaknya nanti aku nak berdepan? Mungkin lagi kalut mencari jawapan di persimpangan.
Perjalanan hidup ini sangat panjang
Bagaikan kembara yang tiada hujungnya
Di sini ku berdiri di persimpangan
Jauh pandangan yang kini ku renung
Oh di manakah kau yang ku cari
Dalam kembaraku ini
Mengapa kau singkir ku ke tepi
Bagaikan ku tak berharga lagi
Perjalanan hidup ini yang mencabar
Menguji segala kekuatan
Dalam kembara yang penuh debar
Ku berpegang jalanmu oh Tuhan
And aku came to realize sekarang the beauty of travelling.
Kembara bukan setakat melihat dunia luar yang asing. Mengembara seharusnya membentuk peribadi diri dan memberi peluang lebih dekat untuk kita mengenali diri sendiri.
Firman Allah: "Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (surah ah-Hajj:46)
Lama rasanya waktu bergerak untuk sampai ke pukul 1.35 tengahari.
Aku dah pun beli tiket tadi. Tiket dari Taichung City ke Sun Moon Lake berharga TWD 340/RM 44. Itu harga return ticket sebab aku memang tak plan nak overnight di sana. Malam ni aku akan ke Chiayi. Harga tiket tu kalau beli return siap siap lebih murah daripada beli separate. Kalau separate harga dia TWD 390/RM 50. Boleh jugak beli return ticket even tak balik hari yang sama pun. Simpan je tiket tu nanti bebila nak balik dari Sun Moon Lake, tunjuk je kat kaunter sana.
Kat sini jugak ada jual coupon untuk pakej naik cable car, bot dan few activities yang boleh di lakukan di Sun Moon Lake termasuk tiket ke sana. Harga coupon TWD 680/RM 88. Agak berbaloi la kalau ada banyak masa nak spend kat sana. Macam aku, aku memang expect aku dah tak banyak masa. Ni pun dah pukul 1 tengahari.
Sebab aku kena balik ke Taichung jugak malam nanti so aku kena study jadual bas ni. Takut nanti terlepas bas nak balik, tersadai pulak aku kat Sun Moon Lake tanpa ayah ibu. Meroyan lagi aku tak tentu arah.
Jadi.. preparationnya, ambil tau jadual waktu perjalanan bas ! Last bas dari Sun Moon Lake petang nanti pukul 6.25 petang balik ke Taichung.
Aku cuma ada 3 jam saja di Sun Moon Lake untuk di habiskan ! Itu saja rezeki untuk aku. Pasrah dan redha lah. Dan gunakan masa yang ada sebaiknya.
Lama rasanya waktu bergerak untuk sampai ke pukul 1.35 tengahari.
Aku dah pun beli tiket tadi. Tiket dari Taichung City ke Sun Moon Lake berharga TWD 340/RM 44. Itu harga return ticket sebab aku memang tak plan nak overnight di sana. Malam ni aku akan ke Chiayi. Harga tiket tu kalau beli return siap siap lebih murah daripada beli separate. Kalau separate harga dia TWD 390/RM 50. Boleh jugak beli return ticket even tak balik hari yang sama pun. Simpan je tiket tu nanti bebila nak balik dari Sun Moon Lake, tunjuk je kat kaunter sana.
Kat sini jugak ada jual coupon untuk pakej naik cable car, bot dan few activities yang boleh di lakukan di Sun Moon Lake termasuk tiket ke sana. Harga coupon TWD 680/RM 88. Agak berbaloi la kalau ada banyak masa nak spend kat sana. Macam aku, aku memang expect aku dah tak banyak masa. Ni pun dah pukul 1 tengahari.
Sebab aku kena balik ke Taichung jugak malam nanti so aku kena study jadual bas ni. Takut nanti terlepas bas nak balik, tersadai pulak aku kat Sun Moon Lake tanpa ayah ibu. Meroyan lagi aku tak tentu arah.
Jadi.. preparationnya, ambil tau jadual waktu perjalanan bas ! Last bas dari Sun Moon Lake petang nanti pukul 6.25 petang balik ke Taichung.
Aku cuma ada 3 jam saja di Sun Moon Lake untuk di habiskan ! Itu saja rezeki untuk aku. Pasrah dan redha lah. Dan gunakan masa yang ada sebaiknya.
Jadual perjalanan Sun Moon Lake Shuttle Bus dari Taichung - Sun Moon Lake - Taichung
Yang bagusnya jadual dia orang ni firm dan on time so memang boleh bajet masa !
Sempat aku gi beli air kat kedai sebelah dan makan roti yang aku beli kat Yamazaki di Keelung City semalam.
Cukup la alas perut dan mengubat kelukaan hati hari ni. Hiks.
Makan roti dan minum air sedap
Aku rasa sepanjang aku di Taiwan ni aku lebih banyak beli air. Makan beli yang kudap kudap macam tu je lah. Sampai ke hari ni pun aku belum dapat proper meal lagi. Susah betul nak jumpa nasi. Jauh sekali nak makan yang sedap sedap.
Tepat waktu yang dijanjikan,, bus ke Sun Moon Lake pun muncul.
Bas datang ku naik !
Tak ramai orang yang naik di Nantou Station ni. So aku ambik seat depan sekali.
Kemudian bas mula bergerak menyusuri jalan jalan di Taichung City ni. In fact, bus ni siap pegi lalu depan Taichung Main Station dan ada ambik penumpang kat bus stop tepi stesen keretapi tu.
Tapi aku tak tau cemana nak beli tiket dari situ sebabnya aku nampak yang naik semua pakai EasyKad.
Maybe kalau sesapa yang nak try naik kat bus stop tepi train station tu, tanya betul betul orang kat Visitor Information Center kat station tu. Sekurang kurangnya tak perlu la nak menapak jauh jauh macam aku tadi. Dan lagi haru kalau sesat barat dan makan buah langsat !
15 minit perjalanan selepas tu, bus berhenti lagi. Kali ni di High Speed Rail (HSR) Station Taichung. Kat sini ramai yang naik. Boleh dikatakan penuh bas.
Dan bermula dari situ bas bergerak terus tanpa henti menuju ke Sun Moon Lake.
Sebab penat sangat kot aku tak sedar diri, terus terlena ! Tak sempat nak snappy pun.
Ni je sekeping, tu pun masa dah nak sampai
So aku tak berapa sempat nak layan view perjalanan dari Taichung ke Sun Moon Lake ni. Perjalanan bas mengambil masa 1 jam 30 minit.
Apa ada di Sun Moon Lake?
The Sun Moon Lake National Scenic Area is praised for its five major recreational systems, including the lake, Shueili River, Puli, Jhuoshuei River and Jiji. The surrounding areas stretch to cover known tourist spots including Taumi, Checheng, Jiji, Shueisheda Mountain, Sangyong Falls, Mingtan Reservoir and Shueili River.
Divided by Lalu Island, the Sun Moon Lake scenic area got its name from the unique terrains that look like sun on one side and crescent moon on the other. Crowned as one of the Eight Wonders of Taiwan, Sun Moon Lake is also the most famous source of hydroelectric power; offering key tourist themes - “high mountain and lake”, “indigenous culture”, and ”nature ecology,” the Sun Moon Lake Scenic Area attracts more than six million visits each year.
Sun Moon Lake features the only full-range 3D tours (lake, sky and land) in Taiwan. The lake cycling trail has been dubbed by CNNGO, CNN as one of the most beautiful cycling trails in the world. Top scenic spots in the lake area include Lalu island, Weneu Temple, Cien Pagoda, Lalu Island, Syuentzang Temple, Xian Mountain, Yongjie Bridge, Tongxin Bridge, Christian Church, Meihe Garden, Formosan Aboriginal Cultural Village and Snake Kiln, and the 14 lake trails are the top choices for sightseeing and leisure activities; specialty recreational locations in surrounding areas include (organized based on tour theme): Jiji and Checheng (Railway Nostalgic Trip); Dili and Sangyong (Indigenous Village Tour); Lugao and Seshui (Black Tea Pottery Tour) and Puli Taumi and Toushe Live Basin (Nature and Ecological Tour).
Divided by Lalu Island, the Sun Moon Lake scenic area got its name from the unique terrains that look like sun on one side and crescent moon on the other. Crowned as one of the Eight Wonders of Taiwan, Sun Moon Lake is also the most famous source of hydroelectric power; offering key tourist themes - “high mountain and lake”, “indigenous culture”, and ”nature ecology,” the Sun Moon Lake Scenic Area attracts more than six million visits each year.
Sun Moon Lake features the only full-range 3D tours (lake, sky and land) in Taiwan. The lake cycling trail has been dubbed by CNNGO, CNN as one of the most beautiful cycling trails in the world. Top scenic spots in the lake area include Lalu island, Weneu Temple, Cien Pagoda, Lalu Island, Syuentzang Temple, Xian Mountain, Yongjie Bridge, Tongxin Bridge, Christian Church, Meihe Garden, Formosan Aboriginal Cultural Village and Snake Kiln, and the 14 lake trails are the top choices for sightseeing and leisure activities; specialty recreational locations in surrounding areas include (organized based on tour theme): Jiji and Checheng (Railway Nostalgic Trip); Dili and Sangyong (Indigenous Village Tour); Lugao and Seshui (Black Tea Pottery Tour) and Puli Taumi and Toushe Live Basin (Nature and Ecological Tour).
Malas nak translate. Basically tempat ni adalah tasik di ketinggian atas bukit yang menjadi tumpuan warga Taiwan berkunjung expecially during the weekend !
Info lanjut boleh refer official website ni : Sun Moon Lake, Taiwan
Dan sebab ianya satu tarikan pelancongan yang popular di sini, maka sebab tu la aku datang ke mari !
Dah sampai Sun Moon Lake
Hotel hotel dan bangunan perniagaan di sekitar Sun Moon Lake
Bas akan berhenti di depan bangunan ni. Ada Visitor Information Center, Ticket counter dan kedai kedai.
Aku sampai kat Sun Moon Lake ni pun dah pukul 3 petang. Jadi aku tau aku tak de banyak masa nak explore kawasan ni.
Ada banyak cara nak pusing pusing area tasik ni samada sewa teksi, sewa basikal, motosikal atau naik bot dan sebagainya. Cara terbaik adalah naik shuttle bas yang mengelilingi kawasan Sun Moon Lake ni. Sila ambik tau bahawa tasik ni agak besar dan kawasan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong terletak agak jauh dari satu sama lain.
Sun Moon Lake Tour Bus beroperasi dan mengelilingi kawasan tasik ini dan berhenti di beberapa points tertentu. Tambang bas adalah TWD 80/RM 10 valid untuk sehari ikut suka nak naik turun berapa kali. Ada kiosk jual tiket dia kat bangunan tempat bas berhenti tadi.
So aku beli je tiket shuttle bus keliling Sun Moon Lake tu tapi aku kena perhatikan jadual bas betul betul dan make sure aku sempat balik ke sini untuk ambik bus pukul 6.25 petang nanti.
Ada less than 3 hours je. Jadi aku tak boleh nak stop kat semua 8 point bas tu berhenti. Aku kena pilih few je.
Tempat beratur tunggu bas untuk naik Sun Moon Lake Tour Bus dan shuttle bus balik ke Taichung.
Awas kalau anda di datangi oleh gadis gadis berbaju oren ni. Dia orang ni akan promo untuk kita naik bot dia orang keliling tasik.
Macam macam la alasan dia orang. Macam aku hari tu dia cakap.
"Dont take bus, you will not have enough time"
Tu aku tau ! Tapi aku bukan nak stop kat semua tempat pun.
Yang tak bestnya, dia orang punya harga naik bot tu mahal. TWD 300/RM 36 per pax. Pegi ke 2 point je pun. Tapi kalau teringin jugak nak naik bot tu, beli kat kaunter bot tu sendiri, jangan beli dengan dia orang ni sebab harga tiket kat kiosk bot tu cuma TWD 100/RM 13 jer. Dia orang ni tolong jual dan suka suka hati mark up mahal mahal.
Not good kakak ! Jangan jadi Ali Baba sangat boleh tak?
Ni shuttle bus keliling Sun Moon Lake
Sun Moon Lake Tour Bus ni akan bergerak meninggalkan kawasan area Visitor Information Center tadi tu dan bergerak keliling tasik. On the way tu dia akan berhenti dia point point tertentu.
Aku dah aim, dengan jadual bus yang datang sejam sekali, aku cuma boleh stop kat 3 tempat je. Tak boleh miss bus ni kalau tak jauh nak balik semula ke tempat tadi.
Yang tak bestnya naik bas ni, banyak tempat lawa lawa sepanjang tasik tu aku tak boleh turun nak ambik gambar. Geram jugak rasanya. Dah la drebar bawak bas laju semacam.
Lagi parah aku tersilap duduk belah kiri so aku tak nampak tasik. Patut duduk belah kanan, buleh gak usha usha view dari dalam bas ni.
Gunung ganang dan tasik Sun Moon Lake
Matahari petang sudah mula menyongsang
Kalau hari hari biasa tasik ni memang nampak kebiruan
Bus bergerak pegi dan balik di laluan yang sama so boleh turun naik kat mana mana point yang kita suka.
Aku dah plan, aku cuma akan turun di pit stop terakhir je dan kat situ aku kena ambik bas yang sama untuk bergerak balik. Nasib baik la bus tu berhenti 10 minit kat pit stop terakhir sebelum berpatah balik.
Dan aku cuma ada 10 minit je kat situ untuk snappy dan usha kawasan.
Station terakhir ni nama dia Syuentzang Temple. Jarak dia paling jauh iaitu 4.8 KM dari tempat memula bas bergerak tadi. Tapi. Tak semua bas akan sampai di point terakhir ni, cuma ada few buses je ikut jadual yang dah di tetapkan. Dan bus yang aku naik ni kira bas terakhir sampai ke hujung sini. Nak tak nak, aku kena balik dengan bas ni jugak nanti !
Kawasan parking. Ada temple di atas bukit sana
Kawasan tasik Sun Moon Lake
Batu penanda
View kat sini memang agak lawa. Di tengah tengah tasik ni akan nampak Lalu Island.
Lalu ( bermaksud Lake ) adalah pulau keramat Kaum Asli Thao di sini sejak dulu lagi. Namanya pernah di tukar kepada Guanghua bermaksud Glorious China sewaktu pemerintahan Chiang Kai-shek. Selepas tahun gempa bumi besar yang melanda Taiwan pada 21 Sept 1999, kerajaan Taiwan akhirnya bersetuju menukar nama pulau ini kepada nama asalnya Lalu Island sebagai tanda penghormatan kepada pulau tersebut.
Dia orang agaknya percaya, gempa bumi tu disebabkan oleh kemarahan penunggu Lalu Island ni kerana namanya di tukar sesuka hati.
Lalu Island
Bot bot yang berlabuh di jetty dekat kawasan ni. Ni la bot yang minah tadi promote suruh naik tu.
Ferry bergerak merentas tasik tenang
Bas yang aku naik tengah menunggu waktu bergerak untuk berpatah balik. Aku siap pesan kat drebar tu jangan tinggal aku ! Tunggu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Laluan berpatah balik
View dari dalam bas. Lalu Island di tengah Sun Moon Lake
Bas melalui bandar kecil Ito Thao. Aku turun kat pit stop ni dan usha area ni
Ito Thao ni merupakan kampung orang Asli yang tinggal di Sun Moon Lake ni. Sekarang tempat ni dah jadi pekan kecil yang ada hotel dan kedai kedai dan menjadi salah satu tarikan untuk singgah di Sun Moon Lake ni.
Ada show show berkenaan dengan Kaum Pribumi Thao di sini. Kalau ada masa boleh la gi jenguk jenguk dia orang dan beli hasil kraftangan dia orang yang di jual.
Ada banyak tour yang organized trip trip macam ni di sini.
Ni salah satu replika orang pribumi Thao. Kacak tak beliau? Tapi kenapa ada tetek sebelah?
Aku ada sejam lebih kat sini dan aku memang tak plan nak berhenti di mana mana pit stop bas tu. Tapi dari Ito Thao ni aku akan jalan kaki nanti sampai ke Station Cable Car. Di situ juga merupakan pit stop untuk ambik bus balik ke tempat asal tadi semula.
Pasar di Ita Thao. Banyak jual jual makanan. Aku hanya mampu memandang sepi
Pekan Ita Thao yang di pinggir Sun Moon Lake
Bangunan bangunan di pinggir tasik. Kebanyakkannya hotel dan tempat makan
Nampak station cable car. Lepas ni aku akan menapak sampai ke sana
Suasana petang di Sun Moon Lake
Sepetang di pinggir tasik
Kawasan istirehat
Pusat penerangan something. Or jual jual tiket naik bot kot
Di kawasan tepi tasik ni menjadi kawasan istirehat di kala petang
Ada persembahan. Rasanya ni la Orang Asli Thao tu kot.
Boleh tahan gaya abam membuat persembahan. Sikit lagi abam boleh ganti M Daud Kilau
Adik Badut menghiburkan kanak kanak
Di pinggir Sun Moon Lake
Aku spent masa lebih kurang je kat sini, pusing pusing ambik gambar.
Dari Ito Thao yang dulu di kenali sebagai Dahua Village ni aku menapak ikut tepi tasik ada trail tersedia menuju ke station cable car.
Ikut laluan yang betul
Tengah tengah berjalan tu tetiba bau semacam. Macam bau terbakar.
Tengok tengok.
Babi kau babi ! Terkejut aku dia tengah terkangkang kena guling tepi jalan
Makan besar agaknya hari tu jamu selera sanak saudara.
Ikut laluan. Ada banyak hiking trails di kawasan Sun Moon Lake ni. Kalau yang berminat boleh la cuba. Sebaiknya aku cadangkan at least overnight 1 malam kat sini so boleh cover dan buat banyak aktiviti.
Itu adalah bot kaum Asli Thao. Bot di gunakan untuk menangkap ikan di sekitar Sun Moon Lake ni.
Aku jalan slow slow sambil hirup angin petang menuju ke cable car station tu.
Tak de plan nak naik cable car pun. Just nak lepak lepak kat situ sebab area tu lebih best untuk layan sunset nanti.
Trail
Cable car di Sun Moon Lake
Senja bakal menjelang tiba
Puas hati dapat melayan senja di sini
Permulaan yang mencabar untuk hari ini, tapi dianugerahkan senja yang menawan di pengujung hari.
Alhamdulillah. Tuhan Maha Adil Maha Pengasih dan Penyayang. Percaya dan bertahanlah jika di landa musibah. Ianya akan kembali sempurna dengan masa.
Life teaches us is that getting UPSET will not Help..! Always get UP and SET your next GOALS and life will then become easier..!
bersambung..........
Entry yg motivating. Suspek Habang Meng!
ReplyDeleteLalu Island tu buleh gi?
buleh lalu je.. dok leh singgoh... tempat keramat tu kononnya... ada bot boleh bawak gi dekat dekat lah buleh la nak selfie.
DeleteGigih........ n panjang mukadimah uncle kali ni.... Penuh info... Thanks!!
ReplyDeleteeh bila nak gi taiwan?
Deletemasa Sally g, Sally ambik yg pakej tu sekali...tapi rasanya baru dalam NT$600 je...mgkn ada diskaun agaknya eh time tuu...tapi Sun Moon Lake ni mmg cantik sangat kan..? Sally mmg spent almost 3/4 of my day kat sini... :)
ReplyDelete3/4 days tu memang lama la tu.a bis tempat leh cover... kalau banyak masa buleh je stay lama lama kat sini sebab mcm aman damai sentosa kan.
Deleteharga tu pakej yang masuk sekali ropeway tu semua... sapa yang pegi dulu ni? maybe harga dah berubah kot... ni bulan 9 hari tu
cantik nye..tp xde gmbr sendiri..hehehehe
ReplyDeletetak der... harap maklum
Deletebabi tul lah babi tu kan...!
ReplyDeletehahahaha...
DeleteMcm ala ala tasik kawaguchiko ...tapi takde my Fuji ..gitu...nak try pergi ni..
ReplyDeletecuba lah pegi dan buat banyak aktiviti..
Deleteenjoice!