Ni aku share itinerary aku sepanjang berada di bumi Taiwan !
Initially trip aku ni 6 hari 5 malam. Aku pun lupa bila aku beli. Tapi dulu dulu aku memang selalu check untuk dapat harga yang murah. Tapi memang tak dapat. Panas hati, sekali tu aku beli je untuk perjalanan sempena cuti Hari Raya Haji !
Seminggu sebelum berlepas baru aku realized trip aku tu 6 hari ! Lama tu. Apsal lama sangat aku beli, aku pun terlupa. Tapi rasanya aku macam nak buat side trip ke Okinawa. Tapi bila check tiket ke Okinawa bapak la mahal dah.
So fikir fikir 6 hari tu lamanya. Apa aku nak buat lama lama kat Taiwan ni? Dengar cerita bukan ada apa apa pun kat sana ! Tapi sebab nak tukar tiket balik awal tu mahal, so aku redha je lah.
Siapa sangka end up trip ni kena extend lagi sehari ! Hahahahaha.
Siapa sangka end up trip ni kena extend lagi sehari ! Hahahahaha.
Nak buat itinerary di Taiwan ni agak memeningkan kepala. Selain daripada aku tak tau nak pegi mana, aku jugak tak leh nak buat keputusan samaada aku nak stay di Taipei semata mata atau keluar dan bermalam di bandar bandar kecil yang lain untuk ke destinasi yang aku nak pegi.
Barang di ingat, di Taiwan ni, banyak National Park ! Walaupun Taiwan ni pulau, tapi negara dia cukup bagus dalam bab bab memelihara alam sekitar ni.
Sehari sebelum bertolak baru aku decide mana nak pegi dan sebab tak pasti route aku tu nanti, aku cuma booking penginapan di Taipei City dan 1 malam di Chiayi sebab aku nak pegi Alishan.
Itinerary aku pun main rangka je mana nak pegi. Then sampai sana baru aku decide semula. Jenuh la print wikitravel tempat tempat yang ada dalam kepala otak aku yang aku nak pegi nanti.
Di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada kenalan Insta aku Encik AB yang banyak membantu bagi aku idea mana nak pegi di Taiwan ni. Tu pun kebetulan sebelum tu aku nampak gambar gambar dia post di insta beliau semasa berada di Taiwan. Aku pun cuba cuba la compare notes.
Sila usha dan terjah Insta beliau : Insta : Vysyds
Terima kasih !
Dan sejujurnya apa yang aku rancang semuanya elok elok je berjalan untuk 4 hari pertama di Taiwan ni. Masuk hari ke 5 semua dah jadi haywire dan lari dari perancangan asal.
So itinerary yang aku kongsi ni adalah itinerary yang dah jadi, bukan yang aku plan sebelum pegi.
Tempat tempat yang aku terjah di Taiwan.
Day 01 : Depart from KLIA 2 to Taoyuan International Airport, Taiwan - Taipei City
Refer : Wikitravel Taiwan | Wikitravel Taipei
Penerbangan aku adalah waktu Hari Raya Haji. Ehek.... Sempat la beraya pagi tu. OR antar aku ke airport dan dia orang balik kampung sebab ada kenduri kawin.
Macam biasa, aku terlepas dengan alasan outstation !
Kau mampu outstation hari raya?
* ngeh ngeh ngeh,
Flight time 4 jam setengah.
Dari KLIA2 pukul 17:45 petang dan sampai di Taipei 22:25 malam. Waktu Taiwan dan waktu Malaysia adalah sama !
Airport terbesar di Taiwan adalah Taoyuan International Airport terletak 32 km dari Taipei City. Air Asia X dan MAS landing di Terminal 1. Air Asia X juga baru memulakan penerbangan dari KLIA2 ke Kaohsiung di selatan Taiwan.
Senja dalam penerbangan ke Taipei.
Day 02 : Taipei - Yehliu - Jinguashi - Jiufen - Shifen - Keelung - Taipei
Refer : Wikitravel Keelung | Wikitravel Jinguashi | Wikitravel Jiufen | Wikitravel Shifen
Hari ke 2 lah bermula pergerakan aku di bumi Taiwan ni untuk melihat kawasan.
Plan asal aku adalah nak pegi Yehliu Geopark, Jiguashi dan Jiufen jer sebab dari pembacaan aku ngam ngam la tu satu hari punya itinerary. Tapi masa aku dah settle kat Jiufen tu hari masih siang. Pulak tu tak jadi hujan walaupun cuaca sebelum tu mendung. So agak agak ada cukup masa, tu yang aku sempat ke Shifen Scenic Area dulu sebelum balik ke Keelung City dan ambik bas ke Taipei.
1. Taipei - Yehliu Geopark.
Ambik bas dari MRT Stn Taipei City Hall. Boleh jugak ambik bas dari Taipei Station tapi aku syorkan ambik bas yang di MRT Taipei City Hall sebabnya station bus tu dekat je dari Metro Station. Tak payah nak menapak jauh jauh pening pening macam kalau di Taipei Station.
Dari station MRT Taipei City Hall exit no 2 dan cari bus ke Jishan di platform 7. Harga TWD 84 / RM 11. Jarak perjalanan lebih kurang 1 jam setengah. Sila bagitahu drebar bas tu nak berhenti di Yehliu Geopark sebab bus tu sebenarnya bergerak ke destinasi di Jishan selepas tu.
Dah sampai kat simpang jalan nanti ikut je sign ke Yehliu Geopark. Kena berjalan dalam 10 minit. Entrance fee Yehliu Geopark adalah TWD 80 / RM 10.80. Just follow the crowd.
2. Yehliu Geopark - Jinguashi - Jiufen
Tak de route direct sebenarnya dari Yehliu ke Jinguashi dan Jiufen. Kena ambik bas dari Yehliu ke Keelung City dulu dan tukar bas untuk sampai ke Jinguashi/Jiufen.
Dari Yehliu, tunggu seberang jalan tempat bas berhenti dari Taipei tadi. Naik bas No 790 ( TWD 30 ) dan turun di Keelung City dekat tepi kawasan laut. Cross jalan dan cari bus stop seberang jalan tempat bas No 788 berhenti. Bas tu akan bawak dari Keelung City ke Jiufen dan terus ke Jinguashi sebelum berpatah balik ikut laluan yang sama. Tambang bas TWD 30 boleh pilih nak turun di Jiufen atau nak terus ke Jinguashi dulu.
Macam aku hari tu aku pegi Jinguashi terus dulu then baru ambik bas balik singgah di Jiufen,
Dari Jinguashi naik bas TWD 15 ke Jiufen. Dari Jiufen boleh balik terus ke Taipei naik bas no 862 ( TWD 90).
Tapi sebab aku banyak masa hari tu so datang idea nak pegi Shifen.
3. Jinguashi/Jiufen - Ruifang Station (by bus ) - Shifen Station (by train )
Dari Jiufen aku turun ke pekan Ruifang (TWD 30 ) dan berhenti depan station keretapi Ruifang dan ambik train ke Shifen (TWD 19)
Aku banyak buang masa tunggu bas di Ruifang nak ke Shifen tu. Bas lambat so last sekali aku naik train je tapi nak pegi ke air terjun Shifen tu memang kena menapak dekat 30 minit. Aku sampai ngam ngam kawasan air terjun tu dah nak tutup. Sempat snappy snappy kejap je. Punya la terpongeh berjalan. Memang boleh kurus ibu jari kaki !
Kalau sesapa nak include sekali excursion ke Shifen ni, make sure sampai waterfall park tu sebelum jam 5.30 petang.
4. Shifen Station - Ruifang Station (by train ) - Keelung City (by bus ) - Taipei Main Station (by bus )
Dari Shifen balik ke Ruifang semula naik train (TWD 19), Dari Riufang naik bas (TWD 30) ke Keelung City semula sebab aku nak gi Night Market dia. Then dari Keelung City ambik bas ke Taipei (TWD 55). Di Keelung City bas ke Taipei kat belakang 7 Eleven dekat Keelung Main Station.
Layan gambar gambar di hari ke 2 ni.
Yehliu
Queen's Head aka kepala Yuna * lari..............
Jinguashi, located in the Ruifang District of New Taipei City, is famous for its gold and copper mines. Situated between the mountains and the coastline, Boleh skip je tempat ni bagi aku.
Jiufen
Jiufen
Shifen Waterfall. Air terjun lawa tapi kawasan besar gila. Pastikan cukup masa.
Shifen Train Station
Keelung City
Day 03 : Taipei - Taichung - Sun Moon Lake - Chiayi
Refer : Wikitravel Taichung | Wikitravel Sun Moon Lake
Hari ke tiga punya itinerary ni aku decide masa kat Taiwan.
Minah hostel aku tu bagus gila. Terlebih peramah dan friendly tahap tolong sapukan bedak kat muka. Kau ada?
Tapi dia OK lah. So lepas diskus dengan dia, ini la trip aku hari ke 3 di Taiwan.
1. Taipei Main Station - Taichung (by train ) - Sun Moon Lake (by shuttle bus ) - Taichung ( by shuttle bus) - Chiayi (by train )
Destinasi aku adalah Sun Moon Lake !
Sebenarnya dari Taipei ada bus direct ke Sun Moon Lake ( 3 jam stgh perjalanan ) beli tiket kat Taipei Bus Station. Tapi hari tu aku pegi tiket dah abis. So optionnya, aku ambik train dari Taipei Station ke Taichung (TWD 376 - 2 jam ). Tu pun dapat tiket no seat. Kematu berdiri 2 jam.
Dari train station Taichung, kena pegi ke Nantou Bus Station untuk tiket ke Sun Moon Lake. Jarak Nantou Bus Stn dalam 500 meter dari Taiching train station. Angin betul aku masa tu. Tanya 10 orang semua bagi jawapan yang salah ! Masa ni aku sesat so aku banyak buang masa mencari bus station tu.
Tambang shuttle bus dari Taichung ke Sun Moon Lake TWD 340 return ( Aku beli tiket return murah sikit harga dia ). Jarak perjalanan Satu Jam setengah.
Sebab bertolak lambat ke Sun Moon Lake tu sampai hari pun dah petang. Tak banyak masa yang ada, aku opted naik tour bus keliling Sun Moon Lake berharga TWD 80 untuk one day pass.
Dari Sun Moon Lake ambik last bus 6.25 petang balik ke Taichung dan ambik train pukul 8.20 malam ke Chiayi (TWD 224. Jarak perjalanan satu jam suku),
Malam tu aku bermalam di Chiayi.
Layan gambar di hari ke 3.
Ada cable car
Senja di Sun Moon Lake
Day 04 - Chiayi Stn - Alishan National Scenic Area - Chiayi Stn - Taipei
Refer : Wikitravel Chiayi | Wikitravel Alishan
Semalamnya dari Sun Moon Lake dan Taichung aku terus ke Chaiyi dan bermalam di Chiayi sebab hari berikutnya aku plan nak ke Alishan National Scenic Area !
Hari ke 4 ni aku buat day trip ke Alishan NP dari Chiayi dan malam nanti balik semula ke Taipei.
Untuk sampai ke Alishan NP, boleh naik Alishan Forest Railway iaitu salah satu route laluan keretapi yang lawa lagi scenic dari station Chiayi. Dan sebab laluan dia yang lawa tu maka tiket memang cepat abis ! Satu hari ada 1 trip je pukul 9 pagi ( weekend 2 trips, 9 & 10 pagi ).
Dan nasib aku memang baik, aku dapat tiket Alishan Forest Railway untuk pagi tu. Harga tiket TWD 240 sehala tapi sampai Station Fenqihu sahaja ( 2 jam ). Pastu kena naik shuttle ke Alishan Station ( TWD 98, Jarak dekat sejam). Entrance fee untuk masuk ke Alishan National Scenic Area ni adalah TWD 150 seorang.
Tapi.. kalau tak dapat naik train tu pun, dont cry for me Argentina ! Kat Alishan tu pun ada train macam tu cuma gerak tak jauh lah.
Ada option naik bas jugak ke Alishan ni dari Chiayi. Kalau tak dan ambik train tu masa naik, boleh try beli tiket masa on the way turun.
Aku ambik last bus dari Alishan balik ke Chiayi Station. ( Last bus from Alishan 5:10 petang, TWD 236, 3 jam) sebelum ambik train balik ke Taipei. (TWD 598, 3 jam)
Gambar gambar di hari ke 4.
Pekan Chiayi
Alishan Forest Railway Train
Pemandangan melintasi lembah dan pergunungan
Kabus tebal di station Fenqihu
Day 05 - Taipei - Hualien - Taroko National Park - Hualien - Taipei
Refer : Wikitravel Hualien | Wikitravel Taroko Gorge
Hari ke 5 ni lah berlakunya taufan yang melanda Taiwan.
Plan aku memang nak buat day trip dari Taipei ke Taroko National Park. Kena naik train dari Taipei Station ( TWD 440, 2 jam ). Dari Hualien ambik shuttle bus ke Taroko National Park (TWD 250 day pass).
Pagi tu memang cuaca hujan dari Taipei. Aku dah check dan dengar dengar jugak pasal Typhoon Dejuan bakal berlaku di sana tapi aku nekad jugak nak pegi Taroko NP tu.
Sampai di Hualien sempat naik shuttle bus ke Taroko National Park. Aku lepas pegi tapi tak sempat nak turun. Tiba tiba dapat berita cemas kena tinggalkan tempat tu sebab batu batu runtuh menutup jalan disebabkan taufan yang melanda.
Dan bila balik ke station Hualien, aku dimaklumkan semua service train dan bus telah dihentikan akibat taufan !
Pasrah.
Tersadai la aku di Hualien tak lepas balik Taipei.
Layan gambar di hari ke 4.
Tersadai la aku di Hualien tak lepas balik Taipei.
Layan gambar di hari ke 4.
Hujan pagi hari di Taipei Station
Ni lah papan tanda kedai yang jatuh depan mata aku sikit lagi nak jatuh atas kepala. Kalau tak boleh cedera parah ni.
Aku under estimate taufan ni sebab aku ingat lebih kurang macam musim tengkujuh jer kat tempat kita je. Aku boleh suka suka hati keluar malam tu time taufan mula menggila untuk melawat kawasan. Ada hujan dengan angin kuat. Tapi dah nama pun taufan memang betul melayang semua benda.
Orang bawak motosikal pun boleh tumbang kena tiup angin dan nyaris di langgar teksi. Inikan pulak kalau yang berjalan kaki, aku sendiri pun macam nak terbang di tiup angin.. nasib baik badan berat macam sauh kapal !
Tu pun hampir hampir terbadai jugak.
Tu pun hampir hampir terbadai jugak.
Dan malam tu suasana agak menakutkan, bunyi angin yang kuat. Hujan yang turun dengan lebat. Tingkap semua bergegar gegar. Nasib la aku ada tempat berlindung malam tu di Hualien ni.
* menangis hiba sambil gigit hujung sarung bantal
* menangis hiba sambil gigit hujung sarung bantal
Day 06 - Hualien - Taipei
Hari ke 6 ni lah kiranya hari yang sangat penting sebab flight aku balik ke Malaysia malam tu.
Hari ke 6 ni aku tersadai di Hualien lebih daripada 24 jam sejak semalam. Dengan perut lapar. Baju sehelai sepinggang. Cash tak ada. Semuanya memang betul betul menguji kesabaran dan ketabahan aku sebagai manusia.
3 kali tukar train nak balik ke Taipei, tapi sampai masanya bila gi check, train masih tak boleh beroperasi.
Dari 7 pagi, 1 tengahari membawa ke pukul 7 malam, akhirnya 7 malam tu baru train bergerak. Tu pun cuma train slow je yang beroperasi. Train memang tak de seat, aku pun duduk kat tangga dan tak de ruang nak bernafas. Ada yang sampai duduk dalam tandas !
Aku naik train pertama dari Hualien ke Taipei tapi sampai Taipei Station dah pukul 10.30 malam. Nak kena gi ambik barang kat hostel lagi. Masa tu memang aku akur tak sempat nak pegi airport.
Layan gambar di hari ke 6.
Dari 7 pagi, 1 tengahari membawa ke pukul 7 malam, akhirnya 7 malam tu baru train bergerak. Tu pun cuma train slow je yang beroperasi. Train memang tak de seat, aku pun duduk kat tangga dan tak de ruang nak bernafas. Ada yang sampai duduk dalam tandas !
Aku naik train pertama dari Hualien ke Taipei tapi sampai Taipei Station dah pukul 10.30 malam. Nak kena gi ambik barang kat hostel lagi. Masa tu memang aku akur tak sempat nak pegi airport.
Layan gambar di hari ke 6.
Pokok tumbang
Satu hari aku habiskan kat train station untuk check dan tukar tiket. Punya la ramai orang kat train station ni. Macam macam ragam. Macam macam emosi !
Pemberita pun bukan main sibuk
Suasana di train station Hualien. Semuanya mangsa kandas akibat taufan
Hualien
Dapat naik train macam sardin. Asal sampai Taipei balik semula jadi la... Siap bergaduh gaduh orang kat train station ni semua nak cepat.
Taipei
Suasana di train station Hualien. Semuanya mangsa kandas akibat taufan
Hualien
Dapat naik train macam sardin. Asal sampai Taipei balik semula jadi la... Siap bergaduh gaduh orang kat train station ni semua nak cepat.
Taipei
Malam tu di Taipei aku terpaksa cari penginapan lain. Paling keji bila aku check flight Air Asia X yang sepatutnya bawak aku balik tu yang sepatutnya berlepas jam 11.50 malam delayed sampai 2.10 pagi !
Bongok la tak de courtesy nak call bagitau flight delayed. Kalau tak memang cukup masa untuk aku ke airport dan balik naik flight tu.
Damn you, Air Asia X !
Day 07 - Taipei City - Taiwan Taoyuan International Airport - KLIA 2
Ni adalah hari ke 7 yang aku terpaksa top up sebab kapal terbang tinggal aku !
Meruntun jiwa nak kena beli tiket flight baru. Tapi tak pe lah, apa yang lebih penting aku selamat dan dapat pulang dengan selamatnya.
* meraung terpaksa keluar duit beli tiket baru
* meraung terpaksa keluar duit beli tiket baru
Untuk hari terakhir di Taiwan ni, aku ronda ronda Taipei City jer. Memang aku save nak jalan kat Taipei ni hari last ( semalam ). Tak sangka pulak kena tambah sehari lagi di sini.
Apa apa pun, layan gambar sekitar Taipei City yang sempat aku pegi dan ambik di hari ke 7.
Taipei 101 dari Elephant Mountain
Taiwan City
Shopping Mall dekat Taipei 101. Semua benda ada kat sini. Mak ayah je tak der. Mak ayah kat kampung !
Lagi menara yang telah mencaras ketinggian Petronas Twin Tower ni
National Chiang Kai-shek Memorial Hall
Kawasan Memorial Hall
Kawasan Memorial Hall
Bronze statue of Chiang Kai-shek, watched over by honor guards. Ada changing of the guards setiap sejam di sini.
Red House. Ximending area yang ala ala macam Shibuya di Jepun
Sempat aku singgah di Grand Hotel. The main building of the hotel is one of the world's tallest Chinese classical buildings.
Merepih alam dimalam
Berselubung kabut kelam
Wajah pun meredup tercermin haus cahaya
Meremang gulana menatap reruntuhan dalam duka
Kunanti fajar berkawan angin malam merindukan
Belaianmu oh asmara oh ... asmara
Insanmu menanggung rindu
Benamkan diriku dalam dekapan, tanganmu
Yang hangat penyegar cita rasaku
Bukakan pintumu
Kan kujelang kau pelita hidupku
Bawa aku serta berlayar
Menuju pantai harapan
Bersamamu oh asmara oh .. Asmara
Insanmu menanggung rindu
Shilin Night Market
Shilin Night Market
Itu saja itinerary.
Moga boleh jadi panduan kepada sesiapa yang pegi.
Aku suggestkan sesiapa ke Taiwan untuk pegi ke Taroko National Park. Tempat tu memang nampak lawa even time aku pegi tu taufan melanda. Agak rugi jugak lah tapi at least aku dah dapat gambaran kawasan tu cemana.
Apa apa pun Taiwan memang menarik dan tersendiri.
Finally, made it to the airport !
Banyak tempat menarik juga di Taiwan ni. Baik dari segi city life, national park dan juga tempat tarikan pelancongan yang lain. Seminggu pun belum tentu boleh cover abis. Bila aku fikir fikir balik, memang berbaloi aku ke Taiwan selama 6 hari walaupun pada awalnya aku buntu nak ke mana dalam masa yang lama tu. Tambah pulak dapat extra 1 hari, memang Tuhan nak bagi rezeki ronda ronda Taipei sebab kalau tak memang tak sempat nak merayau area city.
Cuma aku harap, sesapa ke sana dijauhkan la dari taufan dan boleh enjoy the trip sepuasnya.
Bagi sesapa yang ada second thought about Taiwan, pegi je dulu ! Dont be surprised sebab Taiwan memang ada keistimewaannya yang unik dan tersendiri !
Enjoy your trip dan selamat merepih alam !
Merepih alam dimalam
Berselubung kabut kelam
Wajah pun meredup tercermin haus cahaya
Meremang gulana menatap reruntuhan dalam duka
Kunanti fajar berkawan angin malam merindukan
Belaianmu oh asmara oh ... asmara
Insanmu menanggung rindu
Benamkan diriku dalam dekapan, tanganmu
Yang hangat penyegar cita rasaku
Bukakan pintumu
Kan kujelang kau pelita hidupku
Bawa aku serta berlayar
Menuju pantai harapan
Bersamamu oh asmara oh .. Asmara
Insanmu menanggung rindu
Insya Allah, kalau rajin dan bermasa, aku akan share details perjalanan aku sepanjang berada di Taiwan ni nanti.
Tahun depan la kot.
Amaigaaad... nasib baiklah terselamat, signboard jatuh depan mata... perghh, kat negara orang pulak tu, pergh... nasib baik ^^;
ReplyDeleteNice pics, especially the waterfall, foggy forest and cityscapes ;3
Thanks..
DeleteTu la. Kalau kena kepala mau balik malaysia pakai turban Yuna
selain dari gambar2 pemandangan indah, nerves baca pengalaman kandas dlm taufan tu..shokorlah abang meng selamat kembali ke Malaysia.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur sangat sangat...
Deletetapi tak serik ! hahahaha
were actually my least place to visit but i change my mind ;)
ReplyDeletegood... u better go.
Deletealhamdulillah ko selamat balik.......
ReplyDeletemacam cepat pulak entry ni habis :)
Belum abis lah. Belum start pun lagi.
DeleteNi aku share info utk org yang nak pegi sebab nak update details tu mcm lambat lagi
cemas baca psl taufan tu tp nasib baik abg meng selamat! cantik rupanya Taiwan ni maybe 1 hari nanti akan pergi :)
ReplyDeleteyes.. sila la pegi. lawa tempatnya.. tak terasa mcm mainland pun. rasa mcm jepun jer
Delete4 jam stgah je flight...taklah jauh mana ek.
ReplyDeleteshukorrr uncle meng selamat daripada hempokan signboard ittew.
fan club nak buat kenduri kesyukuran neh...nak duit tewan !~
Tak jauh. Tak sampai Jepun. Lagi dekat pada Shanghai.. Jauh sikit pada Hong Kong.
Deleteduit tewan ada sekeping je tinggal.. tak leh nak bagi.
anggap tu sebagai motivasi utk kau ke taiwan nanti.
Aksi gigit hujung sarung bantal tu sangat menggelikan
ReplyDeleteheh... tu tengah sedih oke.. jangan potong mood tgh berduka lara !
DeleteSgt best laaa perjalanan uncle Meng... Buat Seri turut teruja.. Rupanya Taiwan tempat yg sgt best untuk dilawati.
ReplyDeleteYa... tak de la sangat best tapi best lah..
DeleteTempat lain.. persekitaran lain. tempat tempat pun menarik dan unik.
Harap dapat ke sana
ReplyDeleteInsya Allah. Semoga tuhan kabulkan.. Amin
Deletecantek gambar ko..elephant mountain tu susah tak naik? aku aritu mcm 50-50 je nk pegi, sb takut tak larat..maklum la tgh gems..last2 tak pegi....
ReplyDeleteTak susah Na.. OK jer. ada tangga semua cukup siap. Tak tinggi macam Bohey Dulang. Kalau kau paksa Chawan pun aku rasa dia masih berupaya naik sampai puncak
Deletepegi bulan September patutla Meng...mmg time taufan tuuuuu...
ReplyDeletetu lah.. dah nak kena. nak buat cemana
Deleteaku dah terbeli tiket gi Taiwan April tahun 2016,...so segala tips ko share ini aku nak catatla ni...entry Taiwan cepattt sikit plissss....
ReplyDeleteentry taiwan bulan 2 baru boleh muncul. hehehehe
Deletesabarrr. sempat lagi tu
Bang meng duk hotel ape kt taipei?Sy nk g bln 3 ni hew hew 😎☺️
ReplyDeleteAlamak kena bukak kitab ni.
DeleteKat Taipei duk hostel je.. 3 hostels semuanya..
JVS Taipei, 101 Single Bar dengan Travel Talk Backpackers.. No 1 dgn 3 tu oke. No 2 tu terlebih oke sebab hostel 5 bintang. Mahal
Cari yang dekat dgn station MRT je senang
Bestnya, saya pun plan nak ke Taiwan juga, selepas godek2 saya tak jumpa berapa budget awak habis dekat sana. hehehe, boleh share?
ReplyDeletecari betul betul..... bajet & itinerary tu ada 2 part. kalau x jumpa part 2 cari part 1
Deletesemoga berjumpa
aku rasa ko ni klaka..terhibur baca blog ni
ReplyDeletetq for info, dapat gak jadi panduan trip solo January nanti
ha ha ha... aku ketawa.. terasa aku tak tentu arah.
Deleteenjoy taiwan. be safe !
assalam..kakak akan pg taiwan januari 2018. backpacking too. nice baca entri ni. kelakar...suspen...apa2pun info2 ni byk membantu. insyaallah 8 hari disana...dptlah cover hendaknya tpt2 yang di suggestkan tu.
ReplyDeleteokey. have fun and be safe !!! enjoy taiwan.
DeleteSalam bro meng!terbeli tiket taiwan 1-6.7.2019 AA..bila dh byk baca baru tau time tu time typhoon..acaner ni? redah jer eh..semoga xkena and beringat cam bro dh advise dlm cite ni
ReplyDeletelama lagi tu.. leh prepare utk jadi iron man. hahaha
Deletetak pe bro. pegi je. just alert on the warning etc.. be safe and keep safe.
Salam bro ..... saya akan pegi ke Taiwan bulan 10 ni .... 6 hari 5 malam .....
ReplyDeleteBerminat pulak dgn trip yg ke yehliu, juifen, whiten
Dan ke taroko national park ....
Boleh tak nak call Utk dpt explanation in details Utk trip ke tempat ni Sebab plan nak daily trip Je dari Taipei ke situ dan patah balik taipei hari sama ...
Ni no saya 0123393367 (izwan)
cuba abiskan baca dulu semua entry taiwan. boleh bagi some ideas nanti..
Deletedaily trip possible cuma kena jaga timing... taiwan easy to travel to. shouldnt be any problem. skrg pun dah banyak halal food
Yup Cuma Kalau kita dpt berhubung Mungkin boleh dpt share some idea in details ....
DeleteHarap bro tak keberatan
keberatan skit....
Deletejust nak confirm, day trip ke taroko dari taipei, di station keretapi hualien tu nak amek shuttle bus ke taroko kat mana ye ...
ReplyDeletekeluar entrance train station tu... belah kiri..
Deleteada bus stop tak jauh dari station tu. tepi jalan