Monday, February 13, 2017

IRAN 2017 - Budget & Itinerary - Part I

Ke mana saja, Wassini
Tak kira masa, Wassini
Apa pun jua, Wassini
Segalanya, Wassini

Wa hari tu pegi Iran. Lu orang pegi mana? 

Apa? Los Angeles???? Hebak mung !

Alhamdulillah, sampai seru dan rezeki aku dah selamat berjaya jejakkan kaki di bumi Parsi dan kini aku nak share budget dan itinerary untuk trip ni.

Highlightnya pun dah keluar di sini : Highlight Iran

Iran

Memang kalau sebut pasal Iran sebagai destinasi tujuan untuk dilawati pastinya macam macam soalan akan ditanya bertubi tubi. 

Selamat kah?  OK kah? Dan macam macam 'Kah' lagi.

Tapi aku memang dah lama mengimpikan untuk pergi ke Iran. Memang dalam bucket list. Pernah sekali masa Air Asia ceased route New Delhi, aku nak tukar tiket flight tu ke Tehran ( masa tu Air Asia X masih terbang ke Tehran ). Namun begitu permintaan aku di tolak so aku tetap ke New Delhi dan melupakan Iran sampai lah route Tehran sendiri ceased.

Harapan tetap ada dan menggunung tinggi setinggi puncak Mahameru. Tahun 2016 sekali lagi Air Asia X menyambung route KL - Tehran dan kali ni aku pun mencuba nasib untuk beli tiket seawal pembukaan jualan dan dapat lah tiket pergi dan balik walaupun harga tak de lah murah mana.

Ku tunggu menunggu dan masanya pun tiba, bulan Januari 2017 dengan rasminya trip secara solo ke negara Hikayat 1001 malam ini berjaya terlaksana dengan rasminya.

Ini bendera Iran

Ini peta negara Iran. Barang di ingat, Iran bukan lah Arab. Mereka tak mahu dikenali sebagai orang Arab malah mereka sebenarnya berbangga sebagai keturunan Parsi.

Ini rakyat Parsi. Orang Iran dan mereka mengalu alukan kedatangan anda ke negara mereka.

01. VISA & INSURANCE

Kini melawat Iran lebih mudah dengan adanya penerbangan secara terus Air Asia X dari KLIA 2 ke Imam Khomeni International Airport (IKA) di Tehran.

Flight AAX sampai lewat malam jadi option yang ada hanyalah naik teksi dari airport ke tempat penginapan. Nak tidur kat airport? Boleh cuba !

Terima kasih Air Asia X

Dan benda kedua yang perlu difikirkan selepas membeli tiket kapal terbang ke Tehran ialah... Visa? 

Perlu ke ada Visa untuk melawat Iran ni?

* tala hailer kesegenap masyarakat yang ada

Jawapannya : Nationals of the following countries do not require a visa to enter Iran: Lebanon, Turkey, Malaysia, UAE, Oman, Russia, Armenia, Georgia, Azerbaijan, Venezuela, Tansania, Nicaragua, Bolivia, Ecuador. 

Nampak tak Malaysia tidak di kenakan Visa untuk memasuki Iran dengan syarat tinggal di negara itu tidak melebihi 30 hari. Kalau 30 hari atau lebih, baru lah kena Visa ! Ada faham adiek manis?

Jadi, kalau nak ke sana kurang dari 30 hari tu, bila kat immigration kalau dia suruh buat Visa, korang cepat cepat marah dia orang balik ! Untung kita warga Malaysia tak perlu bayar untuk Visa.

Selain daripada Visa, sebelum ni insurance juga perlu ada untuk memasuki negara Iran dan atas sebab kebanyakkan travel insurance dari negara luar tidak recognize Iran sebagai negara under coverage, jadi kena lah beli insurance lain sebaiknya dari syarikat Iran sendiri. Tapi. Rasanya insurance ni dah tak menjadi kewajipan dah, boleh je masuk tanpa insurance tapi bagi aku lah, better bayar sikit than feel sorry atas apa apa yang mungkin terjadi. Bukan nak kata Iran tak selamat, tapi tak salah untuk sediakan long john ketika snow nak tiba !

So cemana nak buat Insurance ni?

Turun flight dan sebelum immigration, ikut pandu arah Visa ni. Ada kaunter insurance. Buat insurance je tak perlu buat Visa ! Harga insurance adalah USD 16 sahaja.

Nanti resit insurance tu simpan baik baik. 

Nampak tak dia cover dental tu? Kalau korang tetiba gigi jem kat Iran cemana? Haaaa tapi ada ke datang Iran semata mata nak buat scaling? Apa apa je lah dia orang ni.

Dan Alhamdulillah sepanjang aku kat sana tak de benda benda buruk berlaku.

02. ACCOMMODATION & TRANSPORTATION

Sepanjang aku di bumi Iran aku memang main redah je bab bab penginapan ni. Aku cuma tempat malam pertama sampai di Tehran je. Lain lain lepas tu aku walk in je sebab aku tak de itinerary khusus dan aku pun tak plan awalnya berapa lama nak stay kat satu stau tempat ni dan mana satu destinasi yang aku nak pegi. Sampai sana baru aku decide.

Sebab di Iran kita tak boleh pakai credit card asing, maka urusan booking membooking ni agak leceh sikit. Boleh sebenarnya tapi kena email email dan kena communicate siap siap dengan hotel yang ada di tempat mana yang nak kita pegi. 

Harga hotel di Iran agak mahal. Hostel pun buleh tahan lah mahal. Kalau Single/Private room range hostel dalam USD 20 - USD 45 per night. Kalau dorm buleh dapat USD 10 - USD 15. Tapi kalau walk in sebenarnya lagi better sebab kita boleh bargain harga bilik ni. 

Contohnya harga single private USD 35 dan korang sampai dah malam kat situ. So nego lah, nak tidur je esok pagi pagi dan nak check out dan gerak ke tempat lain. Pepandai la buat muka sedih dan biasanya dia orang akan bagi diskaun tolak USD 5 - USD 10 jugak. So harga bilik memang tak fixed unless memang dah booking in advance. Tapi kaedah ni sesuai untuk travel solo atau berdua sebab risiko jugak kalau ramai dan main gamble jer.

Hotel paling best aku stayed. Ehsan House, Kashan. Selesa, cantik dan murah. USD 20 for private (aku bargain)

Courtyard yang biasanya ada di setiap hotel atau hostel di Iran

Kau mampu berak secara bersimpuh? Aku terpaksa buat sebab aku rasa design failure toilet ni. Dah terlebih sopan pulak aku time memerut. Tapi muka tak sopan la sebab sehabis ikhtiar meneran kasi laluan lancar.

Dan biasanya accomodation di Iran ni siap sekali dengan breakfast. Jangan tak makan !

Untuk transport pulak, mostly aku travel by bus dari satu bandar ke bandar yang lain. Bus ada bus VIP dan bus biasa. Ambik la yang VIP selesa sikit. Bas memang selesa dan harga tiket pun tak de lah mahal mana. Tapi ada catchnya !...

Bus VIP intercity. Kalau naik overnight bus Tehran ke Shiran, boleh save duit hotel. Tidur je dalam bas !

Selain tu, kalau di Tehran naik je Metro. 

Metro lebih murah dan senang. Cuma time time peak hour memang ramai orang gak lah.

Di bandar bandar lain kalau nak bergerak yang tak jauh mana biasanya boleh naik teksi. Harga teksi pun tak de lah mahal mana tapi di sana tak de meter so agree upfront harga sebelum korang rasa tertipu.

Teksi kuning

Macam aku tulis tadi, tiket bas pun macam harga bilik, Tak fixed. 

Ni bukan nak ajar mana yang terbaik, cuma nak suruh korang berhati hati. Jualan tiket bas ni biasanya ada komisyen nya. Kalau beli dengan hotel pun sama, dia orang makan komisyen. Paling baik beli kat kaunter bas sendiri ! Dan kat station bas pun ada ulat ulat, macam biasa beli dengan ulat ni pun ada komisyennya jugak tapi lebih murah sebab dia akan hantar kita terus ke drebar bas !

So perihal tiket ni sila ambil maklum. Tapi biasalah mahal kat sana sikit, murah kat sini sikit. Dah nama pun travel kan?

Nak murah korang naik unta ! Tapi unta ni pun kena bayar kot..... kacak semacam je. Muka pun ada tanda tanda riak.

03. CURRENCY

OK. Ini sangat penting dan perlu di beri perhatian lebih. Ambik segenggam kismis dan telan sekarang supaya korang jadi cerdik secara tiba tiba dan boleh menaakul perihal currency Iran ni dengan jayanya.

Matawang Iran adalah Iranian Rial ( IRR) dan duit Riyal ni adalah currency yang banyak ribu ribu seperti 500 sampai lah ke 100,000. Tapi harga jual beli biasanya di quote dalam currency Toman. So jangan sampai terconfuse dia cakap Toman kau ingat Riyal pastu kena bayar mahal !

Matawang Iranian Rial ( IRR)

Toman ni sebenarnya untuk simplify jumlah 000 yang banyak tadi tu. So kalau 10 rial = 1 Toman.

Awal awal kalau korang tetiba rasa mereng nak kira duit Riyal Toman ni semua, dont worry. Aku pun mengelami masalah yang sama. Senang citer bagi je duit suruh orang kirakan ! Tapi slow slow nanti boleh pick up dan terror main duit. 

ATM machine tak terima kad asing so bawak cash cukup cukup. 

Euro dan USD memang dan pegged dengan IRR. 1 Euro = 40,000 riyal. 1 USD = 30,000.

Tempat terbaik nak tukar IRR adalah kat airport. Ada satu exchange kat level perlepasan ( atas ). So kalau sampai je pegi ke sana tukar duit dulu.

Tapi kalau tak dan tak apa. Kat bandar bandar macam Tehran, Shiraz ni semua ada exchange jugak tapi ramai jugak orang orang biasa yang akan jadi pengurup wang. Sebab nilai pegged so harga dia sama je.

04. WHEN TO GO

Macam tak relevent pulak soalan ni. Bila nak pegi? Jawapannya bila dapat tiket harga murah lah !

Tapi ni more kepada cuaca lah sebab Iran ni sebenarnya ada musim sejuk. Dan jangan tak percaya snow turun setiap tahun di bahagian atas dan beberapa bandar lain. Dan cuaca agak sejuk kalau time winter di belah belah Tehran sana. So sediakan pakaian yang mencukupi dan sesuai. Aku pun masa kat Tehran hari tu cuaca below 5. Hari hari pakai baju berlapis lapis tapi turun bawah kat Shiraz tu OK sikit lah kepanasannya.

Tapi kalau ke Iran tak kira lah winter ker, summer ke... kalau tak kisah dengan cuaca, suasana dan pemandangannya tetap tak kurang cantik landscapenya.

Kawasan gurun dan rumput hijau

Bukit dan gunung ganang


Sunset hari hari yang boleh tahan lawa kelihatan

Dan jangan kau ingat cuaca di gurun ni panas lit lit. Sejuk ketor gegey okeh !

Dan snow capped mountain

05. MY ITINERARY

Sebab entry ni panjang, aku share itinerary aku selama 9 hari 8 malam esok.

Itinerary di Iran ni bagi aku tengok apa yang kita punya interest. Bagi aku Iran ni banyak sightseeing, architecture and historical places, visiting shrines and tombs atau ada juga yang nak try nomads visit, cultural exchange. So terpulang lah kepada individu dan depends jugak berapa lama masa yang ada.

Tapi secara ringkasnya, selama di Iran, aku sempat terjah ke Tehran, Shiraz, Yazd, Isfahan, Kashan, Maranjab Desert, Abyaneh dan Qom.

Layan gambar sikit.

Golestan Palace, Tehran

Persepolis, Shiraz

Yazd

Kharanaq

Isfahan

Kashan

Maranjab Desert

Abyaneh Village

Qom  

Tempat tempat yang aku pegi ni semua kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan tourist yang melawat Iran. Tapi kalau ada yang sampai pegi ke Mashad tu macam datang dengan misi lain jer.

Apa apa pun, rancang dan ketahui apa yang anda inginkan. Nanti tak de la menyesal sebab tak smpat nak gi sana sini.

06. FOOD

Memang menjadi kebiasaan kalau travel ke mana mana destinasi kena lah cuba makanan di sana. Iran istimewa sebab sebagai negara Islam kita tak perlu risau nak makan apa jua makanan yang ada. Aku tak de lah gila gila nak cari makanan dan try semua. Apa yang ada aku belasah je. Tak de pun tak per.

Ini typical sarapan pagi yang terpaksa di hadap hari hari. Flat bread, telur, timun makan dengan cheese. Lama lama sedap juga sebab dah hari hari hadap makanan macam ni.

Ada yang mewah siap lauk pauk sikit

Di Iran, buah memang banyak di jual especially buah Delima ni.

Try teh dia. Sedap juga kalau sejuk sejuk

Aku tak ingat nama benda alah ni. Dia keluarga sayur macam lobak putih di rebus dan di makan panas panas. Kalau cuaca sejuk boleh je lah belasah

Boleh juga try manisan. Tapi aku try tak jumpa yang kena dengan selera. Either manis gegila atau tak sedap langsung. Hiks

07. WHAT TO BUY

Nak beli jugak kat Iran? Hmmm bukan tak de apa, berlambak kalau nak cari tapi aku tak leh nak fikir benda yang specific yang boleh di bawa balik selain dari cenderamata.

Apa apa pun baik di Tehran, Shiraz, Isfahan mahupun Kashan.. setiap bandar ada bazaar tersendiri so kalau nak membeli belah, Boleh la tuju ke bazaar bazaar ni.

Grand Bazaar Tehran

Kawasan dalam yang luas dan menyesatkan

Vakil Bazaar di Shiraz

Karpet dan hasil tangan

Pakaian

Kashan Bazaar

Jual rempah ratus

Kekacang. Tapi macam mahal jugak sebenarnya

Fridge Magnet? Ada... tapi mahal gila. Seketul dekat RM 15. Ni kat Persepolis. Aku pun tak beli.

Dan barangan kraftangan yang banyak di jual di Isfahan

 08. BUDGET & EXPENSES

Part yang di nanti nanti. Pasal bajet. Aku memang tak set berapa bajet aku, tapi semasa kat sana aku tukar duit ikut keperluan. So adalah 2 kali tukar duit USD dan Euro. 

Harga tiket flight = RM 705 + Quiet Zone. Luggage tak ambik. Meals pun tak ambik. Meals free dalam flight AAX bersempena dengan Iranian Hospitality.

Ground expensesn keseluruhannya aku tukar :

Insurance USD 16 = RM 70.78
Tukar di airport USD 100 & Euro 100 = RM 443.15 + 473.93
Tukar di Shiraz  Euro 100 = RM 473.93
Tukar di Qom Euro 50 =  RM 237

Jumlah tukar : RM 1,698.79

So jumlah keseluruhan ( flight dengan ground ) = RM 2,403

Kira duit yang aku tukar ni semua abis di belanjakan. Cuma tinggal IRR 20,000 jer buat simpanan. Semua tu cukup makan, tour, transport dan apa saja sepanjang aku di sana. Tapi aku memang tak de shopping apa apa.

Secsara overall, travelling in Iran boleh lah tahan murahnya tapi ada jugak yang mahal dan merapek macam entrance fees yang serabai tu semua. Tapi secara total, travelling di Iran is still afforable.

Salah satu penjimatan adalah cari partner kalau nak gi tour nak sewa teksi ke apa, so boleh share cost.

09. MY VERDICT

Verdict aku pasal Iran !

01. Kalau yang minat senibina dan seni halus, pasti menyukai Iran sebab banyak tapak tapak warisan sejarah lama dengan ukiran marble yang sangat halus dan cantik rupanya. Juga bangunan bangunan lama yang masih terpelihara walaupun sudah berzaman lamanya.

Tahukan betapa hebatnya Taj Mahal di mata dunia? Tapi tahukah korang siapa yang menjadi cerdik pandai, tukang seni halus dan perekanya? Pakar pakar ukiran tu semua didatangkan dari Parsi uintuk mengukir Taj Mahal hingga menjadi sehebat itu.

Arkitektur dan seni binaan

02. Tahap kebersihan dia agak OK. Tehran dan Shiraz agak busy dan tercemar sikit sebab banyak orang dan kenderaan. Isfahan dan Kashan lebih relaks. Dua dua ni adalah favourite cities aku di Iran.

03. Keselamatan ketika mengembara di Iran bagi aku adalah selamat tahap 9/10. Baik solo lelaki atau wanita rasanya tak de masalah. Dan aku jumpa sorang budak pompuan Melayu travel solo kat Iran ni. Jiwa kental abis. Dan soal keselamatan di Iran ni fikir macam ni lah..... 

ATM machine kat tepi tepi jalan jer. Tak de pun kes orang tarik ATM machine atau mencuri.

Kalau nak kira mencari peluang, dah dah tentu pelancong yang masuk ke Iran bawak banyak duit sebab tak leh pakai credit card. Tapi jarang dengar kisah pelancong kena ragut atau di rompak. Iran mengamalkan Hukum Hudud tapi tiada hukuman di jalankan sebab tak de pesalah dan tiada orang yang berani melanggar undang undang. 

Apa apa pun, di mana saja kita berada, kena selalu berhati hati !

04. Orang Iran sangat friendly. Aku pernah duduk makan di restoran dan ada budak budak muda Iranian ni bayarkan makanan aku even though dia orang tak reti nak cakao English ! Aku terharu nyaris tak menangis keluar airmata duyung. Iranian sangat helpful dan jujur. Maybe tak semua tapi sepanjang aku berada di sana... rata ratanya dia orang tak de lah nak ambik kesempatan sesuka hati jer.

Dan dia orang suka bergambar. Baik ambik gambar dengan kita atau kita nak ambik gambar mereka, tak de masalah. Yang penting bagi signal dan mintak izin.

05. Perokok perokok tegar. Kalau tak cukup rokok beli je rokok di sana. Harga rokok sangat murah. Sekotak cuma USD 1. je. Tapi bersedialah hisap rokok jenama bukan bukan.

Tapi at least ada harapan nak berasap kalau kehabisan stok

06. Sunni vs Syiah ?

Prinsip aku senang je. Kau masuk tempat orang dan kau hormat apa jua kepercayaan dan pegangan mereka. Jangan tunjuk lagak. Jangan tunjuk terror. Even kalau tak berkenan pun, kita masih perlu ada sikap hormat menghormati.

Jangan sempitkan minda kalau pergi Iran nanti jadi Syiah bla bla bla....  Masing masing dah cukup besar untuk buat penialan. Kalau di tanya jawab dengan elok. Kalau kita mengaku Sunni pun dia orang tak kisah pun. 

Kalau boleh elak berbual topik topik yang boleh mencetuskan rasa tidak senang. Kita datang dengan cara baik so bertertib lah dan berbaik baik di tempat orang.

Batu karbala yang digunakan oleh pengikut Syiah sewaktu sujud.

07. Setiap bandar bandar yang di lawati akan ada banyak tempat tarikan pelancongan. Dan kebanyakkan tempat yang menjadi tumpuan mereka adalah seperti kubur kubur, tempat keramat dan macam macam lagi lah yang mungkin pelik bagi kita. Pepandai lah memilih tempat untuk di lawati.

Hafez Tomb di Shiraz. Kubur yang dan menjadi macam taman hiburan sebab orang Iran ni suka berkunjung kunjung ke tempat tempat macam ni.

08. Lagi pasal tarikan di Iran.Setiap tempat tarikan tu kebanyakkannya ada entrance fees. Dan bagi aku entrance fees untuk warga asing range dalam 150,000 rial ke 250,000 rial adalah tak masuk akal.

Kalau masuk kubur pun kena 200,000 rial (RM 27) banyangkan kalau ada 5 tourist spots kat situ. Semua nak kena bayar. Part ni memang aku tak leh terima. Memula macam nak masuk semua gak, tapi bila dah masuk ada tempat tempat tu macam tak berbaloi jer.

Contoh macam di Golestan Palace, Tehran. Dalam satu compound ada 5 museum dan setiap muzium tu ada entrance fees yang berbeza. Memang boleh jatuh miskin jadinya.

Moralnya, pilih dan study dulu tempat mana nak pegi melawat.

09. Orang Iran ni sangat taksub dengan kubur kerabat Imam Imam mereka dan di bangunkan menjadi tempat keramat dan mereka datang beramai ramai untuk berdoa.

Tapi yang lebih mengagumkan adalah binaan shrine shrine ini yang memang aku rasa impressed gila gila. Kalau masjid tu memang lagi gah dari binaan Masjid Mekah dan Madinah. Padahal dalam tu ada kubur jer pun. 

Tapi tu lah kepercayaan mereka, cuma kalau ada masa boleh pegi satu dua shrine yang ada. Kalau korang impressed dengan Golstan Palace di Tehran dengan ruang berkaca kaca tu, wait untill korang tengok dalam shrine shrine mereka ni.

Usha ni.

Dengan details dalaman penuh kaca kaca.

Ruang yang luas dan bangunan yang besar di dirikan

Dengan details dan interiror yang memang gempak gila tak leh nak lawan

Binaan binaan yang cukup imrpessive dan memukau pandangan

Dan di dalam setiap bangunan yang besar ini akan ada satu dua kubur kerabat imam imam  yang dijadikan keramat dan tempat memohon doa.

Memang cukup pelik kenapa bangunan bangunan seperti ini di bina sedemikian rupa. Cukup gah dan mewah. Dan di tempat tempat ini pula keramat dan puji puja dan tempat memohon doa.

Alangkah baiknya kalau masing masing tau, keramat yang paling utuh adalah dari doa dan redha ibu masing masing.



Hai manusia, hormati ibumu
Yang melahirkan dan membesarkanmu

Darah dagingmu dari air susunya
Jiwa ragamu dari kasih-sayangnya
Dialah manusia satu-satunya
Yang menyayangimu tanpa ada batasnya

Doa ibumu dikabulkan Tuhan
Dan kutukannya jadi kenyataan
Ridla Ilahi karena ridlanya
Murka Ilahi karena murkanya

Bila kau sayang pada kekasih
Lebih sayanglah pada ibumu
Bila kau patuh pada rajamu
Lebih patuhlah pada ibumu

Bukannya gunung tempat kau meminta
Bukan lautan tempat kau memuja

Bukan pula dukun tempat kau menghiba
Bukan kuburan tempat memohon doa
Tiada keramat yang ampuh di dunia
Selain dari doa ibumu jua

Tapi tak pe lah. Apa apa pun kita hormati pegangan mereka walaupun jauh di sudut hati kita rasa sangat ketara perbezaannya dengan apa yang kita rasa.

Iran welcomes you.............

10. So pendapat aku, kalau sesiapa terffikir nak ke Iran. Jangan fikir fikir panjang. Grab the ticket and explore. You might like it even more dan apa yang dalam pemikiran korang sebelum pergi ke sana akan jadi berbeza. ( in a positive way of course )

Just go and explore. Iran juga tempat yang cantik untuk yang gemarkan photography.

Rasanya dah banyak tips aku share kat atas tu. Dah cukup la kot. Buka lah hati dan minda. Bersedia untuk melihat satu perbezaan yang mungkin luarbiasa, tapi at the end, korang akan jadi lebih terbuka dan menerima semua itu seadanya.


Iranian welcomes you.....


Go and experience the Iranian hospitality


Have fun and enjoice Iran !

bersambung part 2.........

54 comments :

  1. Replies
    1. tak la. kalau beli kat kedai tepi jalan murah je. kalau gi restoran mahal.. mahal la jugak

      Delete
    2. Saya buat pengiraan semasa di Tehran 3 hari 2 malam budget tak sampai RM500. Ok kan murah sangat sebab saya jalan merata sampai naik cable car ke Tochal stesen 7. Nanti baru nak buat blog, lani xdan lagi. Blog saya myfoodathome.blogspot

      Delete
  2. ya abam...entry ini menggegar jiwa ana!!...saya selalu assume negara2 diorang ni mahal gila2, agak affordable rupanya kalau dapat tiket murah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... agak OK Iran ni... tak de la mahal mana walaupun urusan ada dalam USD

      Delete
  3. tak pernah masuk dlm list iran ni.
    tapi lepas baca entry kau, aduhh mcm teringin pulak

    ReplyDelete
  4. eh murah pulak 2k++ je...sangat menarik Iran ni..

    ReplyDelete
  5. Tertanya-yanye pula aku, kat Mashad itu ada apa yang menarik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mashad tu adalah tempat paling suci bagi orang iran ( syiah ). umpamanya dia orang ni kalau pegi mashad tu kira macam pegi haji !!

      Delete
  6. Pernah bos tnya...nk travel mana lg nnt... so jawab la nk p BOSNIA....
    trus x bg p... konon nnt kena bom la... perang la sana...
    heyy.... biaq la haih.... hahaha....
    bangunan2 tu cantik sungguh....
    tak zabar tggu entry iran ni...

    ReplyDelete
  7. wow...menarik...thank for the info

    ReplyDelete
  8. boleh tak nak feeling2 yang Abg Meng jumpa budak perempuan Melayu travel solo tu, saya??;) hahaha!!

    ReplyDelete
  9. Abg Meng betui ka selamat kalau travel solo... Adui teringin nak pergi tengok senibina dia cantik. kalau nak jadikan iran sebagai transit utk ke europe pun okey kan?

    Tapi itulah kecik kecik ni takut diculik orang pulak. Huuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah selamat. x de org nak kacau lah... ok je gi iran ni.

      yes... kalau dari iran buleh masuk ke turkey dan ke europe...

      Delete
  10. Meng;

    Waaahhh meriah gitu !!!

    Betul tuh Meng about Iran ... memang unik dan menarik !!!!

    Tentang mati / kubur tuh, memang benar ... ianya adalah satu satu even atau perkara yang besar bagi mereka !!!

    Memang seronok ke sana !

    Nak pergi lagi ke sana !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. org yang pernah gi iran je setuju tentang keunikan iran ni. memang kena pegi sana dan lihat sendiri.. kan kan kan

      Delete
  11. Saja gatal, kalau x sabar baca yang Supermeng punya, boleh baca catatan saya je Iran di https://kembaragd.blogspot.my/2017/01/pra-kembara-tehran-isfahan-iran-05.html. Hehehe, sudi-sudikan. Cuma xde segrand Supermeng...

    ReplyDelete
  12. Bijop mu Meng. Aku naik Mahan Air, transit jer di Tehrangg. 2018 buleh kot guna kitab mu jadi panduang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoh... tahun 2018 buleh ah mung gi pulop. gi lama skit buleh sekaliguh ke Georgia dan Armenia

      Delete
    2. Molek gok. Mek aku gletik oh nok gi... thanks brader!

      Delete
    3. Beh ah mek mung nok gi gok....

      nanti kalu jadi update aku pulop..

      Delete
  13. .
    Communication pakai tangan bahasa isyarat atau dia org boleh faham Inggeris?
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly dia orang faham english... nak cakap balik maybe sometimes ada bahasa tangan but very minimal

      Delete
  14. Thanks abg for the tips and tricks. Nak pergi end of this year inshaAllah. Loveee the walls perfect place to ootd ahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wooweii.. baru balik perth kan? isk.. penuh setiap bulan trip eh..

      tak pe tak pe.. selagi sihat ni.. jalan saja la deh.

      nanti gi OOTD kat Iran sampai lebam.

      Delete
  15. kau ni kan..
    kalau bab menghasut memang terrer bang!!

    ambik tak satu batu karbala tu buat sebenier?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh cepat book tiket Dr !!

      Tak ambik la.. takut ada benda ikut..hahaha

      Delete
  16. saya suka bandar Yazd....mcm menarik jerr...tak sibuk sgt

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Meng!! Dah lama x melontarkan komen; kekonon perasan busy. Thanks for ur Iran entries. Dalam kalut nak atur itinerary, ini antara penyelamat.

    ReplyDelete
  18. Salam. Sy nk tanya kalau sy dari turki nk transit dekat tehran dn transit waktu sy dlm 20 jam. Jd sy perlu keluar dr airport tehran dn cari hotel terdekat. Kalau mcm ni sy perlu ambil visa on arrival kan? Visa on arrival tu kena bayar tak? Kalau ikut post awak, mcm x kena byr. Tapi sy baca kt tripadvisor kata kena bayar. Mcmana tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian tak memerlukan visa untuk ke Iran.. So tak perlu bayar dan tak perlu apply VOA. Turun flight terus ke immigration utk chop passport mcm biasa..

      Delete
  19. Thank you untuk ulasan trip Iran ni..Insyaallah, saya dan family akan ke Iran early March 2018..Memang plan nak ke sana sebab ini masanya nak lawat tempat sejarah Islam..Doakan kami ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah semuanya OK.... hati hati and have fun !

      Delete
  20. salam Supermeng Malaya..saya selalu refer blog awak sebelum pergi travel..tapi bab iran ni..mcm nak tanya banyak2 lagi contoh nya hostel mana awak duduk...maklumlah bila search dlm google mak aih semua mahal2 sbb USD rate...
    kita org nak pergi iran April 2018 dan semua pempuan...so maybe akan tanya byk lagi kat awak..awak travel dr airport to hostel kat tehran naik apa..sbb kemain lagi dlm web hostel2 tu dah remind psl scam pastu dia offer USD20 for airport pick up perhead...RM80 kau x 4 dah RM320...lebur duit mak nakkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      1. hotel tu boleh check entry.. ada dah di tulis dlm entry
      2. memang di iran dia orang pakai riyal atau USD.. kalau riyal pun harga dia sama je just tukar currency saja.
      3. Boleh tanya je.. no problemo
      4. transport dari airport ke hotel pun dah tulis dlm entry. naik teksi yang di booked siap siap dgn hostel. USD20 tu rasanya satu kereta kot.... kalau ramai try nego lah.. tong tong.. USD30 utk 4 org pun masih berbaloi.

      all the best

      Delete
  21. artikel yg bagus betul.
    banyak info...
    tku very much

    ReplyDelete
  22. Hi,nak tanya pasal insuran tu. kaunter utk visa tu sebelum sampai immigration ye? die x sama ngan immigration counter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak... kaunter visa dgn insurance tu dulu sebelum immigration

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...