Saturday, September 12, 2015

Santai Damai Selatan : 03 - Sunrise @ Kg Juara, Tioman

Lepas melaksanakan apa yang aku dah rancang, malam tu aku tidur dengan nyenyak.

Sebab tak de apa nak buat, tidur awal lah. Jaga kecantikan.

Tengah tidur tiba tiba terjaga !

Jeng Jeng Jeng..........

Dengar bunyi ombak.

Dengar bunyi cengkerik dan unggas.

Tetiba dengar bunyi pelik dari arah bilik air. Sudah ! Cuak gak aku sebenarnya. Bunyi macam cekelup cekelup.

Mula mula malas nak ambik pot, tapi rengsa lak jadinya tak leh lena semula. Tengok jam pukul 2 pagi. Aku bangkit dan check dalam bilik air. Agaknya air laut pasang buat air dalam toilet bowl berkocak kocakan. Seram lak aku memula. Tapi lepas check tu,  buat tak tahu je lah. Tutip pintu bilik air dah sambung tidur.

Eh.. merokok dulu sebatang. Tapi tak berani nak bukak pintu chalet sebab gelap gelita. Cuak gak seh.

Abis rokok sebatang aku sambung tidur.

Dalam tidur tu aku mimpi aku nampak matahari terbit menyinari dengan indah. Matahari pagi terbit cantik, bulat dan menyinar  terang !

Sampai la terjaga subuh tengok cuaca hujan kat luar.

Harap harapnya mimpi melihat matahari memberi petanda yang baik baik. Semoga apa jua ke tidak tetapan hati yang ada berganti keyakinan yang teguh yang telah aku buat. Jawapannya aku dah ada, cuma aku takut pilihan yang aku buat itu bukan la yang terbaik bagi aku sebenarnya.

Tapi bangun pagi tu aku rasa relaks. Rasa tenang. Alhamdulillah. Macam aku cakap... kedamaian dan ketenangan itu datang. Apa yang penting, perasaan yang bergelojak di hati, aku kini tak meraguinya lagi.

Samar samar bayangan. Masa ni matahari dah mula kelihatan. Kalau tengok cuaca masa aku bangun tu sedih gila. Sendu semacam jer.

Sebab cuaca mendung, aku memang tak expect dapat tengok matahari terbit pagi tu walaupun sebenarnya aku berharap matahari akan memunculkan dirinya di pagi hari.

Tapi Tuhan maha kuasa. Kejap je tetiba matahari mula menyinari dan memancar. Walaupun tidak semerah mana tapi cukup untuk memberi cahaya baru dalam perjalanan hidup manusia !

Layan gambar matahari terbit di Kg Juara, Tioman.

Tuhan maha kuasa. Doa aku untuk melihat matahari pagi hari ni berjaya ditunaikan. Alhamdulillah

Matahari pagi pancarkan sinarmu

Terangi luas langit

Dan jalan yang suram

Agar bersinar jalan ku

Dalam meniti hari hari mendatang

Dan matahari terus menyinar ..................

Meninggalkan ufuk timur 

Dan terbit memancarkan cahayanya

Untuk insan insan yang berduka

Pancarkanlah sinarmu matahari ku

Agar aku dapat merasakan kehangatan  

Hadir dengan sinar

Untuk permulaan hari baru

Untuk menyuluh perjalanan yang berliku.....

Dan gerimis pagi pun reda.

Dengan kain pelikat, aku pegi duduk bertenggek atas batu tepi pantai depan chalet. Layan rokok dan layan perasaan sendiri.

Bertemankan laut sepi aku menikmati pancaran cahaya matahari ke wajah. Menandakan apa jua kekusutan yang berlaku dalam hidup ini... pastinya ada jalan penyudah.

Sinar matahari yang menyuluh kehidupan insan !

* hembus asap rokok ke udara......

p/s kecelaruan ini dah lama pun selesai dan keputusan yang aku buat adalah bertepatan sekali. so aku tak menyesal malah bersyukur kerana dipermudahkan dan ditunjukkan jalan.



Didalam gelap kehidupan ini
seakan tiada sinar cahayamu
Kucoba melangkah dari satu keyakinan
didalam gelap pasti ada terang

Kegagalan demi kegagalan
kujadikan pedoman hidup ini
bagai hari-hari, ada siang ada malam
Teguhkan iman didalam jiwa

Aku insan lemah
tak lepas dari goda dan cobaan
Diri yang merana terombang ambing
oleh kehidupan

Matahari pagi pancarkan sinarmu
agar aku merasakan kehangatanmu
Biarlah mimpi buruk yang kemarin
hilang ditelan malam yang kelam

Kegagalan demi kegagalan
kujadikan pedoman hidup ini
bagai hari-hari, ada siang ada malam
Teguhkan iman didalam jiwa

Aku insan lemah
tak lepas dari goda dan cobaan
Diri yang merana terombang ambing
oleh kehidupan

Matahari pagi pancarkan sinarmu
agar aku merasakan kehangatanmu
Biarlah mimpi buruk yang kemarin
hilang ditelan malam yang kelam

Kita manusia tiada daya
selain Engkau pengasih
Diri yang merana terombang ambing
oleh kehidupan

Matahari pagi pancarkan sinarmu
agar aku merasakan kehangatanmu

bersambung..........

15 comments :

  1. aduuuh.. sedih dengar lagu tu.. arwar nike ardilla pulak tu yang nyanyi.. butir2 wordings sungguh ironi dengan kehidupan beliau... anyway i nak share lagu ni plak....

    https://youtu.be/e-Gc-uR-9ko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...

      kehidupan sapa? niki ardilla tu ke? bukan dia dah mati ker

      Delete
  2. Apa pun smoga pilihan ko yg terbaik n smoga dipermudahkan semuanya...good luck bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome... aku oke. semua pun dah kembali normal...

      Delete
    2. eh welcome pulak. terima kasih ! ahaks... lapor la ni

      Delete
  3. Pulau Tioman... lama dah gua tak jejak kaki sana, last time gua hampir kena kejar dengan kera yg ada di sana... lepas tu, ada satu malam tu blackout satu pulau, gelap! Scary woo... huhuh! X3

    Nice photos, as usual... and, life is indeed a wonderful journey ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes... indeed.. !

      Kera kera maybe dah pupus di Tioman tu by now. Kau dah boleh plan ke sana semula !

      Delete
  4. Oh my! It's been ages I'm not browsing to your blog mr sm :)
    Stay cool and jovial as always ya!

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. usah la kau bersedih..... bak sini dronw tu nak pinjam

      Delete
  6. Syahdu sungguh..cerita & sunrise pic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sekali sekala tangkap leleh.... biasa la..

      maklum la dlm hati ada taman. tapi taman tema penuh dgn roller coaster !

      Delete
  7. ....yes i've been travelling mcm island hoping gitu (from island to island)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...