Friday, February 5, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 04 : Yehliu Geopark > Keelung City

Matahari semakin meninggi.

Orang pun makin ramai sampai di Yehliu Geopark ni. Bak kata Jean ramai tourist dari Mainland yang datang untuk bercuti di Taiwan ni dan Jean sendiri pun menyampah dengan dia orang ni. Dia siap gossip gossipan lagi dengan aku malam semalam pasal peel geng geng Mainland ni kalau datang ke Taiwan.

Dan di kawasan Yehliu Geopark ni aku sendiri pun boleh cam geng geng ni sampai jadi aku cepat cepat bergegas ke kawasan seterusnya daripada nanti aku berlaga laga ponggong dengan dia orang.


View kawasan pertama dari kawasan ke 2 di Yehliu Geopark

Untuk sampai ke kawasan ke 2, ada laluan khas disediakan. Pengunjung memang kena lalu laluan tu dan tak boleh suka suka hati potong ikut batu batu sebab batu batu semuanya di tanda sebagai laluan merbahaya.

Kalau dah ramai dan laluan pun sempit, tau tau je lah.

Sudahnya jadi macam ni.

Penuh dengan payung. Sampai nak menusuk mata. Tapi sempat jugak la aku tumpang berteduh seminit dua. Sempat la senggol senggolan laga laga pinggul.

Ni kawasan formasi batu batu di kawasan ke 2. Ianya terpisah dengan air laut dengan kawasan yang pertama tadi tu

Di tepi laluan menuju ke kawasan ke 2 ada satu statue seorang lelaki yang di namakan Statue of Lin Tianzhen

Ada cerita di sebalik statue tersebut.

Sebelum kawasan geopark ini dibuka, Yehliu adalah tempat pesisir laut yang terbuka tanpa jagaan keselamatan. Pada tahun 18 Mac 1964, sekumpulan pelajar telah melawat kawasan itu dan seorang pelajar bernama Chang Guoquan telah jatuh ke dalam laut. Seorang nelayan tempatan, Lin Tianzhen, terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan pelajar tersebut malangnya, kedua-dua mereka mati lemas.

Dari cerita itu lah, Presiden Chiang Kai-Shek memberi perintah untuk membina sebuah statue peringatan dalam mengenang jasa Lin Tianzhen. 

Kisah keberanian beliau ini juga telah diterbitkan dalam buku buku teks sekolah di Taiwan sebagai contoh yang perlu diteladani.

Sedih tak?

Nah kesat airmata.

* hulur tisu jamban satu gelung

Kawasan teluk di bahagian ke 2 ditumbuhi dengan pokok pokok renek

Dan di sini la letaknya simbol utama tarikan Yehliu Geopark ini iaitu Queen's Head !

Nampak? Macam aku cakap, formasi formasi ni kena tengok dari sudut tertentu baru nampak. Kalau dari depan macam ni tak de memberi erti sangat

Dan ini orang yang beratur sebab nak dapat sisi penampakan kepala Queen tu

Yezza. Dari sini buleh nampak dah. Queen memakai turban.

"Ah Ah Ah.. No no no... Bukan Yuna tu !"

* gaya Queen Latifah

Queen's Head merupakan formasi yang paling terkenal di Yehliu Geopark ini. Ia merupakan sebuah cendawan batu yang terbentuk akibat hakisan yang disebabkan oleh air laut dan angin. Dari penilaian yang telah dibuat, batu ini berusia sekitar 4,000 tahun.

Yang dikenali sebagai "Queen's Head" adalah gelaran kerana pembentukan yang terbentuk seperti sisi wajah Queen Elizabeth.

Namun begitu, ada yang berpendapat, Queen's Head ini lebih kepada pembentukkan wajah Nefertiti, iaitu Permaisuri Agung yang juga merupakan isteri Firaun yang bergaya seperti memakai turban di kepalanya.

Queen's Head

Untuk tidak menghampakan dan bagi yang malas. Nah !

Queen Nefertiti. Sumber : Google

Memang beratur nak bergambar dari sudut paling tepat. Tapi aku ambik dari sisi sisi jer. Malas la aku nak beratur dan menunggu. Orang pun makin ramai.

Belah lain formasi Queen's Head dan orang beratur nak bergambar

Lepas dapat gambar Queen's Head ni aku memula nak usha di kawasan terakhir berdekatan dengan hujung cape ni.

Ada kawasan bukit di hujung iaitu kawasan ke 3.

Tapi sebab cuaca makin panas, aku decided nak blah je lah.

Cukup la kot apa yang aku tengok kat sini.

So aku patah balik ikut laluan tadi semula.

Ni hakisan pada batu batu di tepi laut

Hakisan yang membentuk lubang

Selesai di bahagian bawah tu, aku naik dan bergerak semula ke entrance masuk tadi.

Di bahagian atas, kalau sesiapa yang malas nak turun ke bawah untuk tengok Queen's Head tadi, ada area yang dibina replika ni.

Kawasan Queen's Head. Untuk yang malas nak gi berpanas panasan

Ni replika jer. Bukan 1 tapi ada 2.

Dah abis pusing pusing dalam kawasan Yehliu Geopark ni, aku pun keluar.

Dah abis la lawatan aku ke sini. Nak siap siap ke tempat lain pulak dah.

Sempat aku singgah di Visitor Information Center (VIC) nak tanya pasal pergerakan aku seterusnya.

Dalam VIC tu kalau ada dua tiga orang, mesti sorang boleh cakap English so tak de masalah. Aku tanya dia orang bas yang aku perlu naik untuk ke destinasi aku yang seterusnya Jinguashi.

Aku ada info yang aku dah ambik kat internet, tapi aku just nak confirmation dari dia orang jer. Dan ternyata dia orang memang advance !

Mungkin route yang aku nak pegi tu memang dah terkenal, jadi dia orang dah prepare kertas rujukan ni.

Senang dan mudah kerja aku.

So dari Yehliu Geopark ni, aku akan bergerak ke Jinguashi dan Jiufen.

Kalau ikut kertas panduan tu, aku kena patah balik ke simpang aku turun bas tadi, ambik bas No 790 ke Keelung City. Dari Keelung City nanti aku kena ambik bas lain No 788 terus ke Jinguashi.

Mudah !

Tapi sebelum patah balik ke simpang luar, elok aku jalan jalan dulu usha kawasan sekitar Yehliu Geopark ni.

Kat depan entrance ni macam ada show arena siap pertunjukan dolphins lagi. Tapi aku tak masuk pun.

Ada jugak Assoh Assoh berniaga di gerai kat parking. Memula nak beli air tapi macam mahal sangat harganya. TWD 60/RM8. Mahal la tu kan? Dia ingat jual mahal mahal buleh gi Haji agaknya

Rata rata dia orang banyak jual buah buahan

Siput pun ada. Tak tergamak la aku nak makan. Tapi ada orang cakap sedap dan kena cuba. Tapi.. errrrr.... Tak pe lah. Aku pass jer !

Dah abis usha usha kawasan. Mari menapak balik ke simpang jalan.

Bagi aku Yehliu Geopark ni wajib datang kalau ke Taiwan. Perjalanan tak jauh dari Taipei. Naik bas pun senang dan tambang pun murah. Entrance fee pun tak mahal mana. Tempat memang menarik. Cuma bertabah la kalau kebetulan ramai geng geng Chinese Mainland datang berombongan ke sini.

Kawasan parking depan entrance Yehliu Geopark

Mural Queen's Head telah dilukis didinding bangunan sekolah ni.

Menapak ikut laluan arah datang tadi

Sempat singgah di Family Mart beli air. Dahaga. Beli air kata sini lagi murah.

Masa aku berjalan ni aku perasan ada 4 orang budak Melayu. 2 lelaki 2 perempuan. Aku dengar je dia orang borak tapi dia orang baru sampai. Berjalan sambil berposing tepi jalan tu.

As usual, aku tak tegur dan buat tak tahu jer.

Hiks.

Segan la nak tegur. Lagipun... where are they from again? Malaysia? Where is that? Hello? Sono nato e cresciuto in Italia. Sono Italiano ! You know, you buat donno?

Aiyak ! Klepek.

* tetiba kena ketuk dengan sudip

Sampai di simpang jalan dan cross. Tunggu belah sana balik untuk ke Keelung City.

Seperti yang di nyatakan tadi, ambik bas 790 menuju ke Keelung City. 

Dalam bas menuju ke Keelung City. Tambang bus TWD 30/RM 3.80

Lebih kurang 20 minit perjalanan, akhirnya sampai di Keelung City

Aku usha usha dulu kawasan Keelung City ni.

Terletak di bahagian utara pulau Taiwan, Keelung pada awalnya dipanggil Jilong, yang bermaksud reban ayam. Nama ini kemudian ditukar kepada Keelung yang bermaksud "tanah yang kaya dan makmur".

Bandar ini memiliki keluasan 132.7589 kilometer persegi tanah, 95% daripadanya adalah berbukit. Keelung City ini dipisahkan oleh daerah daerah dan bandar-bandar yang lain oleh gunung di sebelah timur, barat dan selatan. Cuma bahagian utara sahaja yang menghadapi laut dan menjadi pelabuhan laut dalam yang besar sejak zaman dahulu lagi.

Disebabkan oleh kedudukan Keelung yang dikelilingi oleh gunung, komunikasi antara Keelung dan bandar bandar lain tidak berapa bagus dan pengangkutan masih belum maju pada ketika dulu dan bandar Keelung ini terasing dari pembangunan dibandingkan dengan kawasan kawasan lain di Taiwan ini. Sehingga la ianya menjadi bandar pelabuhan antarabangsa dan menjadi tumpuan kapal kapal dagang dunia hingga menarik ramai pelawat ke sini.

Aku tak explore banyak tempat time tu sebab tak nak buang masa. Tapi aku fikir nanti on the way balik dari Jinguashi dan Jiufen, aku boleh singgah ke sini sekali lagi.

Kawasan tepian laut di Keelung City

Pelabuhan

Signboard Keelung di atas bukit

Keelung City Main Station

Nampak macam menarik jugak cuma cuaca je macam tak tentu hala. Tadi kat Yehliu punya la panas, sampai kat sini tetiba mendung berarak kelabu lak dah. Tiba tiba hujan mulai turun membasahi bumi Keelung ni.

Isk.

Ini tak boleh jadi !

Masa tetap terus berdetik dan aku masih menyimpan hasrat untuk menyudahkan agenda aku seperti apa yang aku telah rancangkan !

Masih !



Tik.. tik.. tik..
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik.. tik.. tik..
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

bersambung.............. 

14 comments :

  1. Replies
    1. lama dok makang buoh nona ni owk.... tapi buah buah kat taiwan ni sungguh bayok di jual tapi harga memang cekik darah... mahal ge bedil

      Delete
  2. I always find comfort and entertainment from your writing on your traveling experiences..everyday i look forward to read your experiences either in travelling or in food advantures.. not to mention the sometimes quirky remarks and how easy you make fun of yourself.. Keep up the good work dear Meng! And not forgetting ending always comes with a nice song...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u Liza. I appreciate ur comment.

      I am flattered that u actually like my merapu skills di sini. Thanks again... :-)

      Delete
  3. adik meng.
    syukurnyer dapat baca dan tengok gambo dalam blog nih
    terseksa akak weh selama nih baca blog TANPA gamba...haha *drama

    buah nona itu besar
    siput itu berbuih..maka tayah la makan..suspen pulak nengoknyer..
    tu je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kenapa gambar tak keluar kah sebelum ni????

      dulu buah nona tu ada kat perigi kat hujung kampung saya.. pokok dia org kata ada hantu.. jadi kami kalau balik ngaji sanggup lalu jalan jauh sebab takut hantu pokok nona..

      demikian cerita misteri dari kg saya.

      Delete
  4. meng, bas yg ko naik pi keelung city tu, ade announcement in english kah? ke ade tulis next stop kat lcd screen kat depan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bas tak de. train ader.. yang lcd tu cuma tulis destinasi terakhir jer... yang lain2 semua tulisan cina.

      Delete
  5. siput tu ko makan buat la ala ala siput sedut...kekekeke

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. siput sedut sedap jugak kalau kena cara masakannya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...