Friday, February 17, 2017

Jom Riadah : Denai Alam Recreational and Riding Club (DARC), Denai Alam

Riki riki acara santai petang petang.

Tak tau nak buat apa. Baca baca sikit dan akhirnya membawa kami sekeluarga ke sini.

Welcome to DARC

Apa itu DARC?

Denai Alam Recreational and Riding Club.

Tempat apa ni?

Horses, ponies and more await at Denai Alam Recreational and Riding Club (DARC). A sanctuary for the mind, body and soul, DARC is so much more than just a recreational and riding club. We are the perfect place for families and friends to get together on the weekends, away from the busy city life.

DARC offers parents and children the opportunity to discover and enjoy recreational riding activities. Think of us as the ‘kindergarten’ for horse riding where they can get up-close-and-personal to these friendly creatures. For many of the children, DARC is probably the first place where they get to be near horses and ponies, learn how to handle them and eventually, be good amateur riders.

“DARC is the ‘kiddie’ for horse riding. It’s the place where children as well as their parents can develop basic riding skills that prepare them when they go for more advanced classes at established riding schools.” Terry Teo, Founder of DARC

As a non-profit organization, we welcome your contribution! To donate, volunteer or help us in our fundraising activities, please click the buttons below for more info.

So ayuh la kita gi usha sambil tengok tengok kuda !

Terletak di Denai Alam area Guthrie Expressway dekat Bukit Subang. Cari je pakai Waze !

Kami sampai hari pun dah petang. Park kereta dan terus ke bangunan utama

DARC

Arah panduan. Boleh tuju terus mana yang nak dicuba

Ada banyak aktiviti sebenarnya di sini. Sesuai untuk anak anak dan juga family. 

Antara aktiviti lain yang ada di sini termasuk lah, archery, pools dan fencing. Tapi yang paling utama adalah horse riding lessons bagi yang berminat. Boleh belajar menunggang kuda, bersihkan kandang kuda, berjinak jinak dengan kuda dan macam macam lagi.

Rate activities. Sorry blurred pulak gambar ni

Horse Riding Package

RM210 for 6 sessions for weekday
RM240 for 6 sessions for weekend

Untuk details dan sebarang promosi boleh rujuk website atau hubungi mereka.

Ni yang dah pro bawak kuda

Dah boleh tunggang dengan bergaya

Ni yang baru baru nak mencuba

Ni mungkin yang nak bermanja manja dengan si kuda. No?

Kalau tak jadi ahli pun boleh je nak tunggang kuda dan feel feel macam pro walaupun dia sebenarnya bawak pusing pusing track tu jer.

Ada joyride untuk kanak kanak dan dewasa. Harga sekali naik RM 10 seorang. Dia bawak 2 pusingan.

Hati hati !

Padang tempat belajar naik kuda

Dan trek bawak kuda pusing pusing

Ni tempat joyride untuk yang nak feel feel naik kuda tanpa perlu menjadi ahli

Tunggu di sini. Ada 2 jenis kuda.

Kuda yang besar sesuai untuk penunggang yang besar jugak

Dan pony

Sesuai untuk budak budak kecik

Anak aku dua dua try. Dan mereka seronok. Cuma mamat yang tarik kuda bawak pusing tu maybe dah kepenatan seharian tarik orang, muka pun letih semacam je. Langsung tak de nak tolong pakaikan helmet dan bawak turun naik budak budak.

So parents kena bantu sendiri.

Satu lagi, joyride ni abis awal dalam 6.30 petang walaupun tempat ni bukak sampai malam. So make sure ada cukup masa untuk cuba.

Selain tu jugak, boleh jugak melawat kandang kuda. Boleh beli makanan kuda dan bagi mereka makan ! Boleh pegang pegang dan bergambar kalau rasa teringin !

Tempat kuda

Stable kuda

Ada banyak kuda 

Lawa lawa dan jinak juga. Boleh di belai belai mesra

Selain tu, tempat ni jugak boleh jadi tempat educate untuk lebih mengenali species kuda ni.

Contohnya....

Dan cara mengenali emosi kuda

Tempat yang menarik untuk lebih mengenali species kuda.

Cuma kuda kepang. Kuda laut. Pil kuda tak de di sini. Taik kuda banyak !

AWAS ! Taik kuda merata rata ! Boleh buat baja organik.

Selain tu ada chalet untuk istirehat. Tapi kena bayar lah ni kot

Juga padang archery bagi yang nak memanah

Salah satu tempat lain yang ada di sini adalah taman arnab. 

Boleh bermain dengan arnab arnab yang ada di sini sambil bagi mereka makan. Ada karrot di jual dengan harga RM 5 satu pakej. Entrance masuk RM 5 setiap seorang.

Rabbit farm. Ada banyak jugak arnab berkeliaran

Anak anak aku excited bukan main !

Hero cakap. Dia suka arnab. Dia pernah pegang arnab !

Princess pulak cakap. Dia pun suka arnab. Arnab comel. Arnab baik !

Tu sebelum masuk ! Time nak pujuk aku bawak ke rabbit farm tu.

Dah masuk. Bawak carrot sebeka sorang, Tiba tiba arnab arnab menyerang !!!

Lapar agaknya tak de orang datang melawat petang petang gini

So arnab arnab ni terlebih hyper. Nampak makanan terus dia terpa

Tak sampai 5 minit. Sorang dah meraung ketakutan ! Sorang lagi dah jogging keliling di kejar oleh arnab !

Princess sampai trauma ketakutan di serbu arnab. Siap rapping mintak tolong di selamatkan.

Hero aku pulak, dah la badan besar, dia lari, arnab kejar last last dia terpijak arnab !!

Aiyo. Nasib tak mati. Kalau tak aku kena ganti.

Tak sampai 10 minit pun dia orang kat dalam. Last last dua dua kecik kecik kepala lari ketakutan ! Baru arnab tu, belum pegi kem motivasi orang baling ular. Tapi kalau baling ular, aku pun lari. Silap silap, aku belasah facilitator kurang ajar buat module ntah hapa hapa macam tu.

Jadi, lawatan ke rabbit farm cuma bertahan tak sampai 10 minit ! 

Mamat jaga tu siap pulangkan balik RM 10 sebab dia kata sekejap sangat. Tak tau yang anak aku dah trauma di kejar arnab arnab ni.

Hari dah petang. Ayuh la pulang !

Riadah petang yang sekejap tapi menyeronokkan. Cuma tak sempat nak try banyak aktiviti dan anak anak aku yang trauma lepas tu langsung tak bercerita pasal arnab dah.

"Adik suka arnab tak?"
"Tak suka lah. Arnab tu garang macam harimau"

Hahahaha.  Alasan.

Anyway, kalau nak buat aktiviti riadah keluarga, boleh datang berkunjung ke sini.

Denai Alam Recreation and Riding Club (DARC)
No 1, Jalan Elektron U16/100
Seksyen 16, Denai Alam
40160 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: +6010 240 2606
Email: info@darchorse.com.my
GPS Code: 3.153028,101.520538

Operation Hours
Tuesday – Sunday: 8am - 11pm
Monday closed

Website : DARC Horse
FB : DARC Malaysia

6 comments :

  1. Replies
    1. kuda belang. kuda laut dan kuda kepang tiada di sini.

      harap maklum..

      kacang kuda mungkin ada di jual.

      Delete
  2. Meng;

    Kita ingat orang main kuda nih orang have have jer ... sebab kita membesar dekat dengan padang polo ! (Kampung Pandan) ...

    Petang petang kalau main main kat tepi padang selalu nampak org tunggang kuda ... mereka nih golongan bangsawan jer ....

    Hehhehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu mungkin org have have je... skrg dah mampu cuba kot...

      Delete
  3. Tergelak baca pengalaman budak2 dengan arnab. Kesian. Kena bawak semula time arnab tak lapr lah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...