Showing posts with label JJCM - Bagan Lalang. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Bagan Lalang. Show all posts

Wednesday, January 29, 2020

BaganLalang 08 | SENANDUNG MALAM SEAFOOD

Menjelang malam aktiviti wajib ada pekena seafood. Tak sah kalau ke Bagan Lalang kalau tak mengisi perut dengan hidangan seafood segar.

Dalam banyak banyak kedai makan di Bagan Lalang tu, Senandung Malam sememangnya menjadi pujaan selera aku !


Bukan first time ke sini jadi aku memang expect orang ramai dan berpusu pusu. Kena meningkatkan kesabaran yang jitu kalau nak datang makan di sini....

Kami keluar dari penginapan dan ambik kereta terus memandu ke lokasi kedai makan ni. Tak de lah jauh mana tapi malam malam, better drive kereta jer.

Dan seperti yang di jangka, orang tak pernah kurang malah bertambah tambah lagi lagi malam minggu macam ni.

Susun atur dan keadaan restorannya pun tak jauh berubah dari last masa aku datang tahun 2015 dulu.

2015 : Restoran Senandung Malam




Mencabar jugak lah nak cari tempat tapi alhamdulillah, kami dapat meja untuk duduk.

As usual, nak makan di sini kena order seafood mentah untuk dijadikan hidangan.

"Bang, saya nak ikan jaws masak sweet and sour, sotong kurita goreng tepung dan di masak oleh ikan duyung yang cantik persis Maya Karin !"

Agak agak kena baling dengan kerusi tak?





Dah buat pilihan lauk pauk maka bersambung pula dengan proses menunggu hidangan siap.


Dan kesabaran kami di bayar dengan satu persatu hidangan muncul di meja untuk santapan malam.













Licin uols !

Memang tak mengecewakan. Abis makan terus angkat ponggong. Tak boleh berlama lama sangat sebab ramai lagi orang lain menunggu nak duduk.


SENANDUNG MALAM SEAFOOD
Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek,
Selangor
Phone: 017-343 2908

fb : Senandung Malam Seafood, Bagan Lalang

Selesai makan dan perut pun dah kenyang. Kami kembali menyambut rehat santai di villa penginapan kami di Avani.



Perut kenyang, mata pun dah layu. Di temani deruan ombak bersenandung perlahan memecah keheningan smalam.



Berirama senandung semalam
Ku terkenang peristiwa silam
Di mana aku dan si dia
Cinta benar cinta

Kau mencurah apa yang di rasa
Ku dibuai oleh angin senja
Budimu yang seikhlas itu
Akulah kekasihmu

Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga pusaramu
Ku berdoa agar dikau
Aman bertemunya

Oh! kenangan tinggallah kenangan
Engkau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam

bersambung..............

Thursday, March 5, 2015

Bagan Lalang 2015 - Restoran Senandung Malam

Dan kini, tiba lah highlight yang di nanti nanti kan. Acara yang menjadi medan kemuncak dalam siri lawatan tak berapa nak belajar ke Bagan Lalang ni.

Apa lagi kalau bukan acara makan makan seafood gemukkan diri !

Restoran seafood pilihan kami. Senandung Malam

Sebab Princess macam demam dan dia terjelepuk hina lepas makan ubat, jadi kami selesaikan apa semua yang perlu dilakukan dulu sementara tunggu dia bangkit.

Lepas solat Isyak baru la kami bergerak keluar dari hotel.

Tak jauh mana tapi still naik kereta, sampai sampai je tengok orang penuh berumbu....

Ramainya orang macam ada pesta muda mudi !

Orang memang ramai. 

Nak cari seat pun payah. Tapi nasib kami agak baik jugak la. Berdiri kejap, pose pose kacak walaupun tidak, usha usha garing lebih kurang then nampak ada orang blah.

Jadi kami telah mendapat tempat duduk. Yeah !!!

Semua sedang menunggu makanan

Urusan order mengorder aku serahkan pada orang lain

Okey. Aku jaga anak jer. Nak hisap rokok pun tak boleh sebab duduk di tengah tengah orang ramai.

Pasrah je la menanti.

Tapi sempat aku usha usha jugak.

Tempat order mengorder

Ikan ikanan. OR nak makan ikan. Aku mengiyakan je dengan syarat dia habiskan.. 

Golongan seafood yang ada. Sila pilih dan tentukan jenis lauk yang hendak di masakkan.

Orang memang ramai. Orang kedai tu siap sound, makanan akan dapat lambat.

Apa lagi nak kena buat?

Redha dan pasrah lah. Dah memang datang tempat ramai orang, so kena la bersabar dan bertabah tahap maxima.

Kesian anak aku demam.

Sebab pelekat Cool Fever tu beli satu je, so aku pegi la tanya kat kedai runcit sebelah kedai Senandung Malam ni. Makcik tu boleh buat lawak.

"Benda tu tak der... Mee Goreng ada lah !"

Ahaks. Terkono den.. Pastu makcik tu gelak gelak. Dia kata memang tak de. Kalau nak, kena keluar ke pekan sana. Alaa jauh la pulak. Tak pe lah.. Kesian Princess. Mata kuyu je mabuk ubat. 

Sebab memang diberitahu lambat sampai makanan, jadi kami order sate kat warung sebelah. Apparently satey ni sedap ! Sila cuba !!!

Air je la sampai awal. Order satu jug. Tapi bila makanan sampai air dah jadi tawar hebey !!!

Hero nak ABC... tapi dia ni pelik sikit. Nak ABC tapi tak nak kacang apa semua dalam tu. So aku order ABC kosong namanya... air batu dan sirap semata mata jer... Dah dia nak.. dia abiskan

Dan aku pun sempat layan air kelapa muda. Khas untuk golongan yang muda muda jer... muda ke?

Di kawasan perkarangan kedai ni ada la orang jual jual. Macam macam di jualnya. Dan lagi malam lagi meriah tempat tempat tu.

Dan antara yang di jual adalah... 

Mainan !!!

Dah agak dah kan, aku bakal terkena punya.. Hero OK dia tak mengaruk sebab dia tahu nanti kena marah. Tapi Princess la sebab dia demam so dia punya keinginan pun macam macam., Tu pun dah sound awal awal.

"Adik tak nak makan. Adik dah kenyang. Nanti Adik muntah"

Alasan !  Tapi..

"Adik nak mainan jerr"

* pengsan

Mainan dia beli. Bukan satu tapi 2. Kucing tu dah berapa ekor dah aku beli tapi balik rumah je aku akan cabut battery sebab aku rimas kucing tu mengiau tak tentu pasal. Tapi sebab dia demam, layankan je lah.

Dan.. Oleh sebab dapat mainan. Dia sibuk main.. Terus baik demam !

Ajaib betul. Ubat demam sebenarnya mainan mainan ni. Isk.... Terus segar bugar.

Dan kami menanti dan terus menanti. Satu persatu makanan dibawa keluar so kami main teka teka.

"Okey. Papa dapat rasakan itu kita punya"

Tup tup.. Bukan... Hero dok gelak jer. Dia pun sibuk meneka. Last last yang dia teka tu jugak betul.

Bayangkan kami sampai pukul 9 malam.. Pukul 11.30 malam baru dapat makanan  !!!!

Dipersilakanlah masuk mengadap para makanan mengambil tempat di atas meja...............

Ikan bakar...

Aku tak tau apa rasanya sebab aku tak makan. Tapi OR kata sedap jugak.... Tu waktu belum di bogelkan..

Dah terbogel tanpa uniform..... nampak sedap tapi aku tak jamah pun...

Makanan lain pun tiba. Udang dan Sotong goreng tepung. OK.. Sedap dan lazat... tapi terambik banyak la pulak.

Ayam Goreng Kunyit. Sebab Hero tak suka sangat seafood. Ni untuk dia lah. Tapi masa tu dia dah bad mood sebab mengantuk. So tak nak makan. Dah la portion ayam ni agak banyak.

Bagi menjaga kecantikan.. kena makan sayur juga. Kailan Ikan Masin

Udang Goreng Butter.... Tak banyak pun.. nampak je banyak

Ketam masak cili. Sedap tapi pedas gila !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Highlight of the nite. Kerapu masak masam manis. OR kata sedap. Jarang dia nak puji puji kan makanan ni, tapi kalau dia kata sedap memang sedap lah.

Malangnya ikan dia tak garing. So aku hanya mampu ambik kuah dia jer. Memang berasa lah.. cukup semuanya.. Enak dan lazat ! Kalau ikan tu garing memang aku boleh confirm sedap berganda...

Princess pun beriya riya makan dengan banyak !!! Sebab dah dapat mainan la kot tetiba makan pun berselera.

Habuan malam tu..... Alhamdulillah. Kenyang.. walaupun ada yang tak abis

Budak ni bad mood memula. Tak nak makan.. mengantuk. Pastu rasa satu mulut... last last.. makan sampai kotor tangan tangan.. baru dia tau betapa sedapnya....

Selesai dibelasah oleh kami semua... Kenyang.

Apa lagi yang boleh aku cakap. 

Dari segi makanan memang sedap dan lazat ! Semua lauk adalah sedap. Seafood fresh ! 

Cuma tu la. orang ramai dan terpaksa menunggu lama. Tapi bagi aku berbaloi lah. Lagipun kami tak de tempat lain nak tuju, memang datang nak makan je dan lepas tu boleh balik bilik untuk tidur tiduran.

Harga makanan pun agak murah. Semua semua tu RM 134 ! Not bad !

Recommended. Kalau boleh.. telefon dulu untuk booking. Senang sampai sampai je makanan dah siap.

Pukul 12 lebih jugak kami balik ke bilik. Perut dah kenyang....

Princess pun dah baik demam. Dia lak yang tak tidur dok main mainan mainan dia...

Demam pun dah kebah.. Barbie dia pun dan dan baik demam jugak.. terus terbogel atas katil....

Overall, kami puas hati.

Cuma tu je la yang agak ralat sikit terpaksa menunggu lama tapi memang tempat sedap, orang pasti ramai. So redha je lah !

Buat macam kami jer kalau ke Bagan Lalang makan seafood.. cari penginapan siap siap. Lepas makan boleh terbongkang dengan riang !!!

Alhamdulillah.... tidur malam kekenyangan makan di Senandung Malam di buai angin lesu Bagan Lalang.



Berirama senandung semalam
Ku teringat peristiwa silam
Di mana aku dan si dia
Cinta benar cinta

Kau mencurah apa yang dirasa
Ku dibuai oleh angin senja
Budimu yang seikhlas itu
Akulah kasihmu

Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga pusaramu
Aman bertemunya

Kenangan tinggallah kenangan
Dikau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam

bersambung.................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...