Wednesday, February 24, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 21 : Taipei - Elephant Mountain

Pagi hari ke 7 aku bangkit awal pagi.

Kalau ikutkan macam rugi je sewa hostel mahal mahal dan cuma melampias tidur untuk beberapa jam je. Tapi apa pilihan yang ada ?

Aku sendiri terkandas di bumi Taiwan ni !

Aku sendiri tak mampu mengatasi takdir yang sentiasa menguji. Baik dalam kehidupan. Baik dalam waktu menggembara melihat dunia !

Eh. Tapi aku sempat memerut di hostel mewah tu juga. Tak de la ralat mana. Aku percaya taik yang keluar cantik cantik belaka sebab toilet pun lawa ala ala 5-Star !

* flush diri sendiri dalam toilet bowl

Bangunan hostel

Bangkit pagi dan bersiap siap aku terus check out dari hostel tu. Reception kat lobby pun belum buka lagi. Tapi mamat tu dah pesan semalam, kalau nak check out, tinggal je kunci dan blah jer.

Aku ada 1 hari ni untuk berlegar legar di bandaraya Taipei ni.

Peluang yang aku rasa asalnya aku rancang. Kemudian aku pasti telah hilang sebab terkandas di Hualien kelmarin. Dan datang semula setelah aku terpaksa menangguh perjalanan pulang ke Malaysia hari semalam. Sepatutnya pagi ni aku dah start keje semula. Cuti sampai semalam. Tapi aku dah message office bagitau aku EL hari ni.

Pagi pagi tadi aku bangkit awal dan booking tiket balik KL. Nak naik MAS macam mahal mencanak. Last sekali walaupun dengan amarah dan rasa marah, Air Asia X jugak yang menjadi pilihan. Plus timing AAX tu malam so aku ada masa untuk merewang rewang sekitar Taipei ni waktu siang. Aku harap aku boleh claim dengan travel insurance aku, tapi tau je la kalau bab bab nak mengclaim ni selalu akan end up buat aku jadi malas sebab process yang macam macam. See how !

Nanti abis merewang aku terus je ke airport dan balik ke Malaysia. Harapnya semua berjalan lancar hari ni.

Keadaan lalu lintas di jalan utama depan hostel 101 Single Bar

Cuaca hari ni nampak menarik. Benar kata orang, bila ribut badai melanda, pastinya esok Tuhan kurniakan cuaca yang cerah dan tenang. Untuk kita terus menghargai saat saat diberi kenikmatan dan menginsafi saat ditimpa keresahan dan ujian.

Sebagai manusia aku yakin dan pasti, kehidupan manusia juga harus terus berjalan seiring dengan masa yang pantas berlari. 

Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan diselusuri, tanpa disedari, manusia sebenarnya telah pun menempuh pelbagai ujian dan dugaan.

Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Dan setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.

Aku tumpang breakfast dekat 7E

Rencana aku pagi ni adalah untuk meredah bandar Taipei yang aku masih belum jelajah sepenuhnya. Memang impian aku untuk melihat bangunan tetinggi di Taipei ni dan juga pernah menjadi yang tertinggi di dunia.

Atas sebab itu, pagi ni aku akan ke Elephant Mountain untuk melihat pemandangan kota Taipei ini dari sana.

Tempat hostel aku tu dah tak jauh dari Taipei Tower 101. Tapi aku memang tak nak ke sana lagi, pagi ni aku nak pegi naik Elephant Mountain tu dulu. Dari apa yang aku baca, view dari sana memang lagi lawa dan gempak. So aku tak mau lepaskan peluang untuk berada di sudut sana dan menikmati keindahannya.

Untuk ke Elephant Mountain ni tak susah.

Baca ni :

From Taipei 101:

From the base of Taipei 101, walk east on Xinyi Road (信義路) for two blocks until you reach MRT Xiangshan Station, only a 15 minute walk from 101 and completely worth it.

By MRT

After arriving at Xiangshan station (象山), the terminus of Red Line 2, leave from Exit 2 and continue walking alongside the edge of the park. At the end of this road, take a left and follow until the entrance for Xiangshan Hiking Trail (象山登山步道).

Kalau susah jugak nak faham, tengok map ni.

Map to Elephant Mountain, Taipei. A adalah Taipei 101. B adalah Mountain Elephant. M adalah Metro dan Tanda kuning tu hostel mewah aku duduk.

A adalah Taipei 101. Tanda M adalah MRT Station Xiangshan  ( Station paling last untuk line tu ). Keluar dari station MRT tu follow je sign dari exit 2 dan terus je berjalan sampai kat sekolah. Nampak area kondo dan bukit, kat situ la entrance untuk mendaki nya iaitu B.

Tapi bagi aku hari tu lain sikit, sebab aku dari hostel aku tu, so aku cross je main agak agak ke arah kawasan berbukit.

Lepas makan dan perut pun agak kenyang makan maggie cup di 7E tu aku pun jalan ikut kaki !

Cuaca pun terang dan cerah, jadi aku slow slow menapak ke arah itu. Cuaca bagus sekali hari ni.



Cahaya mentari di pagi hari
Sinarnya kaburi pandangan ku ini
Hembusan angin menemani perjalanan ku
Yang menuju ke hati mu kekasih

Tapi mengapa ku masih rasa begini
Bila mahu bertemu mahu saja jerit

Terlalu rindu... terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Oh, bulan!! Mana bintang??
Mana dia kekasih seorang??
Bantulah aku... aku dah buntu
Bintang di langit, janganlah bersembunyi
Usahlah membisu, bilang dia rindu aku

Ku tak perlu semua hadiah dari mu
Ku cuma mahu kau ada depan ku
Ku tak perlu semua hadiah dari mu
Ku cuma mahu kau ada di depan ku

Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu... terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Oh, bulan!! Mana bintang??
Mana dia kekasih seorang??
Bantulah aku... aku dah buntu
Bintang di langit, janganlah bersembunyi
Usahlah membisu, bilang dia rindu aku

Cuba padamkan lampu
Lihat apa kau mampu
Jangan risau aku bantu
Setiap kerinduan tak dapat ditiupkan
Walaupun angin lembut bayu
Cuba kau teroka jauh sebentar
Kalau takut cuba intai tengok dunia sebenar
Tak perlu laju lari

Takut tidak menjadi
Mahu saja aku berdikari
Hembusan angin menemani perjalanan ku
Yang menuju ke hati mu kekasih

Tapi mengapa ku masih rasa begini
Bila mahu bertemu mahu saja jerit...
Terlalu rindu... terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu... terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu... terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu... terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Taipei 101 kelihatan dari arah Taipei Medical University

Berpeluh jugak la menapak

Kalau penat boleh lepak lepak kat kerusi

Bangunan hospital

Entrance hospital. Tumpang lalu jer

Taipei 101

Memang jalan ikut kaki semata mata. Main agak agak jer

Tetiba nampak Resto Indo.. Ah ! Malangnya aku masih kenyang ! Abaikan je lah

Lalu ikut jalan jalan menuju ke bukit berdekatan

Jumpa sekolah rendah ni. Aku yakin dah dekat. Pusing pusing tengok kawasan

Follow sign ni 'Xiangshan Hiking Trail'.  

Kalau nak senang cari je bangunan kaler ni. Sebab dia tinggi, mana mana pun boleh nampak

Nanti ada jumpa tangga

Taipei

Dan mula lah mendaki. Ada warga tempatan tengah hiking naik turun pagi tu

Jangan lupa bawak air minuman yang mencukupi. Ada kat bawah tu nyonya bukak meja jual air, tapi mahal sikit.

Pastikan pakai kasut lah. Kalau hujan hati hati takut licin.

Slow slow daki. Tangga dia proper tapi step dia kecik kecik je mula mula waktu mendaki.

Daki slow slow !

Dipersimpangan dilema. Nanti bakal jumpa 2 laluan macam ni. Pastikan ambik belah kiri !

Makcik tu dgn hubby dia ambik belah kanan. Macam aku tau je dia orang laki bini eh?

Kenapa aku cakap belah kiri?

Sebab aku memula nampak orang ramai naik belah kanan. So sebab aku pun slow dan bagi menutup malu di keji oleh orang, aku ikut lah belah tak de orang.

Dua dua jalan tu akan membawa ke puncak yang sama.

Tapi !

Kalau ikut belah kanan tu, tangga dia lagi steep ! Gila gila steep !

Nasib baik aku naik ikut belah kiri, lebih landai, dan masa turun aku ikut laluan belah kanan tu. Memang bagus macam tu unless memang nak naik tangga steep dan tunjuk power jadi di boleh kan !

Cuma kalau ikut laluan kiri landai sikit dan banyak pokok pokok dan kurang orang lalu

Kalau nak kena daki pun tak la curam sangat tangga nya. Ada few places untuk berhenti dan berehat.

Sebab aku memang tak fit so terpongeh jugak lah.

Tapi take your own sweet time lah. Ada je mat salleh yang kaki lebih kekar potong aku, tak pe. Aku kasik can. Aku kan baik dan pemurah orangnya.

* padahal mintak nyawa.

Kejap kejap berhenti minum air. Siap duduk lagi mengenang kepenatan yang tak tertanggung ni.

Bukit ni tak de la tinggi mana. Tak jugak steep macam Bohey Dulang tu. So kira OK lagi lah. Ramai je apek dan nyonya tua tua yang naik turun beriadah. Gadis gadis pun boleh naik pakai heel lagi !

Minah ni lagi laju pada aku

Spare lebih kurang 15 - 20 minit. Tengok daya ketahanan masing masing.

And one thing for sure, view kat atas tu memang stunning tahap tak jadi nak kencing !

Dah sampai. Cuma 350 meter je ( 1000 ft ). 

Nanti kat atas tu ada area rehat. Kalau nak trekking lagi ada track lain. Ada bangsal kat situ dan ada toilet !

Bangsal

View pertama yang kelihatan

Dan seterusnya Taipei 101 kelihatan megah tersergam

Area atas tu agak luas, boleh nampak pemandangan bandaraya Taipei

Nampak macam ada jalan bersemak, aku usha usha tapi banyak pokok. Tak pasti boleh usha sampai ke hujung ke tak. Tak berani aku nak lebih lebih

Bangunan kondo kat bawah

Layan view Taipei 101

Puas hati. Cuaca pun terang benderang

Lihatlah dunia.............. !

Aku duduk jap lepak lepak, minum air, ambik gambar, hisap rokok sebatang sambil layan view.

Alhamdulillah, aku dapat apa yang aku nak tengok hari ni.

Mungkin apa yang aku nikmati hari ini adalah berkat keredaan aku menerima takdir semalam.

Kadang kadang kita lupa, setiap ujian yang datang, pasti bertaut dengan kenikmatan.

Bila Allah datangkan ujian, mulalah diri ini, hati ini, meletakkan pelbagai persoalan dan kenapa persoalan persoalan ni kita biarkan bermain di benak fikiran?

Mungkin kita tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Dengan apa yang telah terjadi !

Dan Allah datangkan ujian buat kita agar kita mengerti. Agar kita fikir, setiap ujian itu datang dengan nikmat yang tak kita ketahui !

Bumi Allah yang luas. Kurniaannya juga satu hikmah

Aku tak lepak lama dekat area yang ada bangsal memula tu sebab tetiba ada satu rombongan budak sekolah tiba.

Malas nak dengar dia orang bising bising menganggu mood aku, aku jalan ke salah satu lagi view point yang ada.

Kalau naik tangga yang steep tadi akan jumpa view point ni dulu. Dan aku naik jalan belah satu lagi jumpa view point yang tadi. Tapi jangan risau,... dua dua tak jauh jaraknya antara satu dengan yang lain.

Ikut je laluan atas tu

View pun masih memukau

Dan pemandangannya pasti mengasyikkan

Setiap cubaan dan ujian yang Allah berikan pastinya untuk 2 perkara :

Jika kita seorang yang baik, makanya ia menjadi tambahan pahala. Sekiranya kita orang yang lalai, ia menjadi peringatan atas kita dan menjadi sebab berkurangnya dosa kita.

Oleh itu, hadapilah setiap ujian hidup dengan tenang dan redha.

Allah tiupkan kekuatan melalui ujian ujian yang datang. Allah tangguhkan sesuatu untuk mendidik kita supaya terus bersabar. Allah ambil sesuatu dari kita untuk didik kita agar redha.

Sampai masa, Allah akan beri sesuatu sebagai ganjaran. Saat itu, kita akan rasa bersyukur dengan apa yang telah ditentukan.

Tenanglah wahai hati hati yang terlara.

Sabarlah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang sentiasa bersabar dalam menempuh kehidupannya.

bersambung.................

26 comments :

  1. Tny sket. Banyok mano maggie cup mu bwk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli satu pack yang ada 1 cup. makan sehari satu. abis gugur bulu tiok

      Delete
  2. meng, brape banyak ko angkut meggi ni? sampai hari ke7 pun masih ade belen

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersaing saing soalan kau ya sama dgn si amir.

      aku beli kat speedmart 1 pack yang ada 6 cups. Hari hari makan kecuali hari ke 6 sebab tak de air panas.

      Delete
  3. Mee maggie, cepat di masak, sedap di makan, lawas di buang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang makan maggie aku ni. time travel je lah. tapi kalau hari biasa.. minum kopi pagi pagi.. mudah je taik marching untuk pergi...

      ahaks

      Delete
  4. ayat yg last2 tu dh mcm baca dari pakar motivasi dah. hehe.

    ReplyDelete
  5. Uncle asyik makan maggie je ke...??? Kurangkan pengambilan nya walaupun masa travel ... Sayangi perut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. tapi tu je lah yang mudah.

      mee maggie cepat di masak.. sedap di makan...

      #maggiemakantimetraveljer

      Delete
  6. Meng, dua tiga article meng dlm trip ni agak phylosiphical.. which i like and admire.. what a good writer you are... tak nak terbitkan buku ke.. tulis tentang pengalaman2 travel you? I bet mesti laku! :) contoh mcm buku amran fans tu.. tulisan dia lg merapu.. pun ada org beli buku dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum sampai tahap nak tulis buku lagi lah. ni pun tulis suka suka. tulis bila rajin ada...

      insya allah.. satu hari nanti bila dah tua dan pencen baru rasa cukup ilmu di dada untuk berkongsi. skrg ni kongsi info riang ria jer....

      thanks for reading anyway

      Delete
  7. meng, minta izin copy perenggan akhir boleh :)

    ReplyDelete
  8. Taik pun cantik pasal hotel lawa....itu yang tak tahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. aku cuba tak nak merapu sampai ke tahap kecantikan tahik... tapi sebab dia cantik sangat.. mcm tak best kalau tak share.

      sharing is caring.

      hahahaha

      Delete
  9. Hehe.. perenggan akhir..vote.. motivation for me

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga memberi sedikit kekuatan pada hati hati yang sedang lemah menentang permasaalahan.

      Delete
  10. niat hati nak mendaki elephant mountain tengok view tu tapi part mendaki, daku lemah yg amat...mmmm tak tau jadi ke tak nak gi taiwan ni meng....ada 2 minggu utk buat keputusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so jadi ke tak ? sila pegi. pegi je... jalan jalan santai. jgn adventurous sgt mcm aku.. man man je kata org..

      pusing2 kat taipei city pun oke.

      elephant mountain tu ok la slow slow. tak de la teruk sgt.. tapi view memang lawa..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...