Acara celebrate birthday MH. Punya lah dah lama. Dan time celebrate tu pun dah bertukar bulan baru GBS dapat berkumpul meraikan ahli paling muda di antara kami !
Fikir fikir tak tau nak celebrate kat mana. Memula macam nak gi Heli Lounge Bar, KL tu tapi cuaca mendung dan macam nak hujan. Lagipun macam malas nak drive masuk KL, so kita raikan di pinggir kota je lah !
Usha usha cari port. Akhirnya kami memilih, SALA tempat lepak santai di roof top jugak yang terletak di Sheraton Hotel Petaling Jaya yang baru je di buka.
Menara Pinnacle yang menempatkan Sheraton Petaling Jaya
Datang main gamble je......
Sehraton Hotel yang baru yang terletak opposite Hilton PJ
Memang plan kami nak lepak lepak santai je. Sambil layan layan view. Memang dah agak sunset tak de sebab cuaca mendung seharian.
SALA Bar terletak di tingkat 33 bangunan hotel ni.
Patut tambah M... jadi SALAM ke H jadi SALAH
Sebab terletak di roof top, so expect view yang agak memukau di sini. Tapi usha SALA Bar ni dulu.
Time tu ada orang shooting pulak.
Tapi area ni memang agak santai lah
Dan terletak dengan floor yang sama dengan swimming pool
So boleh santai
Dan boleh berenang
Tapi again... macam tak best je nak berenang kalau orang keliling lepak lepak. Sure jadi bahan kejian kalau berenang pun setakat kuak kuak anjing jer.
Dinding
Sala Bar
Seating bahagian dalam.
Bahagian luar depan pool
Dan kawasan luar tapi meja kecik kecik jer
Sala Bar dan pool area
Tapi yang paling menariknya adalah view dari Sala Bar, Sheraton PJ ni....
Overlooking KL
Dan kawasan sekitarnya
PJ
PJ
Bangsar dan KL
PJ Section 14
Infinity pool
Dah tu datang takkan nak jamu mata je? Selain duduk melepak dan borak borak nak jugak basah basahkan tekak !
Buku menu !!!!!!!!!!!!!!!
Buku menu
Banyak snack dan kudapan ringan je
Minuman mabuk mabuk banyak gak siap percuma beer lagi
Tapi masing masing sedar diri dan kuat jati diri. Order apa yang ada... malangnya tak de cake so birthday boy tak de potong kek tahun ni.
Lemonade
Tea
Cappuccino
Birthday boy order black kopi. Tua sungguh selera !
Dan makan pulak.. Order kudapan dan share share membaham.
Nachos
Chicken wings
Pizza
Makan sambil borak borak
Tak de banyak choice makanan tapi kira OK lah. Bukan makan sangat sebab busy borak borak dan ambik gambar. Orang pun tak de lah ramai so agak privacy jugak ler.
Lepak dari petang.......................
..................................membawa ke malam
Cukup time, bayar dan kami turun ke surau hotel untuk solat maghrib. Sambil sambil tu merayau usha hotel. Nak menginap macam tak de purpose jer.
Menarik untuk lepak lepak. View lawa. Makanan biasa biasa je lah. Standard harga hotel. Tapi spent time lepak dengan kawan kawan yang ada dekat dekat je tapi susah benor nak duduk berjumpa.
Walau jarang jumpa, tapi terasa selalu ada dan berdoa semoga persahabatan kita kekal berlama lama............. !
Kamu telah membuatku
Tersenyum dan memandang mu
Kau hadir menemani disampingku
Kamu yang mewarnakan cinta
Yang menghidupkan rasa
Bersamamu ku bahagia
Tiada yang mampu memisahkan kita berdua
Tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini
Biar diuji takkan ku berhenti
Akan ku pertahankan
Hingga nafas yang terakhir
Kamu telah membuatku
Tersenyum dan memandang mu
Kau hadir menemani disampingku
Tiada yang mampu memisahkan kita berdua
Tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini
Biar diuji takkan ku berhenti
Akan ku pertahankan
Hingga nafas yang terakhir
Benar engkau adalah pengakhirannya
Yang ditakdirkan bersama diriku
Jika masih ada rasa yang tertinggal
Aku kan mengambilnya kembali
Kerna terasa ada
Tiada yang mampu memisahkan kita berdua
Tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini
Kerna terasa ada
SALA BAR @ 33rd Floor SHERATON PJ
Sala Bar boasts vibrant city views over the sun-drenched pool.
Choose from our tempting menu of cold cocktails and energizing snacks.
Cuisine: Cocktails and Snacks
Phone: (60)(3) 7622 8980
Hours Of Operation:
Sunday - Thursday: 12:00 PM - 11:00 PM
Friday - Saturday: 12:00 PM - 12:00 AM
Atmosphere: Casual
Setting: Relaxed
Outdoor Seating Available: No
Dress Code: Casual
Smoking Permitted: Yes
Cun!bar ni xngadap sunset ke?
ReplyDeletemalangnya.. tak !
DeleteAkhirnya siap & cunnn. Seksa jap masa construction dia nk ngantor/ngambik OR aku kat kwsn ni dulu
ReplyDeletetu lah. kejap je tempat ni jadi lain. jalan pun dah banyak enroute ke lain and one way
Deleteni kene booking or main terjah je bro?
ReplyDeletekalau sorang dua boleh terjah je.. kalau bawak satu pasukan kompang better reserve.. kang dok atas lantai kang
Delete