Saturday, October 10, 2015

Postcard from USA - 06 - California (CA) - Part II

Kali ni kita jelajah kota besar Los Angeles yang juga merupakan bandar ke 2 terbesar di seluruh US selepas New York City.

LA juga merupakan bandar terbesar di negeri California ini.

LAX - Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles yang menjadi saksi bisu pertama masa aku jejakkan kaki ke bumi US dulu. Pastu tempat ni jadi saksi pergerakan aku yang keseterusnya sampai lah aku balik for good.

Untuk pengetahuan manusia sekelian alam, nama surat beranak bandar Los Angeles ini sewaktu mula mula dulu adalah

“El Pueblo de Nuestra Senora Reina de los Angeles sobre el Rio Porciuncula.”

Yang membawa maksud

“The town of our lady queen of the angels on the Porciuncula River.”

Gila kan nama panjang berjela. Ujung ujung jadi 'LA' jer.

Agak lama jugak aku berada di LA, banyak tempat gak lah yang aku famuliar.

Sebab dah duduk dekat dengan Disneyland, setiap kali ada student student Malaysia dari tempat lain datang bertandnag ke LA, aku kena bawak dia orang ke sini. Kadang kadang dengan aku sekali masuk. Tak tau berapa kali dah aku masuk Disneyland ni.  Siap buat season pass.

Disneyland, Anaheim CA.

Disneyland mesti la wajib pegi kalau sesapa ke LA walaupun bagi aku tempat tu lebih kepada untuk budak budak je sebenarnya.

Satu lagi theme park yang glamerama rama dan wajib di lawati di LA ni adalah Universal Studio, Hollywood.

Universal Globe yang glamer ni, Universal Studio ni letak kat area atas sikit belah belah Hollywood sana.

Tapi ! 

Kalau bagi aku pilihan untuk memilih mana satu yang best. Aku punya favourite theme park di LA ni bukanlah Disneyland, bukan jugak Universal Studio tapi Six Flags Magic Mountain !

Six Flags Magic Mountain

Dan ni ride Batman yang menjadi kegilaan masa dulu dulu.

Aku pun tak sure kenapa aku lebih prefer Six Flags daripada Universal Studio. Rasanya sebab ride dia lebih best dan Six Flags ni ada di tempat tempat lain jugak. So beli annual pass boleh masuk ke mana mana theme park di serata US.

Oh zaman muda muda dulu gila naik roller coaster aku ni.

Di LA ni, kawasan kawasan tumpuan pelancongan adalah scattered dan tak tertumpu di satu satu kawasan je. Contohnya Disneyland di Anaheim dan Universal Studio di Hollywood. Salah satu kawasan agak penting untuk di lawati di LA ni adalah downtown nya !

Downtown LA

Sebenarnya kebanyakkan downtown - downtown di US ni, nama je pusat bandar tapi dia sibuk time hari berkerja je. Time petang dan malam pastu time weekend, jalan ada lengang. Boleh la nak lenggang lenggang kangkung. Tapi jangan buat kat New York City pulak. Naya kang kena langgar !

Antara beberapa tempat penting kat downtown ni adalah.

USC - Tempat menumpang teduh. Dan aku pernah dengan tak sengaja menjahanamkan mesin ATM kat campus ni.

Chinatown - Tempat cari barang dapur ala ala Asian. Ada satu Chinese Rest aku suka gi makan kat situ. Order Nasi Goreng je pun. 

Citadel Outlets Stores. Factory Outlets untuk aktiviti shopping shoppingan.

Tapi aku lebih prefer shopping dekat Marshalls. Barang barang branded yang lagi murah

Selain daripada area downtown, area yang patut di tuju sekiranya berada di bumi LA ni adalah Hollywood !

Di sini lah terletaknya Universal Studio theme park,

Kawasan ni jugak yang famous dengan signage Hollywod. Masa dulu aku tertipu sebab aku dok cari lokasi orang ambik gambar yang nampak jelas sign ni. Rupa rupanya... yang orang dok bergambar tu adalah lukisan di dinding dalam Universal Studio ! Penat je aku panjat bukit tu.

Universal City Walk di Universal Studio.

Hollywood Boulevard yang menjadi tulang belakang area Hollywood dan West Hollywood. Di sini lah letaknya Hard Rock Cafe Hollywood. HRC kat LA ni ada 3 termasuk  HRC Universal City Walk , Universal Studio dan HRC Los Angeles.  

Tak lupa iconic symbol of Hollywood. Hollywood Walk of Fame. Dulu dulu aku tak suka datang sini sebab ramai pak itam dan bau tempat ni hancing semacam !

Dan tak jauh dari area Hollywood tu tempat orang kaya kaya iaitu Beverly Hills, Melrose Place dan campus UCLA. Kalau nak usha usha rumah rumah artis terkenal pun area ni jugak lah. Aku tak pernah buat keje atau join tour usha rumah rumah artis ni. Bukan boleh nampak pun.. Kalau nasib baik pun mungkin nampak pagar dengan bumbung saja.

Rodeo Drive. Pernah gak la buat keje bodoh gi cari butik mewah yang Julia Robert masuk tapi tak di layan dalam cerita Pretty Woman tu. Bajet nak try la konon masuk.. tapi tengok pintu je kaki dah menggeletar. Tangan dah berpeluh sebab takut sebab ponggong lebar jalan terlanggar pecah benda benda kang saja kena ganti pulak barang kat situ.

Ada 2 personal favourite spots aku di LA ni. 

No 1 : Santa Monica Beach. Lepak petang petang layan sunset kat sini sambil tengok orang riadah.

No 2 : Griffith Observatory Los Angeles. Tempat ni kiranya macam Planetarium Negara tapi lepak kat sini best sebab dari atas bukit ni boleh nampak area LA dari downtown sampai ke West Hollywood. Kalau ada masa sila pegi ke sini. Boleh bawak kereta sampai ke atas tak payah panjat panjat. Lepak time malam pun lawa.

Area pantai pantai pun banyak kat LA ni. Long Beach. Santa Monica. Malibu Beach pun boleh di usha jugak. Tapi favourite aku memang Santa Monica Beach.

Satu lagi area yang aku suka pegi di LA ni adalah Pasadena.

Tempat dia agak aman damai sikit. Dulu popular dengan Rose Parade dan kereta berhias, Di sini juga terletaknya campus Caltech.

Dan Rose Bowl Stadium, Pasadena yang biasanya menjadi venue Rose Bowl dan Super Bowl. Dulu NFL team aku adalah Chicago Bears !

Maka itu la antara tempat tempat yang aku rasa menarik dan boleh di lawati kalau berada di LA. Tapi kalau pegi Disneyland saja dah 1 hari. Universal Studio 1 hari... kena tambah hari lagi untuk pegi usha usha kawasan lain.

Postcards from Los Angeles.

Available

Available

Available

Available

Map CA

Apa apa pun, LA tetap dalam ingatan dan dekat di hati dan perasaan aku. Entry ni buat aku rindu je kat kampung halaman. She will be loved !

Kumpulan Maroon 5 berasal dari Los Angeles.

pic from internet. postcard are mine.


Beauty queen of only eighteen
She had some trouble with herself
He was always there to help her
She always belonged to someone else

I drove for miles and miles and wound up at your door
I've had you so many times but somehow I want more

I don't mind spending every day
Out on your corner in the pouring rain
Look for the girl with the broken smile
Ask her if she wants to stay awhile
And she will be loved
And she will be loved

Tap on my window, knock on my door
I want to make you feel beautiful
I know I tend to get so insecure
It doesn't matter anymore

It's not always rainbows and butterflies
It's compromise that moves us along, yeah
My heart is full and my door's always open
You come anytime you want, yeah.

I don't mind spending every day
Out on your corner in the pouring rain
Look for the girl with the broken smile
Ask her if she wants to stay awhile
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved

I know where you hide alone in your car
Know all of the things that make you who you are
I know that goodbye means nothing at all
Comes back and begs me to catch her every time she falls

Yeah

Tap on my window knock on my door
I want to make you feel beautiful

I don't mind spending every day
Out on your corner in the pouring rain, oh.
Look for the girl with the broken smile
Ask her if she wants to stay awhile
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved
And she will be loved
Please don't try so hard to say goodbye
Please don't try so hard to say goodbye

Yeah, yeah.

I don't mind spending every day
Out on your corner in the pouring rain

Please don't try so hard to say goodbye

p/s thank you to 3 Million viewer/readers.. you too will be loved !

14 comments :

  1. wow 3 juta...pemes supermeng...hehehe syioknyaaa LAX menjadi saksi bisu zaman dulu2...aku stesen komuter ukm jer...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 juta tu.. aku sendiri dah sejuta kot hehehe... Kalau 3 juta tu duit syok la jugak kan?

      Kau komuter ukm, aku dulu bus stand pudu !!!

      Delete
  2. Tq Pak...... atas penerangan yg jelas... Berbelit lidah Seri nk menyebut nama lama bandar Los Angeles tu... Hehe. Anyway good job uncle Meng. Banyak info Seri dpt. Besttt!

    ReplyDelete
  3. Untung la dok kat LA.. kami2 kat midwest takat layan six flags jer la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu midwest senangh nak travel.. utara selatan timur barat semua tempat buleh pegik

      Delete
  4. hehe..city of angel ...btw..aku pegi celeb-house tour and ade dia bawak kat bukit bertentangan dgn hollywood sign tu. cukup syarat la pose

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh. yang naik bas dua tingkat tu ke? nampak tak rumah artis? rumah sapa?

      Delete
  5. untung aaa kampung halaman ada Rodeo Drive...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menumpang je.... aku hanya pendatang...

      sob sob sob

      Delete
  6. poskad seattle aku tak sampai lagi bang :D

    ReplyDelete
  7. jangan lupa pakai lipstick merah and kissie kat poskad tawww ....awww!~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...