Ronda ronda cari kedai makan nak makan malam.
"Nak makan kat mana Yang?"
OR tanya.
"Tak jauh. Dekat jer. Makan kat Kedai Sebelah !"
"Sebelah mana?"OR tanya.
"Tak jauh. Dekat jer. Makan kat Kedai Sebelah !"
"Kedai Sebelah laa"
"Errrrrrrrrrrrrrrr"
Macam biasa aku akan gelak gelak dan dia dah start tak nak layan.
Ingat aku tipu ka? Memang wujud kedai macam tu. Kedai Sebelah nama nya . Terletak di Kelana Jaya !
Macam biasa aku akan gelak gelak dan dia dah start tak nak layan.
Ingat aku tipu ka? Memang wujud kedai macam tu. Kedai Sebelah nama nya . Terletak di Kelana Jaya !
Kedai Sebelah
Unik pulak nama kedai nya.
Kami pegi pun sebab ada hal di Kelana Jaya. Pusing pusing so jumpa kedai ni. Rasanya baru jugak kot di buka.
Dari pemerhatian aku, Cafe ni milik muda mudi yang berjinak jinak nak bukak cafe. Pekerja dia pun rata rata muda belia. Aku suka konsep dia.. simple dan bersih !
Kedai Sebelah
Cuma sign dia tu kecik sangat, kalau rabun macam aku ni kena perhati betul betul baru nak jumpa kedai yang betul. Tapi kalau nak cari, letaknya dekat sebelah Sangkaya Kelana jaya.
Usha kedainya dulu.
Ada few seating kat belah luar. Dan ada yang belah dalam. Orang agak OK.. kerusi mencukupi.
Konsepnya layan diri. Tengok menu, pilih makanan dan bayar terus kat kaunter.
Tengok menu menunya..
Menu dia agak limited. Tak banyak sangat. Tapi ada la start dari breakfast, lunch dan juga dinner.
Apa? Tak nampak?
OK. Zoom sikit !
Drinks !
Meals
Apa yang agak mengejutkan aku, harga dia agak murah ! Kira untuk cafe trendy macam ni harga dia tak de la melampaui norma norma masyarakat sangat. Kiranya masih mampu untuk duduk baik untuk student mahupun yang bajet sederhana.
Ada juga menu menu bajet macam Nasi Bujang dengan harga RM 4 sepinggan.
Kira OK la tu.
Setting dalam kedai. Barang barang dapur. Tak pasti di jual atau untuk display semata
Dapat seat
Pegi order makanan di kaunter. Bayar terus siap siap
Nak order apa?
Ikut la selera masing masing. Tapi ni apa yang kami order.
OR order Cappuccino. Harganya dalam RM5. Taste quite good. Dan gelas pun boleh tahan besar. Hero order air tin.
Aku minum Alfogato. Harga dia RM 5. Not bad ! Agak pahit sikit sebab ice cream dah kena paw.
Nasi Goreng Embah Special. Untuk aku dan Hero. Nasi Goreng, ada ayam goreng dan telur goreng. Harga RM 8.50. Nasi Goreng dia kering sikit sebab panaskan dekat microwave agaknya tapi ada rasa. Kiranya boleh lah..... Mengenyangkan !
Hero cukup suka kalau ayam goreng macam ni
OR makan ni. Pasta Olio Aglio. Harga RM 6. Tambah udang RM 2.
Nampak sedih jer tapi berasa lah. Portion pun kira OK lah.
Hero dengar aku sebut, terus dia tanya.
"Papa, apa nama makanan ni?"
"Oglio Olio"
"Oh.. abang ingat Papa sebut air liur air liur"
Kakakakakaka...
Dan sebagai pencuci mulut kami sudahi dengan ....
Bread pudding with ice cream. OR cakap sedap. Bagi aku manis sangat. Budak budak suka la ada ice cream ni.
Dan memang specialty di sini jual ice cream. Agak murah gak la. Cone dalam RM 1.50 each
Lunch set juga di sediakan. Kalau booking nak buat makan makan private pun boleh rasanya.
Pendek kata, sangat berpuas hati !
Makanan agak sedap. Harga memang berpatutan dan paling best.... kat sebelah jer !!!
Nama je la Kedai Sebelah tapi jauh gak la kot kalau nak pegi unless memang duduk area Kelana Jaya.
Kos makan aku lupa tapi memang affordable with the ambiance dan taste... aku highly recommended !
Cuma parking susah sikit nak dapat kot area ni..... dan aku harap dia orang akan tambah menu supaya lebih banyak choices.
Apa apa pun, boleh check FB mereka : Kedai Sebelah
Interior pun menarik dan santai
KEDAI SEBELAH
D-G-02 , Jln SS6/20A
Petaling Jaya, Malaysia
Phone : 011-2318 1463
Semoga Kedai Sebelah maju jaya !
I like !
Sorry ....saya lihat suasana cafe ni serabut je... Tgk makanan dia pun biasa2 je... ,!,!
ReplyDeleteSerabut skit la kalau org ramai sebab meja dekat dekat.. Yes makanan dia memang biasa biasa jer..
DeleteTapi sebab kedai dia comfortable dan harga sangat la berpatutan... kira sebab tu la OK skit
hehe..ade satu lagi 'warung kita' rasanya dulu kat KL Sentral. each time nk gather before g klia, bebudak slalu quote 'warung kita' ...ade yg blur...warung sapa?
ReplyDeleteanyway..harga dia not bad utk cafe cam neh. selamat menjamu selera meng.
Haa... ada kat JB nama Warung Mana Lagi.
DeleteSenang kalau org tanya. Nak gi makan mana?
Warung Mana Lagi......
rasanya Sultan Johor yang bagi nama tu,
Sempoi jer nama kedai.."kedai sebelah" . Leh wat bahan sakat org tue..hehe.
ReplyDeleteharga pon sedap ler dgr..idok lar mahai mcm rega cafe2 setara dia kan..
Ya.. makanan biasa biasa.. cuma environment agak trendy dan harga berpatutan. Tu plus point nya
Deletesiapakah yg paw aiskrim tu?..hehe..oklah harga minumannya RM5 je..reasonable..
ReplyDeletemcmanalah rupa Nasi Bujang tu..
Sapa lagi.. budak yang tak suka nak order makanan. Macam trauma je kalau tgk makanan. Kalau gula gula dgn aiskerim baru la gembira muka
DeleteNasi bujang tu ada kicap dgn telur mata je kot. Ayam seketul.
uiii sedap la pulak!!
ReplyDeleteehh menggg aku baru abis baca blog ko dari entry pertama sampai la smlm..phiuuuuuu 2 bulan ok!
* tepuk !!!
DeleteBerjaya jugak akhirnya..
Oke la tu 2 bulan. Hahaha...
Terima kasih kerana membaca. So soalan cepu emas..
Berapa berat badan aku?
Hahahahaha
dekat sangat dah dengan umah ni..lenkali lepak kedai sebelah jgn lupa ngajak!
ReplyDeleteEh.. kau kan dah kawasan parlimen lain? aku pun jarang jarang gi situ.. jem dowh
Delete