Wednesday, February 15, 2017

Jom Bergumbira : Berjaya Times Square Theme Park - Part 1

Even dah berkurun lama aku duduk KL ni tapi antara tempat yang aku tak pernah pegi adalah .......

Berjaya Times Square Theme Park !

Dum Dum Cheng.....................

* lion dance sambil tunjuk skill melompat atas tong sampah

Terletak di Berjaya Times Square Mall, KL.

Berjaya Times Square Mall tu pernah la pegi. Hotel dia pun aku pernah duduk cuma tak pernah berkesempatan untuk terjah atau pegi libur libur di taman tema yang mendapat pengiktirafan the largest indoor theme park di Malaysia.

Tapi orang kata, rezeki tu datang juga.

Satu hari last year, aku rasa free sikit dan rasa nak bawak budak budak keluar berjalan, maka datang idea nak terjah tempat ni.

So since aku memang suka datang idea spontaneous dan kalut kalut tu la aku check online dan tengok kalau beli tiket online dapat diskaun 15%.

OK. Kira jadi ! So misi sekian lama akhirnya BERJAYA terlaksana di Berjaya Times Square.

Dah beli dan dah bayar online apa semua baru la aku realized yang date aku klik tu adalah hari esok nya !

Sudah !!!!!!.................

* tikam diri sendiri dengan pensel kaler tanda penyesalan.

Cemana aku buleh tersilap lak?

So lepas tu gigih la aku cuba call helpdesk dia nak tukar tarikh. Dah called berkali kali tak angkat angkat pulak !! Isk. Stress aku jadi nya.

Last sekali dah banyak kali mencuba, website lah, phone lah, usha facebook dia lah then akhirnya aku try hantar message kat FB dia then baru la ada orang jawab.

Cakap banyak tak guna. Ini lah conversation aku dengan executive dia.

Hi Supermeng. May I help you?
Great i have been calling the number but nobody pick up the phone. I bought tickets online today but the date shows for tommorrow. Can i change and go there today?

Aku bagi semua details booking dan tax invoice yang aku dah bayar.

Sorry about this. The online purchase tickets is only valid one day after the purchased date. Which is mean tomorrow you only can use it.
Is there any way i can change the date?
That's is why the website not allow customers to select today date. You bought it today?
Yeah this morning
You want to change the date to?
Today !
Sorry, the ticket is only valid one day after the purchase date.
I see. Then that's ok.
Thank you for your understanding. Have a nice day ☺
Can you please understand me too?
I am sorry. Thank you ☺

Chat Conversation End

Cheh ! Pose pose lesu di situ pastu macam tak membantu jer.

So apa lagi. Tarik selimut dan sambung tidur.

"Anak anak ku. Sorry. Papa kebangangan hari ni, Tarikh dah silap. So esok je kita pegi"

Masing masing tarik muncung kekecewaan ! Apa nak buat? Taik kambing bulat bulat !

So abis drama tu kat situ, esoknya kami berangkat ke KL menuju ke Berjaya Times Square tu. Kalau tak pegi kang rugi. Duit dah bayar !

Berjaya Times Square Mall

Parking di mall. Jenuh jugak nak cari parking.

Mall. Lama jugak rasanya tak datang sini

Pusing pusing keliling then naik ke tingkat 5 bangunan Mall akhirnya membawa kami ke Taman Tema terbesar yang berkeluasan lebih daripada 133,000 sq feet ni.

Nampak kaunter tiket dan aku nak pegi beratur.

Waktu operasi dan tiket masuk. Sebab aku beli online so murah sikit.

Masa beratur nak ambik tiket tu, tetiba ada pak guard tahan. Then aku bagitau dia aku dah beli online.

"Encik ada print?"
"Tak de"

Apa zaman nak main print print lagi? Sekarang ni dah paperless !

"Tak boleh. Encik kena print. Encik turun kat tingkat B1. Ada kedai buku, boleh print kat situ"

Ah sudah ! Drama lagi !!

Aku cakap aku ada scrin capture kat phone tapi dia tetap kata nak kena print. Akhirnya aku mengalah. Turun tingkat bawah dan cari kedai buku. Tak jumpa. Berpusing pusing dan tanya tanya orang akhirnya orang cakap kedai buku dah lama tutup !

Argh.............. Mau meloncat aku time tu. Buang masa je.

Last sekali aku naik atas semula then aku tak beratur terus je pegi kat kaunter tiket tu. Malas aku layan pak guard bangang tu. Aku bagitau kat kakak kaunter tu, dia ambik phone aku dan tengok details pembelian. Dan dan tu dia kasik aku tiket !

"Hey Pak Guard ! Kau dah kenapa? Pegi kawad turun naik tangga dari tingkat 5 sampai ke lobby. Buat 20 round !!!!!"

* macam tu aku nak denda dia.

Nasib aku tak kasik flying kick sama dia. Tapi aku sabar dan beriman time tu so aku urut dada dan ramas ramas tetek sendiri. Tak berahi !

Anak anak aku dah tak sabar sabar. So apa tunggu lagi, ayuh kita masuk ke dalam taman tema ni !

Masuk kat belah entrance dan usha usha kawasan

Rupanya tempat ni ada 2 kawasan. Belah bawah untuk dewasa dan belah atas untuk kanak kanak.

Naik tangga dan tuju ke tingkat atas terus ke bahagian budak budak yang belum baligh bermain.

Anak aku si Princess nampak macam macam permainan kat atas tu terus hilang arah. Tak tau nak tuju ke mana dulu.

Aku biarkan je dia merayap sendiri dan aku pose pose carik tempat duduk dan lepak lepak jer.

Biar lah dia berseronok. Hero ada tukang teman.

Sambil tu usha usha dulu kawasan di Fantasy Garden ni.





So antara tarikan permainan di bahagian budak budak ni termasuk lah.

01 - Botanic Drive - 

Safari jeep bawak pusing pusing dalam Fantasy Garden ni.

02 - Buddy Go Round. 

Naik benda alah ni pusing pusing keliling.

Sebab tak de orang so dia orang boleh stay je duduk dalam ni dan naik berulang ulang kali sampai pening.

03 - Crazy Bus. Bus yang gila ke drebar dia yang gila?

Bas bawak penumpang pusing ke atas ke bawah.

04. Funtasy Trail

Pun keretapi bawak pusing pusing keliling. Yang ni aku dipaksa naik.

Siap masuk terowong nampak ikan lah, spider la tengkorak lah. Budak budak seram abis la konon ni. Aku? * yawn................. !

Terkedek kedek buat aku mengantuk semacam jer

05 Flying Bumble Bee

Princess suka hati lah dan dia naik berkali kali !

06. Honey Bump. Main langgar langgar tapi Hero tak boleh naik sebab dia dah terlebih besar. Bosan pulak anak aku sorang tu jadi nya.

07. Pastu ada Kid;s Theatre

Kami masuk jugak la usha dalam. Ada tayangan kartun tapi tak menarik langsung !

08. Ada playgorund untuk kanak kanak. Mak bapak tak leh masuk so melangut la kami tunggu kat luar. Princess seronok main sorang sorang kat dalam.

Overall bagi aku area ni memang membosankan !

Memang la sebab cater untuk budak budak bawah 7 tahun je. Tapi aku memang tak de plan nak main pun. Just bagi budak budak enjoy je. Tapi Hero tak berapa enjoy jugak sebab dia dah besar dan benda benda kat sini macam dah tak thrill bagi dia.

Muka bosan je.

Nak tak nak aku bawak dia gi main kat tempat yang dia boleh main.

Ni yang dia nak naik sangat

Bukan pandai pun. Pusing stereng pun asyik ke dinding jer

Sudahnya kena sodok dengan orang lain

Biarlah dia janji dia seronok.

Yang bagusnya bila orang tak ramai dia orang boleh main berulang ulang kali. Tak perlu beratur lama pun.

Dari level Fantasy Garden tu boleh naik lagi ke tingkat 8. Ada games dan rides tapi untuk dewasa. Susah kalau aku naik, dia orang nak ikut. Sudahnya tak naik pun.

Layan skit lagi suasana kat belah Fantasy Garden ni.



Amboi bibir mulut uols !!

Center of attraction di Fantasy Garden

Biasa lah kat atas ni ada jugak tempat tempat nak tikam tikam ni. Cepat cepat aku alihkan perhatian budak budak. Nasib baik berjaya.

So overall bagi aku part Fantasy Garden ni memang biasa biasa je. Untuk aku memang nothing lah. Untuk kanak kanak macam Hero pun dia rasa tak thrill. Untuk Princess je OK. Tapi aku rasa semua permainan kat sini macam kat playground biasa jer. Tak de yang boleh nak kata best.

"Best tak Dik?"
"Best...................bla bla bla "

Kalau tanya Princess dia akan jawab panjang lebar. Mana dia suka. Apa benda dia buat etc. Layankan je lah.

Demi nak puaskan anak bujang aku pulak, terpaksa lepas Princess dah main kat belah atas ni kami turun semula di bahagian bawah untuk game game yang baya dan sesuai untuk kanak kanak yang bakal baligh !

Cerita pasal baligh, aku usha usha tanya Hero.

"Abang dah mimpi belum?"
"Mimpi apa?"
"Mimpi seronok seronok?"
"Ada.. hari tu"

Dup dap dup dap aku lak yang cuak. Apakah bakal dapat menantu tak lama lagi?

"Abang mimpi seronok macam mana?"
"Papa bawak abang pegi ToyRus"

Cheh ! Macam tu rupanya seronok dia. Lambat lagi la dapat menantu gamaknya.................

bersambung...............

8 comments :

  1. Wah kenangan ni. Aku pergi dulu ms dia mula2 bukak belasan tahun lampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh muda muda dah sampai.... aku ni dah tua baru buleh jejak ke sini

      Delete
  2. kahkahkah...taik kambing bulat bulat membuatkan aku teringat makjun arwah mak aku makan dulu..sebijik mcm taik kambing..sejak dari tu, aku haramkan diriku dari makan makjun...

    Nape masa aku kecik xde ini semua...paling bodoh pun funfair...duit abis la pulak dok main tikam tikam yang satu pun tak mengena...hangin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan la makjun tu utk kelangsingan tubuh dan keserian wajah. hahahahah

      dulu zaman tu funfair tu lah paling best... gi tikam balik bawak air kotak banyak gila.... hadiah dia tak abis abis air kotak jer

      Delete
  3. aku jadi menantu kau ye pak... - dialog ahmad nisfu
    penang dulu2 x dak la mcm ni...lani la bru nk byk fun fun nih..
    kita tggu pesta penang ja la...
    tapi dh duduk kg kan... aktiviti byk...msa tak disia2kan...gituu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh penang tu nampak mcm dah menarik skrg ni. banyak tempat lawa lawa.. terasa nak gi penang lak dah

      Delete
    2. haah betul... byk tempt best2....
      nanti p try nasi kandaq rafee dengan deen maju.... deen jelutong (so so ja rsa dia)

      Delete
    3. hameediah pun tak dpt dpt lagi.... tapi tak pe. dah ada buka di kl tu.

      plan ada je nak pegi tapi masa kureng menyebelahi...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...