Friday, December 7, 2018

Masjid Jamek Pekan KAJANG

Salam Jumaat !

Kali ni kita usha Masjid Jamek Kajang.


Masjid Jamek Pekan Kajang merupakan sebuah Masjid Jamek yang terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.

Di bina pada 01 Januari 1970 dan dirasmikan pada 14 Mei 1971 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Masjid ini berkeluasan kawasan lebih 4 ekar di tengah tengah pekan Kajang.

Masalahnya tak banyak info aku jumpa dalam internet mengenai masjid ni, jadi layan gambar je lah. Aci?

Pintu masuk

Kubah masjid

Kubah dan mineret

Bangunan masjid

Kawasan parking yang luas

Bangunan masjid. Ada bangunan bangunan lain di persekitaran masjid untuk pelbagai kemudahan jemaah di sini.

Koridor

Mineret

Pintu masuk utama

Koridor

Papan maklumat

Kawasan tambahan masjid

Tangga ke tingkat atas

Dewan solat utama lelaki

Dewan solat utama

Dewan solat

Karpet

Ruang solat

Mimbar

Mihrab

Rak buku dan al quran

Tu je lah. Aku pun singgah untuk solat sewaktu berada di kawasan ni. Masjid nampak elok dan bersih cuma binaannya agak lama tapi masih terjaga.

Tapi ada je orang lepak lepak tumpang tidur kat koridor.

Since tak banyak info, aku share satu article yang aku rasa menarik.  

Hadam !


Ujian di Dunia 'jalan' Kita ke Syurga

Kadangkala terlintas di fikiran, kenapalah diri kita kerap kali ditimpa ujian. Habis satu perkara, datang pula ujian lain. Sebenarnya, setiap ujian itu mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat.

Ujian adalah jalan bagi memudahkan kita masuk ke syurga Allah kelak. Itulah mentaliti yang perlu ditanam dalam diri setiap orang beriman.

Jangan bersangka buruk terhadap ujian kerana jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat mampu memperoleh pahala atas sifat sabar, syukur dan reda?

Dalam kalangan rasul Ulul Azmi, ujian yang ditimpakan ke atas mereka bagi mengangkat darjat kerana kegigihan, kesabaran dan keberanian mereka menanggung pelbagai ujian yang berat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah SWT?” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

Bagi orang beriman, setiap ujian itu mempunyai maksud yang baik di sebaliknya. Buat orang yang melakukan dosa, ujian yang mereka hadapi itu sebenarnya adalah sebahagian cara pengampunan dosanya.

Bagi orang beriman, ujian yang hadir dalam hidupnya itu untuk meningkatkan lagi darjatnya di sisi Allah SWT.

Hikmah ujian itu menurut golongan muqarrabin ialah Allah SWT melapangkan bagi seseorang supaya dia tidak selalu berasa kesempitan manakala Allah menyempitkan sesuatu supaya orang itu tidak terus hanyut dalam keadaan selesa dan Allah melepaskan kedua-duanya supaya orang itu tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Kepada sesiapa yang Allah SWT mahu beri kepadanya neraka, Allah SWT akan tahan dosa yang dilakukannya di dunia ini. Sebab itu, ada manusia hidup jauh menyimpang daripada ajaran agama dan sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Segala kemungkaran yang dilakukan seperti meminum arak, berjudi, mencuri dan berzina dirasakan cukup nikmat. Allah membiarkan mereka merasai sepuas-puasnya supaya mudah Allah menghumban golongan itu ke dalam neraka.

Sebaliknya, jika kita sentiasa bersabar dan reda ketika diberikan ujian, itulah cara Allah SWT hendak memudahkan kita ke syurga. Jangan sesekali kita mengeluh atau mengungkit, bahkan perlu menyebut ucapan innalillahiwainnailaihirojiun yang bermaksud: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Justeru, kita perlu yakin ada perkara yang Allah SWT hendak sediakan buat diri kita.

Daripada Anas bin Malik, beliau menyatakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang reda dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. (Riwayat al-Tirmidzi)

Dalam hadis itu, Rasulullah SAW memujuk dan memberi kekuatan kepada umatnya bahawa setiap ujian yang ditempuhi pasti ada ganjaran besar yang Allah SWT hendak berikan kepada hamba-Nya.

Begitu juga dinyatakan menerusi firman Allah yang bermaksud: “Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.” (Surah al-Ahzab, ayat 11)

Antara hikmah di sebalik ujian itu juga menjadikan seorang hamba itu semakin dekat dan sentiasa mengadu kepada Allah SWT mengenai apa yang ditanggungnya supaya ia didengari.

Sebelum ini, mungkin seseorang itu jarang atau langsung tidak pernah bangun solat tahajud, namun selepas diuji, ibadatnya semakin hebat dan itulah tanda Allah sayang kepada hamba-Nya.

Moga bermanfaat.




Aku minta padaMU agar Kau ampuni aku,
Ampuni segala dosaku..Segala kekhilafanku,
AKu tau aku tak layak untuk ke syurgaMU,
Ku benar-benar tak mampu..menepis kisah lalu,

Namun aku mahu teruskan meminta perlindungan,
DariMU tuhan.

Aku mohon Engkau kuatkan aku,
Terimalah taubat ku untuk terus ke jalanMU,
Aku mohon Engkau ..jauhkan aku,
Dari segala fitnah permainan manusia.

Ooo..Ya Tuhanku,

Sesungguhnya keinsafan ini,
Benar-benar lahir dari hati,
Ku dambakan hidayahMU,
Solat hidup matiku hanya keranaMU.

Aku mohon Engkau kuatkan aku,
Terimalah taubat ku untuk terus ke jalanMU,
Aku mohon Engkau .. jauhkan aku,
Dari segala fitnah permainan manusia.

Terimalah taubat ku untuk terus ke jalanMU …

Ku Dambakan HidayahMU .. 
Tuhan ku.

4 comments :

  1. Sebelum ni suka sangat mengeluh, dah berdentum2 dengar tazkirah baru lah pelan2 kena belajar muhasabah diri, redha, sabar.. Moga diberi kesedaran yg maksimum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama lah kita manfaatkan apa yang perlu utk muhasabah diri dan jadi insan lebih baik

      Delete
  2. semoga kita sentiasa tabah & redha dgn ujianNya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...