Sunday, February 21, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 18 : Typhoon Di Hualien

Lama aku berdiri di tepi bangunan station keretapi Hualian.

Kaki tak mampu bergerak. Tapi rokok sebatang demi sebatang aku sedut. Biar semua problema pergi bersama asap asapnya menerawang ke udara.

Tapi masalah masih belum selesai juga.

Hujan masih turun mencurah curah. Bertabahlah hati. Ini ujian atas pilihan sendiri !

Bandar Hualien dari station keretapi

Aku sebenarnya buntu.

Kedua dua pilihan yang ada dan kedua duanya sememangnya tak dapat menyelesaikan masalah yang aku hadapi.

Aku perlu balik ke Taipei hari ni sebab esok adalah hari terakhir aku di bumi Taiwan ni. Flight malam esok, so rencananya aku akan jalan jalan sekitar Taipei City sebagai agenda last sebelum aku kembali ke bumi Malaysia !

Tapi dah jadi macam ni, Hmmm.

Aku boleh terima kalau tak sempat ronda ronda Taipei ni. Tapi aku rasa macam terlalu berat nak menghadapinya kalau aku tak lepas balik malam esok. Lagi haru kalau tersangkut kat sini tanpa boleh berbuat apa apa.

Suasana di kawasan train station agak tenang. Cuma kedengaran bunyi hujan yang sesekali lebat mencurah curah.

Aku ke kaunter Customer Service. Aku kena dapatkan maklumat paling lengkap supaya aku tak tersalah buat pertimbangan nanti.

Suasana agak tegang tapi terkawal di kaunter Khidmat Pelanggan TRA di tepi kaunter jualan tiket. Masing masing sedaya upaya mendapatkan update terkini tentang apa yang berlaku dan apa expectation yang perlu diletakkan dalam jam jam akan datang.

Tapi bila aku nak tanya soalan je semua lari !

Cis.

Nasib baik di panggilnya sorang lelaki muda tadi yang boleh berbahasa Inggeris.

"So no train for today?"
"No Sir"
"Not even at night?"
"No Sir. Train has stopped and will not continue until midnight. Typhoon should be here by tonite I suppose"
"What about tomorrow?"
"I cant confirm whether the train will work tomorrow or not. You need to check here from time to time Sir"

Aku consult few benda sikit lagi dengan dia then aku realized yang apa yang terjadi hari ini tidak akan dapat diubah lagi.

Aku bakal terkandas di sini malam ni !!

Tak de apa yang boleh aku buat selain terima dengan pasrah. Redha dan tabah. Sabar dan berdoa semoga semuanya kembali lancar seperti sediakala !

Tapi ke mana harus aku pegi membawa diri ku yang berat ni. Owh.

* seka airmata

Kaunter ticket.

Aku beli ticket train esok pagi. Jam 7.30 pagi. Harga tiket dari Hualien ke Taipei TWD 440 / RM 57 sama seperti harga aku beli dari Taipei Station pagi tadi.

Kalau aku sempat naik train tu, aku akan sampai Taipei sebelum tengahari. Maybe aku ada masa untuk jalan jalan di Taipei tu nanti.

Cuma aku nak ke Taipei 101 tu. Kalau tak pegi rasa macam ralat je sebab dah sampai Taiwan ni !

Tapi aku kena fikir satu je lah. Dalam keadaan sekarang ni, fokus utama adalah untuk aku selamat balik ke Taipei dan dapat naik flight balik malam esok ! Tu jer.

Untuk hari ni, aku kena fikir cara untuk menghadapinya.

* tarik nafas.

Hisap rokok sudah !
Beli train tiket untuk esok pun sudah !
Cari hotel belum ! 

Eh. Makan ? Aku perlu makan ! Taufan taufan jugak.. makan tetap tak leh miss. Baru la kekal obese !

Kebetulan memang aku bawak maggie cup dalam beg aku tu. Dan dengan muka tebal kulit biawak aku pegi mintak air panas dekat staff 7E kat dalam train station tu. Dengan baik hati nya dia bagi.

Dan. tara.......................... sinar kebahagiaan di balik malapetaka.

Makan maggie bertemankan duka lara croft di hati

Sambil makan otak aku sibuk merencana apa yang seharusnya aku lakukan selepas ni.

Aku kena cari tempat untuk bermalam. 

Baru aku ingat aku tak bawak apa apa pun kelengkapan diri. Jauh sekali pakaian untuk salinan. Padahal baju baru beli semalam !!! Baju dan jeans aku pakai ni dah kuyup dah meredah hujan. Spentot pun sama... mati la becak celah kangkang.

Lagi haru sebab charger iPhone pun aku tak bawak !!!!

Hujan mencurah curah membasahi bumi

Aku sendiri pun tak tau mana nak tuju. Tapi aku kena pegi tanya tanya kat hostel/hotel yang ada untuk dapatkan bilik untuk aku menginap.

Masalah jugak, cash aku tak banyak. Ada spare cash tapi sebab aku belum bayar hostel di Taipei tu so memang kena berjimat cermat. Target aku cari bilik yang murah dan dekat dengan train station. Senang urusan.

Hari pun dah makin gelap. Agak agak hujan sedikit reda aku berlari ke arah bangunan bangunan depan sana. First hotel yang aku nampak, so aku terus tanya.

Ni hotelnya. Betul betul kat simpang depan train station

Nama hotelnya Chan Tai Hotel.

Maybe nak Chan-Tek tapi sebab tak berapa nak cantik sangat maka jadi la Chan Tai kot.

Tengok dari luar dah boleh agak hotel taraf sendu sendu je. Tapi aku buat buat gak la tanya.

Ada 2 orang makcik dekat kaunter.

"How much the room?"
"900 Dollar per night. Private. One whole room"
"OK. Thank you"

So aku pun cuba cuba nak blah. Makcik tu datang berbisik.

"800 Dollar....?"
"I'll come back"

Jawapan selamat.

TWD 800/ RM 104 semalam. 

Aku OK je dengan rate tu, tapi kalau dapat lagi murah lagi bagus sebab aku ketandusan cash dan aku kena berjimat cermat. Lagi lagi lepas apa yang jadi ni, buat aku rasa takut takut nak spend. Jangan aku terguna duit hostel nak bayar kat Taipei tu nanti sudah !

Tapi kalau worst case scenario nanti aku tukar la currency lain yang aku ada kat mana mana money changer.

Beredar dari situ, aku cross jalan dan usha kat bangunan kaler hijau sebelah pulak.

Aku nampak ada hostel nama WOW Hostel kat situ. So better aku usha jugak lah. Mana tau lebih murah.

WOW Hostel

Naik atas ke reception dia dan aku tanya. Bilik private dah abis. Ada dorm bed jer. 1 bed harga dia TWD 600  / RM 78 per night !

Fuh !. Boleh tahan mahal gak tu. Dah la dorm. Tengok hostel tu memang nampak bersih dan menarik. Ramai mat salleh jugak kat situ lepak lepak. Maybe tersadai jugak macam aku.

Aku tanya hostel hostel lain kat area tu yang terdekat dan dia orang tolong mapping kan kalau aku nak gi tanya.

Sedikit hampa dengan rate hostel ni so aku turun dah pegi balik ke hotel Chan Tai yang aku pegi memula tadi.

Aku pegi dekat makcik yang offer aku TWD 800 tadi tu dan aku bisik kat dia.

"600 Dollar?"

Dia pandang aku.

Tak lama tu dia angguk. Yes ! Berjaya. Save sikit bajet aku.

"Why are you coming back?"

Ada sorang apek tua berseluar pendek kat situ. Aku rasa apek tu tokey hotel ni la kot.

"Because they dont have private room"
"Oh... I thought young people like you prefer to stay in a dorm?"
"I am not that young. I prefer to have my own space"
"More private?"
"Exactly !"

Tetiba aku rasa lancar je borak dengan apek tu. English dia sangat bagus !

Tak borak panjang mana, aku settlekan payment dan diberi kunci bilik. Makcik tadi yang hantar aku ke tingkat 5 naik lif.

OK. Tak leh nak complain condition bilik. Ni kira the best I could afford time tu ! Hahaha

Yang penting ada private bathroom. Yahooo...boleh berak !!!!!

Tak dela macam rumah pelacuran sangat. Just OK. Ada TV. Ada aircond dan free wifi. Apa lagi yang aku nak? Bantal pun banyak !!!

Tapi perabut memang tahap zaman Cleopatra masih muda lagi la kot. 

Banyak yang dah run down. Tapi bilik bersih. Tu yang penting.

AWAS !!! No Smoking on Bed !... Beside, under, above can lor..... 

Dan paling kelakar aku tergelak sorang sorang masa terbaca housekeeping checkliist ni.

Tower? Bath Tower? Kau ada? Ada mandi pakai Tower? Tapi Tower ada dua !! Sampoo pun ada  !! Sebut betul betul... sampoooo !!!!

Ni view dari bilik aku ke arah bandar Hualien

Ni ke arah bus stand dan train station

Cuaca masih gelap lagi. Gelap dengan mendung. Gelap jugak nak masuk malam

Dah dapat bilik tiba tiba aku rasa happy !

Bukan aku tak hirau kan pasal apa yang terjadi, tapi aku rasa aku mampu hadapi semua ni dengan riang tanpa rasa nak marah atau geram.

Yang dah jadi memang kan terjadi. Sekarang aku kena hadapi. Dan aku lepak lepak dalam bilik sambil berwassap dengan geng geng GBS dan OR bagitau update terkini aku di sini.

Despite masalah melanda, aku rasa tenang. Alhamdulillah. Aku bersyukur. Dan Tuhan juga permudahkan jalan jalan untuk aku menhadapinya.

Yang penting happy...coz  everything is gonna be okay !


Ketika mimpimu yg begitu indah,
Tak pernah terwujud... Ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
Dan tak pernah sampai... Ya sudahlah (hhmm)

Apapun yg terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih... Coz everything's gonna be okay

Yo... Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa, cita, cinta dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu, jalan selalu ada

Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu... Ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

Sempat kau berharap keramahan cinta,
Tak pernah kau dapat... Ya sudahlah
Yeeah... Dengar ku bernyanyi... Lalalalalala
Heyyeye yaya dedudedadedudedudidam... Semua ini belum *****hir

Satukan langkah... Langkah yg beriring!
Genggam hati, rangkul emosi!

Genggamlah hatiku, satukan langkah kita

Sama rasa, tanpa pamrih
Ini cinta... Across da sea

Peluklah diriku... Terbanglah bersamaku, melayang jauh... (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yg menerima kelemahan hati
Yea... Aku cinta kau... (ini cinta kita)
Cukup satu waktu yes.(untuk satu cinta)

Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu... Untuk yg ditunggu
Bahagia... Hingga ujung waktu...

Hujan masih mencurah curah di luar.

Perut aku lapar ! Dan ada masalah yang lagi. Aku tak de iPhone charger, kalau abis battery mereput la aku malam ni tak tau nak buat apa ! At least boleh gak berwassap dan bertukar tukar berita dengan masyarakat di luar sana.

Ewah.

Pandang padang dan kaji cuaca sendiri, aku pakai seluar dan bersiap siap untuk keluar.

Aku nak pegi beli makanan ! Lapar. Walhal tadi baru aku makan maggie kan? Eh. Hujan hujan macam ni memang selalu macam tu. Dulu kalau musim tengkujuh, hujan hujan ni la asyik rasa nak makan jer. Dapat ubi rebus pun nikmat macam makan Spaghetti Carbonara !

* mati la padahal kecik kecik carbonara dengan spaghetti pun tak kenal lagi.

Sambil tu aku nak usha usha kot ada jual charger iPhone.

Cuaca di luar. 

Makcik kat lobby tunjuk arah untuk ke Mc Donald's. Jalan raya agak lengang tapi hujan turun dan sesekali angin datang agak kencang.

Tak lama aku berjaya tiba tiba rasa angin kuat gila. Ada sekali tu aku berlindung belakang tiang, dan dan tu angin lintang tolak dan aku hampir jatuh ! Nak berjalan pun kena pegang dinding kedai sebab angin tiba tiba datang.

Kuat weh. Bukan sekali tapi dua tiga kali. Angin tu akan datang tiba tiba berserta bunyi yang macam scary gila pastu terus membadai apa yang ada.

Aku bajet macam angin sempo sempoi kereta kuda, rupanya taraf Shinkansen. Tetiba melanda terus motosikal bergelimpangan.

Jadi lah macam ni.

Menapak ke arah Mc D.

Motosikal tu boleh jatuh sendiri. Angin kencang berserta hujan lebat datang melanda bandar Hualien

Masa tengah berjalan tu aku jumpa kedai jual charger iPhone !

So aku pun masuk la. Riki riki then beli la jugak. Boleh tahan la mahal USB cable dengan adapter dekat RM 80. Nasib la dia terima Visa Debit aku, kalau tak.... pening gak aku nak fikir nanti cemana kalau duit tak cukup.

Dah beli charger baru la aku gi Mc D.

Daun daun bersepah dan berselerakan

Macam biasa aku order Fish Fillets Set dan ambik meja tepi dinding kaca dan layan suasana di luar.

Nikmat makan Fish Fillet dan kentang goreng panas panas adalah tahap gaban punya sedap !

Sambil makan tu sambil tengok suasana kat luar. Gila sesekali angin datang memang tak menahan. Ada yang bawak motosikal tetiba boleh terberhenti dan tumbang. Bukan sorang dua, ramai ! Betul betul jatuh depan mata. Ada tu jatuh je then teksi lalu kat sebelah, nasib baik tak lenyek kepala dia !

Awek awek seksi tak payah cerita lah. Yang pakai skirt bawak motosikal. Tetiba angin datang. Motosikal terbalik dan kain dia orang terangkat. Nak selamatkan moto ke nak cover skirt yang dah terbang ke atas?

Memang view tu aku tak dapat bayangkan sampai macam tu sekali. 

Angin yang datang bawak hujan dengan bunyi yang kuat. Belum kira bunyi dinding dinding dan bumbung berantakan. Macam nak tercabut je rasa.

Aku lepak kat Mc D tu makan sampai habis. Menikmati meal aku tu sebaik baiknya............... !

Kau ada masuk Mc D dengan baju baju hujan dan helmet tak bukak?

Dah kenyang tu aku pun siap siap nak balik.

Hari dah malam, cuaca makin memburuk. Aku fikir memula nak balik ikut jalan yang aku datang tadi, tapi jalan tu tak banyak bangunan so aku takut basah. Last sekali aku fikir, aku ikut laluan jauh sikit la tapi ikut blok blok bangunan kedai.

Masa aku jalan tu, kedai kedai banyak yang dah tutup. Gerai gerai yang orang jual makanan pun dah siap siap nak di tutup sebab cuaca memamg dah tak elok.

Ada sekali aku lalu kat gerai makcik ni, terbang abis payung dan jatuh semua periuk belanga dia berguling guling tengah jalan. Sorry, aku memang tak leh nak tolong sebab aku nak berjalan pun tak boleh ! Angin melintang kuat kat depan, dan aku terpaksa berpaut pada tiang tiang kedai.

Sebab angin kuat sangat aku berlindung lah kat depan satu kedai yang dah di tutup. Tiba tiba angin kuat datang dan semua billboard dia tertanggal jatuh.

Apa semua yang ringan ringan terbang di tiup angin

Sempat aku ambik gambar ni.  Sambil tu nak usha suasana.

Boleh lagi kan nak lepak lepak hisap rokok. Tiba tiba aku dengar bunyi petir bertalu talu dan angin datang dengan kelajuan luar biasa. Then bunyi ada benda macam nak tercabut di hentam dek angin, pastu bunyi benda patah.

Prap !!!!!!!!!!!!

Billboard kedai tempat aku berdiri tu jatuh depan mata ! 

Boleh bocor kepala tahap 2 kuasa kuda ni

Serious shit. Aku gelabah tetiba. Terus je bertempiaran lari dalam hujan mencari tempat perlindungan yang lain.

Gila ah. Masa tu terus berdebar dup dap dup dap.

Ni pun kalau kena memang sadaqallahulazim  

Pastu terus aku insaf. Tak nak dah berkeliaran tak tentu pasal dalam cuaca macam ni. Tak bagus.

Nak jalan balik ke hotel tu pun rasa macam jauh gila. Ada few times nak melangkah pun tak boleh sebab angin tolak balik semula. Terpaksa aku menyusur tepi tepi dinding.

Akhirnya Alhamdulillah. Berjaya jugak aku sampai ke hotel.

Apek tu nampak aku kat lobby.

"Where are you going?"
"I went out for dinner"
"Where did you go? No.. You cant go out in this weather. It is dangerous"

Membebel pulak apek tua ni.

Aku setuju sebenarnya dia marah aku. Memula sebelum ni persepsi aku typhoon ni macam angin monsoon tempat kita je. Macam kat Pantai Timur dulu kecik kecik, time musim monsun ni siap boleh lagi pegi pantai nak tengok ombak !

Kalau macam ni, nak tengok ombak boleh kena sedut.. kena telan ombak terus baru tau !

Naik bilik aku terus mandi. Dah basah kuyup jadinya. Dah la tu je persalinan yang aku ada. Nasib baik ada 2 TOWER. Lepas tu aku cuma pakai ToweR jer !!

Suasana di luar jendela

Typhoon Dujuan di Taiwan

Dan hujan lebat berserta angin kuat tetap berterusan.

Sesekali, bunyi bingkai tingkap bergegar gegar dilanda angin kencang. Bunyi angin macam langsuir mengilai pun ada. Seram semacam jer.

Sambil sambil tu aku dok layan tengok TV ! Bajet bajet aku faham.

Siap ada liputan secara langsung lagi.

Kelakar pompuan pemberita ni. Dia konon nak buat lintasan langsung. Tengah nak bercakap tu angin kuat tolak dia.. terus bunyi.. "Aiya... Aiya.... " Nak cover diri. Terus jadi kelakar berita dia.

Ni pun sama. Konon nak interview makcik ni la.. Tapi makcik ni tak leh bercakap sebab baju hujan dia tu asyik dok terbang dan dia sibuk nak pegang. Last last dua dua tak boleh nak bercakap sebab bunyi angin lagi kuat.

Gigih aku tengok dan dengar berita pasal cuaca ni. Setiap bijik butir mamat ni aku cuba dengar. Fokus okeh ! Padahal.. haram aku tak faham benda apa pun dia cakap !

Berita sangat serious tapi bila aku tengok aku lak jadi gelak gelak.

Masa lintas langsung tu aku rasa macam familiar gambar background dia orang ni, then aku jenguk luar tingkap.

Hah ! Kat simpang bawah hotel aku tu je dia tengah shooting

"Ras Adiba Cadabra melaporkan dari Hualien !"

Sedikit pasal Typhoon Dujuan ni.

Typhoon Dujuan, known in the Philippines as Typhoon Jenny, was the second most intense tropical cyclone of the Northwest Pacific Ocean in 2015 in terms of ten-minute maximum sustained winds, tied with Noul. The twenty-first named storm and the thirteenth typhoon of the annual typhoon season, Dujuan brought extremely powerful winds throughout the Yaeyama Islands and Taiwan in late September, which caused 3 deaths also in Taiwan. The typhoon also caused over 4.15 billion RMB (652 million USD) damage in East China.

Originally a monsoon depression, when Dujuan developed into a tropical storm on September 22, it was very poorly-organized and was forecasted to recurve. After slowly consolidating under an improving environment, the system intensified into a typhoon on September 25, and it started to present a large eye two days later. Dujuan reached its peak intensity early on September 28, shortly before making landfall over Taiwan. Mountainous terrain significantly eroded the typhoon, yet Dujuan made its second landfall over Fujian on September 29.

Dan ni kesan sewaktu taufan ni melanda Taiwan.

Typhoon Dujuan caused three deaths and 376 injuries in Taiwan. A female got into a skid when driving a car in Nangang District, Taipei, yet she died after sent to a hospital. In Tucheng District, New Taipei, an aged male was dead by blown down from strong winds. Some people wanted to handle the fallen fence of a construction site in Beitun District, Taichung; however, when a man was standing on a corrugated sheet, strong winds rolled them up. The man died owing to falling down from three meters high. Over 2.25 million houses throughout Taiwan suffered from power outage, and over 180 thousand houses in Taipei and New Taipei faced water outage.

Preliminary losses to agriculture are estimated at 217.01 million TWD (6.59 million USD), and Yunlin County suffered the biggest losses, estimated at 82.89 million TWD (2.53 million USD), accounting for 38 percent of the country's total losses. Losses in the category of crops were estimated at 201.45 million TWD (6.16 million USD), with 8,018 hectares affected.[41] Heavy rainfall on September 28 and 29 led to serious rockslides at a section of the Alishan Forest Railway which was destroyed by Typhoon Morakot and reconstructed recently, ruining plans by the Taiwan Railways Administration to reopen the full length of the railway on December 25.

Bon Jovi's only two concerts at the Taipei World Trade Center Nangang Exhibition Hall on September 28 and 29 were canceled due to Typhoon Dujuan, as the Taipei City government announced school and office closures for the two days. During the first landfall, the weather station in Su'ao, Yilan observed the maximum gust at 68.4 m/s (246 km/h) and maximum sustained winds at 40.4 m/s (145 km/h), and that gust became the second strongest of the station in history.

Kesian Bon Jovi tak dapat menghiburkan peminat dan peminat pun pasti kecewa. Tapi Jovi, bayangkan kau tengah melalak ..

"It's my life ! It's my life !"

Tetiba taufan datang, sodok korang semua dan lingkupkan satu stadium. Mahu?

Jadi bersyukur la Bon Jovi. Jangan risau. Peminat peminat pun pasti mengerti.

* mati la tazkirah Bon Jovi kat sini.

Malam tu aku tak leh tidur ! Angin kuat tu mengoncang goncang tingkap bilik aku. Perut pun asyik lapar jer.. 

Sudahnya aku sarung baju dan jeans basah then turun pegi 7E kat belakang hotel aku tu. Kat lobby siap menyorok dari apek tu takut dia nampak aku keluar time cuaca macam ni. Kang dia tarbiah aku sekali lagi.

Elak elak.. dia nampak jugak, Apek tu kasik pinjam payung. Dia kata 7E dekat je tak pe.

Laluan bersepah sepah dengan sampah dan barangan

Suasana malam

Barang barang kat 7E pun dah abis di beli

Aku beli kopi !

Beli roti

Duit dah kurang kau bermewah mewahan?

Abis aku lapar? How? Pastu tak leh tidur.

* kunyah roti sampai abis.

Suasana sedikit tenang menjelang tengah malam.

Aku berdoa, moga moga pagi esok train akan beroperasi semula dan boleh bawa aku pulang ke Taipei !

Please. Please. Please. Please !

Baring baring atas katil cuba lelapkan mata tetiba aku teringat iklan dekat train station yang aku tengok siang tadi.

'May I Sleep With You?'

Hahahaha... Rejek lagi. Now eat your word Meng ! Padan muka aku. Malam ni aku terpaksa tidur kat Hualien ni.

Angin dan hujan di Hualien bersilih ganti mengulit tidur malam dan aku akhirnya terlena hingga ke pagi.

Ops.. ToweR terselak.

Sorry !

bersambung......

6 comments :

  1. Err.. dok bakor cili kering & asam etc.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nok wak gape? halau antu? antu sini dok makang samang.

      Delete
  2. sekali lagi aku terkekek mcm ongila dpn pc....hahaha...aku insap bila kwn opis jenguk kepala sebelah partition...hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kawan kau cas kau mental...

      jangan salahkan aku kalau dia baling stapler lepas neh. jgn cakap abam tak warning ! heheheh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...