Saturday, March 31, 2018

FRAGRANCES for MENG - 01 | 2018

Ini entry ada macam riak riak sikit. 

Kenapa riak? Sebab hari tu baru je keluar list perfume tahun 2017 di sini, Tak abis tahun lagi tetiba muncul lagi menyembur berwangi wangi.

Bau wangi keluar sekali lagi.................

Stock tahun lepas masih ada berbaki lagi

Actually hari tu aku terbeli perfumes perfumes ni sebab tetiba masa tu haloba melanda jiwa. Beli sekali gus nanti senang tak payah dah mencari. 

List perfumes ni semuanya aku dah pernah pakai, so saja beli sebab kadang kadang aku rindu bau bauannya... 

Beli dulu, pakai bila perfume sedia ada habis nanti..............kalau bosan aku lanting kat adik/abang ipar aku je.

Dan sebab nanti botol botol ni akan hilang merata rata, aku share siap siap supaya tak perlu nak cari cari dah hujung tahun nanti.

Maafin... entry ini tidak seharusnya muncul lagi !

01. Silver Black by AZZARO

Silver Black by Azzaro, This fantastic cologne was created by loris azzaro . This amazing scent includes a mixture of bergamot, green apple, lime, coriander, juniper, caraway, wild flowers, vetiver, patchouli, cedar, cypress, and musk.


Azzaro adalah salah satu brand perfumes yang aku suka. Dan aku banyak dah try ahli keluarga nya macam Chrome, Legend etc... Pernah gak pakai Silver Black ni dulu... tetiba rasa rindu. Aci pakai time malam. Baunya mendamaikan..........

02. Hugo by HUGO BOSS

Hugo Cologne by Hugo Boss, Launched by the design house of hugo boss in 1995, hugo is classified as a refreshing, spicy, lavender, amber fragrance . This masculine scent possesses a blend of woods, fresh citrus and spicy leaves. It is recommended for daytime wear.


Hugo Boss juga adalah antara favorite perfume brand yang aku suka. Ini adalah Hugo pertama yang aku pernah pakai dan memang jatuh cinta kali pertama. Masa tu belajar lagi. Rasa best je gi kelas berwangi wangi. Dan sampai sekarang Hugo ni antara all time favorite aku. Tak pakai pun tak pe janji dapat bau....

03. Desire Red Extreme by DUNHILL

Desire Red Extreme Cologne by Alfred Dunhill, This fragrance was released in 2017 . An aromatic leathery cologne for men. It is full of flavor and personality. The rich smooth texture of this blend is amazing. Enjoy the warmth this fragrance has to offer you as it is relaxing and inviting. The top notes are blood orange, bergamot and saffron. The heart notes are clary sage and cypress. The finishing notes are vetiver, patchouli, leather and amber.


Dalam sejarah hidup aku Dunhill perfume adalah perfume pertama yang aku beli dan pakai. Gigih kumpul duit, pastu tersilap beli yang stock orang tua. Maka kekal la bau Pakcik Pakcik mengekori ke mana saja. Nak beli lain dah tak mampu. Then aku pakai Dunhill Red, dan terus memakainya. Memang antara perfume yang aku paling suka. Tapi kali ni keluar version baru, Dunhill Red Extreme ni, saja nak cuba tapi aku rasa macam kurang suka dari yang original Dunhill Desire.

04. Kenneth Cole Reaction by KENNETH COLE

Kenneth Cole Reaction Cologne by Kenneth Cole, Reaction for men by kenneth cole was introduced in 2004 as a masculine aroma . This manly scent is sharp and refined. This scent possesses a blend of musk, sandalwood, patchouli, green apple and watermelon. Reaction for men is recommended for daytime wear.


Dulu aku tak minat sangat Kenneth Cole ni sebab aku ingat dia Pak Itam ! Tak sekufu lah nak pakai perfume dari puak sana as aku adalah putih melepak tahap salju ! ??????? Tapi aku pernah tersilap beli perfume Kenneth Cole Signature dan aku tersuka. Ni saja nak try, tak pakai lagi tak tau la sedap atau pun bau ntah hapa hapa.

Wish me luck !

05. Calvin Klein Man by CALVIN KLEIN

Calvin Klein Man Cologne by Calvin Klein, Calvin klein man launched in 2007 . This is a fresh spicy fragrance that will surely make any man feel irrsistable.with top notes such as rosemary,mandarin,bergamot and violet leaf. Middle notes of nutmeg, bay,spearmint, incense. Base notes features cypress, guaiac,sandalwood and amberwood. Great for day or night wear.


CK pulak adalah brand perfume yang aku tak minat nak pakai. Dulu rasa macam common gila sapa pakai CK ni macam bau standard semua orang. Tapi aku pernah pakai CK Eternity dan yang ni aku rasa bau dia memang best. Memang CK bukan brand pilihan, tapi ada sekali aku dapat hadiah CK Man ni. Orang kasik aku cuba cuba pakai, rasa best lak. Bila abis tu rasa rindu lak bau dia. So welcome back CK Man to my closet..... Aummmm ! Teringat kat tukang bagi dulu ni...

06. L'eau D'issey by ISSEY MIYAKE

L'eau D'issey (issey Miyake) Cologne by Issey Miyake, Launched by the design house of issey miyake in 1994, l'eau d'issey is classified as a refined, aquatic fragrance . This masculine scent possesses a blend of citrus and spice combined with lower notes of musk, amber and woods. It is recommended for evening wear.


Sapa pernah pakai perfume ni pasti setuju dengan aku yang ini antara perfume terbest baunya. Fresh dan lasting. Issey Miyaki memang sedap dari dulu hinggalah kini......

Kadang kadang bau best sangat, rasa sayang nak pakai.

07. Nautica Voyage by NAUTICA

Nautica Voyage Cologne by Nautica, the scent opens with cool green leaf and fresh cut apple . The heart blends drenched mimosa, water lotus, and deep aquatic elements with the ‘sailcloth accord’. The woody drydown is a mix of moss, cedarwood, musk, and amber.


Okey. Tak pernah pakai dan saja beli nak try. Feedback macam best, nanti aku cuba lah ... Expected untuk di pakai bulan October nanti.... Hahahaa.

08. Montblanc Legend by MONT BLANC

Montblanc Legend Cologne by Mont Blanc, The montblanc legend is a striking fragrance introduced by mont blanc in april 2011 . This fragrance raises a toast to those limited editioned strikingly different but very real and passionate men. Olivier pescheux has crafted this fresh fougere creation and stunningly infused notes that evoke strength and tenderness, tradition and modernity. The bottle opens with a dash of fresh aromatic tones of bergamot, lavender, pineapple leaf and exotic verbena (litsea cubeba). It epitomizes how it very well balances geranium, coumarin, apple, rose, and pomarosa molecule (notes of dried fruit). The base contains sandalwood, tonka and evernyl. The bottle is designed luxuriously and eau de toilette also.


Aku pernah pakai Mont Blanc Starwalker dan aku suka ! Kali ni nak try Legend ni pulak sebab orang kata wangi....  Nak try gak la bau legend ni cemana. Beli satu set sebab murah, kalau tak kena aku sedekah je lah kat sesapa nanti.

09. Lagerfeld by KARL LAGERFELD

Lagerfeld Cologne by Karl Lagerfeld, Launched by the design house of karl lagerfeld in 1978, lagerfeld is classified as a refined, oriental, woody fragrance . This masculine scent possesses a blend of warm spices and tobacco. It is recommended for evening wear.


Huh ! Brand apa ni? Aku pun tak pernah tau. Beli sebab nak cuba... wish me luck ! Tapi macam stock tua tua jer bau dia.

10. Sauvage by CHRISTIAN DIOR

Sauvage Cologne by Christian Dior, Unleash your inner savage and be the alpha of the pack with sauvage by dior . This remix of the 1996 eau sauvage is a modern take of the original’s fresh, ferocious fragrance. Inspired by the fierce plains and wild open spaces of feral lands, sauvage would unleash your unruly side with its primal and breezy scent. Advertised by premier hollywood actor johnny depp, sauvage is an untamed scent with top notes of pepper and calabrian bergamot. Its heart contains an alchemy of accords with geranium, lavender, sichuan pepper, elemi, pink pepper, vetiver, and patchouli.


Tak sanggup nak tunggu, pakai terus. Hahaha. Dior memang favourite dan few perfumes Dior yang memang aku dah suka. Time travel, selalu gak cret cret perfume ni kat Duty Free kaunter. Sedap bau dia. Tapi harga macam mahal sikit. Baru baru ni bos aku pegi UK, sibuk dia nak tanya aku nak kirim apa, aku bantai mintak Dior Sauvage ni, rupanya dia belikan juga ! Ahaks......

Apa lagi, kira ni signature bau aku sampai lah abis sebotol perfume ni. Bau best ! Lasting dan kira paling terbaru masuk dalam list perfume kegemaran aku. Boleh jadi signature scent ni.

Perfumes kat atas tu semua stock murah murah je kecuali Dior. So kalau nak bagi hadiah kat pakwe ke kira buleh lah sempena apa apa acara pun. Nak pakai sendiri pun aci. Tapi kalau ada duit lebih, invest kat Dior tu.. bau dia memang power.......

Friday, March 30, 2018

BULGARIA | 03 SOFIA : Tersasar Di Sofia

Hari dah makin petang tapi sebab summer malam tu macam lewat sikit menjelma. Tapi petang petang pun panas dia boleh tahan berpeluh ketiak !

Monument to the Tsar Liberator

Monumen berkuda tu letaknya di tengah persimpangan. Ada casino dan hotel Radisson di kawasan tu.

Apa ada dengan statue berkuda tu?


The Monument to the Tsar Liberator (Bulgarian: Паметник на Цар Освободител, Pametnik na Tsar Osvoboditel) is an equestrian monument in the centre of Sofia, the capital of Bulgaria. It was erected in honour of Russian Emperor Alexander II who liberated Bulgaria from Ottoman rule during the Russo-Turkish War of 1877-78.

The Neoclassical memorial's author is Italian sculptor Arnoldo Zocchi, who won the project in competition with 31 other artists from 12 countries (and with a total of 90 artists from 15 countries being interested) in the end of the 19th century. Bulgarian architect Nikola Lazarov participated in the monument's architectural design. The foundation stone was laid on 23 April 1901, St George's Day, in the presence of Knyaz Ferdinand I of Bulgaria, and the monument was completed on 15 September 1903.


Statue kuda lambang kebebasan

Dan berdepan dengan statue pahlawan berkuda tu lah, berdiri megah.... 

Alexander Nevsky Cathedral

Jadi apa lagi...

Baris ! 
Baris kita akan bergerak ke gereja. 
Bergerakkkkkkkkkkkk kita !

Kalau mak aku dengar ayat tu sure dia tambat aku kat pokok dan hurung dengan kerengga !

No. Bukan nak gi gereja untuk beribadat ke apa. Kita nak melawat kawasan. Sebab tempat ni memang jadi tarikan utama dan destinasi highlight bagi sesiapa yang datang melawat ke Sofia ni.

Berdekatan dengan bangunan Library of Bulgarian Academy of Sciences

One of the largest orthodox churches worldwide.

The gold-domed Alexander Nevsky Cathedral was built in the early 20th century in memory of the 200,000 Russian, Ukrainian, Belorussian and Bulgarian soldiers, who died in the Russo-Turkish War, 1877–1878. It is one of the largest Eastern Orthodox cathedrals in the world. The cathedral’s gold-plated dome is 45 m high, with the bell tower reaching 50.52 m.

The St. Alexander Nevsky Cathedral (Bulgarian: Храм-паметник „Свети Александър Невски“, Hram-pametnik „Sveti Aleksandar Nevski“) is a Bulgarian Orthodox cathedral in Sofia, the capital of Bulgaria. Built in Neo-Byzantine style, it serves as the cathedral church of the Patriarch of Bulgaria and is one of the largest Eastern Orthodox cathedrals in the world, as well as one of Sofia’s symbols and primary tourist attractions.The St. Alexander Nevsky Cathedral in Sofia occupies an area of 3,170 square metres (34,100 sq ft) and can hold 10,000 people inside. It is the second biggest cathedral located on the Balkan Peninsula after the Cathedral of Saint Sava in Belgrade.

Alexander_Nevsky_Cathedral,_Sofia

Senibina Othordox

Memang masa aku sampai sini tempat ni dah tutup. Orang pun tak der. Jadi boleh layan view dari luar je lah. 

Front facade

Main dome

Entrance

Relic dan ukiran di bahagian luar gereja

Mosaics decorations

Main facade

Side facade

Bayang......

The church by dawn

Di kawasan sekitar Alexander Nevsky Cathedral turut ada beberapa senibina dan monumen penting juga.

Monument of unknown soldier

Bangunan art gallery

Library of Bulgarian Academy of Sciences

National Assembly of the Republic of Bulgaria

Abis pusing pusing kawasan tu aku beredar. 

Tak jauh dari situ terletaknya Sofia University "St. Kliment Ohridski" the oldest higher education institution in Bulgaria.

Founded on 1 October 1888, the edifice of the university was constructed between 1924 and 1934 with the financial support of the brothers Evlogi Georgiev and Hristo Georgiev (whose sculptures are now featured on its façade) and has an area of 18,624 m² and a total of 324 premises. The university has 16 faculties and three departments, where over 21,000 students receive their education. The current rector is Anastas Gerdzhikov.

It has been consistently ranked as the top university in Bulgaria according to national and international rankings—it is constantly among the best four percent of world universities according to QS World University Rankings.


Sebab masa macam masih ada sementara nak tunggu bas aku ke Skopje tengah malam nanti, makanya aku jalan je kat Sofia ni ikut kaki. Ikut suka suka hati. Hajat hati macam nak patah balik ke Vitosha Boulevard tu sebab nak beli FM. Memang kat situ lah paling murah yang aku jumpa.

Monument of the Soviet Army

Statue dan monumen lain

Knyazheska Garden

Keep on walking !

Eagle Bridge - Built in 1891, this bridge crossing the Perlovska River features 4 bronze eagle sculptures.

Statue dalam garden

Pastu ntah ke mana mana aku berjalan. Rasa macam menyesal jugak ikutkan hati dan perasaan. Kalau aku patah balik semula tadi tak de lah sejauh ni. Sekarang ni kepenatan mula terasa. Kaki dah sakit. Kasut baru tetiba rasa macam tak berdaya saing. Makan kaki !

Cis... Terus rindu kan kasih sayang Jeep. Apa khabar Jeep di Athens tu. Mungkin kah sudah bertemu tuan yang baru?

National Stadium "Vasil Levski"

Jalan punya jalan punya jalan yang aku rasa agak jauh

Rasa macam hilang arah tujuan

Dan agak meletihkan

Siap berhenti beli air bagi hilangkan dahaga dan keletihan. Eh tapi beli air yang halal je lah.

Dan akhirnya membawa aku semula ke kawasan National Palace of Culture. Tempat aku memula sampai masa turun dari tram tadi. Hah ! Lega. Kira berjaya jumpa arah tujuan. Nasib baik.

Kawasan Park National Palace of Culture

Ni Berlin Wall yang runtuh dan cebisannya di letakkan di sini.

Temple of Bulgarian Martyrs

Bangunan National Palace of Culture

Kolam pancutan

Suasana waktu petang ramai yang melepak dan beriadah

Lalu kat laluan tepi kawasan taman menuju ke Vitosha Boulevard semula

Lambang McD yang menjadi titik penanda tujuan aku

Dan akhirnya aku berjaya kembali semula ke Vitosha Boulevard

Kali ni waktu dah petang sikit. Nampak lebih ramai orang kalau bandingkan dengan tengahari tadi

Dan banyak jugak aktiviti aktiviti yang ada petang petang hari

Ramai yang berkumpul di kawasan ni

Ada jugak yang mengambil kesempatan menghiburkan rakyat

Ramai jugak yang melepak di cafe cafe terbuka

Gudang gudang membeli belah tetap dibuka untuk pelanggan yang datang ke sini. Dan aku berjaya jugak lah beli FM kat sini yang aku dah aim tadi.

Mc D. Tetiba terasa lapar  !

Ni kat dinding tu ada tulis info.

Dah nampak tram dan laluan trolley so aku  bajet boleh naik kat area ni untuk balik ke Terminal Bus Station nanti.

Tapi lepas tu aku realized yang masa aku datang memula tadi aku tak lalu pun kawasan ni. Dan tram yang aku naik tu berhenti kat station kat tempat lain.

Sudah !

"Hello ! Di manakah aku berada kini? Di manakah?"

Tanya diri sendiri.

So aku main agak agak sendiri dan melilau mencari petunjuk.

Dan jalan sampai ke hotel Sofia Hotel Balkan dah

Casino pulak yang di jumpa

Buntu kejap. Fikir mana patut aku tuju sebenarnya

Nak tanya Sofia ni dia sibuk menari je. Stress pulak aku tengok gaya dia time time aku cemas macam ni.

Lama jugak aku duduk kat area ni dok fikir kat mana laluan dan station yang aku lalu masa datang tadi tu.

Last sekali aku nampak ada trolley lalu dan aku pegi kat station tempat dia berhenti.

Memula aku tanya sorang minah ni cemana nak naik trolley balik ke Bus Station. Dia macam blur. Dia macam nak jawab tapi maybe tak reti nak cakap English.

Pastu ada trolley sampai, so aku tanya mamat drebar tu.

"Are you going back to the bus terminal? Sofia Bus Station?"

Haram aku tak faham dia jawab apa tapi dia suruh aku naik je tram dia tu. So aku pun naik. Masalahnya dia bawak terus je pastu dia macam makin jauh lak laluan dia. Minah yang memula tadi tu pun naik trolley yang sama ni dan dia pun macam musykil.

Last sekali dia ajak aku turun ! Macam dia cakap.

"Jangan kau percaya dakyah dakyah songsang mamat drebar tram ni. Membongak je keje !!"

Macam tu lah agaknya dalam bahasa Bulgaria. Hahaha.

So minah ni turun dan dia ajak aku turun sekali. Maybe dia dah sampai kat station dia memang nak turun kot.

Maybe minah tu sendiri pun tak tau kat mana terminal bus tu so dia tanya pulak minah baju biru ni. Minah baju biru ni cakap trolley tu laluan lain, so sebaiknya aku naik bas je !

Baik hati minah ni jalan bawak aku ke bus stop dan dia tanya pulak pompuan yang duduk tu.

Dan akhirnya mereka berjaya menyelesaikan permasaalahan aku. Dia orang suruh aku naik bas je nombor berapa ntah dan bas tu akan sampai ke terminal bus utama tu. Nasib baik la aku memang ambik day pass untuk transport ni so boleh pakai naik trolley/tram waima bas sekalipun.

Cut story short. akhirnya............................

Aku berjaya kembali ke bus terminal. Sujud syukur ! Terima kasih minah tu yang sedaya upaya membantu aku. Dia lah Sofia Jane Bulgaria yang sebenarnya.......

Suasana depan bus terminal

Malam semua kaunter tiket dah tutup. Ada few kedai masih beroperasi.

Ada warung jual air kat luar terminal masih bukak. Aku lepak beli air dan hisap rokok kat sini sementara tunggu bas bertolak ke Skopje jam 12 tengah malam nanti. Aku memang sengaja ambik yang paling lewat so aku boleh tidur di perjalanan dan sampai di Skopje hari dah siang.

Menunggu bas. Ada pulak mamat mental mana datang paw rokok aku. Banyak kali lak tu. Terpaksa lah abang berbakti di negara orang.

Sampai masanya bas pun tiba. Tapi bukan bas ! Van !! 

Memang ngam ngam untuk penumpang yang seramai belasan orang tu. Tapi nasib baik aku sorang so aku dapat single seat. Kalau yang lain kena berhimpit himpit gak la dalam tu.

Memang agak cramp dengan luggage masing masing nya. Tapi sebab aku sorang cukup selesa, pedulikkan mereka. Sebaik saja van bergerak, aku dah hanyut dilambung mimpi lena dek keletihan seharian merayap di Sofia ni.

Sebelum sampai sempadan Macedonia, van berhenti untuk toilet break.

Dekat sempadan Macedonia kami semua kena turun. Beg beg semua kena bawak turun untuk dia check. 

Lagi haru dengan mata tengah mamai mengantuk, kena keluarkan semua barang dalam beg !  Pastu nak packing balik backpack tu. Isk... Ni semua gara gara kotak jam yang aku beli kat Doha tu. Makan space dan leceh nak unpack and repack.

Dan lagi mengharukan, passport aku kena tahan !

So drebar ni terpaksa park van ni dan kami menunggu untuk tempoh yang agak lama. Aku cuak gak sebab passport aku sorang je kena tahan. Pastu tetiba drebar tu marah aku. Tapi aku tak faham !

Sudah. Kau dah kenapa Pakcik ? Kena sampuk dengan hantu sempadan?

Sebab aku tak faham aku buat bodo je lah. Sampai la akhirnya passport aku dikembalikan. Aku pun tak tau kenapa sebab tak de orang boleh nak explain. Maybe sebab aku sorang je passport benua lain kot so dia orang kena check check sikit. 

Tak pe lah. Janji perjalanan diteruskan selepas tu menuju ke Skopje. Perjalanan sepatutnya makan masa 5-6 jam tapi jam 5 pagi kami selamat tiba di Skopje.

Bus station di Skopje, Macedonia

Duduk dalam terminal, aku cari plug dan charging apa yang patut. Ada yang ambik port sambung tidur.

Aku ngantuk lagi, tapi tak lena nak tidur dah. Harap harap urusan di Skopje hari ni berjalan lancar dan tiket bas untuk ke destinasi seterusnya akan ada.

Tapi aku sendiri pun tak tau mana nak tuju selepas ni. 

Lake Ohrid atau Prizren?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...