Asahi-dake merupakan sebuah gunung berapi aktif ini dan puncak tertinggi terletak di dalam kawasan Daisetsuzan National Park iaitu kawasan pergunungan di tengah tengah Pulau Hokkaido.
Dengan keluasan kawasan 2267.64 km persegi, Daisetsuzan merupakan Taman Negara terbesar di Jepun. Namanya bermaksud Great Snowy Mountain(s) memiliki lebih daripada 15 puncak gunung melebihi ketinggian 2000 meter.
Orang asli Hokkaido, Ainu, menamakan kawasan Kamui Mintara, bermaksud "playground of the gods" untuk menghormati roh-roh yang mereka percaya tinggal di antara gunung-gunung tersebut.
Asahi-dake Mountain
Asahidake turut dikenali sebagai 'bumbung Hokkaido' kerana menjadi kawasan pertama di Jepun yang biasanya menerima salji. Kawasan ini yang di buka pada tahun 1934 turut menjadi tumpuan dikalangan pemain ski dan papan luncur salji selain sentiasa menjadi kunjungan para pendaki dan pengembara.
Asahidake turut dihuni dengan pelbagai jenis flora dan fauna termasuk lah Japanese Red Fox, brown bear dan bermacam macam kepelebagaian lagi. Kawasan Taman Negara ini telah di buka pada tahun 1934 lagi
Asahidake turut menjadi kawasan di mana setiap kali musim bertukar, ianya terlebih dahulu mengalami proses perubahannya.
Pada musim panas, para backpacker mengembara ke timur dari Asahi-dake ke kawasan padang rumput alpine di Susoaidaira.
Kebanyakan pengunjung datang ke Asahi-dake pada musim gugur apabila suhu mula turun. Bunga alpine putih akan menghiasi di lereng bukit di atas gunung, dan setiap bulan September ianya menjadi merah jambu. Di sini juga daun daun musim luruh mula bertukar warna sebelum musim sejuk bakal menjelang tiba.
Dan sekitar bulan September, Gunung Asahidake sudah mula kembali di litupi salji..
Sebenarnya aku tak tau nak pilih untuk ke mana sama ada ke Furano, Beil, atau kawasan kawasan yang biasanya menjadi tumpuan di Hokkaido ni. Tapi aku rasa pilihan aku ke Asahidake adalah terbaik dan menarik.
Aku tak plan pun nak datang sini untuk merasai salji, tapi musim luruh dah berlalu jadi dapat la rasa salju di danau rindu.
Walaupun trip makan masa naik train dari Hokkaido apa semua, dan kos nya agak tinggi juga tapi lawatan ke Mt Asahidake ni sememangnya berbaloi !
Aku tak plan pun nak datang sini untuk merasai salji, tapi musim luruh dah berlalu jadi dapat la rasa salju di danau rindu.
Walaupun trip makan masa naik train dari Hokkaido apa semua, dan kos nya agak tinggi juga tapi lawatan ke Mt Asahidake ni sememangnya berbaloi !
Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku
Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu
Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...
Cara untuk sampai ke sini :
Ambik bas di tiang no 9, depan Asahikawa Station.
Bus no 66 - Mt Asahidake ( via Asahikawa Airport) to Asahidake Ropeway Station.
Fare one way = 1300 Yen (1 hr 45 min ). Tiket beli kat Lawson.
Bus no 66 - Mt Asahidake ( via Asahikawa Airport) to Asahidake Ropeway Station.
Fare one way = 1300 Yen (1 hr 45 min ). Tiket beli kat Lawson.
Jadual : 7:40 am, 10:10 am, 12:40 pm, 16.10 pm.
Ambik ropeway sampai ke puncak.
Ropeway fare :
2900 Yen adult return
1450 Yen child return
1800 Yen adult one way
900 Yen child one way
Make sure enough time turun and catch the bus back to Asahikawa Station.
Mmg lawo lah
ReplyDeleteplus dok sejuk sangat... tapi letih gak la merayap atas atas tu ( read : tak fit )
Delete