Friday, September 11, 2015

Santai Damai Selatan : 02 - 1511 Coconut Grove Juara, Tioman

Aku share penginapan aku sewaktu di Kg Juara, Pulau Tioman ni.

Kg Juara

Nama resort ni adalah 1511 Coconut Grove Juara, Tioman.

Aku pilih tempat ni based on tripadvisor. Memang dari segi apa yang aku baca tempat ni memang tenang, damai dan sesuai dengan apa yang aku inginkan. 

Jadi.. pilihan aku ke sini agak tepat walaupun tempat ni agak jauh dari hiruk pikuk dan keriangan.

Kita check tempat ni dulu.

1511 Coconut Grove Juara

Chalet dia tak banyak. Ada beberapa buah je tapi semuanya mengadap laut dan beberapa langkah je dari pantai

Ni reception area kat belah belakang sikit. Di sini la kiranya lobby, activities center, tempat makan dan sebagainya

Breakfast included dengan room

Wifi tak berapa bagus di sini. Coverage phone pun lemah. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku nak menyendiri

Makan semua ada di sini.. Boleh order untuk lunch dan dinner

Aktiviti pun boleh di arrange. Owner dia sangat frienly. Namanya Andy dan wife dia Maria Luz

Chalet dia agak lawa

Bilik agak basic

Tapi mencukupi. Bersih dan kemas

Patung tu je tak berapa sesuai, so aku sekup dengan tuala. Ada safety box. Water heater. Aircond. Kipas. Pendek kata.. OK lah. Tak la mewah sangat dan tak la cikai sangat

Ni laut kat depan chalet. Tu watch tower ada 2 kiri kanan sebagai penanda kawasan

Pantai agak landai. Air pun agak OK. Memang boleh mandi dan berenang

Kawasan resort dan pantainya

Pantai tak private tapi kurang orang. 

Ada tempat penetasan telur penyu di sini. Ada kes mamat England yang mati dulu tu kat Tioman. rasanya dia volunteer di conservation sini.

Tak tau bila telur penyu nak menetas

Aktiviti petang petang... 

Landai dan mendamaikan

Aku sempat dinner sekali di sini

Menu dinner. Nasi Goreng. Not bad lah

Dan breakfast

Breakfast boleh pilih dari menu dia

Sangat sesuai untuk santai 

Overall, aku cuma duduk satu malam je kat sini. Tapi based on pengalaman aku. Tempat ni memang sunyi dan tenang. Agak bosan kalau yang sukakan hiburan. Agak bagus kalau yang mencari ketenangan.

Sesuai untuk honeymooner. Tak berapa best untuk family or single.

Yang best bilik dia bersih. Chalet dia agak lawa. Owner dia friendly. Pantai dia bersih dan landai. Makanan pun OK lah. TV tak der ! Wifi agak slow !!

Cuma bila malam kawasan ni senyap dan sunyi.

Refer website mereka : 1511 Asia

So kenapa aku memilih tempat yang sunyi sepi begini?

Sebab aku memang memerlukan tempat sunyi dan hening macam ni untuk mencari jawapan ketenangan dari sebuah istikarah.



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta..

Now aku share cemana aku mencari ketenangan cara aku.

Apa aku share ni jangan cakap aku ni alim pulak. Aku tak alim tapi ini cara yang aku biasa buat kalau aku rungsing, bermasalah dan memang nak mencari ketenangan jiwa.

Sebelum tu keperluan untuk mencari ketenangan cara aku.

1. Tempat tu kena sunyi. Tak de bunyi kenderaan. Bunyi TV. Radio dan sebagainya. Bunyi yang soothing macam ombak atau bunyi cengkerik dan unggas adalah digalakkan.

2. Waktu untuk bermula kena malam. Biasanya lepas maghrib pun dah OK sebab time tu dah sunyi.

3. Sebaiknya sorang sorang dan tak de orang lain bersama sama kita. Perut tak lapar dan tak kenyang sangat.

Dan ini yang aku buat.

1. Solat Maghrib.
2. Solat Hajat mohon apa saja yang kita nak.
3. Baca Al Mathurat dari mula sampai abis. (rujuk Kitab Al Mathurat) boleh download kat apps juga.
4. Baca Yasin 3 kali. ( Setiap 7 ayat yang end dia ada ... mubin .... diulang sebanyak 7 kali setiap satu )
5. Baca Surah Al Mulk. Al Sajadah dan Al Waqiah.
6. Solat Isyak.
7. Doa. Sampaikan isi hati.

Itu cara aku buat. Bukan riak. Bukan tunjuk alim. Sekadar berkongsi. Doakan aku jadi alim tak per.

Lepas tu boleh tidur !

Insya Allah. Baca apa pun okey sebenarnya, yang penting, niat dan ikhlaskan hati............. pastinya ketenangan diperolehi.

Amin.

bersambung..........

26 comments :

  1. hmmmm.... ketenangan mmg susah dicari.. I hope Meng dapat ketenangan yang dicari dan segala kemushkilan dan keresahan telah dirungkai... amiiiiinnn... and btw, thanks for sharing your ways to find ketenangan tu... i wished i could have known about this 2 weeks ago bila akak tengah keliru whether i should go buat haji alone or not... i am very sure it could have helped...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai.. tak pe la... moga masalah tu settle eh.. saya doakan moga di permudahkan segala urusan puan

      Delete
  2. Thanks for sharing tips ketenangan ni Meng. Semoga ketenangan jadi milik kita seantero dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.....

      aku tenang kalau dpt gi travel jer.. tapi bajet selalu lari.. lari laju lak tu tak leh nak kejar.. how?

      Delete
  3. semoga kau jumpa ketenangan dan mendapat jawapan terbaik untuk segala permasalahan. Amin.
    thank you sebab share cara kau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. terima kasih normaya.. dah settle dah pun.

      aku je lambat update makan tahun ni

      Delete
  4. good sharing.. thank u. Buleh di apply nanti..

    teringin betul nak ke tioman. entah bila nak pergi agaknya. Tk buleh nak slot dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sgt plan la tu sampai tak leh nak slot.. pegi la mana mana pun sama je kan? janji hati senang.

      Delete
  5. Terima kasih kerana sudi berkongsi tips mencari ketenangan. Semoga memberi kebaikan kepada kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Ini bukan la yang terbaik.. apa yang penting keikhlasan hati masing masing dalam memohon doa .. kan?

      Delete
  6. Meng, terima kasih utk tips dan moga mendapat ketenangan seperti yang dicari..

    ReplyDelete
  7. jauh nya ko istikarah Meng oi...
    harap tercapai la ketenangan tu
    good tips tho !

    Salam Jumaat~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa.. tempat tu syarat je.. kebetulan aku nak ke JB so cilok la kejap dtg tioman ni...
      lagi pun dah lama tak bersatu dgn alam.. ahaks..

      Delete
  8. Apsal aku pun turut serta sedih ni....

    ReplyDelete
  9. terus aku rasa tenang baca entry ko kali meng...

    ReplyDelete
  10. akak pantang baca ada words coconut.
    good sharing tips to be better person
    insan mudah lupa
    mudah leka
    dan mudah ngeluh susah..

    every of your entries never fails me

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buleh claim royalti.. kaya dah kak anash ni.. merata2 org pakai coconutz..

      silap2 resort ni akak punya kot? dlm diam diam..... haks...

      terima kasih kak anash kerana sudi membaca segala tulisan merapu kepundan parang skaper ku ini

      Delete
  11. good sharing..thanks Meng. Syahdu pulak tetiba..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama.... semoga manfaaat juga kat org yang baca

      Delete
  12. Assalamualaikum supermeng... Nak tanya ni, sampai ke kg juara ni bertolak dari mana ye? Mersing or tg gemok? Pastu bleh x kalau nk tau tentatif perjalanan and bajet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mersing atau tg gemok pun boleh.. asal sampai kg tekek.. dari situ ambik prebet sapu ke juara.. tanya je org org kat situ.. tak de jadual biasanya ada je yang buat grab sapu.

      tentatif perjalanan tak de.main redah je

      Delete
  13. Tq supermeng, tp nk tnya 1 lg, kalau hujung bulan 2, feri xda, ade pengangkutan lain x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. flight? tapi dari singapore.
      ferry ada kot cuma kekerapan dia kurang. check schedule ferry ke tioman

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...