Hari ke 3 di bumi Taiwan !
Bangun pagi dengan semangat membara. Nafsu memuncak muncak untuk meneruskan pengembaraan ini.
Kita mesti bersemangat !
Mesti !
* tarik selimut dan sambung tidur 5 minit lagi.
Ngantuk dowh.
Semalam tidur tak sedar diri. Sedar sedar pagi ni dah. Tu pun sebab kunci jam.
Balik dari merayap semalam aku jumpa Jean kat hostel ni. Aku bagitau dia kisah duka pilu aku tak dapat tiket bas ke Sun Moon Lake.
"I know... It is hard. Dont worry. You can take a train to Taichung, then take bus to Sun Moon Lake. That is what people always do"
"Can I?"
"Yes. Of course you can !"
Huh. Penat je aku sesak sesakkan otak fikir kemungkinan agenda aku yang tertangguh hari esok sebab tak dapat tiket tu, rupanya ada option lain yang boleh aku cuba. Memang kalau baca thru wikitravel pun, tu la cara terbaik untuk ke Sun Moon Lake sebab bus dari Taipei ni walapun ada direct ke sana tapi tiketnya selalu sold out !
Setelah mendapat jawapan meyakinkan dari Jean semalam, maka hari ni aku akan teruskan siri jelajah aku seperti yang di rancangkan.
Aku bangkit dan bersiap siap. Hari ni memang aku akan check out dari hostel Jean ni dan malam nanti aku akan ke Chiayi.
Sebenarnya plan asal aku memang tak masuk pun Sun Moon Lake ni hari ni, aku plan nak singgah time balik esok lepas aku pegi ke Alishan National Scenic Area, tapi lepas borak dengan Jean masa awal aku sampai hari tu dia kata tak practikal macam tu. Dia suruh aku pegi ke Sun Moon Lake dulu dan aku kena drop salah satu itinerary lain yang aku dan plan.
Aku sebenarnya tak kisah sebab aku memang plan tapi tak tetap. Itinerary aku boleh berubah ikut keadaan jer.
Lepas bersiap siap pagi tu aku terus gerak tinggalkan hostel. Kebetulan aku jumpa Jean sekali lagi pagi tu sebelum aku keluar. Dan kami berpisah selepas tu.
"You have fun in Taiwan. Be safe okey? If you need any help, come and find me !"
Dengan tak mandi nya sempat dia peluk aku. Yek. Busuk !
Apa apa pun, dia memang banyak tolong aku. Dan aku bersyukur jumpa dia dan menginap di hostel tempat dia keje ni. Malam besok aku akan balik ke Taipei semula dan menginap di Taipei, tapi aku dah book hostel lain di area lain. Kalau belum booking memang aku balik duduk kat hostel dia ni jer.
Sebelum melangkah meninggalkan area Zhongshan District ni menuje ke station MRT, aku jalan jalan dulu area hostel ni sebab Jean kata, pagi pagi ada pasar pagi.
Nothing much to see sebab pagi biasanya dia orang jual sayur dan buah buahan je.
Tapi aku just usha je sebab sekali harung on the way ke MRT Station.
Su Su Cafe
Area tempat aku duduk ni memang banyak cafe dan vegetarian food. Tapi sebab aku balik semalam dah malam.Usha jugak kot kot la ada rezeki jumpa nasi, tapi kedai banyak tutup awal. So semalam memang tak jumpa nasi !
Boleh bikin kurus aku jadinya kalau macam ni.
* tunjuk ibu jari kaki yang semakin mengecut
* tunjuk ibu jari kaki yang semakin mengecut
Area hostel Travel Talk Taipei
Suasana pagi di Minquan E. Road
Area pasar pagi
Tak berapa ramai lagi orang
Tomato. Halia. Lobak. Kentang. Pilih. Pilih !
Ketam. Ketam. Masak Lemak Cili Padi.....
Kedai jual buah buahan
Dari area Zhongshan District aku ambik MRT line kuning di Station Xingtian Temple menuju ke Taipei Main Station.
Dah terror dah naik MRT di Taiwan.
Dalam train pagi pagi menuju ke Taipei Main Station
Dari Xingtian Temple ke Taipei Main Station, tambang MRT TWD 20/RM 2.50. Sebab masih pagi belum sibuk lagi. Lagipun hari ni hari sabtu so kurang orang bekerja.
Lepas transfer line, dan ambik line Merah, akhirnya aku sampai di Taipei Main Station.
Semalam dah sesat barat kat sini, so kali ni dah OK sikit. Laluan pun semua dah di buka, jadi tak de la detour ke mana hala macam semalam sampai aku penat berpusing pusing dalam area station ni.
Keluar dari station MRT, usha usha kawasan jap. Semalam malam tak jelas, hari ni siang baru boleh tengok suasana sebenar area Taipei Station ni.
Keluar dari MRT Taipei Main Station
Bangunan bangunan di jalan utama mengadap Taipei Station
Hotel
Taipei Station
Tujuan aku kali ni adalah nak beli tiket train ke Taichung Station. Nanti dari sana aku ambik bas ke Sun Moon Lake.
Harap harapnya semuanya lancar.
Dah abis berlegar legar di kawasan luar aku masuk ke dalam bangunan Taipei Station tu.
Impressed sungguh aku dengan ruang dalam Taipei Station ni. Luas. Yang tak bestnya ramai je yang buat port melepak tengah tengah alam tu dan ada yang siap tidur.
Beli tiket. Queue pagi ni tak panjang macam malam semalam. Tapi kena beratur jugak lah.
Ada dekat 20 minit jugak aku beratur, baru la tiba giliran.
"I need train ticket to Taichung"
"Normal train or HSR?"
"Normal"
Dia ketuk ketuk PC dia kejap.
"Next train 9.45 am. No seat"
"OK"
Dengar ada ticket aku dah happy. Aku lupa pasal No Seat tu. Dulu masa kat Jepun aku biasa reserve ticket siap siap with seat. So aku assume, No seat maksud dia, tak de nombor tapi ada coach khas unreserve train.
Tapi segalanya salah !
Masa tu tak sedar lagi. Dah riang ni sebab berjaya dapat tiket. So aku terus ke platform TRA. Harga tiket TWD 376/ RM 50
By the way dekat Taiwan ni ada 2 jenis train. HSR dan TRA.
HSR adalah Hi Speed Rail yang menghubungkan bandar bandar besar di Taiwan ni. Macam Shinkansen di Jepun so harga dia sedikit mahal tapi memang ada dedicated seat.
TRA pulak ada train train intercity yang dikelolakan oleh Taiwan Rail Administration, train train express biasa atau pun limited express yang bergerak dari satu bandar ke bandar lain. Lebih banyak stop di perjalanan tapi harga dia lebih murah sikit pada HSR. Masa yang di ambil untuk sampai pun sedikit berbeza.
Satu sebab aku malas nak beli HSR tiket ni sebabnya, station HSR di bandar bandar lain biasanya bukan di main station. HSR ni ada train station dia sendiri yang biasanya terletak agak jauh dari bandar atau main station. Cuma di Taipei Station je HSR dan TRA station berada di bawah bangunan yang sama. Begitu jugak MRT. Sebab tu la Taipei Station ni agak complicated. Dengan station bus dua tiga buah di sekeliling dan keluasan kawasan ni boleh tahan la besar.
So dapat tiket aku terus ke platform TRA untuk ambik train ke Taichung City.
Taipei Station
Train tiba
Masuk train je aku jadi gelabah tak tau nak duduk kat mana. Train di Taiwan ni memang sentiasa penuh. Memula aku duduk je kat seat kosong yang ada.
Baru nak labuh ponggong, ada mamat ni cuit suruh bangun.
Bangun la aku dengan muka terpinga pinga.
Then aku lari duduk kat kerusi lain. Dengan harapan dapat la duduk sepanjang perjalanan 2 jam ni nanti.
Tak lama train bergerak, then stop di station yang lain, berderu orang masuk dan ada yang claim seat aku duduk tu seat dia.
Pasrah !
Terus aku beredar in between coach then baru la aku realized ramai lagi yang senasib dengan aku !
* tumpang bahu dan menangis sedu sedan
* tumpang bahu dan menangis sedu sedan
Oh.... Ada yang berdiri depan toilet. Ada yang berdiri kat aisle. Ramai je yang berdiri kat dalam tengah tengah aisle dan akhirnya aku ambik port kat tangga !
So setiap kali train berhenti, aku kena bagi laluan orang keluar dan masuk. Tapi bukan aku sorang je yang berdiri kat situ, ada ramai jugak la, cuma aku macam tak puas hati sebab aku rasa tertipu jer.
Bayar harga sama tapi tak de seat !
Ini tidak adil.
Kematu bontot 2 jam berdiri. Tengok kiri kanan semua nya pegang phone main game dan tengok video la macam macam. Aku ni phone pose pose je, tak leh nak guna mana.
Salah sorang mamat yang berdiri sama dengan aku
Sebab berdiri dan kena stabilkan kedudukan, nak ambik gambar pun terbantut. Ni je la gambar yang sempat aku snap semasa perjalanan dari Taipei ke Taichung.
2 jam aku berdiri.
2 jam aku rasa sengsara kat betis dan peha.
Akhirnya train berjaya tiba di station Taichung City.
Hoorey ! Happy separuh jiwa.
Jam dah hampir pukul 12 tengahari. Aku tak boleh berlengah masa. Kena cepat cari tempat nak beli tiket bas ke Sun Moon Lake ni.
Keluar dari train station ada Visitor Information Center.
VIC dekat Taichung Station
Aku tanya la kat mana nak beli tiket bas ke Sun Moon Lake.
Then dia tunjuk map dan bagitau bus station yang aku kena tuju. Time tu aku nak ambik gambar map tu, dan dan tu pulak iPhone aku hang ! Cis. Kena restart dan orang pulak tetiba ramai nak bertanya.
"Nevermind, I give you this"
Minah tu pass aku sekeping kertas.
"Where should I go?"
"Just go straight. Not far. 500 meter"
"Just go straight. Not far. 500 meter"
Bus Station yang aku patut tuju untuk beli tiket ke Sun Moon Lake
Setakat macam tu, nak tak nak kena la tanya orang sebab aku sendiri pun tak tau nak tuju belah mana.
Minah tu cakap, jalan je 500 meter ke belah depan station tu nanti jumpa la Bus Station Sun Moon Lake.
Aku akur.
Taichung City Main Station. Masih mengekalkan senibina dari zaman penjajahan Jepun
Tempat hisap rokok di luar station
Bangunan bangunan depan Taichung Main Station
Taichung City
Seperti yang di bagitau oleh minah tu, aku kena tuju ke Nantou Bus dan beli tiket di sana.
So aku just ingat nama Nantou Bus tu je lah dan mula mencari ke mana hala.
Dan nak tak nak aku terpaksa start tanya orang. Lagi pun depan main station tu ada banyak simpang, aku sendiri pun tak pasti mana satu yang di maksudkan oleh minah tu tadi.
Nampak macam kawasan pasar
Jalan lagi. Ada banyak bangunan bangunan di sini
Sepanjang aku berjalan kat depan depan kedai tu, banyak la orang berniaga dan jual makanan. Sedap sedap bau menusuk ke lubang hidung. Buat aku jadi lapar !
Dan sepanjang jalan tu jugak, ada banyak bus station dan tempat jual tiket.
Jadi aku berhenti di setiap bus station yang aku jumpa.
"Nantou Bus?"
Tunjuk depan lagi.
Aku jalan lagi.
Then nampak lagi station bus. Tanya lagi.
"Nantou Bus?"
"Uh. Uh. Uh'
Main tunjuk je ke belah sana tapi ke arah mana pun aku sendiri tak pasti.
So aku jalan je la terus. Sampai aku rasa buntu.
Tanya sorang minah tepi jalan. Dia pun tak tau. Jalan lagi.. tanya sorang mamat, dia pun tak pasti kat mana. Dan aku rasa aku tanya dekat 5 orang lepas tu semua tak tahu kat mana tempat Nantou Bus ni !
Lancao lah. Ke aku dah kena chong?
Cuaca dah start terik. Matahari dah berdiri. Jam menunjukkan pukul 12 lebih. Aku masih di jalanan tak tau kat mana tempat nak beli tiket ke Sun Moon Lake ni.
Sampai la dekat bangunan ni aku rasa macam dah jauh sangat aku berjalan
Tak yakin aku kalau dia kata jarak nya cuma 500 meter tapi aku rasa macam dah dekat 1 kilometer aku menapak.
Kat simpang tu jugak, aku tanya sorang minah ni dan dia pun blur tak faham. Aku tunjuk kertas tu ada tulisan Chinese pun dia blur. Nasib baik aku nampak ada Holiday Inn kat sebelah tu dan aku masuk tanya receptionist dia.
"Do you know where Nantou Bus Station is?"
"Keep left and go straight. Not far.. 5 minutes"
Ada rasa macam sinar bergemerlapan dengan bintang bintang memancar terang tak kalau tetiba ada orang yang tahu ???
Berakhir la kesengsaraan yang di alami. Muncul la kegembiraan di hati.
So aku follow la instruction minah tu, cross jalan dan terus ikut arah yang di beritahu.
5 minit aku berjalan tapi tak de sebarang bukti menunjukkan ada nya bus station. Or lebih tepat lagi, aku tak nampak pun mana mana tulis Nantou Bus tu. Jalan lagi dan lagi. Last sekali aku nampak bas ni !
Terpampang dia tulis Sun Moon Lake Shuttle Bus kan?
Masa tu bus ni tengah bergerak. So aku kejar lah.
Macam orang gila lak kejar bas yang tengah laju bergerak.
Makin aku kejar makin laju pulak bus tu pegi. Mana dia tuju aku pun tak tau. Sampai satu simpang dia belok dan bila aku sampai kat situ, aku tengok, bus tu dah tak der.
Yang ada?
Padang !
Ya ampun. Betul ke dia orang ni?
Makin aku jadi keliru je. Di hujung padang sana ada nampak macam bangunan so aku pun tuju lah. Nak menapak ke sana tu dah la jauh. Panas pun boleh tahan cuaca time time ni.
Bila sampai kat sana rupa rupanya, tempat tu adalah pasar !
Aku tanya orang, haram langsung tak de yang faham.
Rasa nak berguling je atas jalan.
"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh "
Kalau boleh jeritan tu bagi lepaskan semua rasa kesalan dalam diri, memang aku menjarit. Tapi masalah tak selesai jugak.
Serious aku rasa penat. Rasa tertipu. Peluh yang mengalir tak payah cerita lah. Basah lencun baju aku di buatnya. Sampai la aku nampak ada banyak bas parking tepi tepi jalan. So aku approached dan tanya salah sorang drebar bus tu.
Dia pun susah nak cakap dan sebenarnya dia pun tak tahu !
Tapi dia cakap maybe kat jalan besar tempat aku mula mula datang tadi.
Jauhnya aku berjalan dari main station dekat bangunan yang macam tower kat belakang sana tu. Belum kira berpusing keliling mencari bus stop ni.
Give up gila dah masa ni. Macam dah surrender semua. Yang tinggal cuma rasa nak patah balik ke Taichung train station tadi tu dan aku ambik train je terus ke Chaiyi. Sebab tu itinerary asal aku hari ni dan aku akan bermalam di sana.
So aku menapak je sampai ke jalan besar tadi semula tiba tiba aku nampak bas kuning yang aku kejar tadi tu berhenti kat situ.
Cepat cepat aku melintas.
Elok aku lepas lintas depan bas tu, bas tu pun bergerak.
"Sun Moon Lake?"
Aku tanya sorang mamat yang berdiri dekat tepi jalan dan pegang file.
Dia cuma tunjuk bas yang dah bergerak tadi tu.
Argh !!!!
"Is this Nantou Bus?"
Aku tanya dia. Dan dia tunjuk ke arah papan tanda.
Ya ampun. Tulisan Nantou Bus tu besar tu je kat situ?
"When is the next bus to Sun Moon Lake?"
"1:30 pm"
Hah !
Kebetulan ada kerusi kat depan kedai tu, terus je aku terjelepuk duduk kat situ.
Pasrah. Marah. Geram. Bengang. Semua perasaan membuak buak ada. Aku kepenatan sebenarnya. Berdiri dalam train berjam jam dan melilau mencari tempat ni buat kesabaran aku rasa betul betul tercabar.
Lagi sakit hati, jalan ni aku dah lalu tadi sebelum aku tanya receptionist kat Holiday Inn tu.
Lesu terus dan rasa luluh semangat di jiwa !
Benarlah kata kata pujangga
Usah terlalu berharap kepada manusia kerana bayang bayangnya sendiri menghilang saat kegelapan, Harapan kepada manusia selalunya melukakan.
Sungguh tak kuduga
Ikatan cinta kita kini terlerai sudah
Rindu yang sering melanda
Kini benci terasa
Setelah kini ternyata dirimu berdusta
Kesetiaan yang kuberi
Kecewa yang ku miliki
Kau dustai diriku dengan janji palsumu
Puaslah sudah hatimu
Melihatku begini
Menderita sepanjang waktu
Mendambakan cinta darimu
bersambung............
2 jam berdiri mesti kaki dah sado kan
ReplyDeletesado tak per.. jangan cramp !
Deletearghhh...stress aku kalau aku berada kat tempat ko...hahahaha aku dpt bayangkan macam mana seksanya ko. Aku pon ada alami lebih kurang mcm ko kat Nanning China....
ReplyDeleteaku pun boleh bayangkan apa yang kau lalui kat Nanning tu.....
Deleteaku terlebih stress sebab kesabaran tak berapa nak tebal dlm jiwa.. nak ngamuk je rasa
Tarik nafas..hembus...tarik..hembus...(tunggu nxt story pulak)
ReplyDeletehembus ke kentut?
DeleteSuka baca entri2 dlm blog Supermeng ni, penuh info..
ReplyDeleteahaa.. terima kasih.
Deletebaca je la. ni semua utk personal record mana tau aku amnesia ke satu hari nanti..
Oohh Meng, sadis sungguh episod mu. Sambung cepat Meng!!
ReplyDeletesabo... x leh sekali harung. ada yang muntah nanti
DeleteYa amponn..bertabah ko Meng. Kalu aku menangis dh kot disitu..huhu
ReplyDeleteaku nak nangis gak.. tapi terasa diri ini buruk... so tak jadi nangis.
Deletecarut dlm hati je.. hahaha
Sun Moon lake.....sadis.
ReplyDeletetak de la sadis mana... cuma kena planning bebetul je
DeleteByk pengalaman ni Meng..!! Blh buat buku.. Seronok baca.. Awesome journey.. Thanx for sharing.. Masa muda dulu xde peluang..
ReplyDeleteterima kasih...
Deletetravel muda ke tua ke... buleh je.. cuma rentak tu kurang skit la kan... dah kurang bermaya karin.
mmg susah nak dapat seat kalau beli on the spot...masa Sally ktorg duduk kat gerabak 12...tempat letak basikal semua tuu...boleh la duduk...tapi atas lantai la daripada berdiri 2 jam kan..hihihi
ReplyDeletekalau ada geng tak pe. kena berdiri pun buleh sembang2 make fun ke apa. tapi kalau solo mcm ni la.... pandang dinding je sorang2... sadis kan?
Deletesukanya baca..rasa seperti berada disana dan dan sengsara bersama...😍
ReplyDeleteemosi membuak buak mengenang kisah duka nestapa ... hahahhaa
Delete