Showing posts with label JJCM - Bangi. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Bangi. Show all posts

Thursday, August 27, 2020

BAWAL POWER SEMPOI, Teras Jernang

Bagi pencari tudung bawal. Nyah kau dari sini. Aku tak pakai tudung !

Tapi kalau pencinta ikan bawal, come closer. Aku bawakan bawal power sempoi yang terulung di Cyberjaya.


Sempoi tak?

Kalau biasa dengar bawal dan sotong power kat Cyber sini ada port selain dari Sport Arena tu der. Yang ni lagi besar dan di buka di kawasan Teras Jernang.

Tapi aku pun baru tau dan orang bawakkan ke sini. Kalau nak cari sendiri memang malas lagi pun aku mana makan ikan bawal.

Aku makan ikan bilis jer.



Parking tak menjadi masalah sebab tempat ni macam banglo lot, dia sebijik bijan je dalam kawasan hutan hutan dan perumahan. Parking free.

Tapi kalau time tengahari memang ramai yang bertandang. Bersiap sedialah berebut bawal dan sotong.  Sapa cepat dia dapat. Kalau lambat dapat sotong kering je kang.




Tempat makan dia pun lebih luas dan banyak kerusi meja. Tak perlu bersenggol senggolan tunggu turn.

Usha apa hidangan yang ada.


Oh no ! Besen besen tidak di jual.

Yang di jual adalah hidangan hidangan ni.







Rambang tak bijik mata?

Mesti tak tau nak pilih yang mana kan. Tak pe dah sampai bantai je. Makan je la gemok pun gemok lah. Bak kata orang, biar gemok janji kaya budi bahasa....................

Kalau nak cantik rupa paras makan ulam ulaman yang turut tersedia ni.



Tapi makan satu lori ulam pun belum tentu maintain muda. Kena tambah tokok dengan air wuduk yang akan memberikan cahaya kepada diri dan wajah korang.

Masa tu pakai tudung bawal pun sure nampak macam pakai tudung Ariani. 

Eh ye ke nama tudung tu Ariani? Aku pun tak tau.

Hah nasi jangan di lupa.


Harga set paling mahal RM 15/set tengok lah ambik ikan apa. Bawal ke sotong ke ayam ke. Rasanya nasi ni macam free flow. Boleh tambah. Sambal sambal pun sama.

Minuman kena order, sebab takut tercekik tulang bawal terus kena kambus dalam tanah nanti.



Buat pembayaran di kaunter dan duduk di meja. 

Konsep makanan di sini adalah layan diri termasuk basuh tangan sendiri. Tak de dayang dan inang datang tolong basuhkan. Di curah dengan air longkang lagi ada kalau pemalas nak pegi ke sinki.

Ini habuan untuk lelaki lelaki yang separa gemuk dan melepasi tahap gemuk memilih hidangan tengahari mereka.




Terlupa pulak nak ambik ulam ulaman. Lelaki lelaki ini bakal tua sebelum usianya !

* sigh.

Recommended untuk di cuba bagi yang melintasi kawasan ini. Kalau nak vouge datang lah pakai tudung bawal biar bawal bawal yang ada berasa bangga dengan masyarakat dan pencapaian kaum mereka. Jangan pakai tudung saji pulak. Mask jangan lupa. Mask pelitup muka bukan Mas Idayu.

BAWAL POWER SEMPOI Teras Jernang 
Lot 5939,  Jalan Taman Sentosa, 
Taman Desa Sentosa Fasa 2, Teras Jernang,
43650 BB Bangi 
Selangor

Rasanya di Sport Arena Cyber tu pun dah pindah ke sini. Memang agak terpencil sikit lokasinya tapi lebih sistemetik dan teratur.

Selamat membawal !

Monday, July 2, 2018

RESTORAN NASI LEMAK ROYALE TEAM KEDAH, Bandar Baru Bangi

Kepulangan semula jurulatih, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff, nyata membuahkan hasil apabila Kedah meraih kemenangan 4-0 ke atas Selangor dalam Liga Super di Stadium Darulaman, malam ini.

Kedah membuka jaringan seawal minit keempat apabila Mohd Syazwan Zainon mudah merembat masuk hantaran bekas pemain Selangor, Andik Vermansyah, untuk menewaskan Norazlan Razali.

Selangor kemudiannya menguasai sebahagian besar permainan dalam separuh masa pertama, bagaimanapun, Kedah berjaya menutup ruang dengan baik bagi memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

Pada hujung babak pertama, Selangor mendapat peluang apabila Mohd Amri Yahyah melakukan lambungan kepada Rufino Segovia del Burgo, namun malangnya pemain kelahiran Sepanyol itu dikawal ketat pertahanan lawan.

Pada minit terakhir menuju ke bilik persalinan, Sandro da Silva berjaya mengawal bola dengan baik untuk melepaskan diri daripada barisan pertahanan, sebelum tenang menyudahkan rembatan ke penjuru kanan bagi membawa pasukannya mendahului 2-0.

Selepas itu, Da Silva meledak gol ketiga buat Kedah dalam babak kedua, sebelum Akram Mahinan menyempurnakan kemenangan selesa ke atas Gergasi Merah.

Dan sebagai meraikan kemenangan ini, jurulatih Kedah telah membawa pasukan ini untuk makan di
.
.
.
.
.
.
.............................. Nasi Lemak Royale team Kedah !

Okey. Aku temberang. Tapi dah try Nasi Lemak Royale ni?

Dulu popular di Aloq Staq.. tapi sekarang ada di buka di Bandar Baru Bangi.

Aku pun tak tau kenapa nama dia ada Team Kedah tu...  Dibuka khusus untuk orang orang Kedah je kah?

Tak pe lah. Usha kedainya dulu.................



Striking sungguh kalernya....

Asalnya dulu berniaga pakai food truck saja

Kini mereka maju setapak lagi dan sudah ada restoran sendiri di KL ni.

Sebenarnya nama je nasi lemak tapi sebenarnya ia adalah nasi kandar. Kaler pun kekuning kuningan sesuai dengan nama Royale tu kot.. Maybe untuk golongan golongan bangsawan je. Bangsa di awan aci makan nasi putih saja. Hehehe.

Konsep makanan di sini adalah...

Pergi ke kaunter makanan..... ( buat muka bengis sikit)

Usha lauk pauk yang ada.

Usha sekali lagi bagi betul betul pilih lauk yang dapat memikat selera.

Kekal dengan muka bengis. Dan order !!!

"Bang nak lauk sotong dengan air ribena"

Muka kaki pukul tapi order air ribena. Kau mampu? Hahaha....

Lauk sotong selalu sold out. Banyak sangat geng geng menyotong dah beli awal awal. So kalau nak makan lauk sotong kena datang awal sebelum sotong sotong siap dilaukkan.

Usha harga untuk panduan supaya tak di patuksssss. Tapi harga makanan kat sini OK lah. Agak memuaskan.

Dah dapat makanan apa lagi tercegat berdiri. Makan lah ! Usahlah abang membuang waktu, mari menuju ke rumah bonda.. Sanak saudara sedang menunggu di hari mulia bertemu mesra...

* pakej dengan joget Melayu deli.

Usha gambar makanan..






Ada rasa tercabar tak? Tergoda dengan rasukan lauk pauk nasi lemak royale team kedah ni? Kalau ada boleh la berkunjung. Kalau rasa tak de kesan.... tak payah pegi. 

Bagi aku rasa dia kira OK lah.... ayam goreng dia macam menarik dan sedap juga. Boleh lah setakat nak makan. Cuma bila 5 jenis lauk termasuk adam stacy bergabung meletup.... macam membunuh rasa original nasi kandarnya. Terpulanglah kalau suka banjir banjir boleh ambik banyak lauk.

Boleh juga try roti canai dengan kari kambing....

Student ada pakej istimewa....

Selamat berkunjung dan selamat mencuba !

Tetiba terambik gambar kedai sebelah....... oh sebelah kedai nasi lemak royale ni ada kedai kek viral..... 

NASI LEMAK ROYALE TEAM KEDAH
20, Jalan 4/12b,
Seksyen 4 Tambahan
Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

dibuka 11 pagi - 10 malam setiap hari.

Mereka ada cawangan lain juga iaitu di Serdang raya dan food truck mereka juga masih bergerak ke sana ke mari.

Sila kejar kalau ternampak. Tahan drebar truck tu dan tanya....

"Aku tanya apa khabar..........................?"

Saturday, August 27, 2016

Jom Makan : Sri Ghazal Beriani, Bandar Baru Bangi

Ghazal merupakan puisi yang mengandungi yang berasal sekitar 670 M, dari Parsi. Ia biasanya adalah puisi kasih sayang yang mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik. Ghazal popular di daerah Muar dan Batu Pahat.

Dalam sastera (dan sebagai lirik lagu), ghazal adalah bentuk puisi poetic form mengandungi rangkap yang berkongsi rima dan refrain. Setiap baris mesti berkongsi ukuran yang sama. Secara etimologi, perkataan "ghazal" secara harfiah merujuk pada "tangisan kematian seekor gazel". Haiwan itu dipanggil ghizal. Secara tradisinya, ghazal adalah ungkapan cinta, perpisahan dan kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel. Jadi, ghazal dapat difahami sebagai ungkapan berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan seseorang yang dikasihi atau perpisahan dan keindahan cinta meskipun pedih. (Dalam bahasa Arab perkataan "ghazal" secara harfiahnya bererti "berbicara dengan wanita").

Begitu la maksud ghazal oleh wiki.

No................. 

Bukan nak ajak menyanyi ghazal, tapi nak usha tempat makan ni nama dia Sri Ghazal. Sebuah restoran yang menghidangkan Beryani Gam istimewa yang didatangkan khas dengan penuh keaslian dari negeri Johor !!!!

Sri Ghazal

Terletak di Bandar Baru Bangi dan kehadiran aku ke sini adalah untuk singgah makan tengahari.

Ada staff aku kata beryani dia sedap tahap memukau. So nak jugak la cuba dan try !

Kami pegi berempat.

Restorannya

Selamat datang

"Assalamualaikum.... kami 4 teruna nak datang menjamu selera. Boleh ke?"

Alangkah best nya kalau datang makan kat sini, tolak tolak pintu je maka berkumandang la irama Ghazal ! Baru la sesuai dengan nama kedai. Ke sebab nama dia Ghazali pastu dia commercialkan jadi Ghazal jer.. tak de kena mengena pun dengan Irama Ghazal?

Apa apa pun, layan lagu ghazal dulu yok untuk ambik mood.



Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu ( 2X )
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah satu ( 2X )

Empat dara berpakaian sedondon
Berbaju putih berkainlah biru ( 2X )
Pandai mengarang seloka dan pantun
Hitam manis hai pandanglah tak jemu ( 2X )

(Ramai-ramai)
Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu ( 2X )
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah satu ( 2X )

Empat dara hai denganlah lagaknya
Bersiar-siar sekeliling kota ( 2X )
Sekali pandang senyuman manisnya
Tak mungkin lupa sepanjanglah masa ( 2X )

Layan setting dalam kedai.

Palet palet kayu di jadikan hiasan dinding.. or memang dinding?

Layan diri..... Macam boleh tahan bersepah ni. Semalam ada persembahan Ghazal ek? Tak dan nak berkemas?

Dalam kedai

Konsep dia.. layan diri sendiri. Tapi tak boleh layan diri kalau nak smoking !

Terus ke kaunter untuk order.... Awek tudung merah spot on !

Menu

Minuman

So sebab dia cuma jual Nasi Beryani dan yang sewaktu dengannya saja maka menu dia agak tak berapa banyak. 

Antara yang ada dalam menu mereka adalah Sri Ghazal Beriani, Nasi, Acar, Kambing Masak Beriani, Ayam Masak Beriani, Daging Masak Beriani, Set Kampung Masak Beriani, Set AYam Masak Beriani, Sirap Bandung

Memang datang dengan niat nak makan nasi beryani je lah kat sini. 

Order then nanti di hantar.

Sipolan pertama : Nasi Beryani Kambing

Sipolan ke 2 : Nasi Beryani Daging

Sipolan ke 3 : Nasi Beryani Ayam

Dan sipolan ke 4 iaitu aku sendiri pun sama. Order Nasi Beryani Ayam jugak

Kalau nengok pada portion memang agak banyak ! Tak la macam sesetengah tu seciput je bagi nasik. Nak untung lebih. Nak cepat gi haji agaknya. Tapi kat sini rasanya macam okey.

Verdict nya.....

Not bad. OK lah... tak de la tak sedap tapi tak de jugak WOW mata buntang keluar bintang berkaca. Memang boleh di cuba. Ayam pun OK. Kambing dan Daging khabarnya pun sedap juga.

Maybe lebih sedap jugak dari sesetengah kedai Nasi Beryani yang claim asli Johor jugak padahal..... tak berapa nak Johor.

Cost makanan aku tak pasti sebab salah sorang budak budak ni belanja. Aku nak gi bayar awek tudung merah kata dah settled.

Alhamdulillah.

So kalau tak tau ke mana arah?

Boleh la datang ke mari hey hey hey hey !!!!

SRI GHAZAL BERIANI
117, Jalan 8/1,
Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...