Monday, February 3, 2014

TMM 2014 | Port Dickson - Part 1 : Muzium Tentera Darat

Sempena menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014, kami telah pegi ke Port Dickson !

* mati la sebenarnya kalau tak TMM pun, pegi jugak.

Saja la. Nak menghabiskan masa hujung minggu daripada tak buat apa.

Plan datang sehari dua sebelum weekend, rasa macam free weekend tu dan Hero pun belum start kelas karate dia, jadi kasi habuan kat dia dulu. Habuan nak mandi kolam !

Segala persiapan macam biasa, cuma tu la plan nak keluar awal pagi asyik tertunda. Biasalah kalau jalan dengan budak budak, ada je hal nya.

Sudahnya bergerak dari KL lebih kurang pukul 11 pagi.

Jalan menuju ke selatan yang agak jem

Bagi meredakan ketegangan, makan aiskerim dulu

Hotel aku dah booked. Agak last minit so mana yang ada je lah. 

Bekalan pun dah bawak, memang macam biasa akan singgah untuk berkelah waima pegi Port Dickson je pun. Sebab tak sempat nak makan kat rumah dan perut pun dah lapar, jadi kami singgah kat R&R dan melantak dulu.

Ini menu hari tu.

Menu simple simple je. Tapi dah siap siap beli Puding Aulad Chatime yang inzal tu.

Perjalanan diteruskan menyusuri highway PLUS dan seterusnya exit Port Dickson sebelum masuk ke Highway Seremban - Port Dickson.

Perjalanan smooth sikit cuma cuaca agak mendung. Akhirnya kami selamat sampai ke destinasi pertama iaitu Muzium Tentera Darat.

Muzium Tentera Darat, Port Dickson.

Aku dah banyak kali ke Port Dickson tapi ini lah kali pertama singgah kat sini.

Nak cari tak susah. Ikut je highway tu sampai ke simpang empat traffic light lepas highway dan belok ke kanan. Nanti lalu di kawasan Persiaran Pahlawan dan akan nampak la muzium ni di belah kiri.

Persiaran Pahlawan

Masuk di gate ke dua yang ada bangunan ni.

Ada parking depan bangunan ni.

Kat sini jugak ada toilet. Agak bersih. Hero siap sound aku.

"Papa. Bersihkan toilet ni.. selalu tandas yang kita pegi semua kotor kotor"
"Hmmm"

Pemerhatian yang bagus. Memang bersih. Tak tau la mungkin sebab jarang orang guna atau memang selalu dibersihkan tapi memang bersih. Kalau nak berguling guling dalam tu pun rasa macam OK lagi. 

Hahahaha.

Dah parking dan dah kencing, maka merayaulah di kawasan Muzium Tentera Darat, Port Dickson ini.

Ada kapal terbang tentera lama

Juga jet pejuang

Lepas tu boleh naik di kawasan atas bukit sikit. Ada bangunan dan banyak kelengkapan angkatan tentera yang dipamerkan di kawasan ini.

Yang penting, masuk adalah perchoma !

Lihat dulu beberapa alat alat ketenteraan yang ada dikawasan laman muzium ini.

Tret tet tet......

Tayar  

Army Tanker

Ada dataran dengan kolam di perkarangan muzium

Meriam meriam

Ada jugak keretapi

Keretapi lama

Bangunan utama muzium

Kelengkapan tentera

Muzium Tentera darat ini terletak bersebelahan dengan pengkalan tentera di batu 5 Port Dickson. 

Muzium ini dibina dengan paparan sejarah melalui perubahan masa dan dibina seolah olah satu penceritaan. 

Selain daripada bangunan muzium, terdapat juga kenderaan tentera termasuk kapal terbang, kereta kebal, senjata dan meriam sebagai peringatan khusus kelengkapan anggota tentera yang berkhidmat dalam sejarah perang di Malaysia.

Bagi aku tempat ni agak menarik, cuma kat bahagian luar tak banyak info yang ada jadi setakat tengok dan ambik gambar dan budak budak hunggah hunggah dan syok sendiri menembak apa pun tak tau.

Kereta kebal

Ini pulak bangunan muzium. Ada 2 blok bangunan sebenarnya, depan dan belakang. Satu sebelum merdeka dan yang belakang selepas merdeka

Keretapi lama yang tak boleh nak masuk. Mesti sebab orang vandal dalam dia

Plak perasmian oleh Tun M

Ini pulak sebahagian daripada pameran dalam bangunan muzium.

Aku tak abis tour sebab dalam tu agak gelap dan Princess ketakutan. Asal gelap je dia menjerit ajak keluar. 

"Adik takut.. Adik tak nak..........."

So... terpaksa la keluar. Hero tu redah je. Kejap ke sana kejap ke sini. Apa dia tengok pun aku tak tau.

Kapsul masa

Apa itu kapsul masa

Buku pelawat

Cer teka ni siapa?

Ini lah Tuah dan Jebat. Atas tu Hang Tuah. Ntah ya ntah tidak muka dia macam ni

Ada banyak lagi kawasan dalam bangunan muzium tu tapi aku tak sempat nak masuk. 

Ada banyak bahan bahan sejarah ketenteraan dan gambar gambar dipamirkan. Macam biasalah, sorang sibuk nak tengok kereta tank, sorang lagi ketakutan tak nak berjalan. 

Sudahnya, redah macam tu jer. 

Apa apa pun, yang bahagian dalam bangunan tu lebih banyak maklumat dari segi bacaan dan tulisan. Tayangan video pun ada. Siap ada harimau sekor ( patung ) dan Princess terus histeria tak nak masuk. Dan ada terowong komunis lagi.. tapi tak sempat nak masuk jugak.

Tanker

Batu Jepun

Kereta pemungut. Pungut apa eh?

Heli zaman dinosaur

Pesawat TUDM di muzium Tentera Darat?

Jet Pejuang  ( aku teringin nak masuk dalam )

Tugu peringatan

Untuk menperingati jasa pahlawan yang gugur

Bangunan Muzium

Fountain

Dan macam biasa, ada je orang nak menjual. 

Sapa la yang berani pakai seluar celoreng celoreng dalam hutan kaler pink??

* mati la musuh tak jadi tembak tapi gelak sampai termeninggal...........

Apa apa pun.... tempat ni boleh singgah kalau ke Port Dickson. Tak rugi pun. Tak payah nak pegi sampai ke Ho Chi Minh untuk  tengok War Muzium macam ni. Ingat ! Malaysia Truly Asia.............

Persekitaran yang bagus dan relax, budak budak suka lah tengok.. sikit sebanyak bagi pendedahan ke apa bagus jugak.

Hero siap sound masa nak gerak tu.

"Best la tempat ni Papa. Seronok... nanti kalau esok kita balik boleh tak kita singgah lagi kat muzium ni?"
"Heh..mana ada orang pegi muzium banyak banyak kali"
"Tak boleh ke Papa?"
"Tak boleh !"

Hahahaha. Itu peraturan Papa tapi sebenarnya aku malas nak melayan !

Ada ke orang pegi muzium banyak banyak kali?? Kan?

Hiks.

Tapi dia seronok tu kira OK lah. 

Spend lebih kurang kat sejam di sini dan kami bergerak ke destinasi seterusnya di PD ni...

Ini sedikit maklumat. Note dia tak bukak daily.

Muzium Tentera Darat Port Dickson
Jalan Sua Betong
71050 Port Dickson
Phone 6066409480/481/482/488
Wed - Sun: 10:00 am - 5:00 pm
Email admin@armymuseumpd.gov.my

FB Muzium Tentera Darat, Port Dickson

bersambung............

6 comments :

  1. aku hanya ingat m.nasir je bila sebut hang tuah...hmmmm hensem tauuuu dia dlm puteri gunung ledang tu :D

    ReplyDelete
  2. Cantik jugak muzium ni, tak penah pi lagi ni. Entry ko no boleh dijadikan panduan untukku...

    ReplyDelete
  3. Biq : M Nasir ek? Aku kena ingat Tiara Jaquelina lah..

    seksi tu...... hahahah..

    Ali : boleh pi sekali harung dgn berkhemah nanti.

    MKL : tak masuk. anak takut

    ReplyDelete
  4. Zaman aku kenal tentera Meng, disinilah hari pertama aku kenal Tentera (dulu A Kompeni) dan tandas tu mmg bersih , cuma kolah kat kuar dah tak ada, dataran tu asalnya pokok Saga besar gedabak, entah tahun bila tanam, bilik pameran tu adalah berek Rekrut, dan padang antara blok tu tempat kami bersuka ria, (ambik ko) kawasan letak kenderaan berat tu laluan utama ke dewan makan, rsat, kolam sarimah, lapangan terbang, E,F,D dan Pejabat..dan semua hanya sejarah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh. dah kira mengimbau kenangan silam la ni... mesti beremosi. hahah tak pe bro. tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pulak tempat bermain. kenangan dan pengalaman tu...

      nanti pi la melawat citer kat anak anak.

      cara bersuka ria ko tu cemana??? hahahaha

      dan kolam sarimah? sarimah ibrahim ke sarimah p ramlee?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...