Showing posts with label New Delhi. Show all posts
Showing posts with label New Delhi. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Incredible India - Delhi - Qutb Minar

Hati panas.

Cuaca panas.

Aku rasa macam nak makan orang hidup hidup. Tapi bila fikir balik, nak makan Vikram. Baik tak payah. Aku campak je dalam longkang kasik anjing makan.

Lahanat punya orang.

Tak pe. Aku OK lagi. Buat biasa biasa je depan dia. Aku tak de niat nak balas dendam walaupun hati ada tercalar banyak dan sakit melampau.

Kami menuju ke Qutb Minar lepas tu.


Tu la destinasi terakhir kami dalam itinerary seperti yang termaktub.

Fine. Aku OK je.

Hari dah hampir menjelang petang tapi cuaca masih panas.

Sampai di Qutb Minar, drebar turun kan kami berdua.

"Can I have INR200 for the ticket?"

Vikram mintak dari aku.

"Nevermind. I will buy the ticket myself"
"You sure?"
"Of course"

Lepas tu aku pegi beli tiket sendiri. Memang harga banyak tu tapi hati aku tak sakit kena tipu lagi. Dia tak beli pun tiket, masa nak masuk tu, dia masuk selamba je ke dalam. Mungkin dia dah biasa dan guard pun mungkin dah kenal dia.


Qutb Minar merupakan salah satu lagi UNESCO World Heritage Site di Delhi. Di bina menggunakan red sandstone dan marble dan merupakan minaret yang tertinggi di India dan menara ke dua tertinggi di India. Mencakupi 72.5 meter tinggi dan 379 anak tangga untuk ke atas.

Dulu tangga tu buka untuk ke menara atas tapi kini di tutup setelah ada kes budak mati dalam tu.

Menara ini di bina bagi menandakan kemenangan Islam daripada Hindu. Terletak dalam satu kompleks besar dengan kesan kesan tamadun Islam lama sekitar tahun 1052 yang masih ada.


"Sir. Can I have your 2 minutes"
"Yes. You can talk now and wait here. I will be going in by myself"
"Are you sure?"
"Yes I am very sure"

Pastu dia cakap apa benda ntah aku buat muka ketat tak puas hati sampai dia berhenti then aku cakap aku blah.

Bye bye !



So aku berjalan sorang sorang dalam kompleks Qutb Minar ni.

Memang ramai orang. Kawasan kompleks ni sebenarnya ada menara yang tinggi tu, pastu ada macam tempat pengajaran Islam dulu kala termasuk juga dengan masjid yang masih ada tinggal kesannya. Masjid di sini merupakan masjid pertama di India.

Mari je la jalan sekitar. Aku pun aman berjalan tanpa si bodo Vikram tu.







Tempat ini di bina dengan menggunakan kepakaran dan design dari Parsi juga. 

Menara tinggi itu di bina part of masjid yang juga tempat melaungkan azan untuk solat.  Di sekeliling masih mengekalkan konsep taman dan kawasan lapang. Masjid ini sudah tidak digunapakai dan tempat ini telah beberapa kali hampir musnah kerana gempa bumi.


Kawasan peninggalan masjid lama

Masjid

Seni halus

Gerbang ke tempat pengajian agama









Menara ke dua yang cuba di bina tapi tidak kesampaian.


Lama jugak aku pusing pusing dalam kawasan ni.

Rasa bebas jalan sorang sorang. Sampai dah petang aku pun keluar semula.

Vikram ada tunggu aku kat entrance depan. Cepat cepat dia sambut aku bila dia nampak aku nak berjalan  keluar.

"Sir, We have completed the tour for today in Delhi"
"OK"
"After this I will go home.... you know that you should give tips to a guide like me"
"Who say so?"

Aku cepat je potong. Terus aku rasa datang ruh jahat.

"It is normal"
"What is normal?"
"You are giving a tip"
"OK"

Aku jalan. Dia mengekor je.

"You want now?"

Aku tanya dia time orang ramai ramai tu, saja la nak tengok respond dia.

"Yes. No problem"

Waktu tu jalan nak keluar ke parking kereta.

"OK. How much is normal tips?"
"INR600"
"Fuck you ! I am not giving you that much money"
"But Sir. That is normal"
"Let me give something that is not normal to you"

Aku pass kat dia INR50.

"No Sir. This is not enough"
"This is normal to me"
"Sir"

Dia mula hilang arah.

Aku buat bodo jalan ke parking.

"I should decide how much I am giving you. Not you. And that is normal"
"This is not enough"
"You got paid for being a guide, arent you?"

Dia diam.

"And there is a voucher stated that the guide fees is included. It is in the car. I will show you"

Dia diam je. Tak lama lepas tu dia bersuara.

"OK. You wait here. I will get the driver"

Dia terus blah dan cari drebar. Aku tunggu tepi jalan dan hisap rokok.

Lepas tu tak lama dia sampai dengan drebar. Dia berhenti tepi jalan.

"Sir. I have checked in the car. No document"
"That is funny"

Aku masuk kereta. Aku syak dia dah sorok voucher tu. Babi la dia ni. Aku check dalam file aku tinggal dalam kereta yang tour company tu bagi aku memang tak de. Sebelum tu memang aku perasan ada satu voucher bagitau Guide kat Delhi termasuk dalam pakej semua sekali.

"This cant be it. You got paid, tips is what I will give you, if I want to give you"
"No.... No document"
"Wait"

Aku check check balik dalam beg kamera aku, ada kertas. Memang aku simpan dalam beg kamera sebab ada itinerary semua.

"You read this. All guide fees are included in Delhi, Agra and Jaipur"
"But I dont get anything"
"Then you talk  to the company"
"Sir. No.. not like this"

Pastu kereta belakang hon hon. Vikram memang macam nak menangis. Suka pulak aku tengok muka dia.

"OK. I appreciate your effort. As much as I hate you as my guide, this is for you"

Aku hulur lagi duit INR300 kat dia.

"You take it, or you'll get nothing"
"No !!!!!"

Pastu dia tengok muka drebar. Drebar buat muka tak tau dan angkat bahu.

Tak nak sudah ! Aku tarik pintu. Se sen pun aku tak bagi dia. Lantak.

"Just drive"

Ya... dan begitu la Raja Khapoor mengakhiri episode kejam dalam drama Tamil di New Delhi.

"Where do you want to go Sir?"

Baru la aku dengar suara drebar aku. Ada lorat Tamil.

"Can we go to Saket? I need to get something at the Hard Rock Cafe"
"Traffic so bad this time Sir"

Memang pun.

"Nevermind. Just go back to the hotel"

Dan aku drebar drive terus balik hotel dan aku terus di serang sakit kepala yang berterusan. Tak de niat aku nak balas kejahatan pada Vikram, tapi aku rasa dah ketentuan macam tu.

Rasakan lah wahai Si Pitung. Pembalasannya pasti lebih kejam !

* picit kepala

Incredible India - Delhi - Humayun's Tomb

Aku masih panas hati.

Sepanas cuaca di Delhi ini. Tapi nak buat cemana. Sabar je lah. Ikut kan amarah aku ni aku mengamuk kang ada si Tamil Vikram ni kena hempuk.

Tapi sabar. Sabar.

Ni semua dugaan.

Ni la bahananya kalau ambik pakej ni. Menyusahkan je. Selalu aku travel sendiri tak de la aku panas hati tak boleh nak pegi ke tempat tempat yang aku nak pegi.

Tapi fikir balik, tak pe lah. Kalau aku solo je mesti lagi pening nak berdepan dengan cuaca macam ni.

Panas. Dan memeritkan.

Selesai makan dan shopping yang tak shopping mana kami bergerak ke destinasi seterusnya.

Humayun Tomb.


Entry makan dengan entry Shopping tu nanti aku buat separate.


Sampai di Humayun Tomb aku rasa teruja. Sebab aku rasa tempat ni lawa gila.

Tapi sebenarnya kubur je pun.

Humayun's tomb merupakan kubur Mughal Emperor Humayun yang telah di bina oleh isterinya Hamida Banu Begum pada tahun 1562 dan telah di reka oleh pereka dari Parsi. Kompoleks perkuburan ini merupakan kuburan pertama yang menggunakan batu berwarna merah.

Humayun's Tomb ni merupakan another UNESCO site dan terletak dalam kompleks yang sangat luas merangkumi beberapa kubur kubur lain.

Sebaik saja kami sampai, Vikram cakap dia belikan aku tiket. Harga tiket INR250 untuk foreigner. Kalau local cuma INR20 saja.

Biasalah. Hak dia orang so memang macam tu.

So aku just tunggu dan aku dengan Vikram masuk ke dalam kompleks yang besar ni.

Masuk je tengok architecture dan design dia aku rasa terpesona. Lawa gila tempat ni. Kubur je pun.

Kalau Taj Mahal di bina oleh Shah Jahan ( suami ) untuk isterinya. Tapi Humayun's Tomb ini di bina oleh isterinya untuk Huyamun (suami nya). Humayan merupakan Moyang Shah Jahan yang juga merupakan emperor beragama Islam.

Ingat tu. Cikgu Vikram nanti bagi kuiz !

Untuk sampai ke Huyamun's Tomb ni kena masuk satu park yang luas dan sangat cantik.

bahagian hadapan entrance

bahagian belakang entrance

Dari situ nanti kena lalu kawasan kawasan perkuburan lain termasuk kubur ahli ahli istana yang lain. Anak Humayun dan juga servant servant dia.

Kawasan sangat bersih dan susun atur sangat lawa.

Aku masih terkesima rama.


Masjid dan bangunan kubur salah seorang pegawai istana

senibina luar bangunan yang lawa

Dah sampai kat tengah kawasan taman tu baru lah entrance sebenar Humayun's Tomb ni.

Kawasan ini terletak di tepi sungai Yamuna River dengan konsep Paradise Garden.

Memang lawa lah.

Gambar Humayun's Tomb

Gambar bangunan dari atas

Dan melangkau pintu ke dua baru la nampak tersergam indah bangunan ini.

Sekali pandang macam Taj Mahal. Tapi kaler merah. 

Saksikan la sendiri tempat ni.

Pandangan hadapan

Kolam hadapan bangunan

Pintu masuk bangunan

Taman sekitar Humayun Tomb

Bangunan utama

Dari sisi

Design bumbung di dalam bangunan

Bahagian bawah dome

Pandangan dari dalam bangunan

Humayun's Tomb di tengah tengah bangunan

Pintu bangunan mengadap entrance utama

Design dan architecture

Details bumbung bangunan

details bahagian kubah

Arah ke luar

Bagi aku tempat ni sangat lawa.

Kalau ke Delhi wajib pegi. Melawat. Tempat dia nyaman je. Dalam bangunan pun sejuk je. Ia di bina dengan symmetrical yang sangat tepat dengan mengambil kira elemen elemen keislaman.

Kalau kat Iran mesti banyak bangunan macam ni. Aku sangat impress dan sangat gembira. Ni tempat paling best aku rasa di Delhi.

Dan yang tak best macam biasalah.

Jap.

* Hero Tamil nak pakai baju.

OK.

Lepas keluar dari Humayun's Tomb ni. Aku jalan la keluar dengan Vikram. Cuaca sangat panas. Dia tu just follow aku je. Tak de la resourceful sangat pun sebab bila aku tanya dia jawab macam reti tak reti. Dia cuma tau, tahun bila, kenapa dia buat, langsung tak de added value dari apa yang dia bagitau aku. Tu yang aku bosan.

So lepas keluar dari bangunan ni, menuju ke parking kereta aku tanya dia.

"Did you get the balance?"
"Oh yes"

Dia pass aku duit INR50. Masa nak bayar tadi, aku bagi dia INR100 3 keping. So nak masuk cuma kena INR250. So ada la balance. Memula aku assume dia lupa nak pulangkan aku. So aku just ingatkan dia.  

"Can I keep the ticket?"
"Oh.. I dont think you wanna keep it"
"No. I want to keep the entrance ticket"

Pastu dia gelabah.

Aku dah syak sesuatu tak best.

Sebab aku berdiri tak berganjak, then terpaksa keluarkan tiket masuk. Dia tunjuk kat aku. Aku ambik. Tengok local tiket yang berharga INR20.

"This is not my ticket"
"Oh.. I threw out your ticket"
"No.. You did not"
"Yes. I did"

Terus aku angin semula. Cemana dia boleh buang yang aku tapi simpan yang dia? Sedangkan masa masuk tadi dia depan aku, aku nampak guard tu koyakkan 1 tiket je. So aku assume dia masuk tak berbayar !

"You did not pay your ticket. You paid my ticket with local charge and you keep the balance?"
"No.. I paid INR250 for you"
"Then where is the ticket?"
"I dont keep it"

Terus aku rasa macam nak terajang di hidup hidup kat situ.

Bangsat la Vikram ni. Tak abis abis nak sakitkan hati aku dan buat aku rasa tak puas hati.

"I dont mind about the money. But you are the one that I thought I could trust. And you are just a .............. fuck!"

Aku tak de la tengking, aku just cakap baik baik. Tapi menyirap gak la dalam hati aku ni. Memang aku pasti Dia beli tiket local untuk aku, dan kautim dengan jaga entrance pastu dia tak bayar tiket dia pastu dia masuk sebab dia guide. Mesti dia dah biasa. Pastu dia kencing aku hidup hidup.

"Jahanam kau Vikram !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Terus aku sakit kepala melayan orang macam ni. Dia ni betul betul la nak kena titik dengan besi panas ni. Bodoh melantun lantun.

Argh. Aku stress !! Aku nak balik !!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...