Tuesday, February 14, 2017

IRAN 2017 - Budget & Itinerary - Part 2

Itinerary trip Iran aku selama 9 hari 8 malam.

Memula aku ingat trip aku ni 5 hari je. Kurang ambik tau, bila nak pergi tu baru sedar selama tu. Jadi masa yang ada aku cover je mana yang sempat. So kalau sesapa nak refer boleh refer tapi kalau boleh jangan lah follow sebijik bijik sebab itinerary aku bukan lah yang terbaik.

So, ayuh kita mulakan !!!


Mulakan entry bukan mula menari............ Ke tepi kau sana. Jangan enter frame

DAY 01 : KLIA 2 to IKA TEHRAN

Flight : Depart 07.05 PM. Arrive 10:40 PM ( 8 hrs)
Insurance : USD 16 + USD 1 kena paw.
Taxi IKA to Hostel : USD 20
Overnight at Denj Hostel, Tehran (USD 30 - Private room)

Imam Khomeini Airport (IKA)

DAY 02 : TEHRAN to SHIRAZ

08 AM : Tehran ( Azadi Tower, Grand Bazaar Tehran, Golestan Palace, Imam Khomaini Square )
07 PM :  Tehran to Shiraz by VIP bus (USD 17 - 13 Hours)

Taxi from Hotel to Bus Station ( 200,000 Riyal/per trip)
Overnight bus.

Azadi Tower (FOC)

 Grand Bazaar, Tehran

Golestan Palace (150,000 riyal garden + 150,000 riyal main hall)

Tehran

DAY 03 : SHIRAZ  

08 AM : Arrived in Shiraz
10 AM : Nasir al-Mulk Mosque
11 AM : Trip to Pasargad - Persepolis - Necropolis by taxi ( USD 38 per trip)
07 PM :  Hafez Tomb

Taxi from Bus Station to Hostel (120,000 riyal)
Overnight Golshan Hostel  ( Private USD 30 )

Nasir al-Mulk Mosque (200,000 riyal)

Pasargad (150,000 riyal)

Takht-e-Jamshid (Persepolis) (200,000 riyal)

Naqsh-e Rustam (Necropolis) - FOC from outside

Hafez Tomb (200,000 riyal)

DAY 04 : SHIRAZ  To YAZD

08 AM :  Vakil Mosque - Vakil Bazaar - Arg of Karim Khan - Shah Cheragh
03 PM :   VIP bus to Yazd (USD 9) - 6 hrs

Taxi from hostel to Shiraz bus station (100,000 riyal)
Taxi from Yazd bus station to hostel near Jame Mosque (200,000 riyal)
Overnight Ali Baba Traditional Hotel, Yazd (USD 25 private )

Vakil Mosque (150,000 riyal)

Vakil Bazaar

 Arg of Karim Khan 

 Shah Cheragh (FOC)

Inside Shah Cheragh Shrine

Masjid-e Jame, Yazd

DAY 05 : YAZD to ISFAHAN

08 AM :  Day trip tour to Kharanaq - Chak Chak - Meybod (IRR 500 K bought at tour kiosk - silk road hostel)
05 PM :   VIP bus from Yazd to Isfahan (IRR 200 K) - 5 hrs

Taxi Hostel to Yazd bus station (100,000 riyal)
Taxi Isfahan Bus Station to hostel (80,000 riyal)
Overnight Amir Kabir Hotel, Isfahan (USD 20 private )

Yazd

Kharanaq

Chak Chak

Narin Castle, Meybod

Clock Tower, Yazd

Amir Chakhmakh Complex, Yazd

DAY 06 : ISFAHAN to KASHAN

09 AM : Hakim Mosque - Chehel Sotoun- Naqsh-e Jahan Square - Ālī Qāpū (The Royal Palace) - Sheikh Lotf Allah Mosque - Imam Mosque - Pol-e Khaju (Khaju Bridge) - Si-o-Seh Pol (The Bridge of 33 Arches)   
05 PM :   VIP bus to Kashan (IRR 130 K) - 3 hrs

Bus no 91 from city to Isfahan bus station (10,000 riyal)
Taxi from Kashan Bus Station to hostel (70,000 riyal)
Overnight Ehsan House, Kashan (USD 20 private )

Hakim Mosque 

Chehel Sotoun - FOC from outside

Naqsh-e Jahan Square - FOC

Ālī Qāpū (The Royal Palace) - 200,000 riyal

Sheikh Lotf Allah Mosque - 200,000 riyal

 Imam Mosque ( Inside ) - 200,000 riyal

Pol-e Khaju (Khaju Bridge) - FOC

Si-o-Seh Pol (The Bridge of 33 Arches)

Isfahan

DAY 07 : KASHAN to MARANJAB DESERT

09 AM : Kashan Bazaar - Agha Bozorg Mosque - Sultan Amir Bath - Tabatabaie Residence
01 PM : Underground city of Nushabad - Aran va Bidgol - Maranjab Desert

Overnight Maranjab Desert ( Tour USD 35 )

 
Kashan

Kashan Bazaar - 100,000 riyal to roof top

Agha Bozorg Mosque - FOC

Sultan Amir Bath - 200,000 riyal

Tabatabaie Residence - 200,000 riyal

Underground city of Nushabad  - 200,000 riyal

Aran va Bidgol  - FOC

Maranjab Desert

Maranjab Desert

DAY 08 : MARANJAB DESERT to ABYANEH VILLAGE to QOM to IKA

09 AM : Maranjab to Abyaneh
04 PM  : Abyaneh to Qom
07 PM : Qom to IKA

To IKA - USD 15 per pax.

Maranjab Desert

Salt Lake Maranjab Desert

Abyaneh Village - 50,000 riyal

Abyaneh

Abyaneh

 
Shrine of Fatima-al-Massumeh, Qom - FOC

Shrine of Fatima-al-Massumeh, Qom - FOC

Shrine of Fatima-al-Massumeh, Qom

Shrine of Fatima-al-Massumeh, Qom - FOC

Qom Bazaar

DAY 09 : IKA to KLIA 2

Depart : 12:20 AM
Arrived : 12:50 PM

IKA

KLIA 2

Semoga dapat memberi gambaran dan manfaat bagi yang bercadang untuk ke Iran.

TIPS AND RECOMMENDATIONS

Last sekali tips tambahan dan recommendations dalam menyiapkan itinerary ke Iran ni.

01 - Kalau tanya berapa lama sepatutnya di perlukan untuk spend di Iran ni. Jawapan aku depend. Tapi 1 week just nice boleh cover banyak tempat dah. Study serba sedikit mana tempat yang nak di lawati mengikut minat masing masing dan rancang perjalanan anda. Shiraz, Isfahan dan Kashan ( Abyaneh ) adalah must visit. Kalau ada masa boleh masukkan Yazd, kalau tak boleh je skip. Kalau nak sand dunes, Varzaneh bagi aku much better dan Maranjab. Kalau nak main snow, di Tehran boleh ke area Tochal.

02 - Di Iran, Couchsurfing adalah sangat trend dan boleh di cuba. Iranians ni memang suka bawak tetamu balik rumah dan layan sebaiknya. Cuma bagi aku yang lebih gemarkan privacy dan malas nak menyusahkan orang, aku pilih duduk hostel je dan aku biasa cari single room untuk keselesaan diri.

03 - Download offline Maps MAPS.ME. Jangan download apps je, download map tempat tempat yang nak pegi sekali. Apps ni memang banyak membantu.

04 -  Sebab banyak tempat tempat ni ada entrance fees, so pilih yang menarik menarik je. Jangan lupa shrine lawat Shrine di Shiraz dan juga Qom. FOC je dan kalau Muslims boleh masuk sampai dalam. You will be amazed with the interior.

05 -  Transportation di Iran macam bus ni tak de lah on time sangat so sila spare masa tambahan dalam jadual masing masing. Tiket bas pun biasanya aku beli sendiri dan walk in jer. Tapi kena tahu jugak bas dari syarikat mana dan tujuan destinasi yang hendak di tuju kelak.

06 - Untuk urusan urusan perbelanjaan. lebih senang kalau perbanyakkan note USD yang kecil macam USD 10 atau USD 20. Hostel hostel ni walaupun dia letak harga dalam USD, so dia tak expect kita bayar in USD 50 atau note USD 100 sebab dia orang biasanya tak de note dollar nak bagi balance.

07 -  Sebaiknya malam malam tak payah la berkeliaran sangat. Bukan sebab bahaya kena rompak tapi bahaya sebab gelap. Jalan di Iran kadang kadang banyak lorong dan tak even. Sedar sedar kang terpelecok kaki. Bak kata orang Hitaly... Sugung bahang tanoh !

08 - Bersedialah untuk menghadapi sweet sweet moment dengan layanan Iranian Hospitality. Sikit sebanyak mesti akan experience dan terasa. Orang Iranians ni sangat mengalu alukan kedatangan pelancong dan adalah perkara biasa kalau dia orang ajak bergambar atau mereka merenung tajam usha kita atas bawah. Sebenarnya dia orang nak beramah tamah tapi maybe halangan bahasa menyukarkan mereka nak berkomunikasi. Tapi kalau nak mintak tolong, they are more than willing to help.

09 -  Kalau cari toilet, atau nak tanya orang di Iran kat mana tandas. Sebut je 'W' ? Tak payah tanya toilet ke, bathroom ke, gent ke. Ramai tak tau, tapi W, dia orang semua tahu. Dan sampai sudah aku tak tau kenapa toilet tu di panggil 'W' ! Aku tanya orang Iran pun dia orang tak pasti W tu apa benda. Washroom maybe.

10 - Akhir sekali........................

Baca yang bawah tu.... Gi tempat orang jangan meninggi diri.. jangan buat onar dan hormati sesama manusia.

Maka dengan itu, wa nak bagitau, pegi Tehran orang dah tak heran. Tapi wa memang puas hati sebab wa-dah-sampai-sini, Iran pastinya melekat di hati.

Lu orang bila lagi?



Arina maza tara
Hakaza wakaza
Mafi ayadeena

Kemana saja, wassini
Tak kira masa, wassini
Apa pun jua, wassini
Segalanya, wassini

Tak kira siapa, wassini
Tiada sepertinya, wassini
Apa padanya, wassomo
Segalanya, wassini

Intizar ya leil...
Imtihan ya lein....
Intizar ya leil...
Imtihan ya leil...

Lihat dirimu dalam kesamaran cuba berlari
tanpa ada pengertian...tanpa ada pengertian

10 comments :

  1. Chak chak? Bunyi cam klakar tp view nmpk cun

    ReplyDelete
    Replies
    1. chak chak tu maksud dia titis titis air..... haaa lagi kelakar kan?

      Delete
  2. Replies
    1. lama jugak tapi just nice. buleh cover semua tempat

      Delete
  3. Xpe kan kalau saya kongsikan pengalaman saya ke Iran gak Meng? Di https://kembaragd.blogspot.my/2017/01/hari-1-tehran-isfahan-iran-05-hingga-09.html... Takut mereka tertunggu2... Huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Satu lagi nak kongsi, lebih baik tukar je duit Rial Iran banyak2, pasal sebenarnya bayar hotel ke bas ke ape ke, walaupun terima USD, tapi rugi, lebih baik bayar pakai Rial/Toman, untung sikit.
    Ingat, local akan quote harga ikut Toman, tapi duitnya Rial, contoh kalau local kata 100 ribu, maknanya 100 ribu toman, dan kita bayar 1 juta rial begitu.
    Lebih baik confirm kan sama ada harga dalam rial atau toman, takut harga sebenarnya 10 ribu rial tapi diberi 100 ribu rial (10 ribu toman), tapi orang iran baik, jarang yang tipu menipu. Ulat tiket pun agak baik sebenarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey. tq for sharing. moga jadi reference utk yang lain yang nak ke sana nanti.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...