Wednesday, July 18, 2018

NASI KUKUS IEDA, Putrajaya

Nanti orang Putrajaya kata aku memilih kasih sebab tak gi makan kat sana.

Aku pegi !

Tapi kadang kadang cari tempat makan selalu sesat.

Berada di Persiaran Diplomatik

UMNO? Ke patut di panggil bangunan KK saja?

Watsons

Ikhwan Bakery

Okey sebenarnya GKM ( Geng Kuat Makan ) ajak gi makan kat restoran Nasi Kukus Ieda di Putrajaya ni. Aku macam biasa lah.

Kawan kawan ajak makan?

Okeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....................

Aku memang tak pernah tau kewujudan tempat ni tapi ahli Gang Kuat Makan kata nasi kukus dia sedap dan bersari yanti. Aummmm. Mesti nak cuba.

Dah sampai ke lokasi yang di maksudkan. Persiaran Diplomatik di Percint 15 tu, tapi....parkingnya payah nak jumpa !

Lokasi sebenar dekat bangunan ni

Signage dia terpampang besar besaran. Kalau tak jumpa jugak tak tau la cemana nak royat ! Baik pegi Low Yatt !

So apa yang menarik kat sini?

Dah tentu lah Nasi Kukus..

Boleh makan di sini atau bungkus bawak lari ( tapi jangan lupa bayar )

Restoran Nasi Ulam Ieda namanya restonya. Actually bukan nasi kukus ayam berempah je ada tapi banyak makanan dari negeri Kelantan lain ada dijual. Masakan panas goreng-goreng pun ada.

Tapi as usual, kami sampai dan lewat lunch hour so lauk pauk dan berkurang, ayam ayaman pun tinggal part part yang tak seksi je. Pasrah.

Menu terkini

Lauk pauk sensasi

Tapi macam banyak dah abis

Ayam pun dah tandus rempah rempahnya

Tinggal part part yang kurang mengiurkan

Tapi dah datang dari jauh. Nak tak nak terpaksa lah makan. Tu lah, sapa suruh selow dan tak berdaya saing?

Okey selain tu ada jugak jugak benda lain

Shawarma ayam pun ada

Abe Tok Seh... Demo panda kecek Klate ko? Nanti dia jawab... "I dont know sepatoh hareyyyy"

Dan menganggapkan apa yang ada tu lah rezeki hari tu, maka kami duduk dan mula menjamu selera.

Nasi kukus yang di bungkus tapi dine in

Ayam berempah campur sambal sambal yang marvelous serta kuah yang bertugas membanjiri para nenasik 

Bagi close up dengan niat meruntun jiwa sesiapa yang melihatnya

Air minuman di lupa jangan

Overall senang citer macam ni lah.

Datang lambat. Ayam part tak best. Ayam tak panas lagi dah. Tapi rempah masih terasa di bibir yang mungil ni. Accessories pun dah berkurangan jadi cukup aku simpulkan, pengalaman aku hanya average saja. Tak berapa menepati piawaian.

Tapi dah nama kuat makan, kalau boleh abis nak jilat kat kertas kertas tu.

By the way kira not bad lah. Boleh di cuba. Tapi bagi aku untuk area Putrajaya ni, nasi kukus ter-inzal sekali so far yang aku pernah rasa..

No 01. Nasi Kukus kat Medan Selera P16. Depan sekolah tu. Lama tak pegi, tak tau masih bukak lagi ke atau tuan dia dah kaya dan pegi kembara seluruh dunia. Gulai dia pekat bersari.

No 02 : Nasi Kukus Romlah yang dekat Bazaar@08. Sini ayam dia yang mencongkam kalbu !

Ada lagi mana yang sedap? Cepat bagitau. Crew Gang Kuat Makan (GKM) akan segera bergegas ke sana !

Tapi sementara itu, boleh jadikan tempat ni sebagai option memenuhi keinginan nasi kukus dan ayam berempah !

RESTORAN NASI KUKUS IEDA
No. 79, Jalan Diplomatik,
Presint 15,
62050 Putrajaya.
03-8861 2472

Harga pun mampu telan.

Tuesday, July 17, 2018

Short Trip to JB

Hari tu aku ada short trip ke JB !

Ambik flight di Skypark Subang

OR tak ikut sebab tak sihat. So Janna Nick yang hantar.......


Biasalah orang kaya dan ada flight sendiri....... tapi tunggu tunggu pilot MC


Sudahnya naik fireflyz sajork !


Naik dengan artis.....  aku jeles mamat ni makan banyak tak gemok gemok !


Terus murung.... layan duka...


Sampai lah touch down di Senai Airport


Welcome to JB


Hey Bangsa Johor.. Abang datam nim.........

Sebenarnya kunjungan ke JB ni adalah sebab adik aku konvo di UTM ! 

So dari airport aku terus ke Dewan Sultan Iskandar. Makcik Mona, adik aku dan adik aku satu family dah ada di sini. Kehadiran aku sekadar nak meraikan adik aku yang berjaya grad. Aku kiranya wakil bapak aku lah.. saja datang kasi semangat kat adik bongsu aku tu.

Hello UTM !

A lot of flowers and bears....

Baloon......

Tahniah pada semua !!!


Masjid UTM

Banyak pokok buah Tin di UTM tu...

Menunggu istiadat konvo abis sampai ke tengahari. Then selesai tu balik ke penginapan Makcik Mona dan family yang lain. Dia orang stay di KSL Hot Springs, Johor.

Aku gi tumpang skodeng !


Hotel terbaru di JB

Lokasi agak jauh dari pusat bandar

Tapi facilities not bad...

Yang best ada hot spring facilities...

Makcik Mona dan family aku yang lain ada agenda tersendiri. Aku tak berapa nak join sebab malas beramah tamah di sana. Plan aku menginap 1 malam di JB tu.

Dan ini hotel pilihan aku....

Amari Johor Bahru

Hotel bertaraf 5 bintang terbaru di JB

Penginapan yang selesa

Kemudahan terbaik disedia....

Dan masa untuk meronda bandaraya JB.....................






Dari petang menerjah ke malam...........











Tak jalan jauh pun, pusing pusing area tu je. Lama tak jejak JB.. banyak jugak yang dah berubah....

Dan esoknya..................

Masa untuk berangkat pulang

Sampai....

Tapi macam ada something menanti untuk buat aku datang kembali........................

Soon......................  

Short trip. tapi mencapai objektif yang aku kehendaki...................

Jumpa lagi nanti !



Duhai kasih pujaan adinda
dengar ku mengeluh dan rindu
merayu setiap nya waktu sayang

padamu duhai kekasihku

tapi sungguh malangnya nasibku
hajatku kini telah terganggu
kini kaku rasanya hidupku sayang
tinggallah ku menanggung rindu

tapi ku kan tetap bersama
namun hatiku tak kan bertukar
walau harus jiwaku terkorban sayang
pada Tuhan saja ku serahkan

namun ku tak kan putus asa
duhai kasih pujaan adinda
di dunia kita tak berjumpa
ku menanti di ambang syurga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...