Saturday, October 31, 2015

Postcard from USA - 07 - Oregon (OR)

Further north from California adalah Oregon.

Oregon ni bagi aku negeri yang sangat laidback dan ramai orang orang tua. Rasanya ramai yang pencen dan tinggal di Oregon ni. Kalau tempat lain station minyak isi sendiri tapi kat Oregon, ada je pekerja pekerja dia yang pakcik makcik tua tua ni yang tolong isikan.

Bagus jugak, at least golongan warga emas di sini ada keje boleh di lakukan.

Negeri dia tak de la happening mana tapi ada few places yang aku pernah jejak juga dan aku rasa menarik untuk di kunjungi.

Portland Oregon. Bandar terbesar di Oregon

Portland dengan Mt Hood di kejauhan

Portland at twilight

Mount Hood yang menjadi simbol Oregon terletak 80 KM dari Portland. Aku tak pernah gi dekat pun, tengok dari jauh jer

Pernah jugak lepak di Eugene melawat kawan kawan di sana. Bandar university yang sangat relax dan permai. Terkenal dengan sport team mereka Oregon Ducks !

Home of Ducks

Bandar bandar di Oregon ni biasa biasa je, tapi kawasan paling menarik adalah dia punya ocean coast.

Ocean coast di Oregon memang mengadap Pacific Ocean dan mempunyai muka bumi yang lawa dan menarik

Oregon Coast

Masa kat Eugene adalah dua tiga kali aku ke tepi laut lepak lepak usha kawasan.

Yang menariknya banyak sea lion kat tepi tepi pantai dia

Oregon Pacific Coast

Dan layan sunset dia adalah terbaik !

Beach side

Oregon Coast

Multnomah Falls yang terletak tak jauh dari Portland. Masa aku pegi musim sejuk so tak berapa cantik view dia. 

Rasanya kat sini shooting citer Twilight the Movie

Oregon ni bagi aku adalah tempat untuk orang orang yang minat nature. 

Cities memang tak gempak mana tapi belah laut dan hutan belantara dia memang cantik.  

Available

Available

Not available

Map OR

Postcard are mine, pic from internet



I was a quick-wet boy
Diving too deep for coins
All of your street light eyes
Wide on my plastic toys
Then when the cops closed the fair
I cut my long baby hair
Stole me a dog-eared map
And called for you everywhere

Have I found you?
Flightless bird, jealous, weeping
Or lost you?
American mouth
Big pill looming

Now I'm a fat house cat
Nursing my sore blunt tongue
Watching the warm poison rats
Curl through the wide fence cracks
Pissing on magazine photos
Those fishing lures
Thrown in the cold and clean
Blood of Christ mountain stream

Have I found you?
Flightless bird, grounded, bleeding
Or lost you?
American mouth
Big pill stuck going down

Friday, October 30, 2015

2015 : Movie Sept & Oct

Jom tengok wayang !

Wayang

Ha.. beratur dulu beli pop corn.

Beli pop corn di sini. Kalau dia tak nak jual... AMUK !

Berikut ini adalah movies yang aku sempat tonton sepanjang bulan September dan October 2015 !

1. Everest

Everest

Untuk yang minat mengembara dan suka travel pastinya tak melepaskan peluang menonton movie ni !

Kisah sekumpulan pendaki gunung Everest yang terperangkap dalam ribut salji dan tidak dapat kembali ke base camp. Ramai daripadanya mati dan tidak dapat dikesan. Sebuah kisah yang difilemkan berdasar kisah benar bencana yang berlaku sekitar tahun 90 dulu.

Aku dah pun tonton. Cinematography memang mantap. Lagi mantap kalau tengok kat IMAX. Bikin real gambarnya menusuk dalam bijik mata.

Anyway bagi aku cerita nya biasa biasa je. 

Cuma yang bestnya movie ni tak de orang jahat !

Lepas tengok Everest ni, lagi la aku tak yakin aku boleh daki sampai ke puncak. Tak de plan pun dalam kepala buat masa sekarang, dan kalau ada pun.. dah tentu terbantut dengan kos nak mendaki yang mahal tu.

Apa apa pun, aku bagi 7/10 untuk movie ni.

Terimbau kenangan lalu melambai puncak Everest tinggi dari angkasa.


Aku tengok cerita ni pun dah last last. Dah nak abis kat wayang, cuma ada di MBO Subang Parade je. Nasib baik la sempat. Bukan apa, tak syok layan movie kat TV. Tak real ! Kalau tak sempat tengok hari tu mesti rasa rugi !

Apa apa pun terima kasih MBO Subang Parade sebab belum tamatkan lagi tayangan. MBO lain semua dah abis.

Tetiba terima kasih kat Subang Parade

Tahukah anda ?

Mount Everest was named by Andrew Waugh, British Surveyor General, in 1865. Sir George Everest, its namesake, identified it in the 1820s as the highest point in the world above sea level. The original Tibetan name, Chomolungma, means "Goddess Mother of the World". It's 29,002 feet (8,848 meters) high.

Sapa yang tengok movie Everest ni pasti tau yang movie ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 1996.

Tau tak apa yang terjadi kepada mangsa mangsa sebenar dalam bencana itu?

The bodies of Andy 'Harold' Harris (played by Martin Henderson) and Doug Hansen (played by John Hawkes) have never been recovered and they remain on the mountain.

The body of Rob Hall (played by Jason Clarke) was found by another expedition almost two weeks after his death; his wife Jan (played by Keira Knightley) requested that it remain there, as it would most likely be his last wish to stay on the mountain.

As depicted in the movie, the body of Scott Fischer (played by Jake Gyllenhaal) was found by his friend Anatoli Boukreev (played by Ingvar Eggert Sigurðsson). Not shown is that he moved it away from the climbing trail; it also remains on the mountain.

Lastly, the body of Yasuko Namba (played by Naoko Mori) was found almost a year later by Boukreev, who created a primitive tomb from stones to protect her body from scavengers. Upon learning this, Namba's widower financed an expedition that recovered the body later that year.

2. Maze Runner - Scorch Trials

Ni cerita bulan 9 lagi ni. Sempat jugak aku layan seround.

Maze Runner - Scorch Trials

Tentu ramai yang tahu movie ni berasal dari novel yang terkenal.

Kisah sekumpulan remaja yang cuba melepaskan diri dari terus di perangkap dalam satu permainan ilusi.

Bab bab baca novel ni memang tak masuk dalam list hobi aku, so aku just depends on movie je. Plus aku memang layan yang Maze Runner 1 dulu tu dan aku rasa yang 2nd ni pun aku kena tengok. Anyway, movie dia lagi menarik walaupun cerita dia macam sesuai untuk golongan remaja jer.

Aku pun nak feel feel remaja purba sekali sekala !

Aku kasik 8/10.

Cerita dia lebih kurang The Hunger Games yang bakal muncul tidak lama lagi

3. The Martian

Dan satu lagi yang sempat aku tengok adalah The Martian !

The Martian

Ni salah satu movie yang aku tunggu tunggu untuk 2015 walaupun aku tak berapa nak minat Matt Damon tu. Kisah tentang seorang angkasawan yang ditinggalkan di Planet Mars seorang diri can macamana dia cuba untuk meneruskan hidup dengan peluang yang tipis untuk kembali ke bumi.

Kusyuk jugak layan movie ni sampai tak sedar 2 jam setengah berlalu. Sambil sambil tu dok kunyah nachos sebagai kudapan.

Tahukah anda?

Lokasi pengambaran filem ini yang ala ala macam kat Mars tu sebenarnya adalah di Wadi Rum, Jordan.

Nah. Belanja gambar di Wadi Rum, Jordan

Selain itu, fakta menyatakan sebenarnya di Planet Marikh sangat unlikely ribut pasir melanda because of its thin atmosphere. Kalau ada angin pun setakat breezy breezy sahaja.

Jadi sapa yang tengok movie ni, kita semua dah kena tipu !!!

Anyway cerita dia bagi aku pun biasa biasa jer. Buleh la nak layan.

Aku kasik 7.5/10 untuk The Martian.

4. The Intern

The Intern ni aku tengok tak plan pun. Just plan spontan malam tu pegi usha cerita ringan ringan sikit. Biasa cerita macam ni aku jarang tengok kat panggung. Tapi tetiba terasa nak usha.

OK lah. Cerita biasa biasa je. Agak menghiburkan.

Al kisah sebuah syarikat yang di miliki oleh golongan muda yang mencari intern golongan pencen. Kofliks timbul berkenaan perbezaan cara kerja dan  kehidupan 2 zaman yang berbeza.

The Intern

Aku bagi 7/10.

5. Bridge of Spies

Layan jugak cerita ni. Bridge of Spies. Nak tengok sebab review bagus. Pastu pelakon hebat. Di tambah dengan buah tangan Spielberg.

Kena la layan.

Kisah mengenai seorang penguam yang ditugaskan untuk menjadi peguambela seorang agent Russia dan seterusnya menjadi wakil Amerika untuk negotiate dengan kerajaan Russia bagi mendapatkan agent USA yang ditahan oleh pihak Russia. Kebijaksanaan beliau bukan setakat menyelamatkan seorang Agent Amerika tersebut malah turut menyelamatkan seorang lagi pelajar Amerika yang terperangkap sewaktu konfliks Jerman.

Bridge of Spies

Ceitanya menarik tapi agak berat. Taraf taraf Oscar winning punya movie. Tak banyak action, predictable dan tak banyak suspens.

Overall, menghiburkan tapi tak berapa gempak untuk layan di panggung.

Aku kasik 7/10.

6. The Walk

The Walk

The Walk berkisar tentang seorang lelaki berbangsa Perancis yang menyimpan impian untuk merentas bangunan berkembar World Trade Center di New York dengan menggunakan tali.

Cabaran filem ni bukan kepada kehebatan belian untuk meniti di atas tali, tetapi keboleh beliau dan kawan kawannya meloloskan diri dari dikesan oleh pihak berkuasa sehinggalah hari beliau berjaya melakukan crossing tersebut.

Cerita yang bagi aku biasa biasa je. Aku syorkan tengok IMAX atau 3D untuk effect lebih surreal.

Memula layan macam best jugak tapi bila part dia berjaya tu macam poyo pulak mamat ni, terus aku rasa menyampah

* emosi.

Tapi aku lagi emosi mengenangkan bangunan World Trade Center yang telah musnah pada Sept 11 dulu tu. Aku pernah naik ke atas tu untuk layan view sebelum ianya musnah. Dan aku menyaksikan di TV secara life bangunan itu runtuh dengan rasa sedih dan hiba di dada.

Memang masa tu lagi emosi jadi nya.

Movie ni aku bagi 7/10

World Trade Center Building NYC

Selain daripada tu, sepatutnya Hero ada ajak nak tengok cerita Hotel Transylvania 2 ni, tapi aku rasa macam tak dan jer. 

* padahal tak berapa nak gigih.

Tak pe lah, budak budak boleh tengok cerita macam ni kat TV je nanti.

Dan movies yang aku paling tunggu tunggu adalah............. masuk dalam must watch !

Abam Bond In cinema next week.

Dan .... Ya aw aw.. Lakonan diri sendiri ! Tapi tahun 2016 baru tayang

Apa apa pun kalau berkesempatan dan ada cerita best, aku memang suka nak layan movie movie terbaru di panggung. Cuma kekuatan nak tengok cerita Melayu kat panggung je lah belum ada lagi. Bukan aku tak nak support, industry perfileman tempatan tapi .................... dot dot dot.

* tiada jawapan.

So siapa yang dah layan Polis Evo dan Jwanita di pawagam?

Atau..................... ada yang dah terlayan cerita ni?

Agak agak kalau tengok ni mau juling bijik mata nak kejar baca subtitles

Tajuk pun tak tau kalau nak beli tiket sebab tak faham tulisan !

Itu saja. Sekian dulu, majulah industri filem tempatan dan antarabangsa.

Layan salah satu lagu dari OST The Martian.



Turn the beat around
Love to hear percussion
Turn it upside down
Love to hear percussion
Love to hear it

Blow horns you sure sound pretty
Your violins keep movin' to the nitty gritty
But when you hear the scratch of the guitar scratchin'
Tthen you'll know that rhythm carries all the action, so

Turn the beat around
Love to hear percussion
Turn it upside down
Love to hear percussion
Love to hear it

Turn the beat around
Love to hear percussion
Turn it upside down
Love to hear percussion
Love to hear it

Flute player play your flute 'cause
I know that you want to get your thing off
But you see I've made up my mind about it
To me it is the rhythm, no doubt about it, woah woah
'Cause when the guitar player starts playing
With the syncopated rhythm, with the scratch, scratch, scratch
Makes me wanna move my body, yeah, yeah, yeah
And when the drummer starts beating that beat
He nails that beat with the syncopated rythm
With the rat, tat, tat, tat, tat, tat, on the drums, hey

Turn the beat around
Love to hear percussion
Turn it upside down
Love to hear percussion
Love to hear it

Turn the beat around
Love to hear percussion
Turn it upside down
Love to hear percussion
Love to hear it

Thursday, October 29, 2015

04 - IOI City Mall, Putrajaya : Absolute Thai

Rumah terbakar panggil bomba.

Perut lapar ? Panggil ........................................?

"Waiter !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Sewaktu di IOI City Mall ni kami mencari lah tempat makan bagi mengisi perut. Memang dah aim nak makan Thai Food.

Dah check dan riki Martin memang ada Absolute Thai kat IOI City Mall ni. Jadi apa lagi... ale ale ale.....

* menari Samba sambil pegang lesung batu

Absolute Thai - Hospitality with a heart

Sedang elok. Cantik molek. So kami aim nak makan kat sini. Kami pernah makan masa di Medini Mall di Nusajaya dulu tapi tak dine in. Kali ni memang nak dine in.

Nak try test power.

Absolute Thai - Letak di level GL

Sebab tak biasa so tak jumpa lokasi, terpaksa tanya tanya jugak lah. 

Kat bawah tu banyak tempat makan sebenarnya tapi orang pun boleh tahan la ramai. Macam macam jenis dan rupa. Cari punya cari akhirnya jumpa.

Tapi sebab orang memang ramai kat mana mana pun. Even kat Absolute Thai ni memang kena queue jugak.

Menunggu.

Queue boleh tahan lah panjang. Nasib baik tak lama menunggu. Jadi kami akhirnya dapat seat.

* tolak Que Haidar tepi parit

Menunggu

Dapat seat di bahagian luar

Duduk kejap dan kami di beri menu.

Apa lagi. Order la ikut citarasa tekak masing masing. OR nak makan Ikan. Aku nak makan Green Curry. Hero pulak tetiba nak tomyam.

Sudahnya.. order je la apa yang nak di makan.

Menu

Order ikut selera

Good thing about Absolute Thai ni even orang ramai, servis agak pantas. Maybe pekerja dia ramai. Dari start dia bersihkan meja, then suruh kami duduk, pass menu dan ambik order semuanya pantas dan penuh gaya.

Buat kami bersemangat untuk makan. Dan kemesraan mereka jugak buat kami tak terasa yang kat resto ni orang adalah begitu ramai sekali.

Dan makanan tiba pantas juga. 5 bintang untuk servis !!!!

Ikan yang di nanti nantikan oleh OR. Kerapu with Thai Sauce. RM 55.

Green Curry. Nak try daging. Daging lembut macam ni aku OK jer. Cuma tak leh makan banyak.

Tomyam pilihan si Hero. Dia nak ayam jer. Datang dengan dapur panas macam ni

Tomyam di bahagi bahagikan. Kami ambik untuk 2 orang makan je sebab dah banyak lauk

Telur dadar adalah wajib. Telur dia ada udang udangan

Sayur kailan

Minuman... aku je 2 air ! Hehehe

Tapi tak silap order 2 air sebab green curry dia adalah pedas tahap hah ! hah !

Berapi kejap mulut. Nasib tak mata merah je kalau tak jadi naga.

Makanan sampai terus belasah makan tak pandang kiri kanan dah. Masing masing memang kelaparan.

Hidangan kami sekeluarga

Overall food dia OK lah.. ada yang OK ada yang kureng skit.

Ikan tu tak berapa OK bagi aku sebab kurang garing. Kalau tak garing aku tak leh nak telan. Lagi lagi kalau tulang temulang menghiasi tubuh badan dia. Rejek sikit la. Sos dia tak sehebat Bangkok House. Pendek kata makanan di Bangkok House lebih enak especially ikan ni.

Green Curry tu memang pedas ! Pedas gila bagi aku yang bertaraf antarabangsa dan kurang makan pedas ni.

Tomyam OK. Not bad. 

Overall.. food OK. Tapi macam banyak lagi kedai Thai fine dining yang lebih meng-inzalkan. To date the best Thai food aku rasa masih di Bangkok House TTDI.

Mereka masih mengungguli carta hit Siam.

Absolute Thai ni boleh la kalau nak repeat la tapi dalam interval yang agak jauh jaraknya. Tak de la absolute sedap tapi overall.. . good food, great service cuma harga agak pricey. Semua kami makan tu lebiih kurang RM 194.

Apa apa pun, Alhamdulillah. Kenyang.

Balik rumah terbongkang riang.

Maka tamatlah agenda siri lawatan muhibbah ke IOI City Mall ni.

TAMAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...