Thursday, October 29, 2015

04 - IOI City Mall, Putrajaya : Absolute Thai

Rumah terbakar panggil bomba.

Perut lapar ? Panggil ........................................?

"Waiter !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Sewaktu di IOI City Mall ni kami mencari lah tempat makan bagi mengisi perut. Memang dah aim nak makan Thai Food.

Dah check dan riki Martin memang ada Absolute Thai kat IOI City Mall ni. Jadi apa lagi... ale ale ale.....

* menari Samba sambil pegang lesung batu

Absolute Thai - Hospitality with a heart

Sedang elok. Cantik molek. So kami aim nak makan kat sini. Kami pernah makan masa di Medini Mall di Nusajaya dulu tapi tak dine in. Kali ni memang nak dine in.

Nak try test power.

Absolute Thai - Letak di level GL

Sebab tak biasa so tak jumpa lokasi, terpaksa tanya tanya jugak lah. 

Kat bawah tu banyak tempat makan sebenarnya tapi orang pun boleh tahan la ramai. Macam macam jenis dan rupa. Cari punya cari akhirnya jumpa.

Tapi sebab orang memang ramai kat mana mana pun. Even kat Absolute Thai ni memang kena queue jugak.

Menunggu.

Queue boleh tahan lah panjang. Nasib baik tak lama menunggu. Jadi kami akhirnya dapat seat.

* tolak Que Haidar tepi parit

Menunggu

Dapat seat di bahagian luar

Duduk kejap dan kami di beri menu.

Apa lagi. Order la ikut citarasa tekak masing masing. OR nak makan Ikan. Aku nak makan Green Curry. Hero pulak tetiba nak tomyam.

Sudahnya.. order je la apa yang nak di makan.

Menu

Order ikut selera

Good thing about Absolute Thai ni even orang ramai, servis agak pantas. Maybe pekerja dia ramai. Dari start dia bersihkan meja, then suruh kami duduk, pass menu dan ambik order semuanya pantas dan penuh gaya.

Buat kami bersemangat untuk makan. Dan kemesraan mereka jugak buat kami tak terasa yang kat resto ni orang adalah begitu ramai sekali.

Dan makanan tiba pantas juga. 5 bintang untuk servis !!!!

Ikan yang di nanti nantikan oleh OR. Kerapu with Thai Sauce. RM 55.

Green Curry. Nak try daging. Daging lembut macam ni aku OK jer. Cuma tak leh makan banyak.

Tomyam pilihan si Hero. Dia nak ayam jer. Datang dengan dapur panas macam ni

Tomyam di bahagi bahagikan. Kami ambik untuk 2 orang makan je sebab dah banyak lauk

Telur dadar adalah wajib. Telur dia ada udang udangan

Sayur kailan

Minuman... aku je 2 air ! Hehehe

Tapi tak silap order 2 air sebab green curry dia adalah pedas tahap hah ! hah !

Berapi kejap mulut. Nasib tak mata merah je kalau tak jadi naga.

Makanan sampai terus belasah makan tak pandang kiri kanan dah. Masing masing memang kelaparan.

Hidangan kami sekeluarga

Overall food dia OK lah.. ada yang OK ada yang kureng skit.

Ikan tu tak berapa OK bagi aku sebab kurang garing. Kalau tak garing aku tak leh nak telan. Lagi lagi kalau tulang temulang menghiasi tubuh badan dia. Rejek sikit la. Sos dia tak sehebat Bangkok House. Pendek kata makanan di Bangkok House lebih enak especially ikan ni.

Green Curry tu memang pedas ! Pedas gila bagi aku yang bertaraf antarabangsa dan kurang makan pedas ni.

Tomyam OK. Not bad. 

Overall.. food OK. Tapi macam banyak lagi kedai Thai fine dining yang lebih meng-inzalkan. To date the best Thai food aku rasa masih di Bangkok House TTDI.

Mereka masih mengungguli carta hit Siam.

Absolute Thai ni boleh la kalau nak repeat la tapi dalam interval yang agak jauh jaraknya. Tak de la absolute sedap tapi overall.. . good food, great service cuma harga agak pricey. Semua kami makan tu lebiih kurang RM 194.

Apa apa pun, Alhamdulillah. Kenyang.

Balik rumah terbongkang riang.

Maka tamatlah agenda siri lawatan muhibbah ke IOI City Mall ni.

TAMAT

18 comments :

  1. hahaha dah macam berebut komen kat blog retis...**pitam...

    ReplyDelete
  2. Meng ...

    Hahahahahhahahahahahahhahahahahaha

    TERBAIK !!!!

    Tersengih sengih nih lagi !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sampai org nampak. nanti di tuduh bukan bukan

      Delete
  3. kalau JM kan...masuk kedai Thai mcm ni mesti mcm HERO....cari Tom Yam...yang lain x nak..klau harga RM194 tu bagi JM memang x mampu lah nak pegi mkn kat sini lain lah kalau bayar berkongsi ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gi sorang takkan la mahal mcm tu.. kena gi ramai ramai buleh tong tong... gerenti makan tom yam sampai menghirup..

      Delete
  4. Meng,aku xperasan ade absolute thai kt IOI..sblm ni aku g mkn kt IKEA..
    Bg aku green curry die best n mase tu ktorg try pad thai jugak..(mungkin aku xpernah try kedai thai lain kot,so aku rase yg ni mcm ok la..)

    Nnt nk g makan kt IOI la pulak..nk g IKEA mcm jauh dr tempat aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi DATT.. kau kejap kejap je muncul ya. pasti ilang balik.

      ni kemunculan sempena apa? Deepavali?

      happy deepavali DATT !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...