Wednesday, September 9, 2015

Goa, India - Budget & Itinerary

Ini entry perihal budget dan itinerary perjalanan aku ke Goa, India.

Highlights trip ni dah pun muncul sebelum ni : Goa, India - Highlights

Pantai di Goa 

Since Goa, India ni merupakan destinasi terbaru Air Asia dan rasanya tak berapa ramai lagi orang pegi, so aku kongsi apa yang patut moga menjadi panduan dan teladan bagi yang merancang ataupun yang sudah pun membeli tiket ke sana.

Sebelum tu, kenal pasti di mana destinasi Goa ni.

Goa, India

Goa adalah negeri yang terkecil di India dari segi keluasan dan juga yang keempat terkecil dari segi bilangan penduduk. Goa terletak di pantai barat India di kawasan yang dikenali sebagai Konkan ini, bersempadan dengan negeri Maharashtra di utara, dan negeri Karnataka di timur dan selatan, manakala Laut Arab membentuk pantai baratnya.

Ibu negerinya Panaji (Panjim), bandaraya terbesarnya Vasco da Gama (Vasco), manakala bandaraya bersejarah Margao masih menonjolkan pengaruh budaya Portugis.

Dari segi sejarah, saudagar-saudagar Portugis mula mendarat di Goa pada awal abad ke-15. Jajahan Portugis ini wujud selama 450 tahun (salah satu milikan penjajahan yang paling lama dipegang di dunia), sehingga diambil alih oleh India pada tahun 1961.

Goa yang terkenal kerana pantai pantainya dikunjungi oleh beratus ribu pelancong dari dalam dan luar negeri setiap tahun. Old Goa juga terkenal sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO yang menjadikan Goa sebagai salah satu tapak kewujudan sejarah agama Kristian yang utama di benua Asia. 

Kenapa aku pilih Goa?

Aku pernah dengar nama Goa ni tapi tak de la excited sangat nak pegi, tapi satu hari sewaktu Air Asia iklan route baru mereka dari Kuala Lumpur ke Goa aku riki riki dan akhirnya aku decided nak beli sebab aku rasa harga dia affordable iaiti RM 330 return ticket.

Kiranya terbeli jugak la ni ! 

Hehehehe.

Dan masa berganti waktu, akhirnya tiba untuk berangkat ke sana. Trip aku ke Goa ni adalah selama 4 hari 3 malam.

1. VISA.

Memandangkan untuk melawat India memerlukan Visa pelawat. Dan aku sebenarnya memang malas nak pegi negara negara yang memerlukan visa ni. Tapi sebab dah terbeli tu.. nasib lah ! Sebulan sebelum tarikh berangkat baru aku fikir nak start buat visa India di KL. Tapi memandangkan aku agak busy dan tak de masa  nak gi KL, aku aku riki riki akhirnya aku tahu boleh buat visa ke India secara online !

Visanya di namakan eTV ( electronic Tourist Visa ).

Cara nak apply visa ni boleh pegi ke website : India Visa Online. Klik pada eTourist Visa (eTV)

Rasanya requirementnya sama je kalau buat secara di kaunter pejabat Visa India Center di Jalan Lebuh Pasar Kuala Lumpur.

Tapi kena take note of these followings.

1. eTV hanya boleh di buat untuk tourist visa yang plan untuk arrive di certain airports di India sahaja. 
2. Kena scan gambar dan passport mengikut size yang di kehendaki dan attach sekali dengan borang yang telah lengkap di isi.
3. Sebaiknya kalau dalam nama kita ada Bin atau Binti,.. masukkan sekali dalam kotak nama tu. Aku letak je SUPERMENG BIN sebagai first name.
4. Sila sertakan alamat di India ! Sebab masa tu aku tak book lagi mana mana penginapan, aku belasah je letak alamat hotel di Goa. ( cari je kat google mana mana hotel yang available)
5. Yang tak bestnya buat secara online ni, harga nya sedikit mahal sebab dia charge USD60. Kiranya lebih RM200 berbanding buat kat Visa Center cuma dalam RM 170. Tapi ! Buat secara online ni cuma memakan masa kurang dari 72 jam. Macam aku, petang ni buat, esok pagi dah dapat email dari mereka kata eVT aku dah granted. Print email yang dia bagi dan nanti bawak dan tunjuk masa arrival di airport.

eTV yang di hantar melalui email.

6. Ada masalah sikit masa pembayaran sebab masa nak bayar ada option Debit/Credit card. Aku try debit tak berjaya. Tapi bila aku tukar ke Credit Card walaupun aku pakai Debit card baru la boleh.

Bagi aku apply eTV ni agak senang dan menjimatkan masa tapi tu la kos dia agak mahal sikit. 

Apa apa pun, preparation untuk visa ke India ni secara online lebih mudah !

2. ACCOMODATION

Mencari penginapan di Goa tak susah sebab banyak gila option dari yang murah hinggalah ke taraf berbintang bintang ! Apa yang penting... ongkos.

Apa yang lebih utama adalah untuk mencari lokasi penginapan yang di inginkan.

Perlu di ingat GOA tu sendiri adalah sebuah negeri dan bukan la sebuah bandar. Goa terbahagi kepada North Goa dan South Goa dan ada beberapa bandar di sekitar kawasan kawasan ni. 

Aku memilih Panaji ( atau juga di kenali sebagai Panjim ) kerana kedudukan dia di tengah tengah antara South Goa dan North Goa. So aku jadikan based supaya senang aku nak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi yang nak menginap di tepi pantai, boleh la pilih mana mana kawasan yang diingini, tapi aku syoorkan pilih penginapan di South Goa sebab pantai dia lebih menarik dan lawa. Tapi kalau nak senang pilih je macam aku, pilih je Panjim.

Penginapan aku di Goa untuk 3 malam. Old Quaters by TheHostelCrowd di Panaji.

Penginapan aku ni hostel tapi aku ambik private room. Tak tau nak recommend ke tak tapi lokasi agak bagus dekat dengan bus station Kadamba ( bus station utama di Panaji ). Cuma, private room terletak di bangunan lain kena ulang alik dalam 2 minit ke main building ni. Aku dapat bilik tak de coverage internet dan toilet share. Kena turun naik nak guna internet dan ke toilet. Tapi bilik memang luas dan bersih cuma bangunan agak buruk dah. Harga RM 60 per nite boleh accommodate 2 orang !.

Kalau yang hostel boleh kot duduk sini, tapi kalau ada option lain, boleh cari few other budget accomodation di kawasan sekitar ni jugak yang lebih OK.

3. CURRENCY

Currency pakai Indian Rupee. Aku tukar di sini je.

Wang kertas Indian Rupee

4. WHEN TO GO

Waktu terbaik untuk melawat Goa adalah bulan Nov - Feb. Mac - Jun cuaca sangat panas dan July ke Oct adalah musim hujan.

Kiranya aku pegi ni musim hujan. Ada la sehari hujan turun petang tu tapi hari hari lain panas nauzubillah ! Rentung aku rasa especially bila kat pantai. Memang panas menggila macam nak pengsan. Dan aku pulak bukan jenis pakai sunblock.. memang terbakar kulit balik dari Goa ni !

Dah la tak berapa nak hensem. Dah rentung ni lagi kurang kacak rasanya.

5. MY ITINERARY

Macam biasa aku sebenarnya tak de itinerary khusus. Aku cuma plan mana aku nak pegi untuk masa 4 hari tu dan cemana nak pegi tu aku decide masa kat sana jer. Tanya tanya kat hostel tu lebih mudah.

Tapi ni aku share lah apa yang aku dah lalui selama 4 hari 3 malam di Goa semoga menjadi panduan bagi yang teringin ke sana.

Day 01 - Depart from KLIA 2 to GOA.

Penerbangan aku pukul 8 malam dari KLIA2 dan sampai di Dabolim International Airport GOA pukul 10.35 malam waktu India. 

Flight time 4 jam setengah. India 2 jam setengah behind Malaysia.

GOA Airport

Kiranya hari pertama memang departure and arrival je. 

Cemana nak gerak dari Goa airport ke bandar/destinasi di Goa?

Barang di ingat, flight Air Asia tiba di Goa pukul 10.35 malam. Nak lepas immigration etc tu dah kira lepas pukul 11 malam. So option untuk naik bas adalah yellek ! Bas sampai pukul 9 jer. So nak tak nak kena naik teksi.

Ada kaunter teksi kat airport yang akan hantar ke destinasi masing masing. So kalau jauh penginapan maka mahal la teksi ni. 

Contohnya prepaid teksi dari Goa Airport ke Panjim kalau siang 700 INR (RM 44) tapi kalau lepas pukul 11 malam harga dia jadi 900 INR (RM57).

Option aku. Bila keluar dari airport tu, jangan pedulik yang prepaid teksi ni. Pegi pose pose cantik lawa dulu depan airport hisap rokok. Nanti ada teksi sapu yang approach dan nego dengan mereka. Macam aku hari tu sempat nego dengan dua tiga teksi sapu ni dan akhirnya dapat harga 500 INR (RM 31). Kira OK la consider dah malam.

Option naik public bas cuma ada kalau siang atau awal malam jer. Kena tunggu kat jalan besar depan airport. Public bus goes to Panaji, Vasco De Gama dan Margao. Of chos dengan bus lebih murah tapi kalau bawak banyak beg atau berkeluarga.. aku nasihatkan naik je teksi !

Day 02 - Panaji to Old Goa - Panaji - Dona Paula Beach - Miramar Beach - Panaji.

Hari kedua di Goa aku cover central Goa. Pegi ke Old Goa dan ke pantai pantai berdekatan dengan Panaji.

How to travel around Goa?

The best way to go around in Goa adalah sewa motosikal atau kereta ! Yes ! 

Boleh sewa motosikal/scooter/kereta dengan mudah. Kat hostel pun boleh sewa. Tapi kena berani nak drive di jalanan di India ni dan jugak kena ada International Driving License ( IDL ). Banyak polis buat road block. Tapi kalau berani buleh je. Macam aku, memang first intuition aku tak mengiyakan aku nak drive di sana plus aku memang tak nak ambik risk. Aku pun memang tak de IDL so menambah lagi ketidakbolehan aku nak drive di sana.

Rate motosikal sehari dalam INR 300 for 8 hours.
Kereta dalam INR 1000 to INR 1500 depending on jenis kereta.

So kalau berani boleh la proceed sewa moto dan kereta ni dan drive sendiri. Tapi tanda jalan di Goa ni tak berapa bagus jugak dan high resolutions map pun agak payah nak jumpa.

Terpulang lah.

Dan cara aku................ aku naik public bus !

1. Panaji - Old Goa - Panaji.

Untuk hari pertama di Goa. Aku ambik bus dari Panaji ( Kadamba Bus Station to Old Goa ) 9 KM. Tambang bas INR 10. ( 60 sen ). Jarak perjalanan lebih kurang 30 minit. Balik dari Old Goa ke Panaji pun sama. Sekitar Old Goa jalan kaki jer.

2. Panaji to Dona Paula Beach - Miramar Beach - Panaji

Lepas balik dari Panaji, aku ambik bus di Kadamba Bus Station ke Dona Paula Beach. 10 KM. Tambang pun INR 10. On the way balik dari Dona Paula aku singgah di Miramar Beach. Tambang 10 INR jugak then dari Miramar balik ke Panaji dengan harga tambang yang sama. Kiranya tambang bas kalau sekitar bandar cuma INR 10 one way. (60 sen).

Layan gambar di hari ke dua di Goa.

Se Cathedral - Old Goa

Church of St Francis Xavier - Old Goa

St Augustine Tower - Old Goa

Dona Paula Beach

Miramar Beach

Old Quarter - Panaji

Church of the Immaculate Conception - Panaji

Day 03 - Panaji - Arambol Beach - Ashwen/Mandrem Beach - Fort Chapora - Vagator Beach - Anjuna Beach - Baga Beach - Calangute Beach - Agauda Fort - Sinquerim Beach - Panaji.

Hari ke 3 aku cover pantai pantai di sebelah North Goa.

Time ni agak payah skit nak travel sebab pantai pantai ni letaknya jauh dari Panaji. Kalau yang sewa kereta agak OK lah. Sewa motosikal pun kena tahu jalan. Ada drama sikit kat sini yang buat aku tersangkut sampai ke tengahari di hostel. Last sekali, last resort aku hire pilot iaitu pemandu motosikal dan dia yang bawak aku ke semua tempat yang aku nak pegi tu.

Aku nego harga dengan dia INR 1000 (RM 64).

Jalan perjalanan semua tu dalam 100 KM. Memang merasa la sakit pinggang dan lenguh bontot !

Layan gambar gambar di hari ke tiga di Goa ni.

Arambol Beach

Ashwem / Mandrem Beach

Fort Chapora

Vagator Beach

Anjuna Beach

Baga Beach

Calagute Beach

Upper Agauda Fort

Lower Agauda Fort

Sinquerim Beach

Panaji

Sunset at Panaji

Sunset at Panaji

Bila malam menjelma

Day 04 - Panaji - Margao - Palolem Beach - Margao - Benaulim Beach - Colva Beach - Margao - Airport.

Hari ke 4 kira last dah aku check out dari hostel di Panaji dan cover area South Goa.

Aku ambik bus dari Panaji ke Margao. Jarak perjalanan 44 KM. Tambang INR 40 (RM 2.40).

1. Margao - Palolem Beach - Margao.

Dari Margao ambik bus terus ke Palolem Beach 40 KM. Tambang INR 40 (RM 2.40). Perjalanan 1 jam. Dari Palolem balik ke Margao kalau tak de direct bas, ambik bas ke Canacona dulu 3 KM (INR 8) dan dari Canacona ambik bas ke Margao. ( Tambang INR 30 ). Jarak perjalanan sejam.

 2. Margao - Benaulim Beach  - Colva Beach - Margao.

Bus dari Margao ke Benaulim ( 5 KM ) tambang INR 10. Dari Benaulim Beach aku jalan kaki je sampai Colva Beach - 2 KM. Dari Colva Beach balik ke Margao Bus Station INR 15.

3. Margao to Airport.

Dari Margao ada bus terus ke Airport ( Vasco ) tapi last bus dalam pukul 8 malam. Aku dapat naik bus 7.30 pm direct dan berrhenti di airport Goa ( INR 30 ) Jarak perjalanan 30 minit. 

Kalau tak de bus terus ke Airport, ambik bas dari Margao to Vasco De Gama dan ambik teksi ke airport ( 4 KM ).

Gambar hari terakhir di Goa.

Margao City

Perjalanan ke Palolem Beach

Palolem Beach

Palolem Beach

Benaulim Beach

Benaulim Beach

Colva Beach

Colva Beach

Colva Beach

6. FOOD

Masa kat Goa sebab busy ke hulu ke hilir aku tak de la makan sangat. Pagi aku breakfast di hostel dulu sebab FOC. Hostel bagi option english breakfast dan Goan breakfast. Ada satu menu nama dia DOSA. Hari hari makan berdosa ! Ekekekekek.

Goan style breakfast. Sedap dan kenyang.

Penduduk Goa memang ada orang Muslim tapi tak banyak kedai halal aku jumpa di Panaji. Tempat tempat lain ada la jugak nampak tapi mostly time aku dalam bas, atas motosikal etc. So tak de la beriya nak berhenti mencari.

Ada 2 kedai halal aku check di Panaji. Tapi yang satu tu dekat dengan Old Quarter, time aku pegi dia tutup pulak. 1 lagi tu agak jauh sikit kat tengah town.

Optionnya ada Pure Vege Restaurant tak pun ada banyak family restaurant yang menghidangkan vege meals.

So makan tak susah mana lah di Goa.

7. WHAT TO BUY

Sebenarnya kalau tanya aku, aku pun tak tau sebab aku langsung tak shopping apa apa. Tapi Goa ni terkenal dengan night market dan banyak jualan hasil kraftangan dan kain kain. Aku sendiri tak usha. Tapi kalau tourist places tu ada la budak budak yang jual gelang manik manik. Dia orang ni pun agak pushy jugak. Just buat tak layan jer.

T Shirt tak banyak aku nampak di jual. Kalau ada pun nampak kain macam tak menarik.

Fridge Magnet ada di Goa. Tapi sekali lagi malang menimpa. First day aku nampak di Old Goa harga dia INR 50 seketul ( RM 3 ) tapi malas nak beli sebab malas nak bawak. Masa kat Palolem Beach dia letak INR 120. Tawar pun dapat INR 80. Patah hati aku malas nak beli.

Then tak jumpa jumpa dah. Last sekali nampak kat airport jer.

Terus harga cekik darah ! Langsuir pun boleh mati semula sakit jantung sebab mahal bebeno.

8. BUDGET & EXPENSES

Goa ni agak affordable untuk solo dan budget traveller.

Aku tukar RM 1012 dan dapat 16,000 INR dan last sekali aku cuma belanja 8000 INR jer dan ada balance separuh lagi. Maybe reason nak revisit India sekali lagi?

Expenses breakdown :

1. Taxi from airport : 500 INR
2. Hostel 3 nights : 2700 INR
3. Sewa motosikal dengan drebar : 1000 INR
4. Tambang lain : 400 INR
4. Makan : 600 INR

Yang lain lain runcit runcit, tips etc.

Air kelapa di Goa harganya INR 40 sebiji.
Air mineral INR 20 botol besar.

Total expenses tak termasuk flight ticket : RM 500. Boleh reduce lagi kalau ambik hostel room.

9. MY VERDICT

Baiklah. Aku share overall pandangan aku pasal Goa, India ni.

Aku suka Old Goa sebab ianya banyak bangunan tinggalan sejarah dan merupakan UNESCO site. Dan tarikan lain di Goa ni adalah pantai pantainya. 

Tapi bagi aku pantainya tak menarik mana especially belah North Goa. South Goa agak landai dan lawa lah. Belah north lebih banyak macam rocky beach. Tapi pantai pantai ni tak de la lawa macam pantai di pulau pulau Malaysia ni pun. Pantai dia more tu untuk locals beristirehat dan mandi manda. dan agak crowded. Bayangkan panas panas buta pun dia orang boleh mandi. Dah la tu kalau yang mandi tu Prety Zinta ke best gak nak layan.. ni semua macam tak berapa nak pretty !

Raveena Tandon Tandori beraksi di tepi pantai

Overall... boleh di lawati tapi dont expect much.

Reason lain untuk pegi untuk peminat HRC sebab Hard Rock Hotel/Cafe bakal di buka di Calangute Beach bulan Dec 2015 ni nanti. Aku tak sempat nak pegi sebab belum bukak. HRH Goa ambik alih North 16 Goa di Calangute. Planet Hollwood Hotel dah di buka di Utorda Beach.

10. TIPS & RECOMMENDATIONS

Last sekali, few things aku boleh recommend pasal GOA.

01. Cari penginapan area Panaji. Kalau nak beach.. pilih South Goa.
02. Travel light ! Guna public bus unless beg banyak atau pun travel dengan family. Not advisable naik public bus sebab pack dengan local dan tak de ruang nak letak beg.
03. Bus biasanya banyak. So kalau kat station bus untuk perjalanan yang agak jauh, nampak bas penuh tak payah naik. Tunggu je bus lain dan make sure dapat seat siap siap. Lebih selesa.
04. Get yourself International Driving License kalau travel in group. Boleh sewa kereta dan ronda ronda.
05.  Jangan lupa bawak universal charger.
06. Bawak la maggie cup atau makanan sikit dari Malaysia in case tak jumpa kedai halal di Goa.
07. Ambik seat belakang dalam flight so boleh tidur ! Hopefully flight tak penuh.
08. Mostly Goans ni able to speak English and very helpful. So kalau sesat tanya je dia orang. They will help.
09. Sun block !!! Walaupun kau nak control macho macam aku... please sapu kalau tak memang rentng lah jawabnya.
10.  Bersedia dengan electrical cut off. Phone ada torch light OK kot.

Tambah 1 lagi.

11. Kawasan pantai adalah kawasan larangan merokok !!!!! 

* nanges

OK. Harapnya entry ni membantu dan memberi manfaat. Kalau ada persoalan boleh tanya. Tapi soalan biarlah bukan soalan 'orang yang malas nak google !'

Apa apa pun just go and enjoy yourself. Jangan lupa juga keselamatan perlu di jaga !

Drama? Of choss ada.

Nanti rajin aku tulis travel log aku ke Goa, India ni.

Semoga Goa memberi pengalaman seindah mimpi yang luar biasa untuk yang teringin berkunjung ke sana nanti !



Belum pernah ku alami
Cinta bagai suatu misteri
Mula berputik di laman hatiku
Dalam sedar tak sedar

Kau hadir melengkapkan jiwa
Ku pasti kau dicipta untukku

Kini ku teruja ku tak terkata
Menikmati cinta luar biasa

Bagaikan seindah mimpi
Diriku dibelai kasih
Asyiknya aku terlena
Didalam dakapanmu sayang

Tak akan aku lepaskan
Hati di lamun khayalan
Semoga kekal abadi
Cintamu yang seindah mimpi

Janji yang diikrarkan
Sehidup semati berpasangan
Kau punya aku ku ada dirimu
Ketemui bahagia dibimbing ketelusan cinta
Menempuh liku jalan hidup

Kini ku teruja ku tak terkata
Menikmati cinta luar biasa

Bagaikan seindah mimpi
Diriku dibelai kasih
Asyiknya aku terlena
Didalam dakapanmu sayang

Tak akan aku lepaskan
Hati di lamun khayalan
Semoga kekal abadi
Cintamu yang seindah mimpi

Kasih kau dan aku dihanyut asmara
Kini kasih
Pasti kekal selamanya

21 comments :

  1. Yea....pukul drum dulu.....
    Nama Goa refresh balik dari nota-nota belajar sejarah dulu...
    Dosa tu cam tosai kan Meng?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..

      ada dosa kecik dan ada dosa besar.

      mana satu kau nak?

      Delete
    2. dosa kecik tak kenyang
      dosa besar teruk masuk neraka nanti.. hahahhaa

      Delete
  2. wahhh....menarik ke India..

    Blogwalking: www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  3. sama.. kita pun kalau boleh nak mengeka dari tempat yang memerlukan visa
    Aishah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann? harga visa dah boleh beli tiket dia dah. tapi nak buat cemana. sekali sekala elak punya elak pun terkena juga

      Delete
  4. Assalamualaikum Meng,
    Tak prasan kut.
    Sham ada antar email mintak address.
    Ke tak dapat email tu..

    ReplyDelete
  5. cepat update bro! tak sabo nak baca sinetron abam supermeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni drama tak banyak sgt. x berapa memukau ala ala cerekarama... smooth je semuanya...

      Delete
  6. Saya pun penah sampai ke Calagute Beach..punyala ramai umat mandi..ada yg pakai spender berlubang, adoiii sakit mata aii..kat situ bukan ada umat manusia je kat pantai, lembu pun ada kat pantai..pitammm!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tu la pasal... tapi hari tu lembu pose pose kat tepi jer. maybe lembu pun tau cuaca panas kot. manusia je yang terlebih excited tengok laut... tengahari berdiri pun nak berkubang.

      Delete
  7. hihihi......as expected our 3 similarity on travelling : hr, fm, beach ;p

    oh and yes! can't wait for the coming hrh! appreciate sgt sgt sgt for this info ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh u going too? good.. enjoy k.. jangan lupa pegi hard rock Goa !

      Delete
  8. Thanks for such detailed blog post. Famously known as the party capital of India, Goa is a famous tourist destination. Layered with beautiful beaches and many religious churches, there are plenty of places to visit in Goa defining its cultural heritage. Also, check out various hotels in Goa for accommodation.

    ReplyDelete
  9. mengidam nak ke Goa tapi bila tengok macam kampung 60an rasa suram lah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ais asia dah ceased route ni. kejap je bukak hari tu.

      boleh je nak pegi tapi ikut laluan lain lah.. dan naik transport sampai ke sana. tapi goa biasa2 jer

      Delete
  10. The great blog about Goa India. Thanks for sharing the blog, seems to be interesting and informative too. Could you help me to find out more details on Sea Route to Goa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...