Monday, October 26, 2015

01 - IOI City Mall, Putrajaya

IOI City Mall, a brand new lifestyle and entertainment regional mall for all. IOI City, a mixed used developments through its retails and commercial components. IOI City Mall, two block of green office towers and a 5-star business hotel. Costing RM1.5 billion on 33.5 acres of land, the built-up area is more than 8 million square feet supported by more than 7,200 car park bays over 3 basement levels.

The total 1.4 million square feet of net lettable retails area of four levels with 350 specialty shops, anchor tenant includes of Golden Screen Cinemas, Parkson and HomePro. Other highlights of the mall is the Olympic size skating rink and indoor entertainment park called District 21. It provides a complete shopping, leisure and dining experience at the South of Klang Valley.

Kau mampu tetiba cakap omputeh?

*  sorok budu sepinggan bawah meja

Cut and paste sajork sebab aku di rundung malas.

Aku ke IOI City Mall masa bulan Jun 2015 dulu sebab belum pernah bawak budak budak lagi. Aku sendiri pernah la singgah 2 kali sebelum tu so agak familiar jugak la tempat nya. Tujuan bawak ke sini sebab cuti sekolah tak bawak dia orang gi bercuti. Aku je yang pegi Bukit Tinggi tu dan dia orang balik kampung. Bila balik KL mula la demand nak gi jalan.

So. Arakian syahdan.. ini al kisah lawatan sambil cuci mata ke IOI City Mall di Putrajaya.

* gegak gempita tepukan gemuruh penuh padu para penonton yang memenuhi stadium

Mall baru kan? Semua serba baru. Orang pun ramai. Ntah datang dari mana ntah tetiba semua berpusu pusu. Standard la kot tempat baru so ramai yang nak gi tengok sendiri dan rasai suasananya.

Kami keluar rumah dah lepas tengahari. So agak petang jugak lah. Cuaca mendung dan nak hujan.

Sampai !!! Dan hujan pun.

IOI City Mall, Putrajaya

Sampai je nak parking keta. Sebab last aku pegi aku park kat Premier ni so kat sini je la aku tau nak parking. Tup tup masuk je penuh.... !

Terpaksa keluar dan cari parking biasa

Tapi tak jumpa ! Kena buat satu pusingan. Sebenarnya terlepas entrance parking kat basement tu

Tawaf dalam hujan

Akhirnya.. masuk ikut celah ni..... ada penanda dia. Tapi tak perasan

Nak cari parking kat basement tu pun bercinta. Memula pegi P1.. memang buang karen je la.. tak de space langsung. Then terpaksa turun ke P2.

Baru la jumpa. 

Masalah jugak. Nak naik lif dari parking ke atas... penuh berumbu manusia. Sudahnya kami gagahkan diri naik tangga.

Directory

Sesampainya pegi solat dulu sebab belum sempat solat. Surau terletak di tingkat atas belah Parkson. Agak jauh jugak la nak menapak.

Ikut laluan yang betul

Tapi laluan tu membawa kepada tempat mainan budak budak tonggang binatang ni dalam mall. Awal awal dah terkena sebab Princess nak naik

Pastu Hero dah nampak Toy R Us ni. Memang dia aim la nak masuk sini. 

Masuk je terus dua dua hilang. Apa benda yang di cari pun aku tak tau. Kami tunggu kat luar je. Sedar sedar dah bawak mainan nak suruh bayar. 

No way ! 

Papa mood tak baik, no mainan today. 

Kasik jelingan angkat kening Ziana Zain satu das, dua dua orang terus tarik muka. 

Jadinya sorang tarik muka todak tak dapat mainan, sorang lagi sebak Ukays.... menangis tak dapat Nail Glitter.

Sampai sekarang aku tak leh nak fikir cemana Princess boleh tau pasal nail glitter ni. Aku ni sampai ke tua ni nak sebut pun tak sure cemana.

Kuitik? Kuitek?

Ah. Whatever.

So ini lagu tema mereka berdua !



Bergenang… airmata ini
Sebak, sudah, namun, tidak, jatuh, jua
Menangis… cuma lah hatiku
Senyum, tawa, hanya, tutup, duka, lara

Belum terubat kelukaan
Telah pun berganti kekasihmu
Andai itu yang kau inginkan
Tak dapat ku halang niat hatimu

Dalam banyak yang engkau temui
Dia pilihanmu.. hoo…
Jika insan lain tak mengapa
Tapi sahabatku…

Apa yang amat kukesalkan
Kau seolah-olah
Sengaja mempamerkan dia padaku… sebaknya…
Sambil kau menjeling padaku…

Then aku keluar jap hisap rokok sambil tengok tengok kawasan.

Melayan suasana di persekitaran

Dalam mall. Memang ramai gila manusia....

Seterusnya agenda memujuk. Kasik budak budak kembali gembira

Gi tengok tengok jer. Nasib la masuk free je kalau setakat nak usha usha

Ada bowling !

Pastu dia orang naik train keliling mall. Jenuh pulak aku kena menunggu

Antara kedai Relish di IOI City Mall. Sapa pernah makan? Sedap tak?

Sopoong. Nama kedai sungguh tak inzal.

Ice Skating arena.  

Pun tengok tengok jer

Boleh sewa penguin kalau jenis asyik asyik nak jatuh

Bersedia kalau dah terror

Sebelum gi makan kami singgah kat tempat pameran dinosaur

Gahhhh !! Gigi tak jaga. Nanti ngilu bila nak makan ais.

Sempat la Hero beli sepasang dua

Pegi Lavender ni

Beli macron ni

Sebelum balik gi bersalam salaman jap dengan teman tapi mesra

Ehem ehem.. Papa posing untuk peminat. Tapi peminat tak pandang

Hero cari T Shirt Superman

Papa Hero usha usha spentot Superman

Salah satu resto di IOI Mall.. Kedai Tino ! Tino je buleh make. Jatey dok buleh. Mung gok...... 

Apa apa pun IOI City Mall ni memang besar gedabak.. Banyak kedai ada kat sini. Facilities pun nampak macam bagus bagus belaka. Semuanya di bawah satu bumbung. Senang la segala urusan kalau nak shopping beli apa apa kat sini. Cuma orang lah agak ramai, jadi susah jugak la nak parking, dan nak bergerak, nak guna surau, nak guna toilet. Semua kena ikut turn.

Tapi benda baru memang selalu macam tu. Hopefully by now orang dah kurang.

Aku tak boleh jadikan mall ni sebagai tempat favourite aku sebab aku memang tak berapa gemar nak pegi tempat ramai ramai orang ni., !

* lari dari peminat yang tak berapa nak ader

Lawati official website mereka untuk maklumat lanjut : IOI City Mall, Putrajaya

18 comments :

  1. Meng ...

    Memang besar gedabak mall nih !!! Actually kedai kedai yang Meng mention tuh, semua saya tak nampak waktu gi ari tuh jap, see ... punya ler besar !!!

    Waktu balik sat ari tuh, ada singgah ... my adik kasi 30 minutes jer utk browse ... kita orang masuk, nampak kedai Uniglo, singgah sambil sambar satu dua baju sweater yang very colorful gitu then gi Padini sambal satu dua lagi baju , tup tup dah 30 minutes .... terus lari kuar sebab adik dah tunggu. My anak kata, we should stay here the whole afternoon and have dinner here !

    Tapi apakan daya ... waktu tidak mengizinkan ...

    Dan nasib baik ada Meng tolong buat coverage ... hahahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mall ni memang besar. kiri kanan banyak kedai kedai... tak abis nak explore. kalau abis tu .. sebelum balik kena gi kedai selipar sebab selipar tali sure putus banyak sgt berjalan.. hehehe

      Tak pe la at least dpt gak singgah tu kira OK lah

      Delete
  2. Nail Glitter princess? You nailed it! Hahaha. Sempoi lar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. pening pala aku memikir... banyak sgt tengok tv la tu kot

      Delete
  3. ngahahha... kalo g sane mmg bercinta nak dpt parking.. pastu ruang solat tu ya Allah..kene naik tkt atas paksen tu...mmg pakinsen kalo nak cari mane yg baru2 sampai sana... ruang solat x sesak kalo buat setiap level tu ade ruang solat wlupun kecik jer...


    tp tmpt makan sana x pernah lg try yg tu,,.biasa Nandos jer...ngehngehhh

    tapi....tmpt pameran gigi dinosor tu mmg x tau lak area mane..ke tmpt tu baru wujud...??

    bhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dinasour tu masa tu je kot ada.. kejap je rasanya... dia belah tepi kat area padini... tu pun hero la gigih tengok sign sebab dia yang cari

      Delete
  4. kuitek...hahaha..kelakor la pulak ejaan tu...actually cutex (nama brand nail glitter sebenornya)..arwah bapak aku dulu suka ketuk tangan aku dgn pembaris kalau nampak aku pakai kuitek ni...tapi kalau dah namanya degil, berjaya je pakai dgn senang lenang...hehehe..ko jgn lak ketuk tangan princess tau :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas pencerahan spotlight kau tu.
      so betul la cutex? tu brand ke? hahaha aku pun tak tau.

      anak aku kaler kuku dia pakai marker !!!

      Delete
  5. ok..my bucketlist-percutian 8 jam di malaysia...
    (berdasarkan budget dah tak de utk pi oversea....*nanges nih haa*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa. kalau mcm ni tak bajet kak anash. Rambang mata tengok banyak benda nanti kat sana...

      Delete
  6. last week pegi IOI ni 'tersilap' masuk parking Premier tu..alamak! sekali tgk semua kereta mewah! harga tiket un boleh tahan..mmg berdebar mak bedah time tu...ishhsalah masuk parking ni..i ni drive kereta local itu pun suia almost 13 tahun..x sesuai lah nk parking kat situ..sib baik ada laluan ke Lobi...terus masuk situ dan drive kluar..terus urut dada

    ehhh....baru nampAK SUPEMENG! seksi uoulllss ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada laluan turun ke bawah ke dari premier parking tu? hari tu cari jugak mcm tak de. tu yang kena keluar dan tawaf pusing bangunan mall tu.

      superman tu seksi. supermeng seksa !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...