Hari dah makin petang tapi sebab summer malam tu macam lewat sikit menjelma. Tapi petang petang pun panas dia boleh tahan berpeluh ketiak !
Monument to the Tsar Liberator
Monumen berkuda tu letaknya di tengah persimpangan. Ada casino dan hotel Radisson di kawasan tu.
Apa ada dengan statue berkuda tu?
The Monument to the Tsar Liberator (Bulgarian: Паметник на Цар Освободител, Pametnik na Tsar Osvoboditel) is an equestrian monument in the centre of Sofia, the capital of Bulgaria. It was erected in honour of Russian Emperor Alexander II who liberated Bulgaria from Ottoman rule during the Russo-Turkish War of 1877-78.
The Neoclassical memorial's author is Italian sculptor Arnoldo Zocchi, who won the project in competition with 31 other artists from 12 countries (and with a total of 90 artists from 15 countries being interested) in the end of the 19th century. Bulgarian architect Nikola Lazarov participated in the monument's architectural design. The foundation stone was laid on 23 April 1901, St George's Day, in the presence of Knyaz Ferdinand I of Bulgaria, and the monument was completed on 15 September 1903.
Statue kuda lambang kebebasan
Dan berdepan dengan statue pahlawan berkuda tu lah, berdiri megah....
Alexander Nevsky Cathedral
Jadi apa lagi...
Baris !
Baris kita akan bergerak ke gereja.
Bergerakkkkkkkkkkkk kita !
Kalau mak aku dengar ayat tu sure dia tambat aku kat pokok dan hurung dengan kerengga !
No. Bukan nak gi gereja untuk beribadat ke apa. Kita nak melawat kawasan. Sebab tempat ni memang jadi tarikan utama dan destinasi highlight bagi sesiapa yang datang melawat ke Sofia ni.
Berdekatan dengan bangunan Library of Bulgarian Academy of Sciences
One of the largest orthodox churches worldwide.
The gold-domed Alexander Nevsky Cathedral was built in the early 20th century in memory of the 200,000 Russian, Ukrainian, Belorussian and Bulgarian soldiers, who died in the Russo-Turkish War, 1877–1878. It is one of the largest Eastern Orthodox cathedrals in the world. The cathedral’s gold-plated dome is 45 m high, with the bell tower reaching 50.52 m.
The St. Alexander Nevsky Cathedral (Bulgarian: Храм-паметник „Свети Александър Невски“, Hram-pametnik „Sveti Aleksandar Nevski“) is a Bulgarian Orthodox cathedral in Sofia, the capital of Bulgaria. Built in Neo-Byzantine style, it serves as the cathedral church of the Patriarch of Bulgaria and is one of the largest Eastern Orthodox cathedrals in the world, as well as one of Sofia’s symbols and primary tourist attractions.The St. Alexander Nevsky Cathedral in Sofia occupies an area of 3,170 square metres (34,100 sq ft) and can hold 10,000 people inside. It is the second biggest cathedral located on the Balkan Peninsula after the Cathedral of Saint Sava in Belgrade.
Alexander_Nevsky_Cathedral,_Sofia
Senibina Othordox
Memang masa aku sampai sini tempat ni dah tutup. Orang pun tak der. Jadi boleh layan view dari luar je lah.
Front facade
Main dome
Entrance
Relic dan ukiran di bahagian luar gereja
Mosaics decorations
Main facade
Side facade
Bayang......
The church by dawn
Di kawasan sekitar Alexander Nevsky Cathedral turut ada beberapa senibina dan monumen penting juga.
Monument of unknown soldier
Bangunan art gallery
Library of Bulgarian Academy of Sciences
National Assembly of the Republic of Bulgaria
Abis pusing pusing kawasan tu aku beredar.
Tak jauh dari situ terletaknya Sofia University "St. Kliment Ohridski" the oldest higher education institution in Bulgaria.
Founded on 1 October 1888, the edifice of the university was constructed between 1924 and 1934 with the financial support of the brothers Evlogi Georgiev and Hristo Georgiev (whose sculptures are now featured on its façade) and has an area of 18,624 m² and a total of 324 premises. The university has 16 faculties and three departments, where over 21,000 students receive their education. The current rector is Anastas Gerdzhikov.
It has been consistently ranked as the top university in Bulgaria according to national and international rankings—it is constantly among the best four percent of world universities according to QS World University Rankings.
Sebab masa macam masih ada sementara nak tunggu bas aku ke Skopje tengah malam nanti, makanya aku jalan je kat Sofia ni ikut kaki. Ikut suka suka hati. Hajat hati macam nak patah balik ke Vitosha Boulevard tu sebab nak beli FM. Memang kat situ lah paling murah yang aku jumpa.
Monument of the Soviet Army
Statue dan monumen lain
Knyazheska Garden
Keep on walking !
Eagle Bridge - Built in 1891, this bridge crossing the Perlovska River features 4 bronze eagle sculptures.
Statue dalam garden
Pastu ntah ke mana mana aku berjalan. Rasa macam menyesal jugak ikutkan hati dan perasaan. Kalau aku patah balik semula tadi tak de lah sejauh ni. Sekarang ni kepenatan mula terasa. Kaki dah sakit. Kasut baru tetiba rasa macam tak berdaya saing. Makan kaki !
Cis... Terus rindu kan kasih sayang Jeep. Apa khabar Jeep di Athens tu. Mungkin kah sudah bertemu tuan yang baru?
National Stadium "Vasil Levski"
Jalan punya jalan punya jalan yang aku rasa agak jauh
Rasa macam hilang arah tujuan
Dan agak meletihkan
Siap berhenti beli air bagi hilangkan dahaga dan keletihan. Eh tapi beli air yang halal je lah.
Dan akhirnya membawa aku semula ke kawasan National Palace of Culture. Tempat aku memula sampai masa turun dari tram tadi. Hah ! Lega. Kira berjaya jumpa arah tujuan. Nasib baik.
Kawasan Park National Palace of Culture
Ni Berlin Wall yang runtuh dan cebisannya di letakkan di sini.
Temple of Bulgarian Martyrs
Bangunan National Palace of Culture
Kolam pancutan
Suasana waktu petang ramai yang melepak dan beriadah
Lalu kat laluan tepi kawasan taman menuju ke Vitosha Boulevard semula
Lambang McD yang menjadi titik penanda tujuan aku
Dan akhirnya aku berjaya kembali semula ke Vitosha Boulevard
Kali ni waktu dah petang sikit. Nampak lebih ramai orang kalau bandingkan dengan tengahari tadi
Dan banyak jugak aktiviti aktiviti yang ada petang petang hari
Ramai yang berkumpul di kawasan ni
Ada jugak yang mengambil kesempatan menghiburkan rakyat
Ramai jugak yang melepak di cafe cafe terbuka
Gudang gudang membeli belah tetap dibuka untuk pelanggan yang datang ke sini. Dan aku berjaya jugak lah beli FM kat sini yang aku dah aim tadi.
Mc D. Tetiba terasa lapar !
Ni kat dinding tu ada tulis info.
Dah nampak tram dan laluan trolley so aku bajet boleh naik kat area ni untuk balik ke Terminal Bus Station nanti.
Tapi lepas tu aku realized yang masa aku datang memula tadi aku tak lalu pun kawasan ni. Dan tram yang aku naik tu berhenti kat station kat tempat lain.
"Hello ! Di manakah aku berada kini? Di manakah?"
Tanya diri sendiri.
So aku main agak agak sendiri dan melilau mencari petunjuk.
Dan jalan sampai ke hotel Sofia Hotel Balkan dah
Casino pulak yang di jumpa
Buntu kejap. Fikir mana patut aku tuju sebenarnya
Nak tanya Sofia ni dia sibuk menari je. Stress pulak aku tengok gaya dia time time aku cemas macam ni.
Lama jugak aku duduk kat area ni dok fikir kat mana laluan dan station yang aku lalu masa datang tadi tu.
Last sekali aku nampak ada trolley lalu dan aku pegi kat station tempat dia berhenti.
Memula aku tanya sorang minah ni cemana nak naik trolley balik ke Bus Station. Dia macam blur. Dia macam nak jawab tapi maybe tak reti nak cakap English.
Pastu ada trolley sampai, so aku tanya mamat drebar tu.
"Are you going back to the bus terminal? Sofia Bus Station?"
Haram aku tak faham dia jawab apa tapi dia suruh aku naik je tram dia tu. So aku pun naik. Masalahnya dia bawak terus je pastu dia macam makin jauh lak laluan dia. Minah yang memula tadi tu pun naik trolley yang sama ni dan dia pun macam musykil.
Last sekali dia ajak aku turun ! Macam dia cakap.
"Jangan kau percaya dakyah dakyah songsang mamat drebar tram ni. Membongak je keje !!"
Macam tu lah agaknya dalam bahasa Bulgaria. Hahaha.
So minah ni turun dan dia ajak aku turun sekali. Maybe dia dah sampai kat station dia memang nak turun kot.
Maybe minah tu sendiri pun tak tau kat mana terminal bus tu so dia tanya pulak minah baju biru ni. Minah baju biru ni cakap trolley tu laluan lain, so sebaiknya aku naik bas je !
Baik hati minah ni jalan bawak aku ke bus stop dan dia tanya pulak pompuan yang duduk tu.
Dan akhirnya mereka berjaya menyelesaikan permasaalahan aku. Dia orang suruh aku naik bas je nombor berapa ntah dan bas tu akan sampai ke terminal bus utama tu. Nasib baik la aku memang ambik day pass untuk transport ni so boleh pakai naik trolley/tram waima bas sekalipun.
Cut story short. akhirnya............................
Aku berjaya kembali ke bus terminal. Sujud syukur ! Terima kasih minah tu yang sedaya upaya membantu aku. Dia lah Sofia Jane Bulgaria yang sebenarnya.......
Suasana depan bus terminal
Malam semua kaunter tiket dah tutup. Ada few kedai masih beroperasi.
Ada warung jual air kat luar terminal masih bukak. Aku lepak beli air dan hisap rokok kat sini sementara tunggu bas bertolak ke Skopje jam 12 tengah malam nanti. Aku memang sengaja ambik yang paling lewat so aku boleh tidur di perjalanan dan sampai di Skopje hari dah siang.
Menunggu bas. Ada pulak mamat mental mana datang paw rokok aku. Banyak kali lak tu. Terpaksa lah abang berbakti di negara orang.
Sampai masanya bas pun tiba. Tapi bukan bas ! Van !!
Memang ngam ngam untuk penumpang yang seramai belasan orang tu. Tapi nasib baik aku sorang so aku dapat single seat. Kalau yang lain kena berhimpit himpit gak la dalam tu.
Memang agak cramp dengan luggage masing masing nya. Tapi sebab aku sorang cukup selesa, pedulikkan mereka. Sebaik saja van bergerak, aku dah hanyut dilambung mimpi lena dek keletihan seharian merayap di Sofia ni.
Sebelum sampai sempadan Macedonia, van berhenti untuk toilet break.
Dekat sempadan Macedonia kami semua kena turun. Beg beg semua kena bawak turun untuk dia check.
Lagi haru dengan mata tengah mamai mengantuk, kena keluarkan semua barang dalam beg ! Pastu nak packing balik backpack tu. Isk... Ni semua gara gara kotak jam yang aku beli kat Doha tu. Makan space dan leceh nak unpack and repack.
Dan lagi mengharukan, passport aku kena tahan !
So drebar ni terpaksa park van ni dan kami menunggu untuk tempoh yang agak lama. Aku cuak gak sebab passport aku sorang je kena tahan. Pastu tetiba drebar tu marah aku. Tapi aku tak faham !
Sebab aku tak faham aku buat bodo je lah. Sampai la akhirnya passport aku dikembalikan. Aku pun tak tau kenapa sebab tak de orang boleh nak explain. Maybe sebab aku sorang je passport benua lain kot so dia orang kena check check sikit.
Tak pe lah. Janji perjalanan diteruskan selepas tu menuju ke Skopje. Perjalanan sepatutnya makan masa 5-6 jam tapi jam 5 pagi kami selamat tiba di Skopje.
Bus station di Skopje, Macedonia
Duduk dalam terminal, aku cari plug dan charging apa yang patut. Ada yang ambik port sambung tidur.
Aku ngantuk lagi, tapi tak lena nak tidur dah. Harap harap urusan di Skopje hari ni berjalan lancar dan tiket bas untuk ke destinasi seterusnya akan ada.
Tapi aku sendiri pun tak tau mana nak tuju selepas ni.
Lake Ohrid atau Prizren?
statue penuh taik burung
ReplyDeletenasib taik burung. kalau taik orang.?. keh keh keh
Delete