Thursday, March 28, 2019

Arte Plus by AFFLEXIA Serviced Suites 01 - Residence | Facilities

Ini leg ke 2 untuk episode ke 2, Trip Cuti Cuti Sekolah - Dekat jer...

Selesai check out di Movenpick di KLIA, kami terus ke KL dan sambung menginap di Arte Plus by AFFLEXIA Serviced Suites, KLCC.

Tempat ni viral kejap di internet sebab facilities dia agak 'to Another World' dan aku dapat rate promotion for opening special. Harga 3 hari 2 malam cuma RM 299 for one bedroom Premier.

Sebab macam mur mur, aku pun sebat !

Lokasi di Jalan Ampang dekat Petronas dan bangunan RISDA

First aku nak kasi tau, ada misleading information skit dengan tempat ni. Dia claim address KLCC tapi sebenarnya jauh dari KLCC. Dekat Jalan Ampang sebenarnya tu pun dah hujung hujung berdekatan dengan Ampang Point sana.

Berpeluh ketiak jugak kalau nak menapak tu !

Agak sulit gak nak cari lokasi sebenar dia sebab celah celah construction bangunan bangunan. Memang tempat ni pun baru di buka time tu.

Block bangunan. Ada 3 blocks service apartment.

Entrance

Feel at home when you’re away. 

Tagline dia.

Afflexia Serviced Suites rewrites what modern hospitality means with our 80 majestic suites where you will easily find yourself at home. Yes, we have all the things you’d expect – Free Wi-Fi, crisp sheets and amazing facilities – but we also tailor our services to focus on authentic Malaysian culture.

Come experience the sophistication of living in KL city like you have never before.

Sebab tempat ni ada kediaman dan jugak penginapan, so kena lepas pak guard dulu nak masuk ke bangunan untuk ke lobby. Lepas verified, park sementara depan lobby.

Visitor masuk...

Tetiba macam berada di dunia lain

Anita Dunia Ajaib !

Parked kereta untuk check in di reception area. Memang macam tiba tiba terasa berada di Siti Alam Fantasi.






Kehadiran aku di sambut oleh Siti dan Anita ( bukan nama sebenar ). Pening mata sebenarnya dengan lobby dia yang berkaler kaler tu. Urusan check in agak slow walaupun tak de guests lain. Lepas isi borang, bayar depo etc, kami di beri beberapa kunci dan access car. Di beri briefing yang sangat confusing sampai aku jadi pening nak membayangkan. Banyak sangat instructions. 

Kalau nak ke sini, kena pegi sini dulu, bla bla bla................... especially facilities facilities dia yang 'to Another World' semua tu.

Sungguh aku confused !


Dah dapat kunci apa semua dan nak pegi designated parking di level atas sebelum ke Suite yang kami bakal menginap. Tapi sebelum usha suite dia, usha facilities yang 'to Another World' yang ada di Arte Plus ni.

Floating Fantasy Garden

Our Floating Fantasy Garden is where you discover the epitome of human artistry meeting with Mother Nature. Come put up your feet and soak up the illuminating nights with the KL city skyline as your backdrop.

Time malam memang macam dalam cerita Avatar !










OK. Agak impressive jugak especially untuk anak anak aku yang excited tengok lampu lampu. Basically ni port lepak lepak sebab dia kira level yang boleh di access ke lobby untuk ke semua tiga blocks bangunan yang ada. 

Super Gym

Fitness area dia ada 2 level.  Memang banyak facilities tersedia termasuk rock climbing, boxing ring dan sebagainya.










Memang untuk fitness enthusiastic mesti seronok workout dan beraktiviti di tempat ni.

Swedish Garden

Feel nested in our Swedish Garden while overlooking the grandeur of the city skyline. Freshness of nature and the vast open space will put your minds at ease.





Taman dalam bangunan. Nak kata menarik sangat tak de lah, Serabut ada. 

Lazy River Spa

Lazy River Spa is the place to be for those who may opt for a calmer place to ease the mind. The spa is truly an oasis of serenity amidst the bustling city, allowing full relaxation with temperature-controlled waters. At the Lazy River Spa, tranquility is assured with the enjoyment of the uninterrupted cosmopolitan view right from within the spa




Nampak macam menarik kan? Tapi sebenarnya tak de lah menarik mana. Kawasan kecik dan sempit. Sungai tu bukan panjang mana pun dan kalau orang ramai sure bertempek tempek dalam river tu. Ada jacuzzi dan sauna juga di kawasan ni.

Selain tu ada beberapa facilities lain untuk tetamu di Afflexia Serviced Suites termasuk lah.

Organic Shaped Swimming Pool

Children’s Pool

Pool waktu malam

3 blok bangunan kediaman tu berkongsi pool yang sama

Tapi menarik nak santai santai

Barbecue Deck

Cloud Podium

Mini Theatre

Semua facilities yang ada di sini kira OK lah sebab baru dan masih di tahap terbaik. Tapi yang menjadi renyah nya. Setiap facilities macam Sweidish Garden, Super Gym, Lazy River SPA terletak di bangunan blok yang lain lain. Semua kat level atas atas pulak tu. So kalau nak pegi kena thru lobby setiap bangunan, pastu access pakai lif bomba atau lif barang. Beramai ramai kami dengan Bangla yang bekerja di situ turun naik lif tak de ekon. Bau tok sah cerita lah. 

Kira memang kena redah semua lobby yang ada di tiga tiga bangunan ni untuk turun naik.

Usha berapa banyak lobby yang ada.











Semua lobby bertema tema tapi menyusahkan je nak kena naik turun tukar tukar bangunan kalau nak guna facilities kat atas semua tu. Pulak tu lif jenis private dan tak semua lif boleh access ke tempat tempat tu.

Memang dari segi operational menyusahkan tetamu yang menginap di sini. Kalau memang duduk lain cerita lah sebab tak pegi guna facilities pun hari hari.

OK. Nanti sambung dengan penginapannya.

bersambung..............

17 comments :

  1. Aku xsuka sgt. Komplikated weh. Dah la access card 1 jer per unit wpun unit 2bedroom. Sorg dh keluarrr, yg lain xleh turun dh unless guna lif bomba yg lama gilaaa kna tggu. Utk kita muda xpela cpt pickup lif2 tu, kat org tua payah. Nk angkut brg pun susah bertuka2 lif. Facilities lawa dlm gmbr, dpn2 biasa n kecik. Psstu komplikated nkpi tiap satu. So i dont like this place. Haha gitu aku review kat sini je 😂

    ReplyDelete
  2. berserabut gak tengok lobi-lobi yg bertema tu, yg ada arca binatang, stalaktik, stalagmit..penin tengok..

    Swedish garden menarik..suka2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju....

      swedish garden tu mcm boleh jadi sarang maksiat

      Delete
  3. kalau duduk 3 hari mungkin boleh la nak explore semua. setakat check in 3 pm hari ni check out 11 am esok pagi, tido lagi best kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajin la.. kalau malas memang x pegi la kot port2 nih

      Delete
  4. lazy river spa tu aku dah terbayang telur alien kat dinding nak menetas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alien pun jadi malas nak naik menetas telur dia tu.. hehehe

      Delete
  5. Nak tanya, normal ka kita kena bayar security deposit online sebelum dia bagi kunci? katanya counter pun xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak normal.

      tapi rasanya maybe tu homestay run by personal/owner bukan under afflexia management. afflexia ada check in counter kat bawah tu

      Delete
  6. Indah khabar dr rupa..check in yg menyusahkan. Pertama dan terakhir pegi ke sini.swimming pool kotor dgn daun2, puntung rokok dan sisa2 mkanan.Serabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius la? saya dah secure booking utk 3 - 4/8 ni. aduh 2 kali fikir ni nak stay ke tak. boleh rosak mood staycation ooo

      Delete
    2. jgn expect hebat sgt. bersedia lah dgn segala kemungkinan yang menyusahkan.....

      Delete
    3. saya pun nk pergi 4/8 ni, mnyesal pulak rasa sbb jauh dri klcc.. dah book baru tergerak hati tgok maps.. sbb kat agoda kata 4km saje dri klcc.... satu lagi, sy pun nmg kene deposit online.. tapi link yg dia bagi tak bole guna.. jadi sy deposit ke personal akaun

      Delete
    4. tu maksudnya rumah persendirian yang di jadikan homestay.. bukan under aflexia services kot..

      Delete
  7. Serius ke ni...?? Bru booking utk weekend ni..😅

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...