Friday, March 9, 2018

Cuti Sekolah Disember 2017 : 02 - IceScape

IOI City Mall is a regional mall located in the south of Klang Valley.

It has a built-up area of 1.5 million sq ft comprising of leading fashion brands, supermarkets, cineplexes, and a wide array of food selection. 

IOI City Mall

Selain menjadi tarikan sebagai pusat beli belah terbesar

Terdapat satu tarikan istimewa di sini yang menjadi tumpuan peminat peminat luncur ais samaada yang memang terror mahupun yang baru baru nak mencuba !

Icescape

Info....

Icescape is the foremost and only Olympic sized Ice Skating Rink in Malaysia. Located in the first floor of IOI City Mall, the rink spans 30m x 60m of ice surface with a breathtaking glass view. From leisure skating to speed skating and Ice Hockey, the largest ice surface in Malaysia holds it all. It is also perfectly envisioned for hosting premier performances and competitions. Along with the skating facilities we also purvey a wide range of lessons from introductory skating for the very beginner to professional standards.

Icescape Ice Rink was officially named the Biggest Ice Rink in Malaysia by the Malaysia Book of Records during an award presentation ceremony on December 1st, 2015. It is the only Olympic size ice-skating rink in the country, with an ice surface measuring up to 30m by 60m (1800m²).

Plan aku ke sini pun sebab dapat tiket free.

2 free admission to IceScape 

Dah orang bagi free, takkan tak nak cuba kan?

Kalau kena bayar fikir gak 2-3 kali

Aku sembang sembang dengan Hero...

"Abang nak main ice skating tak?"
"Boleh ke Papa?"
"Boleh lah"
"Abang nak tapi takut. Papa main jugak ke?"
"Papa tak main lah.... Abang dengan adik cukup lah"

Princess pun excited nak main. Walhal aku bimbang je dia tergelincir ke apa sebab memang dia tak pernah main pun. Hero tu aku macam yakin sikit lah sebab badan dia besar.

So, Waktu kat IOI City Mall tu, kami terus tuju ke bahagian IceScape. Register apa semua and tunjuk tiket yang ada dan semua kelengkapan di beri percuma untuk anak anak aku.

IceScape

Masing masing pilih saiz kasut masing masing

Jeng Jeng Jeng... Excited masing masing tengok orang tengah meluncur ramai ramai kat ice rink dalam tu....

Dah dapat kasut, nak memakai pun satu hal gak. Sebab tak biasa lah tu.

Suasana dalam rink tu dah meriah dengan orang yang kesana kemari

Siap siap dah pakai kasut glove dan sebagainya... Mak bapak lak yang excited terlebih.

Masuk ke ice rink.................

"Abang.... try lah ! Slow slow"

Wah ! Nampak tak, Papa dia yang over excited dan dengan yakin memberi motivasi menaikkan semangat ! Walhal anak aku tu dah chicken out. Sekali melangkah terguling terus. Last sekali berpaut pada dinding tak bergerak gerak.

Princess pun cuba... pun sama. Pelik aku tengok orang lain lak laju laju, skill macam main bomoh jer.

"Come on Bang !"

Hero try tapi memang tak boleh. Dua tiga kali dia try memang tak jalan. Asyik jatuh jer.

Ini tak boleh jadi !!!!

"Cepat Bang. Jangan malukan Papa !!"

Princess pulak mengaruk nak Penguin.

Penguin yang boleh membantu supaya tak jatuh. Khusus untuk budak budak je sebenarnya.

So pegi lah sewa Penguin sekor. Mahal lak tu. RM 30 untuk sejam !

Princess dapat Penguin boleh la bergerak sikit sikit.... tapi ada lak orang lain tumpang berpaut

Hero masih berpaut pada dinding pagar. Keras kejung kat situ.

"Gerak lah Bang !"
"Tak boleh. Abang nak Penguin jugak lah"

Hmmmmm.....

Gigih lak aku gi sewa sekor lagi penguin tu. Dah lah penguin tu asyik abis jer.... Kena tunggu orang return kan dulu baru ada.

Akhirnya dapat lah penguin tu sekor lagi. Hero cuba dan mencuba....

Hampa ! Gagal mempamerkan bakat !

Princess pulak kejap je dah terror. Siap boleh swing skating laju laju lak. Aku yang risau. Tapi dia terlebih seronok.

Hero nyata kecewa. Give up tak nak main dah !

Macam rugi lak ada kelengkapan semua tapi dia tak nak main.

Last sekali..................

* muzik berkumandang................

Mempersilakan juara dua luncur ais 2 kali berturut turut. Pernah bertanding di Sukan Olympic tapi menarik diri di saat saat akhir kerana kecederaan patah kuku...................................

"Bak sini kasut Abang. Biar Papa lak cuba !"

Fuh......  memang macam nak bertarung di medan perang. 

Tetiba nak pakai kasut tak muat !

Eh...... gi tukar kasut. Dapat yang saiz dan fitting. Gaya dah ada ni..................

Ayuh kita ke gelanggang !

Masuk masuk je ke dalam rink tu. Dua kali melangkah dah nak tersembam !

"Eh. ! Eh ! Eh !"

Klepek. Bangun ! Ada hati nak skate terus...  tapi sekali lagi gelincir jatuh ponggong dulu..........

"Aiyak ..... No camera please !!!"

Semangat nak mencuba masih membara ! Selepas gagal beraksi di Sukan Olympic dulu memang dah berazam tak nak lagi sarung kasut skating ni tanda protes pada diri sendiri

Tapi kali ni, setelah sekilan lama, peluang datang semula. Semangat untuk mempamerkan aksi aksi bertaraf dunia untuk menjadi tatapan peluncur peluncur yang ada di gelanggang ini !

Klepek !!!

Bangun lagi.

Klepek !!! ............

Merangkak kau !

Nak cover malu, buat aksi macam budak tu. Main main ais.

Pastu tersedar. Cuba lagi bangun........... melangkah macam pakai terompah. 

Acah acah nak hentak kaki kuat kuat sambil menyanyi riang.

"Let it go !... Let it go !!"

Gedush !!!

Ya Ampun, aku masuk acara apa ni? Kenapa macam pertarungan gusti je ni asyik kena smack down !

Baru nak bangun je, melangkah je sikit terguling ! Hoi dah berapa kali ni???????

"Papa... Papa oke ke tak?"

Macam tu ayat Princess kat aku. Rasa terhina je. Anak aku tu baru je main dah laju ke hulu ke hilir...

"Cepat la Papa ikut adik !"

Berdesup dia hilang !

Sampai hati. 

Aku nak bangun pun tak boleh lagi nak diri tegak tegak. Baru nak melangkah je rasa macam pakai kimono. 

Dan sekali lagi.................. aku buat show free.

Gagal !

* fokus fokus fokus

Dan sebab tak mau di tuduh loser, aku tambah bersemangat untuk mencabar diri sendiri, bersedia dengan aksi yang lebih mencabar kali ni.

Ambik penguin Hero tadi.....

Pegang penguin.
Baru nak berjalan, penguin pegi dulu ke depan... laju pulak binatang ni !

Oi oi oi oi...........

Sekali aku rasa macam aku adalah cleaner tengah vacuum lantai sambil pegang Penguin yang kecik molek tu....!

Kejap rasa macam tengah gerudi tanah pakai mesin pecah batu bata.

Cuba lagi.

Berpaut pada penguin tu aku rasa kalau orang tengok mesti macam aksi gorilla tengah cuba mencabul seekor penguin yang tak berdosa ! Penguin tu tak saiz dengan aku kot.

Sekali aku cuba nak pusing, baru nak menghayunkan langkah, belum boleh nak slide pun.... tetiba dengan penguin penguin bergelimpangan....

Sadaqallahualazim.................. !

"Sudah ! Tidak ! Aku tak sanggup menanggung malu sebegini"

Tak fikir apa dah. Nasib tak tetiba ambik feel dikir barat buat show bagi menghilangkan malu.

Merangkak keluar ice rink... Bukak kasut. Lari pekup muka..................................

"Why ??? Why????"  Tak leh terima kenyataan

Nasib ada port hisap rokok. Hisap rokok 2 batang sambil mengenang nasib diri yang tak begitu athlete.

Lagi dukalara sebab tangan tercedera sebab aku tak pakai glove.

Balik semula ke gelanggang dengan harapan tiada pihak paparazzi cuba cuba nak menemubual !

"Haaa Papa.. tu lah. Abang dah cakap susah ! Papa tak caya"
"Papa ni bekas juara dunia 2 kali tau. Papa tak leh terima ni ! Papa rasa kasut tu tak sesuai dengan Papa !!!"

Hero dengan ibu dia sampai menangis nangis keluar airmata gelakkan aku !

"Papa dah la Papa....  Papa tadik berguling guling semua orang tengok"

Apa jadi selepas tu?

Bersara............ Gantung boot. Penguin yang nyaris di rogol oleh Gorilla tadi tenang berselawat panjang sebab terselamat.

Rugi je lepas tu penguin ni memang tersadai kat situ. Ada pakcik tu, aku offer penguin ni kat anak dia kot anak dia nak guna.

"Tak pe. Dia dah biasa datang sini"

Krik krik krik..................

Adeshhhh..... Kemaluan ku mencanak canak.

Sudahnya ambik port tepi, lepak tunggu Princess yang tak reti nak berhenti.

Dia yang terlebih syok.


Memalukan ! 

Itu lah ungkapan yang boleh aku katakan pada diri sendiri............

* cry !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Memang aku dah tak akan datang ke sini lagi............Dekat pun tak nak dah ! Pegi lah korang cuba pulak !

Icescape Ice Rink Fact-sheet

Admission Fee/Entry*: RM25 (weekdays) and RM30 (weekends, school and public holidays)
Opening Hours: 10am-10pm (Monday-Sunday)
Ice Resurfacing Schedule: 2:30pm, 5:00pm, and 7:30pm
Activities: Ice hockey, short track speed skating, and figure skating
Skating Academy: Available for Beginner Class and Competitive Level

Skating Requirement: Compulsory for skaters to put on socks and gloves while skating at all time
Complimentary Services: Risport Skates shoes (made in Italy)
Accessories for Rent*: Gloves (RM10), Socks (RM6), Lockers (RM2), Penguin Skating Aid (RM30/hour, for those aged 12 and below)

Facilities and Amenities: Washroom, surau, smoking room, 186 lockers, vending machines, skating equipment shop, souvenir and photo shop, coaching services/academy
Capacity: 800 pax

Icescape Ice Rink
Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
+603 8328 8880
FB : IceScape
Insta : Icescape

bersambung..................

20 comments :

  1. Liez pernah main ice skate dkt sunway pyramid tahun 2004 kot... kenangan jatuhdan seluar basah... kena cr seluar baru hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tu.. kena repeat balik semula mana tau dah terror.

      Delete
  2. ya ampun bang meng, saya yang gelak guling2 baca entry ni. kitaorg selalu gak lepak situ tgk orang main ice skating, jangan risau memang ada spesis yang asyik tergolek2 tu hahaha. haritu anak sedara mengaruk nak main, sorang pun taknak teman sebab takut jadi bahan gelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik gelakkan bekas juara dunia 2 kali ni !
      memang sebenarnya org tak heran pun kalau kita jatuh. tapi boleh jadi bahan gak la kalau asyik asyik jatuh...

      Delete
  3. hahahahahaha... wehhh sakit perut aku pagi2 ni baca entry ni. lawak sgt ni meng

    tp ayat pakcik yg dh biasa dtg tu mmg menikam kalbu

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan aku kembali merangkul kejuaraan kelak !
      pakcik tu memang poyo......... !

      Delete
  4. hahahahahahahahaha...sorry Meng, aku dah xleh gelak tutup mulut dah...biar terbelahak kuor gelak..hahahaha..kelakar la ko Meng...ha tu lah...bak kata Hero..ingat senang ke..walau dah 2x juara berturut tetap kecundang...Princess memang terer la Meng...dah xyah penguin dah...cayaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh eh. kau cuba pulak. pegi cuba !

      * baling kasut dengan penguin saiz petit

      Delete
  5. Alamak... gua teringin jugak nak try skating skali kat sini nnt, tapi lepas baca entry Mr.Meng ni, gua pikiaq 3 - 4 kali jugak nak try skating ni... kang cedera menanggung jugak kesengsaraan nak tunggu baik balik (emosi dan fizikal... huhuhuh) :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pakai helmet.. make sure ada visor. jangan sampai musuh berjaya mengesan dengan mudah. hakss

      Delete
  6. laaa... abam meng ke yg asyik dok tergolek aritu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu bukan jatuh tergolek.
      tu namanya skill !!!!

      * lari pekup muka

      Delete
  7. bukan maknya n hero je yg gelak keluar air mata, kami duk baca ni pun ha duk gelak kuar ayaq mata..

    Hahahaa.. lawak aih :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. tapi lepas kes tu tak de org pun ajak repeat kecuali princess..

      buat masa sekarang juara dunia terpaksa gantung boot sekali lagi. tunggu sampai seru yang seterusnya baru nak cuba

      Delete
  8. Hahaha..hadoii meng. Sakit perut gelak baca entry ni..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. so korang kalau nak pegi make sure jangan yakin boleh sangat... kang menjadi bahan je.

      prektis dulu kat umah pakai high heel 7 inchi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...