Tuesday, May 23, 2017

Jom Santai : Somerset Damansara Uptown PJ | 01 - Hotel & View

Jom santai sambil cuti cuti hujung minggu.............

Tak de sebab musabab khusus pun, cuma kadang kadang datang angin kus kus rasa nak tido hotel so aku kerah ahli majlis untuk bersidang di hotel separa mewah.

Someset Damansara Uptown Petaling Jaya

Sebenarnya hotel/serviced residence ni baru je di buka. Selalu lalu je area Damansara ni dan ada rasa rasa macam nak cuba stay sini. Jadi, buat buat jadi je lah. Boleh gak santai santai dan melepak lepak se-family.

Welcome to Somerset Damansara Uptown. Somerset adalah satu keluarga dengan Ascot dan Citidines... kiranya Somerset ni yang in the middle antara ketiga tiga nya.

Sebab kami pernah stay di Somerset Ampang dan Iskandar Puteri, jadi bila Somerset di buka di Uptown ni rasa macam nak cuba cuba menginap di sini.

Bangunan hotel yang bersambung dengan Starling Mall, Mall terbaru yang di buka di kawasan Damansdara Uptown ni.

Somerset Damansara Uptown Petaling Jaya is located in the fast-developing Damansara Town in Petaling Jaya – a prime commercial district and a popular residential area for both locals and expatriates. 

Linked to the Starling shopping mall, Somerset Damansara Uptown is the perfect home away from home for business partners, travellers, executives and families. The serviced residence is right in the middle of a commercial hub where numerous offices, restaurants, cafés, fashion houses, opticians, clinics, banks are situated. These conveniences make Somerset Damansara Uptown the perfect place to live, work and play.

Building

Kawasan bawah Somerset. Parking di tingkat 3. Lobby di tingkat 6.

Entrance di tingkat bawah. Dah parked kereta di parking hotel. Parking free je. Cuma kena endorsed masa nak keluar

Hotel baru, furnisher pun masih baru.

Naik lif ke lobby di tingkat 6

Lobby di tingkat 6

Reception area

Urusan check in pantas juga cuma aku kurang gemar kalau lobby area ada tiang tiang. Macam tak puas pandang

Tapi lounge memang besar dan banyak kerusi

Lukisan di dinding


Yang bestnya floor reception ni wangi gila...

Dengan hiasan

Dinding

Kawasan santai outdoor di aras lobby ni

Suasana kehijauan walaupun di tengah tengah kawasan perdagangan

Bahagian bahagian lain di level yang sama

Usha swimming pool dia dulu

The serviced residence is part of an integrated lifestyle development that includes a 200,000 square feet retail mall and a commercial tower housing multinational corporations. It is close to the popular residential townships of Bandar Utama, Mutiara Damansara and Damansara Heights which also play host to many Fortune 500 firms. Shopping malls located between a 10-minute to 20-minute drive away include IKEA, IKANO, The Curve, 1Utama and the Tropicana City Mall. In addition, the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) is an hour away while the distance to Kuala Lumpur Sentral Railway Station is approximately 20-minute drive away.

Layan view di kawasan sekitar Somerset Damansara Uptown PJ dulu...

Starling Mall

Mall garden

Damansara Uptown

Tropicana City Mall

Area Taman Tun Dr Ismail

Kayu Ara dan Atria

Residence apartment

SS 2

Damansara Kim

Apartment di sekitar kawasan Kayu Ara dan Bandar Utama

Kawasan perkuburan Chinese di Damansara Jaya

Kelana Jaya

Somerset Damansara UPtown Petaling Jaya is slated to open in the fourth quarter of 2016 in Damansara’s main commercial district. The new serviced residence is developed as a part of an integrated development that includes a retail mall and five commercial towers housing multinational corporations such as Deloitte, FedEx, L’Oreal, Lenovo, Symantec and Unisys.

It takes approximately 60 minutes by taxi and cost about MYR120 – 200 (depending on the type of taxi) to get to the residence.

By KLIA Express Train: Take the KLIA Express train to KL Sentral for MYR 55. From there, take a taxi to Somerset Damansara Uptown Petaling Jaya.


SOMERSET DAMANSARA UPTOWN
Petaling Jaya
603 7730 0888
enquiry.petalingjaya@the-ascott.com


Nanti sambung usha service residencenya..... dan facilitiesnya.

Bersantai santai jugak. Kerja dan latihan tetap kena siapkan !

Masa di sekolah mencabar sentiasa.
Ibu jangan bimbang bekalkan tenaga.

Bekalkan........Tenaga.......
Bekalkan........Tenaga.......
Bekalkan....
Tenaga......!

Milo membekal tenaga untuk anak anda...

Tetiba iklan jap....

bersambung................

Monday, May 22, 2017

Jom Makan : Hameediyah, Kota Damansara

Soalan cepu gangsa.

Jasmin Hamid, Hisham Hamid, Hamid Gurkha, Hamidah Wahab dan Jalil Hamid?

Jawapannya... mereka ada 5, Ha Ha Ha Ha Ha !!!!!!!!

Okey. Tak lawak. Tapi ada satu ni, memang bukan ada Ha je tapi ada Wow !...... Tak lain dan tak bukan. 

Hameediyah !

Sapa Hameediyah ni?


Selera atasan

Hameediyah ni mungkin nama seseorang, tapi Restoran Hameediyah ini begitu popular di Penang sebab restoran ni merupakan antara yang terawal menyediakan Nasi Kandar di Malaysia iaitu sejak tahun 1907. Tag line restoran ni saja sudah boleh menjawab segalanya.

#hameediyah. Sekali kena mesti terangkat...

Kena penampor ke apa tu?

Pastinya yang berada di Penang atau pernah ke sana akan akur yang Hameediyah adalah salah satu restoran Nasi Kandar dan Nasi Beryani yang popular di Pulau Mutiara tersebut. Aku sendiri pernah ke Penang nak cuba nak makan kat restoran dia tapi sebab orang ramai, terpaksa hasrat hati dikuburkan begitu saja.

Tapi kini.......... setelah 110 tahun, mereka akhirnya membuka cawangan Restoran Hameediyah ini di Kota Dame !

Hip Hip Horeeeey....

Lokasinya terletak di Sunway Nexis

Agak lama jugak aku dengar pasal cawangan yang di buka ni, tapi belum berkesempatan untuk ke sana dan mencuba sendiri. Satu hari weekend hari tu kami terjah dan dengan bantuan waze, kami berjaya menjejaki restoran ini.

Nak dapat parking agak bercinta jugak.

Restoran dia terletak dekat dengan MRT Station Kota Dame

Kami datang nak lunch so memang time lunch so ramai lah orang. Parking memang mencabar tapi ada rezeki la cuma kena menunggu sikit.

Usha setting restoran Hameediyah di Kota Damansara ni dulu...

Pintu masuk

Keluasan restoran dia agak terhad tapi ada tempat makan di level atas juga. Kena naik tangga.

Di bahagian luar tersedia gerai gerai yang menyediakan makanan lain

Dan sudah tentu makanan yang menjadi tarikan di sini adalah Nasi Kandar dan Nasi Beryani !

Aneka makanan istimewa ( kari kepala ikan ) dan harga

Ni kalau kena tapi tak pasti terangkat ke tak masa makan, tapi masa bayar memang terangkat kening la kejap kot

Dan meni menu lain termasuk minuman

Pilih lauk pauk dan hidangan mengikut kesesuaian tekak dan wang

"Pilih lah aku jadi teman mu...."

Dan dapat makanan masing masing, duduk la makan dan menjamu selera

Jangan lupa order air

So dah tengok suasana kedai dan setting serta makanannya. Now tengok apa kami makan.

Aku memang aim nak makan nasi beryani. 

Anak bujang aku punya makanan. Dia nak ayam madu

Ni makanan OR aku share dengan Princess

Sekali makan pasti terangkat...

Maybe terangkat punggung blah dan tak datang datang lagi dah ! Hehehe.

Okey verdict. Nasi beryani dia bagi aku sedap. Nasi sedap dan ayam goreng aku ambik pun sedap. Masalahnya bila lauk dan macam banjir berladung dan bercampur campur sampai hilang rasa nikmat dan potong selera.

Pedas pun buleh tahan juga. So ada baiknya, kuah tu, hati hati sikit, jangan sampai dia ceduk dan campur macam macam sampai kembang nasi jadinya. 

Lain lain OK. Kedai bersih. Servis pun kira OK lah. Cuma harga agak high sikit. Kami makan tu dengan air minuman etc dekat RM 60 lebih.

Bukan aku yang kira. Cashier dia yang kira

So tagline terangkat tu memang betul. Terangkat dan blah pastu tak datang datang lagi dah.

Kalau ikut rasa masakan tu memang not bad lah. Rasa yang sama dan mungkin dapat di rasakan di kedai lain juga dengan harga yang lebih berpatutan.

Anak aku nak ais kerim pulak. Ais kerim ni harga dia RM 10 tak silap aku satu !

So kalau nak mencuba tak kisah lah. Sekali sekala apa salahnya. Nak pegi Penang macam jauh sangat.


Hameediyah Lebuh Campbell Penang

HAMEEDIYAH
Unit A-GF-01 Sunway Nexis,,
No 1 Jalan PJU 5/1,,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Phone:  ☎️. 03-6151 7766. 📱012-316 4294

FB : hameediyah
INSTA : Hameediyah/

Waktu operasi

Selamat berkunjung !

Semoga bertemu jodoh dalam pencarian Nasi Kandar yang hebat dan terbaik di sini.



Jika cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...