Thursday, February 6, 2014

TMM 2014 | Port Dickson - Part 4 : Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood

Kalau pegi mana mana tempat percutian dalam Malaysia ni tempat yang kena bagi perhatian lebih adalah tempat makan.

Aku dah siap riki martin tempat makan yang inzal di Port Dickson bagi mengisi perut. 

Aim kami memang nak makan seafood lah. Dah check, ada 2 kedai yang menghidangkan makanan seafood yang agak popular dan famous amos di sini.

Pertamanya adalah Mayang Suri. Tapi waktu sampai dah usha, tutup. Malamnya usha lagi sekali memang tutup. Tak pasti dia tutup hari sabtu atau memang dah tutup terus !

Tak dapat pilihan pertama, kami opted for pilihan ke dua. Nama kedainya Seri Mesra Seafood !

Messssssssssssssssssssssssraaaaaaaaaaaaaaaaa.....................................

* tolak Bob masuk longkang

Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood

Tak susah nak cari sebab terletak betul betul opposite station minyak Caltex di Port Dickson ni lepas pada Pantai Teluk Kemang.  ( kalau dari arah bandar PD)

Lagi lagi ada pasaraya Mesra kat sebelah tu so senang nak cari. Dia satu row dengan Pasaraya Mesra dan juga Hotel Mesra. Rasanya owner yang sama. Tapi bukan Bob Mesra tu punya la kot.... !

Pasaraya Messssssssssssssssra.................

Parking agak limited sebab share dengan orang nak beli barang kat supermarket tu, tapi boleh la riki riki dan cari. Insya Allah ada.

Waktu kami sampai sekitar jam 8 malam. Tengok tengok orang agak ramai.

Agak full house.

Tapi we were lucky sebab tak tunggu lama ada orang beredar dan dapat lah seat kat hujung hujung belah belakang. Bagus. Senang nak snappy !

Duduk je then waiter sampai. 

Dah plan nak makan itu ini, dah siap nak order last sekali mamat tu cakap.

"Ketam tak de bang. Dah abis"
"Udang?"
"Udang pun abis"
"Sotong?"
"Sotong baru je abis. Yang ada cuma ikan, pepahat dengan lala jer"

Adui !!

Makanan yang bukan pilihan aku. 

Tapi nak buat cemana. Dah duduk plus malas nak gi tempat lain dah so order je lah. Nasib baik ada ayam ayaman so boleh la setakat nak order dan mengisi perut walaupun ada sedikit rasa kecewa.

* seka airmata

OR order ikan. Aku order ayam jer. 

"Ikan Siakap bagi yang kecik jer...."
"Abang kena tengok sendiri la.. ikan semua ada kat sana tu"

Sebab ramai orang aku malas nak usha.

"Ambik je la mana mana tapi jangan yang besar sangat"

Dia ambik order.

Air sampai dulu... Oh, Air buah dia sangat sedap especially tembikai !

Tak cukup, aku order pulak air kelapa. Agak enak. Princess tukang abiskan isinya..

Nasib baik la walaupun orang macam ramai tapi kami tak de lah menunggu lama sangat. 

Kalau lama sangat pun ada nasi lemak boleh di makan. Harga seringgit je sebungkus tapi time tu pun, ada lah orang datang dari meja ke meja collect nasik lemak tu sebab dah abis. Sedap jugak la kot agaknya.

Then satu persatu makanan sampai.

Sayur campur. Sebenarnya salah order. Aku tak perasan OR dah order kailan ikan masin. Tapi demi mencantikkan kulit, maka kami makan sayur dengan banyak.

Telur dadar

Ayam masak pedas

Menu nya..

Makan dulu mana mana lauk yang ada.

Then sampai la highlight of the night. Ikan Siakap masak 3 rasa.

Pengsan !

Aku dah la tak makan ikan. Dia kasik ikan size besar lak tu... Hish..

Jenuh la nak abiskan. Aku tak de lah tak boleh makan langsung. Aku korek korek makan yang tepi tepi yang garing yang tak de isi putih tu. So kira aku berjuang jugak la sama sama nak abiskan.

Lain lainnya OR makan sorang. Hero pun tak berapa sangat ikan.

Dah diterbalikkan... ikan besar, pemakannya tak der

Makan sampai kenyang dan nasik pun dah abis.

Terlupa pulak, kami ada order lala, tapi tak sampai sampai.

Dah abis makan baru la lala sampai.

Lala masak halia. Terlebih halia....

Lala pun agak banyak. Dia kira setengah kilo. Punya la jenuh nak abiskan. Memang tak abis lah.

Yang tak tahannya. Hero cakap.

"Papa... laila ni sapa nak makan?"
"Laila?"

Hahahaha.

Aku gelak dulu.

"Ini lala lah. Bukan Laila..."

Banyak la dia punya Laila. Laila mana ntah. Ada gofren nama Laila agaknya kat sekolah. 

Laila namamu teratas?



Nama mu teratas indah bercahaya Laila
Menerangi ruang hati bersama makna mimpi
Kesucianmu kembalikan semangatku
Mendampingi cinta ku yang lalu

Harum tubuhmu memulihkan inderaku
Menghidu semula haruman di taman itu
Dan gerbang rambutmu diterbangkan bayu
Melambaiku pergi

Meninggalkan penjara ku yang ku dirikan
Melindungi diri yang tercalar
Dihiris dunia kejam

Hanya namamu Laila kekasihku laila
Hanya namamu Laila bermain di jiwa

Harga agak mahal lah. RM 127 semua semua tu tapi considering lala yang setengah kilo dan ikan siakap macam 4 orang dewasa makan tu pasrah je lah. Lagi satu resit dia tak bagi. Aku memula nak mintak jugak tapi sebab orang ramai, so malas lah. Redha je.

Orang memang ramai. Kedai agak bersih lah. Overall, rasa makanan agak OK kat sini especially sambal 3 Rasa dia tu. Cuma kecewa sebab segala mala seafood tak der padahal baru pukul 8 lebih tu.

Bersangka baik dan berfikiran positif. Kira OK lah. Makan seafood selalu tak elok jugak kan???

Betul tak Laila? Laila? Oh Laila?

Laaaaaaaaaa........... dah jadi lauk laila ni...........

Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood, Port Dickson
No. 3 & 4, Teluk Kemang Square, Batu 7, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson, 71050 NEGERI SEMBILAN
Tel: 06 - 662 5503

bersambung.....

30 comments :

  1. Tak best nyer kalau ada lauk yang di order tapi datang lambat.. lagi2 lepas dah abis makan :P

    Sedap je nampak makanan tu semua..

    ReplyDelete
  2. patutnya ko jalan kedepan sikit meng, bebetul berdepan ngan pantai telok kemang ada nama Jimat seafood, situ mmg masak dengan pantas dan sedap. oh lupa, ai orang PD hehe

    ReplyDelete
  3. aku rasa dh macam baca blog jalan2 cari makan dah....banyak entry ko gi makan skang ni ekk...hahahahaha pasni aku kena buka blog ko setiap kali nak makan tempat yg inzal ahaksssss....

    ReplyDelete
  4. bagus gak buat entry jjcm PD sbb slalunya g sana..tempat mknnya mengecewakan. seriusshit taktau mana yang sedap kat sana. yang kira ok pun, kedai ayam golek koboi kt tepi jln tu.

    ReplyDelete
  5. Best la jugak kedai ni Meng. Aku pi dulu aku makan pepahat dia sedap tak ingat... sampai aku lupa daratan makan benda tu. Ko tau kolesterol aku skang Meng? 8.98! Tahap kena berpantangan dari memakan seafood!

    ReplyDelete
  6. Bab makan memang saya akan cari blog meng.

    ReplyDelete
  7. MKl : bukak lagi ke? Ke dah tutup terus?

    TT : alhamdulillah. sedap jugak lah. sekali sekala aci je nak pegi.. selalu kang bosan pulak.

    Farikh : Ya ka...

    terima kasih. sesapa baca komen ni nanti boleh la merujuk utk ke sana pulak.

    ReplyDelete
  8. HB : entry makan adalah entry sampingan..

    travel mesti la kena makan. buleh je kau nak pegi try.

    NanaT : aku pun baru tau kedai ni masa pegi bebaru ni. sebelum ni asyik la makan kedai seafood kat simpang PD tu.

    Tak sedap pung...

    Ali : tu tinggi ke kolestrol tu?

    * mati la aku tak tau pun tahap kolestrol ni cemana...

    MKL : Boleh je... tapi tekak ni ikut tekak masing masing. ada yang suka dan ada yang tak prefer...

    ReplyDelete
  9. kolestrol 8+ tu dh kira tinggi wooo...tahap bahye dh tu kiranya weiiii...boleh kena strok atau heart attack....bacaan kolestrol normal kalau x silap aku dalam 3+ gitu utk bacaan overall la...sbb ada bacaan utk HDL ngan LDL kolestrol jahat ngan kolestrol baik....hehehehe, aku punya kolestrol skang pon dh dekat 7...skang tgh berpantang sbb doktor bg aku 3 bulan utk turunkan kolestrol aku...tgh bulan ni nak kena gi jumpa doktor check darah pastu tgk result...adoiiiii

    ReplyDelete
  10. ngeri weh aku baca komen kau ni sebab aku tak pernah check.

    * tak mampu menerima kenyataan hidup nanti.

    harapnya aku tak sampai tahap tu.

    * blacklist semua kedai kedai seafood yang ada.

    ReplyDelete
  11. Seri mesra..sedap nama kedai tp haraamm jadah ambik order mcm nk gaduh klu kt kg aku lama dh aku bakar kedai ni,,,order ikan siakap 3 rasa yg sampai ikan siakap xde rasa (minyak masak 1kilo kot dia wat kuah 3rasa)... biasa la bila dh borak pjg haus tekak air dh abis..mintak tambah order blh plk sound "td knp x oder 2 jug je" bkn aku mintak air suam dik aku mintak fresh oren fresh epal dan mcm2 fresh lg..agak2 la nk sound bkn x byr.. Patut bersyukur org dh masuk kdai rezeki masuk..ni la melayu bila dh saham naik sikit dh nk tunjuk belang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. tapi tu je pilihan terbaik kot kat sana...

      ramai je org pegi.. ikut nasib la kot. byk2 sabo eh

      Delete
  12. Pada 03/05/2014 diistiharkan kami boikot restoran seri mesra yg x mesra lg samseng..makanan langsung xsdap...

    ReplyDelete
  13. BF : sabar sabar..

    kdg kdg things turn out to be haywire.. tengok nasib jugak la..

    cuba pegi sekali lagi, kalau terkena lagi baru buleh pangkah terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan tersangat MAHAL kat mesra. Jangan pergi. Hanya kalau ada duit berjuta dan x tahu nak habiskan kat mana. Mesra restaurant memang x mesra.

      Delete
  14. NAR : adoi.

    ada yang terkono lagi..

    tak pe lah... kalau dah nasib nak kena nak buat cemana... lain kali cari option lain ok..

    ReplyDelete
  15. X salahkan supermeng. Cuma salahkan peniaga yang nak untung lebih dan mengambil kesempatan kat atas orang lain. Harap mereka sedar akan atas kesalahan dan ketamakkan mereka.

    ReplyDelete
  16. NAR : kasihan. x pe. lepas ni leh try kedai lain lak.. ok..

    ReplyDelete
  17. Aku kalau gi pd skdr gi tapau nasik lemak dia je..ya allah, sdp mcm nora danish

    ReplyDelete
  18. Daus : kalau level level nora danish. aku pun nak tapaw!

    nanti aku gi tapau

    ReplyDelete
  19. sekor ikan rm80 kat sini,mahalllll,so pasni xkan jejak dah,sori ye xde la mesra sangattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai betul org komplen tak best... cemana kita nak buat ek?

      ada sesapa boleh di komplen kat depa ni supaya berubah skit... niaga ni nak lama. kena jaga hati pelanggan.. ye dok?

      Delete
  20. Br mkn kat sini mahal sgt xsetanding dgn rase....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ker? ok la.. sesama la kita boikot nampaknya....

      Delete
  21. ya Allah betol la..atuk mahal kdai ni...xnak pergi lagi..insaf...

    ReplyDelete
  22. ya Allah..mmg mahal kdai ni..insaf xnak pergi...walo pun sedap tp bile da byr..blik tdo xlelap pikir mcm ne diorg kira..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia orang pakai skill congak di langit.

      nak buek camno.. tak pe la kalau dia tak jujur dia yang dosa.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...