Dengar semua !
Aku dah cerita pengalaman semasa di Sunway Lagoon tu. Kali ni nak share tips secara ringkas dan padat untuk sesiapa pulak yang teringin berkunjung ke sana !
Ayuh ! Usah abang membuang waktu.... mari menuju kerumah bonda taman tema......
Ayuh ! Usah abang membuang waktu.... mari menuju ke
01. BELI TIKET ONLINE
Hari selasa harga tiket lebih murah! Check promotions and Online Deals ! Lagi cantik kalau nak celebrate birthday ! Ada discounted price for 3 and free sorang !
Bila anak ajak gi Sunway Lagoon...... dan sebab memang dah berjanji
Dan sebelum dia bertukar menjadi entiti lain....
Check website : SUNWAY LAGOON dan cari promosi ke apa ker.... kalau birthday ambik pakej birthday. Murah skit.
Book online ambik pakej birthday, nanti masa nak masuk, tunjuk ic yang sambut birthday time nak tukar wristband.
Beli kat kaunter pun boleh jugak, tapi nasib tak baik panjang beraturnya.
02. GO ON WEEKDAYS.... Eh.... AHAD PUN OK !
Tiket hari Selasa biasanya murah. Tapi takut tak free kan? Ahad pun OK. Tak ramai mana orang pegi kalau bukan time cuti sekolah.
Hari minggu boleh pegi
Korbankan waktu istirehat
Demi keriangan berganda untuk anak anak.
Kat dalam tu kalau rengsa menunggu sebab ramai orang. Boleh beat the que.... !
Pegi awal.
Kalau boleh sebelum sphyx ni bukak mata lagi !
Tapi jangan la awal sangat...... Check dulu waktu operasinya
Singa pun belum bangun lagi...
Kawasan Sunway Lagoon theme park ni agak besar. Jadi nak kena menapak dalam tu.. so pastikan korang fit !
Cemana nak fit? Test dulu.. berdiri satu kaki macam ni setengah jam
Atau berzumba dulu dengan tarian Afrika
Tapi tak pe kat dalam tu ada train ni pusing keliling. Boleh la naik kalau malas bebenor nak menapak.
Tak susah. Boleh parking dekat mall tu je.
Bawah ni....
Keluar parking je terus sampai entrance theme park
05. FOOD AND BEVERAGES
Faham. Faham. Aku faham.
Mesti dalam tu korang bakal lapar. Dah lah tak leh bawak makanan dari luar kecuali makanan dan susu bayi. Tapi jangan risau... ada banyak pilihan untuk mencekik dalam tu...
Mesti dalam tu korang bakal lapar. Dah lah tak leh bawak makanan dari luar kecuali makanan dan susu bayi. Tapi jangan risau... ada banyak pilihan untuk mencekik dalam tu...
AWAS ! Lapar cemana pun jangan sesekali korang rembat makanan itik ke angsa kat dalam tu. Jangan tetiba bersemangat waja nak masuk Fear Factors sebab kelaparan.
Kalau terliur tengok peha ayam yang gebu sekalipun... Jangan tangkap dan sembelih !
Cari kedai yang sesuai
Dan beli lah.
Banyak pilihan makanan
Serta minuman
Dan aneka fast food ada di dalam taman tema ni. Sediakan duit je...
06. EMERGENCY/EXTRA EXPENDITURES
Ya.. sediakan duit je. Extra sikit.
Dalam tu ada jual macam macam. Jadi bersedialah emergency cash untuk sewa pelampung dan sewa locker. Belum kira anak nak beli itu ini. Pastu setiap 30 langkah kaki mengadu lapor. Nak beli makanan dan sebagainya...
Dalam tu ada jual macam macam. Jadi bersedialah emergency cash untuk sewa pelampung dan sewa locker. Belum kira anak nak beli itu ini. Pastu setiap 30 langkah kaki mengadu lapor. Nak beli makanan dan sebagainya...
Jangan rompak mascot mascot ni pulak
Dia orang ni pun pokai rasanya
Macam anak aku mengaruk nak pelampung ni. Kalau tak beli kang jadi patung cendara depan kedai menunggu.
Belum kira benda benda lain yang di jual. Aci tengok je lah... tak aci beli benda merapek aka mainan.
Boleh sewa lockers di sini untuk simpan barang
Sewa pelampung pun boleh
Dan............... game game dalam ni pun memerlukan duit kalau nak 'menikam'. Princess aku mengaruk nak suruh aku tikam, dia tak tau aku ni selalu bab bab menikam ni, gagal !
RIP Mr Wallet
07. PLANNING
Ini penting !
Korang ada less than 12 hours kat dalam tu. Ada 5 theme parks. Ada berpuluh rides. Belum kira waktu menunggu. Waktu meninja di tandas awam. Dan macam macam waktu lagi yang terbuang dan memendekkan masa lawatan. Jadi rancang park mana nak pegi dulu supaya tak de lah ralat tak sempat nak cuba sebab park dah tutup.
Aku cadangkan kalau dengan family with young kids, masuk ke Wildlife Park dulu dan sudahi dengan Amusement Park so tengahari tu boleh berkubang dalam air dan enjoy water park sepuasnya. Memang penting untuk plan your activity. Rides....apa nak naik dan pastikan tak buang masa queue. Abis kurang kalau budak budak most of the time dia orang enjoy kat waterpark jer.
Fahami map taman tema ni
Wajib untuk kids ni. Lama nak kena spend masa di sini
Kenal pasti tempat mana nak spend most of your time supaya masa dan tempat lawatan dapat di maksimizekan. Barulah berbaloi baloi dengan harga tiket yang mahal tu.
Ni penting untuk para dragons sekelian......................
Dalam theme park ni memang la tak leh merokok sesuka hati ! Nama pun tempat public. Kena hormat tetamu yang lain.
Jadi tak boleh merokok sembarangan....
Bukan tak boleh. Merokok lah sampai muntah pun. Tak de yang larang. Janji di tempat yang di gazetkan.
09. MAKE USE OF THE FACILITIES AVAILABLE
Walaupun tempat ni tempat hiburan dan orang datang untuk jolly jolly, tapi ada kemudahan untuk rehat dan relaks. Banyak bench, gazebos, khemah dan tempat yang boleh duduk. Kemudahan lain macam surau, tandas, tempat tukar baju, tempat makan semua ada. Jadi gunakanlah sebaiknya.
Tempat rehat
Lockers kalau nak simpan barang.
Kerusi malas untuk yang datang dan nak bermalas malas
Kawasan santai dan istirehat
Biasalah tempat tempat macam ni prone tu macam macam bahaya. Jadi kena sentiasa berhati hati jangan galak sangat. Orang kata terlebih suka akibatnya duka. Yang penting follow arahan dan instructions dan sentiasa berwaspada. Satu lagi, kalau pegi bawak kids.. kena selalu perhatikan dia orang. Jangan ambik mudah.. Tempat ni banyak tarikan.... sekilas khayal, lain jadi nya.
Bahaya ada di mana mana
Jangan mudah leka..... dan alpa
Sentiasa awasi anak anak anda
Hah. Tengok ni, anak hilang. Kereta sorong je tinggal.
Nak naik rides pun kena ambik maklum apa yang perlu dan apa sebaliknya. Dan kalau budak budak kena sentiasa di temani ibu bapak atau orang dewasa
11. TOLERANSI
Tempat macam ni ada macam macam orang. Banyak orang banyak kerenahnya. Jadi, kena ready untuk selalu bertolak ansur. Paling penting, patuhi rules and regulations.
Sila patuhi larangan yang telah di tetapkan
Kalau kena beratur.. bersabar lah.. Semua orang beratur.
Ikut etika pakaian yang telah di tetapkan. Dan kalau tengok orang seksi, jangan sesuka hati jamu mata. Hormati lah orang lain.
Kalau badan besar gajah, jangan feeling feeling jadi sang kancil. Jangan tolak tolak orang lain.
Apa yang penting.... sentiasa bertolak ansur. Semua orang datang nak happy happy joy joy. Hafiz Hamidun je tak nak joy !
Semua orang datang dengan harapan nak enjoy...
Jadi pastikan semua orang dapat enjoy seadanya
The best day ever starts with you !
Kalau kita sentiasa waspada, elakkan dari perkara perkara yang boleh merosakkan mood dan perjalanan lawatan. Sentiasa ambil langkah selamat dan buat persediaan yang sewajarnya baru lah semuanya boleh menjadi elok belaka.
Jadi................ Terima kasih Sunway Lagoon !
Jangan lupa naik jambatan gantung. Tapi jangan sidai baju basah korang kat situ pulak
Dah last baru nak intro....
Sunway Lagoon Theme Park is the one-stop place for fun, whether you are aged 8 or 80! With over 90 attractions spread across 88 acres, Sunway Lagoon provides the ultimate theme park experience in 6 adventure zones — Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon– Asia’s 1st Nickelodeon Themed Land. Come experience them all by booking your tickets online.
Sunway Lagoon Theme Park is the one-stop place for fun, whether you are aged 8 or 80! With over 90 attractions spread across 88 acres, Sunway Lagoon provides the ultimate theme park experience in 6 adventure zones — Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon– Asia’s 1st Nickelodeon Themed Land. Come experience them all by booking your tickets online.
Once you step in, you can spend the entire day here! Explore the various dining options available at the theme park. If you need some place to sleep, we are just next door to the Sunway Resort Hotel & Spa.
SUNWAY LAGOON SDN BHD (211311-A)
3, Jalan PJS 11/11,
Bandar Sunway,
47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Theme park tel: +603 5639 0000
Fax: +603 5639 0050
Email: ask_lagoon@sunway.com.my
Theme Park Operation Hours
Open Daily: 10:00am till 6:00pm
Nickelodeon Lost Lagoon Operation Hours
Weekdays: 11:00am till 6:00pm
Weekends: 10:00am till 6:00pm
Entry ini ditaja oleh Sunway Lagoon.
ReplyDeleteno lah.
Deleteshared seikhlas hati.
Yeayyyy tq meng for the tipssss...xsabo ni, n yess aku mmg plan nak amik birthday package tuu...numpang birthday member...hehe tp serious la aku last pi 20 thn lps kot, aku byg kecik mcm dulu. Tp br nk tgk map, dh mcm USS plk aku rasa besar dia...kna plan mna nkpi la nnti ni kan...
ReplyDeletekaburkan semua bayangan yang ada... kena try tips berdiri kaki sebelah utk kekal fit di dalam taman tema ni nanti...
Deleteaku belum masuk USS
sekian !
well...... mcm ni kalau 10 tahun pegi sekali... hehehe
ReplyDeleteKalau pergi hari Selasa yg Quacktastic Tuesday tu tk ramai ke...
ReplyDeletesebab hari bekerja kan so tak ramai sgt la kot....
DeleteNak tanya, jikalau saya nak makan di dalam theme park, mereka menerima cash tak? Kerana saya akan tengok orang lain ada cakap tentang rubber stripe ? Apa fungsinya? Thank you
ReplyDeleteyes. dia accept cash and cards. yang rubber stripe tu mcm cashless band utk beli makanan juga kalau tak nak bawak cash. tapi kena reload siap2
Deleteharga tiket for adult still rm120 right ? with myKad ?
ReplyDeletei am not sure. better check the official website
Deletepergi ni time cuti sekolah ke atau hari biasa je ?mmg dia bukan hari2 ke sunway lagoon ni
ReplyDeletehari hari buka... masa ni bukan cuti sekolah. hari minggu
DeleteHi ,
ReplyDeletePelampung baby boleh bawak sendiri tak ? Atau kena sewa dlm tu ?
rasanya boleh. inflatable kan? tak sure baby punya pelampung ada sewa ke tak. mcm tak de je
DeleteKalau kat amusement park tu kan. Kita kena bayar utk every game yg nak main ke ? Ke dah include dgn ticket ?
ReplyDeleterasanya ada yang free yang boleh try. ada jugak yang berbayar pakai token. kena check kat situ
Deleteterhibur den baca entry ni.. best.
ReplyDeleteselamat berhibur
Delete🤣🤣
DeleteJom ke sunway lagoon esok 💖
ReplyDeletesila sila...
DeleteKalau datang dari negeri lain, nk sewa kat mana ye yang dekat dan murah?
ReplyDeletemaksudnya hotel ke? area sunway tu banyak hotel. ada yang murah ada yang mahal. nak paling dekat try Clio Sunway
Deletekalau beli tiket selasa tu.. kena beli online saje ke atau boleh beli di kaunter
ReplyDeletealamak.. rasanya online je kot
Deleteperlu ke tunjuk ic nak masuk tu? cmne kalau org luar yg takde pasport ?
ReplyDeleteada ke org luar tak de passport? ic tu utk dapat harga warga. kalau org luar harga lain. tak perlu passport la kot
DeleteSo member sye yg xde pasport tu leh masuk ke?
Deleteni gambar pergi weekdays ke? cam ramai jer beratur tu.
ReplyDeleteweekend... sunday tak silap. x ramai sgt la. acceptable je. dah tak ramai org pegi. banyak arabs jer
Deletehahaha lawak la entry ni xD
ReplyDeleteanyway sangat2 bagus all the info.
and thank you for the nasihat. good job (Y)
have fun !
DeleteAssalamualaikum. Untuk perempuan muslimah. Pemakaian macam mana ya? Kalau pakai purdah boleh tak?
ReplyDeleteWaalaikumusallam..
DeleteNak masuk rasanya takde masalah. tapi kalau nak mandi rasanya kena bukak kot. Tak pasti. sila rujuk official website for dressing code.
hai nak tanya, ticket boleh redeem bila bila masa ke asalkan dalam bulan birthday ke?
ReplyDeleteterima kasih
bulan yang sama bukan dalam masa sebulan
DeleteHai..nk tanya pemakaian dari fabric cotton blh ke..sesetengah water park material jersi je blh pakai..
ReplyDeletepakai baju kelawar tak buleh lah. rasanya yang bersesusian lah. boxer macam kurang manis jugak.
Deleteahaks.
sebenarnya tak pasti gak. cuma maybe skrg kena pakai mask.. hahhahaa