Saturday, December 22, 2018

GBSxSABAH 2018 : 11 | Sepetang Di Polumpung

Salah satu aktiviti yang di rancang sewaktu kunjungan kami ke Negeri di bawah bayu ini adalah menjengah kawasan yang bernama Polumpang.


Selalu datang asyik ke Kundasang je, kali ni cari kelainan. Nasib baik kawan aku si CP ni jenis tak de hal. Sebut je nak gi mana, dia akan bawakkan.

Kami yang lain pose pose je melayan keindahan alam.



Jarak perjalanan ke Polumpang ini  mengambil masa kira-kira 30 hingga 45 minit minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan mengambil masa selama 1 1/2 jam hingga 2 jam daripada Kota Kinabalu.

Laluannya adalah jalan yang sama menuju ke arah Kundasang melintasi desa Tamparuli dan mengikut arah laluan yang ditetapkan sebelum sampai ke kawasan Nabalu.

Dari situ, perjalanan akan di bawa terus ke kawasan yang di kenali sebagai Melangkap Campsite.





Sepanjang jalan di sajikan dengan keindahan alam semulajadi. 

Sesekali pemandangan Gunung Kinabalu kelihatan walaupun awan agak menganggu pemandangan untuk melihat puncak.




Polumpung Homestay Melangkap View Camp Site terletak di tepi Sungai Panataran di Kampung Melangkap Baru, Kota Belud,Sabah. Kawasan tebing sungai ini dibangunkan sebagai tarikan pelancong, campsite dan homestay selepas gempa bumi di Sabah hari itu. Semenjak itu kawasan ini berkembang pesat dengan kewujudan homestay, campsite dan tarikan pelancongan yang baru di Malangkap Kota Belud.

Hari ini, ratusan / ribuan pengunjung tiba setiap minggu untuk menikmati pemandangan sungai dan kampung yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang indah. Malahan acara-acara hari keluarga dan pengambaran khawin sering datang ke kawasan ini sepanjang masa.

Sewaktu sampai di kawasan ini, kami tak terus singgah di campsite sebaliknya meneruskan pemanduan sampai di hujung jalan.  Di sana ada jambatan dengan air sungai mengalir berlatar belakangkan pemandangan gunung Kinabalu yang sememangnya mengasyikkan.

Kawasan ni lebih terbuka dan tidak di kawal selia oleh mana mana pihak dan pemandangannya lebih natural walaupun puncak Kinabalu malu malu dilindung awan gemawan.

Kami park kereta dan lepak lepak santai di sungai yang mengalir tenang.

















View di sini memang mendamaikan dan tenang tanpa ramai orang. Ada sekelompok kecik anak anak muda berkelah dan mandi manda di kawasan sungai dicelah celah batu.  

Selesai berehat di kawasan sekitar jambatan, kami berpatah balik ke kawasan Malangkap campsite.





Dikenali sebagai Polumpung Melangkap Camp Site, merupakan salah satu tempat menarik di Kota Belud yang semakin dikenali ramai disebabkan keindahannya tempatnya yang memukau setiap pengunjung yang pernah datang melawat ke tempat ini.  

Kawasan ini merupakan kawasan sukan dan rekreasi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di tempat ini, antaranya ialah berkhemah, berbeku, bermandi-manda di sungai dan sebagainya.



Aktiviti utama di kawasan ini ialah mandi air sungai yang sejuk. Air sungainya bersih dan jernih mengalir dari kawasan Gunung Kinabalu.  Ada cafe jugak untuk makan sekiranya kelaparan.

Sesiapa yang berminat boleh jugak menyewa khemah yang di sediakan dengan harga yang berpatutan.




Yuran Kemasukan/Entrance Fees :

Dewasa (13 tahun ke atas) - RM3/Seorang
Kanak-kanak (12 tahun-7tahun) - RM2/Seorang
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah, OKU dan warga Emas) - Percuma

Selain menyediakan pengalaman berkhemah dengan suasana pemandangan di kampung, para pelancong dari luar mahupun pelancong tempatan juga dapat menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang indah serta air sungai yang jernih dan sejuk yang mengalir terus dari Gunung Kinabalu.








Harga penginapan.... (Berkhemah)

Dewasa (13 tahun ke atas) RM6/seorang/malam
Kanak-kanak(12 tahun ke bawah) - RM4/seorang/malam
Bilik di homestay Polumpung juga ada disediakan. 

Selain tu banyak jugak aktiviti dan kemudahan disediakan seperti sewa tubing, BBQ dan lain lain lagi. Kena berhubung terus dengan pemilik Polumpung Homestay Malangkap untuk tempahan perkhemahan dan bilik penginapan.


POLUMPANG MALANGKAP VIEW CAMPSITE  
Sabah Kg. Melangkap Baru,
89158 Kota Belud,
Sabah
016 824 6529 / 014 650 4122


Personally, tempat ni memang cantik dengan pemandangan yang memukau. Kalau nasib baik memang nampak view puncak Kinabalu. Sesuai untuk aktiviti lepak santai mandi manda air sungai yang mengalir segar.

Kalau nak bermalam pun menarik. 

Tapi kalau tak nak kena bayar, tempat aku lepak kat jambatan tu pun not bad cuma agak berbatu batu dan kurang sesuai nak mandi especially kalau ada anak anak kecil.



Selamat berkunjung........

bersambung............

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...