"Aku mahu makan malam di hotel..........."
* tolak Yuna dalam semak
Makan siang di Gobo Upstairs Lounge & Grill, Traders Hotel, Kuala Lumpur.
* tolak Yuna dalam semak
Makan siang di Gobo Upstairs Lounge & Grill, Traders Hotel, Kuala Lumpur.
Lunch agak formal, makan kat tempat formal, hadirin hadirat semua formal. Konklusinya, membosankan !! Aku ni jenis sempoi je orangnya... tak suka protokol mokol... tapi kadang kadang atas dasar kerja kena la pose pose pakai suit. Conformity la kononnya.
Tapi sempat la aku snappy mana yang patut. <<< Ini part yang memang tak leh nak control.
View resto memang mengancam !
Di tingkat 6 Traders Hotel, KL
Duduk cantik cantik dan molek molek
Sebelum orang datang, snappy dulu kalau tak di tuduh kg.com
Pemandangan bangunan Exxon Mobil kat sebelah
Dan kondo mewah
Dan taman KLCC
Dan keseluruhannya
Awesome view !
Now duduk untuk order makanan. Lunch menu di sediakan pilih mengikut kesesuaian tekak
Mulakan dengan appetizer
Dan barulah menu utama. Ni Beef. Bukan aku punya.
Salmon Khan... pun bukan aku punya
and chicken. Of chos... hidangan untuk beta.
Masalahnya kenyang ke?
Makan berprotokol macam ni memang tak best. Makanan dah la seciput. Suap banyak banyak kang abis dulu di tuduh gelojoh. Nak tak nak, makan sesuap ,.. lap mulut. Makan lagi sesuap.. lap lagi mulut.
Bosan sungguh kalau aku terpaksa berada dalam situasi macam ni.
Sembang pun benda benda formal jer. Gelak pun bunyi 3 kali.
HA HA HA.
Gelak pasal apa pun tak tau. Main gelak je. Then time tu kita realized semua ini FAKE belaka.
Apa apa pun view memang superb
Kenyang layan view je lah
Dah abis main course baru bantai dessert
Belasah mana yang ada
Makan la sampai kenyang
Dah kenyang... blah * campak suit belakang kereta
Kenyang jugak la sebab makan slow slow dan penuh sopan santun kan? Kalau tak kenyang melampau la pulak kalau nak mintak tambah. Anyway aku yang arrange tempat ni untuk beberapa orang Mat Salleh dan clients.
Apa pun for formal meeting, lunch appointment, lunch with customers or apa apa yang sama macam tu boleh la datang sini. Makanan okey la. Aku pun tak reti nak menilai.
Kalau nak makan kenyang kenyang borak panjang panjang.... gebang gebang. Gi je la lepak kedai mamak !
Tak recommend tapi kalau terpaksa.... or kalau nak makan sambil layan view ala ala formal atau romantika di amor... YES !
Redah kasi kenyang !
Makan lagi uncle meng..... .!!! Suka tengok.
ReplyDeletetengok apa? makanan? hehehe.. renung je la puas puas.. kot la boleh kenyang !
DeleteIlir sungguh
ReplyDeleteMende tu gok?
DeleteIlir = hilir, lawan kpd hulu.. hehe. Canggih la kiranya
Deletesekali sekala dak pe ah
Deletedessert dia nampak sedap...itu kot yg Endless Finish dlm menu tu..
ReplyDeletehahaha..formal sungguh, gelak pun tiga harakat..
Tu la... gelak gelka kever jer... Makan pun sopan santun jer.
DeleteDesserts banyak dan sedap sedap.
zaman dulu2 ada la gak pengalaman kena belanja client, nasib baik client tu melayu bawak pegi makan retoren assam house cukup le hehe, up sikit restoren simpang tiga (semua nama restoren berlokasi di Ipoh aje)
ReplyDeleteOh Assam House dah ada kat Lembah Klang ! Aku pun dah gi makan hari tu.. sedap gak.
DeleteMeng,
ReplyDeleteDulu ada ustaz pesan (masa sekolah menengah).. jgn gelak lebih dari 3 harkah ya'ni.. HA HA HA..
Kut gelak berdekah-dekah tu gelak setan.
Ntah ya.. ntah tak.. tak tau la sebab tak penah mengkaji.
- ke dia sound ke Sham sorang jer.
Ya betul ! Pernah dengar jugak. Tapi tu gelak dgn emosi.. cuma kena kawal je kan.
DeleteYang ni gelak tak beremosi. Tetiba je break sendiri... Pastu bingung ! Hahahaha...