Wednesday, December 6, 2017

Trip SIHANOUKVILLE : Koh Rong Sanloem, Cambodia

Perjalanan ke Koh Rong Sanloem di Cambodia.

Gambar gambar dah share kat sini : Koh Rong Sanloem, Cambodia

Sebab masa yang mencemburui, aku tak dapat spent banyak masa di Koh Rong. Dan sebab nak pegi jugak ke Koh Rong Sanloem, aku ambik local boat dari Koh Rong untuk ke Koh Rong Sanloem ni. 

Jetty Koh Rong.

Bot bergerak meninggalkan main pier di Koh Rong melewati jam 1 tengahari. Janji Melayu di Cambodia. Penat kami semua menunggu. Pulak tu yang datangnya bot kayu !

Memula masing masing macam tak leh terima kenyataan je yang bot yang bakal membawa kami tu adalah bot nelayan biasa. Tapi redha je lah. Ni je yang ada dan ni je bot last yang akan bergerak ke sana.

Atas bot. Ramai jugak yang naik mostly westerners.

Seawal perjalanan kami di landa kebasahan. Huan turun dengan angin kencang. Ombak bergelora menyukarkan sikit bot tu melawan arus untuk ke sana walhal Koh Rong Sanloem tu kalau tengok dengan mata tak de lah jauh mana.

Berhempas pulas bot melawan arus dan ombak. Bayangkan 2 jam dihabis keseluruhan atas bot ni je. untuk sampai ke destinasi terakhir di  Koh Rong Sanloem.

Atas bot. Keselamatan adalah sangat kurang di praktikkan.

Memasuki perairan Koh Rong Sanloem selepas 1 jam perjalanan.

Macam di Koh Rong jugak, Koh Rong Sanloem ni ada 2 port yang mana menjadi tumpuan pelancong yang ada. Memula bot yang membawa kami ni bergerak ke kawasan Mbei Bay.

Mbei Bay ni adalah kawasan kampung yang masih belum begitu membangun tapi ada lah chalets dan penginapan ala backpackers. Ramai yang ke sini sebab snorkeling area ni di katakan lebih bagus plus dari Mbei Bay ni boleh trekking ke Clear water bay. Aku tak pasti area ni maybe lawa kot. Tak sempat nak pegi.

Mbei Bay

Jetty di Mbei Bay

Jetty Mbei Bay. Di sini bot berhenti dan menurunkan penumpang

Kanak kanak di Mbei Bay. Yang baju belang tu rakus gila siap turun naik panjat jetty selamba je

Jetty Mbei Bay yang belum siap sepenuhnya. Kena panjat panjat sikit masa docking

Aktiviti di jetty di Mbei Bay

Kapal nelayan

Boat meninggalkan Mbei Bay

Perjalanan di teruskan. Kali ni menyusuri peraian sekitar Koh Rong Sanloem untuk ke destinasi seterusnya.

Port terakhir iaitu di Saracen's Bay

Jetty. Di Saracen's Bay ni ada few jetty jugak sebenarnya so kena pastikan jetty yang betul

Sarace's Bay

Belah satu lagi. Saracen's Bay ni pantainya luas dan memanjang

Ada resort di sini

Tempat santai

Jetty kedua di Saracen's Bay

Private jetty rasanya

Tenang

Sacaren's Bay ni memang memanjang. Dari jetty pertama tempat bot aku memula berlabuh tu kena menapak ke kawasan tengah. Sepanjang teluk dan pantai tu ada penginapan di bina tapi tak de lah nampak kawasan Koh Rong Sanloem ni membangun dan meriah macam Koh Rong sebelum ni.

Sebab aku tak de nak menginap di sini dan masa pun macam tak banyak. Sampai sini dah pukul 2 petang dan last speed bot balik ke Sihanoukville pukul 3.30 petang nanti so aku lebih kurang sejam setengah je.

Apa yang paling penting kena cari pier yang tempat speed bot tu nanti berhenti sebab pantai ni panjang dan jetty pun ada banyak. Kena pastikan yang mana satu je.

Di Koh Rong Sanloem ni memang tak de main street macam di Koh Rong. Kedai kedai jualan runcit pun tak de. Rumah penduduk maybe belah lain kot tapi memang aku tak perasan. Yang ada cuma beberapa chalets yang di bangunkan di tepi pantai dan jumlahnya pun tak banyak. Memang banyak space dan nampak Koh Rong Sanloem ni masih belum dirosakkan dengan pembangunan.

Orang pun tak ramai. Masa tu yang ramai sebab ada kapal besar bawak pelancong pelancong dari mainland. Dia orang singgah kat sini untuk makan kot lepas aktiviti snorkeling. Apart dari tu aku rasa Koh Rong Sanloem ni masih sunyi dan mendamaikan... 

Sejoli !

Salah satu resort

Peringatan

Chalet 

Buatan pasir

Beraktiviti

Chalet lagi  Best je rasa chalet chalet kat sini

Kemudahan

Acara gulingan

Rumah ibadah mereka

Saracen's Bay. Jetty ke tiga.


Toilet awam

Saracen's Bay

Saracen's Bay

Saracen's Bay

Saracen's Bay

Saracen's Bay. Warung dan kedai runcit

Jetty ke empat. Di sini ada pejabat ferry dan kena verify tiket dulu sesapa yang nak naik speed boat balik ke Sihaoukville pada hari tu

Chalet dan aktiviti tersedia

Saracen's Bay. 

Dah verify tiket balik. Dia kata bot nanti sampai on time. So kena tunggu je lah nanti. Cuaca makin gelap mendung. Macam hujan nak turun.

Aku ingat nak explore ke belah sana pulak tapi sebab cuaca gelap jadi malas lah. Nak makan pun cari gerai macam tak de je. Banyak pelancong mainland bising sungguh.... ada few times aku kena jadi juru gambar dia orang nak pose pose kat sini ni.

So menghabiskan masa masa sementara tunggu bot datang. Sementari hujan belum turun usha dulu kawasan Saracen's Bay ni.













Elok waktu pun dah dekat, langit berdentum dan hujan mula mencurah. Sempat la kebasahan aku kejap menunggu atas jetty tu.

Dah nak balik dah !

Bot datang !

Please rescue me !!

Atas speedboat

Bye bye Koh Rong Sanloem

Sepanjang perjalanan pulang ke Sihanoukville aku terlelap. Ngantuk pulak. Tapi Alhamdulillah walaupun cuaca tak best dan agak challenging aku nak ke Koh Rong dan Koh Rong Sanloem hari ni tapi semuanya OK. Berjalan lancar sampai ke akhirnya.

Kembali ke jetty di Serendipity Pier di Sihanoukville

Sampai Sihanoukville ni baru mengagau cari makanan. Lapar. Satu hari tak makan. Sudahnya balik makan kat sini je.

Personally aku rasa Koh Rong dan Koh Rong Sanloem memang wajib di kunjung kalau ke Sihanoukville ni. Tapi kalau yang prefer hiburan dan aktiviti hu ha hu ha boleh ke Koh Rong. Tapi Sihanoukville ni sendiri dah lebih dari hu ha hu ha. Dah cukup semuanya di sini.

Tapi kalau inginkan ketenangan abadi.... chewah. Ingin bersatu dengan alam. Boleh la ke pulau Koh Rong Sanloem ni. Masih menenangkan. Rasa macam pegi Pulau Tioman sekitar tahun 1990-an dulu... 

Selamat berkunjung !!!!!!!!!!!!!!!

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...