Tadi balik kerja aku singgah isi minyak. Minyak kereta dah nak abis. Aku isi kat Esso.
Aku park kereta, dan aku isi minyak guna credit card. Macam biasalah, then aku biarkan minyak terisi dengan sendirinya, pastu aku masuk ke dalam sebab aku nak draw duit kat ATM machine.
ATM tu agak bodo dan slow, jadi aku tunggu lama sikit.
Bila aku abis tu nak balik ke kereta. Aku nampak ada satu mamat yang kerja kat situ jaga pam, tengah berdiri kat tepi kereta aku.
Aku ingat dia tolong tutup apa yang patut sebab minyak dah penuh. Aku tak risau apa apa sebab aku dah kunci pintu kereta siap siap.
Bila aku dah dekat dengan kereta, then dia perasan aku terus dia gelabah.
Rupanya dia tengah tuang minyak dalam botol. Dia curik minyak ! Cilabi. Terus aku pun buat muka ketat kuasa dua.
"Apahal ni?"
"Eh. Tak ada tak ada. Dia dah penuh, saya simpan untuk Encik"
Pastu dia buat buat blur hulur botol tu untuk aku. Pehal lak simpan untuk aku?
"Apasal pulak. Kalau penuh dia stop sendiri lah ni. Awak curi minyak saya ya?"
"Err. Tak ada. Tak ada"
Aku tengok kat meter tu dah lebih RM80. Biasa minyak kereta aku tak akan cecah banyak tu. Aku kira kira adalah dia songlap kat 2 botol. Satu botol tu dah penuh dia isi.
Sialan. Tapi malas nak panjang panjang isu. Aku just kasik dia amaran, jangan buat lagi, kalau tak aku report kat station tu, dan dia terkocoh kocoh bukakkan pintu kereta untuk aku.
Purak ! Purak ! Lakonan semata mata tu.
Keji !
Jadi semua, berhati hati ! Ada je orang nak mengambil kesempatan di atas kealpaan kita ni.
* nanges tepi balai
testing
ReplyDeletehahhh jadik ponnn
ReplyDeletehahaha
ReplyDeletemotip nama ko
terima kasih atas pesanan khidmat masyarakat encik..lain kali kami akan berhati-hati
ReplyDeletebagus zul.. ko x balik kg kah?? lily manah?
ReplyDeleteko suruh dia kencing kat botol minyak tu nyah.
ReplyDeletefab cat.
zul aku rindu sama lily mana dia? tak muncul2...sob sob
ReplyDeletecikdu sila minta 40 hinggit ngan bangla tu motippp sedekah kat pencuri
biar dia biol balik rumah buat masak dgn minyak tu.
ReplyDeletekojol terus
owh..lily bz jual minyak dlm botol singgit kt kg dia..lg kg dia mana ada line..topup pon tarak..
ReplyDeletemeng..wiken ni balik la sambut krismas..byk bnda nk buat..tebang pokok krismas..bakar lemang..masak rendang etc
hahahah
ReplyDeletemeriah la ko zul2by2...
jangan lupa kirim khabar kat pak santa. aku nak hadiah gempak utk tahun ni yach.
*baling topi santa kat zul*
ReplyDeleteko buncit tak zul?
fab cat.
suruh santa tu pakai helmet wey.. hati hati di musim perayaan.
ReplyDeletehahha sebut helmet tetiba aku teringat.
ReplyDeletemasa aku ngan kawan baik bercinta dulu kan, aku penah la nak buat suprise sekali. konon tetiba nak buat kemunculan kat uni dia. [bukan bogel ikat leher ngan riben okeh]
so kitorg drive beberapa jam nak kesana. *matilah percintaan jarak jauh*
aku pg ngan senior lelaki ke kolej kediaman dia. aku ckp la kat senior aku ni. sila pegi bilik ujung tu. tingkat 2. dia bilik tu. cakap ada org nak jumpa kat bwh. jgn bagitau BA dtg.
senior aku pun pegi la.
*menunggu di tapak kereta dgn perasaan berdebar*
tak lama tu senior aku turun. muka dia konpius gila. dia cakap:
abang tak jumpa pun kawan baik. yg ada dlm bilik tu ada sorang budak laki tgh tido atas katil. TAPI PAKAI HELMET!
*koma ditepi line tapak kereta*
fab cat
motip tido pakai helmet?
ReplyDeletehahahha
hahahha last2 tu sapa yg pakai helmet tu nyah?..dia mengantuk sgt tido ngan helmet ke?
ReplyDeletehahahha
zul sombong dan lampi ..aku takmo kwn ngan ko dah..pigi ko sanah
kak fab cat aku nk tanye nih
ReplyDeletedekat klcc ade x jual skaf mcm ct nurhaliza pakai tuh?
kak bed mana lak ni??
ReplyDeletekak bed klcc tu jauh sgt nyah...sblm sampai klcc sampai masjid india tu dulu..kat situ lg berlambak ..tudung ct talam banyak ada ..tudung rozita cik wan pon ada..hahahah erkk ke tudung kat masjid india tak kelas cam klcc?..
ReplyDeletekak bed@bedah@kakak petronas@kakak shell
ReplyDeletehaaaa gile kuase name aku
wehh ba.. mane kau
rozita che wan dah pakai tudung ke?
ReplyDeleteapsal aku x tau
* imagine dia naik atas kerusi nyanyi lagu hindustan
abbbb apalaa chalennnnnnnn
hahahaha banyak sgt nama ko
ReplyDeletebedah jambu kah
bw aku nk yg mcm ala2 skaf tu.. ade x eh?
ReplyDeletepastu aku pun bantai gelak nak hilang nyawa. muka senior aku tu konpius gila. puas dia pikir apa kena la budak tido berhelmet tu.
ReplyDeletepastu aku kena la call kawan baik.
tanya dia kat mana. dia kata kat bilik kawan dia tgh buat assignment. aku kata aku kat bawah sila turun.
kawan baik buat kemunculan dari tangga okeh. kacak macam getah pemadam.
*guling2 turun bukit sambil pakai sari*
bila aku tanya sapa yg tido pakai helmet tu? kawan baik konpius jugak. sbb tak puas hati dia naik atas pegi tgk.
jawapannya:
DIA PUN TAK KENAL!! BUKAN ROOMMATE DIA. TAK TAU SAPA TETIBA TERBONGKANG TIDO SIAP KAKI MENDEPANG TERKELUAR DARI GARISAN KATIL.
fab cat
budak tu mabuk dadah kah???
ReplyDeletehahahaha. tapi aku rasa benda mcm tu biasa kat asrama. pegi bilik org tu. nak ambik buku ke apa. orgnya tak de.. landing kejap
tu yg x bukak helmet tu
kak bedah. aku tak tau siti pakai tudung cemana? yg style bernard chandran design utk dia tu ke?
ReplyDeleteyg aku tau kat klcc ada satu kedai tudung nama arzu.
bermula dari harga RM90 hengget tunai. tp style camtu taktau la pulak. ada kot.
fab cat
mak hadir...
ReplyDeletekakak petronas,
mak nak ngadu laa...kat sini kan.. ada 1 stesen minyak petronas, pekerjah dia sume abg neps (kegemaran mak tuuu....)
Mak nak isi minyak byr kat kaunter pakai bankad. kan kena keyin pin no kan? mak mintak la mesin tu nak tekan no kat neps tu...
Dia soh mak cakap no. pin tu..
"tak paaa....saya boleh tekan..." kata neps tu..
"pala hotak ko!!" aku jawap.
Dia balas..
"itu bukan nombor la madam..."
Mak nak pitam tepi kaunter.
budak laki kalau dok hostel ni mmg akan jadi sewel kan? tak paham aku.
ReplyDeletemasa aku study dulu ada budak nama sonek. nama sekeji orgnya ok.
keta dia hazab gila. tp buat sewa ambik upah antar student pegi balik bandar.
gear satu adalah gear reverse.
kau ada keta canggih camtu?
fab cat.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=122977164418463&set=a.103970989652414.2566.100001185416724&ref=nf
ReplyDeleteaku nk yg brbentuk begini.. adakah? ceera kata die beli kt klcc.. klu ade esok aku mau terjah.. xde mase dah nih..*mcm la bz sgt*
meng aku pun kompius.. camne la ropenye tudung rozita che wan tuh eh?
hahahah
ReplyDeletemak inah adalah giler.
sonek adalah peniaga berjaya... berjaya tak dia ??
hahahahah mak inah.. sile isi borang aduan.. hahahah lawak la ko ni mak inah hahahahahaz
ReplyDeletehahahahah mak inah. motip nep tu bongok terlampau?
ReplyDeletehaahahah bodo. apsal la ko ni selalu mendapat situasi keji nyah?
fab cat.
hahha tetau la habang..tapik kat opis iols ada org jual tudung dia nama tudung rozita cik wan..siap dua lapis berombak2 jambul tetap keluar la tapinya....mahal lak tu
ReplyDeleteada kak bed..berlambak tudung ct tuh kat masjid india..ko g masjid india tu apa yg takde???? mak ngan ayah je takde situ dijual
kak bedah. ceeram00n tu ker?
ReplyDeletearzu tu je kedai tudung dlm tu nyah. tingkat 3.
ko nak hadiahkan kat sapa?
*lariiii
fab cat
kenapa mesti beli tudung kat klcc???
ReplyDeletemahal dowh. pegi je beli kat pasar malam tu sure ader.
* aku x tau sebenarnya saja ckp je
dah ah korang nak tido dah..
ReplyDeletemalaeka i love u..hahahhah
bw ade ye nyah? sok aku terjah
ReplyDeletefab cat aku x hadiah kt orang aku yg nk pakai time masak takut rambut jatuh dlm lauk kari heheheh
bye bw
ReplyDeletemeng skaf tu payah nk jumpe.. lom ade kt pasar mlm lg.. klu ade harus aku beli 4
ooooo.. selamat mencari. ok la aku pun nak tidur ni.
ReplyDeletenites
aku pun..
ReplyDeletenite2 u olls
ok dengkuran aku bermula sekaranggggggg
ReplyDeleteSubuhin semua. Hari ni aku bz sampai esok pagi. Aku akan merindui korang. Hehe
ReplyDeleteMeng, ko jangan biarkan mat indon tuhh. Sepatutnya botol tu ko amik simpan buat bekalan kecemasan dalam kereta kalo ko tak sanggup nak komplen.
Kalo aku, masak dah mat indon tuhh kena buang kerja. Ko bayangkan berapa orang dah dia curi minyak style macam ko nih dan orang macam ko lah yang menyebabkan dia orang besar kepala.
Haha aku emo dengan penjenayah.
Betul tu Meng. Aku sokong L.K! Motip ko baik sgt? Btw, Ron 95 ke 97 nyah? Kalo 97, baik ko bg aku!!
ReplyDeletedah masuk ofc..ngantukk huhu..aku muntah2 smlm 2 kali lari masuk toilet huhu..aku rs sbb hotplate klcc yg aku mkn masa lunch ngan fab cat lah huhu..
ReplyDeletegiler ko isi minyak boleh main tinggal2??
ReplyDeletejangan percaya sesiapa...lagi2 ditempat awam! hiks..
aku selalu isi minyak fokus kat meter mesin tu....jangan terlebih jangan terkurang....matila giler...haha
hahaha...
ReplyDeleteset je laa kat meter tu ungu berapa ko nak isi,lepas tu ko leh feeling ngk org keliling...
kat kg aku meter setting dia macam kesiyal... aku set rm50 jek.. pastu feeling2 meluaskan pandangan..
tup2 berhenti isi... aku ngk meter dah cecah..76 hengget...
Nasib ko tenyeh ccard kan mak inah... kalo tak gadai bulusssss....
hahaha iols pong macam tu kalu isi minyak debor sampai ke kepala lutut..lepas tu pandang je meter tu tak lepas2 ..hahahah
ReplyDeletetasuke mana eh? g mengendap ke?
ReplyDeleteselalu aku buat ok je.. semalam je nak terkena..
ReplyDeleteaku isi diesel la BS..
kau berani?
oh morning..
ReplyDeleteaku gudud tongkat ali
kan....psttt...ni rahsia...sebenarnya aku tak reti set kat situ nak isi brapa hengget...kalo masuk ccard, aku tunggu smapai dah dekat2 30hengget...kesimpulannya opkos la dia terlebih atau terkurang...sebab aku tak reti bajet...kakakaka
ReplyDeletekau kena jerit kuat kuat kat mesin tu..
ReplyDeletelepas masukkan cc tu. kau pegi tepi ada mcm speaker tu, then kau bisik slow slow.
"30 hengget"
macam tu tauu !
Hohohoho.. mana mangsa ku ini hari?
ReplyDeleteserius ada speaker? aku tak perasan pun? takmo aku...tup2 sume orang dengo kang...hahaha
ReplyDeletekau carik mangsa apah perampok?
ReplyDeleteperampok mana la pulak ni
ReplyDeleteungu ni mmg lampi..hahahah
ReplyDeleteBW...sikit je...hehe
ReplyDeletehaha sket ke ungu?
ReplyDeleteko bleh caya sket2 je ajaran cikdu ni..kan sesat kemana2 ko ungu..hahah
Mangsa aku nak banjer gi karoke lah. dah asek citer pasak koke aku kok jadik kepiingin melontar kan sore jugeks.
ReplyDeleteops!! director nak kuar dah aku ken akejarin. mahu sign in cheque.. wish me luck! kekeke
Lapaarrrr
ReplyDeleteye BW..aku hadhiirrr
ReplyDeleteaku adalah bz melayan auditor iso hari innih..motip padahal aku adalah coordinator tapi kena buat QMT punya task?*baling meja meeting kt QMT Chairman.
anyways..aku nk sambung citer fables catz pasal budak uni.
Masa kawan aku dok rumah sewa kat Desa Skudai dulu...ada la 1 pagi tu...sedap2 bgn tido lambat..masuk la sorang mamat ni ke rumah tu..(ye pintu rumah sewa budak univ jarang sangat dikunci sebab ramai yg ponteng kelas hahaha)
so kawan aku yg baru bangun tido tu pandang mamat baru masuk tu...mamat tu terus tanya dia..hafiz ada?kawan cakap..takda.x balik dari semalam..lepak la dulu..
pastu diorang pun sembang2 la..pastu 1 by one bebudak umah tu bangun..siap buat air..minum2..makan2..dalam masa yang sama si hafiz tadi tu pun balik...join sembang n minum2..
tak lama lepas tu mamat tu pun mintak diri..n blah...hafiz pun tanya la kat kawan aku tu..ramah la kawan ko ni bro..kawan aku cakap balik...eh aku tak kenal dia..dia kata dia cari kau tadi,bukan kawan kau ke?
pastu diorang tanya semua kt umah tu kawan sape mamat tadi tu...sorang pun x kenal..
tu lah..betapa mesranya budak2 utm yg dok umah sewa ni kan..org datang nak mencuri pun diorang bleh ingat kawan2 diorang.siap bagi minum..hahaha
rumah aku dulu penah gak masuk pencuri yg mcm tu..aku siap terpaksa buat ic baru sbb dia kapur wallet aku habis lesap.
mati la komen panjang macam entri kat blog sendiri hahaha
ReplyDeleteUngu,
ReplyDeleteLepas cc ko dah approve, seblm ko angkat nozle tu, ko tekan la kat nombor tu bape ko nak isi. Pastu baru angkat nozle dan isi..
Sekian,
Bekas Pekerja Attendance Pump
weh korang jgn cercah aku..smalam adalah 1st time aku gi red box..sangat jakun sebab bleh makan sampai perut memboyak.hahahahaa
ReplyDeletekau nyanyi lagu apa tasuke?
ReplyDeletesaya takut anjing kah?
atau serigala berbulu romah????
tasuke. mamat tu curik apah?
Motip ko first time Tasuke? Meh dtg kotadem mlm esok. Ko akan dihiburkan dgn rangkaian lagu malar segar dr dara2 dan mak dara kotadem..
ReplyDeleteTp aku first time dulu pon jakun gak..kat KTV club bkt bintang..memula malu gila nak nyanyi. Member hulur mic pon tanak. Skrg kalu..
ada kau menyanyi sambil berdiri atas sofah???
ReplyDeleteBW ada okeh !!!
yg kat rumah hafiz tu x sempat curik apa2 la..tp dapat minum teh o free sama biskut..hahaha
ReplyDeleterumah sewa aku kena masuk 2 kali..1st time pencuri gagal..sbb masa tu aku kena sampuk bangun pagi awal n study..bilik aku kt sblah dapur..tgk2 ada org kt dapur tu ushar2 apa ntah..aku kuar la tanya nak apa(bengong tak aku)..dia bleh bantai tanya aku..KARIM ada??aku cakap mana de org nama karim kt rumah ni?dia bleh pusing plak..oo..agaknya dia dah pindah kot..dulu dia duduk sini lah..(bar in mind kitorang still kat dapur)..
pastu dia cakap..x pe lah..saya balik dulu lah..aku pun dengan mesra jawab..ok..silakan..sambil escort dia keluar..
bila sampai luar aku musykill apsal skema sangat dia letak slipar dia kat luar jauh dari muka pintu...lepas dia belah kawan aku bgn tido kt ruang tamu tu tanya aku..siapa tu?aku cakap la..ntah..dia kata cari karim..dulu duduk sini..pastu kawan aku cakap..bukan ke b4 kita masuk rumah ni..awek yg dok umah ni...karim celah mana plak ko ni..tu pencurik la....
PAP!tepuk dahi sendiri
bar in mind la...
ReplyDeletemotip? u shud report to the station la. bukan bising2, just tell them so at least they know and aware the situation.
ReplyDeletebaling meng dengan kalang cat*
ReplyDeleteungu kalang cat tu apa??
baling tasuke sebab lampi..ko ebrdiri atas meja sekarang tasuke...motip lampi
ReplyDeleteKo nak baling tasuke dgn apa BW? kasik berpinar kepala dio.
ReplyDeletei shud tapi tengok muka mamat tu x sampai hati pulak.
ReplyDeletebaling ngan getah pemadan...BA ckp kacak tu cam getah pemadam
ReplyDeleteBW motip ko tak tau..getah pemadam yang kacak adalah yg ada gambar thundercats okeh
ReplyDeletepemadan laaaaaaaaaa
ReplyDeletesekaram dian.
hahahahaha...kejor cikdu ngan pembaris...
ReplyDeleteWeh korg.. tulun mak!
ReplyDeleteBos mak kasik byk arahan mak dah bengong. otak dah tepu. dah jammed. dah kerem.
Rasa nak high plak neh
baling roti gardeniah kat xariz*
ReplyDeleteNAH..MAKAN DENGAN JAM ITTEW..HIKS
Hahaha.. camner ko tau mak tgh makan roti gardenia neh sambil gudud neslo? ko satup opis dgn mak ker nyah??
ReplyDeleteya tuhan, korg ni cerita apa?
ReplyDeletefab cat.
tasuke,
ReplyDeleteaku tau budak laki kalau berumah sewa ke kolej ke apa mmg tak penah kunci pintu.
motip tema korg adlh: mari bermesra bersama pencuri.
itu baru citer pasal pintu. blm bukak citer pasal share selipar. share baju. amik makanan org tak bagitau.
*koma tepi jamban budak laki.
fab cat.
ohh..
ReplyDeletekeji la org yang curik minyak tu. misti nak jual di pasaran gelap.
nanti die kaya...
fab cat,
ReplyDeletejgn x tau dak pmpuan utm dok umah sewa pun x kunci pintu..jangan tanya aku cner aku tau..hahaha
oo aku baru teringat nk tambah pasal kete buruk si sonek ko tu...
kawan aku dak uniten...beli kete 2nd hand..3 ribu.....hari2 bawak gi kuliah ngan kawan2..satu hari tu..masa nk masuk pagar uniten..elok je kete dia pusing amik lap..tetiba nampak tayar kete begolek melepasi kete dia..dia siap gelak n jerit...oi tayar keta mana tercabut tu hahahhaha...and gelak dia stop kat situ je sbb tetiba kete dia senget sebelah.
bodo punya olang!
geng aku citer budak laki upm lepas makan tangan kesat kat dinding rumah sewa..hawau
ReplyDeleteApe plak takde sambil berdiri atas sofah? Siap baring terlentang terlungkup okeh. Kalo aku feeling Ella, aku akan kibas2 rambut atau feeling Saling Ikling, aku akan duduk atas meja sambil naikkan lutut.. Ha gittew
ReplyDeleteeh ok lagi tu zul..kakak aku citer budak umah sewa dia ternak kulat kt dlm sinki..lepas minum biar mug sampai 3 minggu..*mati la x lepas nk buat bini
ReplyDeletesonek juga adlh bekerja sbg bapak ayam.
ReplyDeleterumah sewa dia, dia sewakan bilik utk student bermukah. satu bilik - RM6 -4 jam.
aku tau sbb ada budak kelas aku selalu pegi sewa situ. buat apa mmg aku tak tau.
ko ada kenal org keji camtu?
fab cat
oh aku siap buat kereografi smalam...kalo lagu razis ismail tu lirik dia berlari ke muka pintu..aku pun akan menjiwainya sekali lantas ke pintu bilik sambil berlari manja..
ReplyDeleteko kenal sape razis ismail tu fab cat????
masa aku semester 1, kena duduk dorm. harap paham keadaan dorm itu sgt panjang memuatkan 20 budak. macam2 course. macam2 perangai.
ReplyDeleteso tetiap malam kitorang akan bantai gelak tgk ada satu budak course accounting ni garuk fefet dlm tido. siap tangan seluk seluar okeh. tp dia tido.
siap ada efek bunyi keruk kerak lagi. *koma tepi langsir dorm*<
kalau lah time tu dah ada phone berkamera sahih aku letak kat utube.
dan budak tu pulak bila siang kekwat nak mampus. mmg nak kena penerajang.
fab cat.
Hahhaa.. ko neg Fab cat.. tak jadik aku nka garuk montot secara berhemah. takat gesel2 tepi kerusik sajork
ReplyDeletehahaha fab cat...ada nampak kutu2 berterbangan tak?atau kelemumur misalnya?hahahahahah
ReplyDeleteapsal nama dia sonek weh?dia org greece ke hahah
ReplyDeletehahah Fab cat...aku pong pernah....alami time duk asrama layan org mengigau..berjalan mlm2 g cium bontot org..bersilat bagai...macam2 la org ngigau sambil tido ni..ko borak ngan dia time tu pong dia layan ok..tapik benornya dia tak sedar kalu ko heret dia g jemur embun tgh padang pong ok je..dia takan sedar!!!!!
ReplyDeleteaku suka layan DB ngigau.
ReplyDeletefab cat ko adakah mengigau?
erk?
ReplyDeletekelakar ke? bukan menakutkan ke? aish...terus tak tidur kalau membe jenis ngigau...
Babe, penipu mmg pandai buat muka kesian, especially indonesian, so much drama sinetron! Was it indonesian? or banglashi?
ReplyDeleteindo lah..
ReplyDeletememang jahat org itu
100?
ReplyDeletethanks DA untuk cara set minyak keter..hehe...akan aku praktikkan..
ReplyDelete*berpinar mata layan forum...
tasuke! kalang cat tu apah?
ReplyDeletebalang cat tau la aku...
Yuhuuuuuuu....
ReplyDeleteMak hadir kekenyangan lepas gudud.
Nak balik dah... sajer masuk kelas..arap mak dpt tergolek tido lepas ni..
Masa aku kat U... aku pastikan aku dpt bilik berdua sajork.. pastu cari room-mate yg tak close dgn aku n umah mak bapak dia dekat dgn U. Konon aku dpt privacy.
Nak jadi cerita aku dpt room-mate muslimah sejati...
"Subuh kak...subuh dah ni...bangun solat.." pastu dia kuar ketuk bilik org satu2 , kejut soh bangun sembahyang subuh. Hari2.. tak kira ko period ke tak...
Aku rebah belum sempat baca doa qunut!
dah.. nak balik....babai uolsss....
ReplyDeletehahah kak ina ni lawak btol... saya peminat kak ina selepas BA..
ReplyDeletetapi saya peminat no.1 BA peminat no.2 akak lah ..haahhaha
i lap u lah kak ina
Hahaha.. mak inah. tingat zaman belajr kat u. kalau Aku kat cafe biasalah kalau dah tak tahan nak kench aku singgah bilik member sbb bilik dia dkt dgn toilet. Tanggal suar capai towel terus melulu masuk toilet.
ReplyDeleteKuar2 tersembul minah muslimah. Mengucap panjang dia tgk aku hanya ber tshirt sajork. towel kat kepala bukan balut apa yg fatut lah.
Dan hari tu aku dapat tazkirah. Terus insap! Tapik lepas 2 buat balik hahaha..
Tapik aku sedar mmg aku yg salah pong tak tutup urattttttttt.
BW.. tak balik lagik kah? atau di umah kah?
ReplyDeletexarz ko tanya bila masa..now aku kat rumah dah siap tido dan bangun dah..heh
ReplyDelete