Monday, February 15, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 12 : Alishan Forest Railway (Chiayi to Fenchihu)

Pagi hari ke 4 aku bangkit awal seperti yang aku plan.

Tapi sebenarnya aku bangkit lebih awal dari apa yang aku plan.

Tengah aku membuta dengan enak dan berdengkur dengan riang, tiba tiba aku dengar pintu bilik aku di ketuk berkali kali.

Memula aku sahih mesti salah ketuk bilik ni, so aku buat tak pedulik je la. Aku biarkan je dia ketuk. Aku agak salah bilik la tu, sapa nak cari aku pagi pagi buta kat sini?

Tapi ketukan pintu tu tak berhenti henti !!!!

Dengan mamai mamai aku bangun bukak pintu.

"Hello..."

Ada sorang perempuan berdiri di muka pintu.

Memula dia cakap Chinese. Aku geleng geleng kepala then dia cakap English, aku tak faham apa ! Sebenarnya aku macam faham cuma malas nak mengiyakan.

"Are you alone?"

Dia ulang berkali kali. Aku dah syak benda bukan bukan ni.  Terus aku geleng kepala dan tutup pintu. 

Sambung tidur then bila tersedar balik semula terasa macam mimpi tapi aku confirm yang pintu bilik aku memang di ketuk dan ada sorang perempuan tadi berdiri di situ. Tapi aku dah tak ingat apa dia mau.

Tak fikir banyak, tengok jam dan bingkas bangun. Hari ni hari penentu !!!!!

Pekan Chiayi di waktu pagi

Aku bangun dan terus mandi dan bersiap siap. Rasa nak memerut tapi tengok toilet tak de paip pulak buat hajat aku terbantut.

Tahan lagi lah. Dah berapa hari tak berak ni? Mahu kalau terkentut ada yang pengsan koma mulut berbuih !

Dah settle semuanya, aku terus keluar dari hotel aka rumah tumpangan tu. Nak kata rumah pelacuran pun ada jugak. Hahahaha. Tapi tak pe lah. Nasib baik tak de apa apa yang buruk berlaku. Lagipun aku cuma tidur kejap je dan tu je bilik paling murah aku jumpa. Harga dia RM 80 semalam. Sebenarnya aku suka je bilik tu, kemas dan lengkap. Cuma ambiance la macam tak berapa sesuai.

Sofea Jane tengok pun mesti rejek nak shoot kat sini !

Lupakan je la apa yang berlaku, janji aku dah selamat bermalam.

Masa aku check out Makcik tu tak de. Tak de orang pun kat kaunter, aku tinggalkan je kunci kat situ dan blah ke arah train station Chiayi.

Hotel semalam

Pagi masih lengang

10 minit berjalan aku sampai di station Chiayi

Ni bus station Chiayi kat sebelah. Kalau tak dapat naik train nanti, last resort aku terpaksa ambik bus ke Alishan je nanti

Masa aku sampai pagi tu, ada seorang lelaki tengah berdiri kat tingkap jual tiket tu sambil sambil dok browse iPad dia.

Aku beratur belakang dia, aku assume dia just lepak kat situ je lah. So kiranya aku orang pertama la yang sampai pagi ni. Kalau benar bagai di tulis tu, ada 1 tiket je lagi, boleh la aku grab nanti !

Yahooo !

Dah start nak tersenyum senyum ni.

Aku duduk kat jauh sikit sebab nak hisap rokok

Waktu tu baru pukul 7.30 pagi, kaunter tiket bukak jam 8 pagi.

Tengah aku hisap rokok kat luar kawasan train station tu Aku duduk kat tepi tembok hisap rokok. Dekat dengan train station tak leh smoking. Kena smoking di luar kawasan merah yang di tanda di depan station.

Ada pulak pak guard ni datang tanya aku dah borak borak. Dia tanya aku nak gi mana bla bla bla. Aku jawab je lah, aku nak beli tiket nak gi Alishan National Scenic Area apa semua.

Pastu sambung hisap rokok.

Bila aku pandang balik kat kaunter tu, dah ada orang beratur. Bukan sorang tapi 3 orang ! Dan mamat tadi yang paling depan !

Cis !!!!!!!!!!!!

"Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

* melompat dengan aksi somersault berputar dan terus masuk barisan untuk beratur.

Hish. Tak boleh jadi. Pak Guard tadi la ni sibuk nak bermesra alam dengan aku, dah aku alpa kejap. Nasib baik baru 3 orang kat depan, kalau lebih cemana? Tekuburlah harapan aku nak dapat tiket. Tapi kalau dia orang ni beli banyak cemana?????????????

Jeng Jeng Jeng........................

Jadual train

Bila aku beratur dan ambik posisi ke 4 dalam barisan tetiba ramai pulak yang sampai.

Dan masing masing terus masuk line belakang aku. Memula barisan tu memanjang dari depan ke belakang hingga menutup laluan, tapi lepas tu pak guard datang suruh beratur memanjang ke tepi so tak la menghalang orang nak masuk dalam station.

Dan dan tu masa aku beratur ada sorang nyonya tua ni sibuk bercakap dengan aku. Aku tak pasti dia cakap apa, tapi aku syak samaada dia nak jual tiket dia atau dia suruh aku naik bas !

Ada sindiket orang orang di sini yang beli tiket awal awal dan jual balik kat orang lain. Sebab tiket ni kan macam pisang goreng panas, so ada je la yang nak menanguk di air yang keruh.

Lepas nyonya tua, pastu datang pulak Apek. Aku rasa modus operandi yang sama.

Setiap orang dia tanya. Tapi dia tak pandai English so dia tak leh nak borak lama dengan aku. Aku pun nak tanya orang lain tak tau nak tanya sapa. Masing masing jiwa kental je malas nak layan. Kesian jugak kat Apek tu cakap sorang sorang.

Nenek dan Apek ke dua dua nya gagal mencari pembeli tiket. Kaunter belum di buka. Orang makin ramai beratur belakang aku.

Tiba tiba makcik Pink muncul !

Memula dia cuba cuba bercakap dengan aku.

Aku syak dia nak suruh aku belikan tiket untuk dia.

"I am sorry. You need to queue up as well. It is not fair if I buy you ticket bla bla bla...."

Confiden level aku tinggi kan? Macam tu aku ingat yang makck ni nak. Rupanya dia pun sama. Nak jual tiket dia !!! Dan makcik ni ada skill yang lebih power. Sudahnya minah depan aku termakan kata kata dia dan dia beli 2 tiket dari makcik tu.

Aku tak pasti berapa harga.

Dan lagi haru, minah belakang aku pun turut sama terbeli dengan dia. Aku tak pasti berapa tiket yang dia ada. Dan aku rasa alasan utama dia adalah, tiket yang ada di jual semua dah abis seat ! Nak kena berdiri lagi for 2 and half hour??? Argh !

Sebab tu dia orang opted for tiket yang ada reserved seat dengan makcik ni.

Kudos makcik ! Mesti dah selalu sangat buat keje macam ni dah tau dah cemana nak tackle pembeli !

Tepat jam 8 pagi kaunter tiket pun di buka.

Depan aku cuma ada seorang lelaki yang mula mula tu jer.

Aku berdoa dia beli pukul 10 pagi so aku boleh ambik tiket yang pukul 9 tu.

Dan sangkaan aku meleset. Dia beli yang 9 pagi tu jugak !! 

"Can I get a ticket at 9 o clock?"
"No shit"
"Sorry?"
"No shit"
"U mean no ticket to Alishan?"
"Have ticket. No shit"

Aku blank kejap dengan pakcik ni.

"What about 10 o clock?"
"10 o clock got shit"

Then dia angguk angguk.

"Oh.. you mean 9 O clock got no more seat?"
"Yes.. No shit"

Kan.. Shit la sangat ! Aku baling tahik atas muka baru tau. Aku ni dah la nak terberak ni !

Sebab aku malas nak seksa kaki aku berdiri, so aku ambik yang pukul 10 punya. Yang penting ada SHIT dan SHIT dia tepi tingkap !!

Yeahu.... !

Alhamdulillah dapat tiket

Belah belakang

Harga train tiket adalah TWD 240/RM 32 dari Chiayi sampai ke Fenchihu Station.

Lega rasanya dah dapat tiket. Tapi train aku pukul 10 pagi. Sekarang ni baru pukul 8 pagi. Mana aku nak pegi ni?

Terus datang idea aku nak gi breakfast. Lepak lepak minum coffee dulu meraikan kejayaan mendapat tiket Alishan Forest Railway train ni.

Usha usha jumpa kedai 85C ni. Aku dah nampak few times kedia ni dan aku tau dia jual coffee dan cakes !

Dan aku pun dengan mewahnya breakfast makan cakes dan minum coffee !!

Yang bestnya, ada wifi free. So aku boleh berhubung dengan orang orang tersayang sambil dok study sikit apa yang perlu.

Lama pulak nak menunggu 2 jam tu. Last sekali aku gi buat muka tak malu mintak air panas kat kaunter cafe tu dan aku makan maggie cup !

* chicken dance sambil kentut bau kari.

Boleh la alas perut untuk hari ni.

Agak agak 15 minit lagi nak pukul 10 pagi aku menapak semula ke train station.

Train Station Chiayi

Masa aku sampai sini semula kat kaunter tiket Alishan Railway train tu masih ada yang beratur. Tak pasti dia orang nak beli tiket untuk hari esok ke apa. Tapi ticket untuk hari ni memang dah abis.

Tapi aku rasa, dia orang still jual jugak tiket bagi yang nak naik tapi memang NO SHIT lah. Masak la nak kena berdiri ! Kalau kental... henjut je lah. Jangan kaki cramp sudah.

Nyonya pakai topi tu masih mencuba nasib nak menjual tiket dia

Option lain kalau tak dapat naik train ni adalah naik bas. Tiket beli kat bus station kat sebelah train station ni. Bus banyak dan laluan dia terus sampai ke Alishan NP nanti. Kalau naik train ni, cuma sampai ke Fengqiu Station saja, dan lepas tu kena naik transport lain jugak nak sampai ke Alishan tu.

Kalau sesapa yang tak dapat beli tiket train ni masa nak naik ke Fenchihu Stn tu, boleh cuba beli on the way turun dari sana. Maybe dapat ticket.

Untuk transport details and options ke Alishan sila refer sini : Alishan Transport

Platform

Alishan Forest Railway train ni ada platform dia sendiri kat belah tepi

Menunggu dan menanti

Train pun dah sampai !!!

Duduk la mengikut seat masing masing. Train dia wide window so boleh tengok keluar dengan jelas la. Lebih menarik kalau dapat window seat ! Seat dalam train adalah 2 - 1.

Semua orang jelas kelihatan excited bila train mula bergerak meninggalkan Chiayi Station.

Ini la train yang di idami ramai untuk di naiki. Salah satu train yang offers scenic view kepada penumpangnya !

Choo ! Choo ! Choo !

Train pun mula bergerak.

Alishan Forest Railway train merupakan jaringan rel keretapi sepanjang 86 km of 2 ft 6 in (762 mm) narrow gauge yang bergerak dari station Chiayi ke kawasan resort percutian Alishan Natinal Scenic Area. Laluan keretapi ini pada asalnya di bina untuk aktiviti pembalakan hutan dan kini menjadi salah satu tarikan pelancongan. Jaringan keretapi ini merentasi laluan unik, 50 buah terowong dan lebih 77 buah jambatan batu merentasi pergunungan di daerah Chiayi.

Laluan sempit itu pada asalnya dibina oleh Kerajaan Jepun pada tahun 1912 untuk memudahkan pembalakan kayu Cypress dan Taiwania. Keretapi ini mula memiliki gerabak penumpang pada tahun 1918 dengan menggunakan kuasa lokomotif Shay dibeli dalam kondisi terpakai dari Kiso Forest Railway di Jepun.  

Pada 1980-an, 10 lokomotif diesel-hidraulik Hitachi telah diguna dan menggantikan rail cars lama dengan enjin wap.

Beberapa kemalangan telah berlaku dan menyebabkan kematian sepanjang operasi keretapi ini dimulakan.  Pada 24 April 1981, sebuah terowong yang runtuh mengakibatkan sembilan orang mati dan 13 cedera. Pada 1 Mac 2003, 17 orang terbunuh dan 156 cedera apabila kereta api tergelincir berhampiran Stesen Alishan. Pada 27 April 2011, 5 pelancong termasuk tiga dari tanah besar China, terbunuh dan 113 orang cedera dalam kemalangan keretapi tergelincir.

Laluan keretapi ini telah rosak teruk pada tahun 2009 akibat Taufan Morakot. Beberapa tahun operasi laluan ini tergendala kerana kerosakan yang tidak dapat dibaikpulih. Hinggalah pada Januari 2014, laluan ini di buka semula yang menghubungkan Chiayi Station sehingga Fenchihu Station.

Di khabarkan, operasi laluan Alishan Forest Railway ini akan mula beroperasi sepernuhnya dari station Chiayi terus ke station Alishan bermula 25 Disember 2015.

So masa aku naik hari tu memang sampai separuh jalan je. Sampai station Fenchihu. Lepas ni sapa sapa yang dapat naik ni boleh terus je sampai ke Alishan Station.

Layan gambar sepanjang laluan dari Chiayi ke Fenchihu !

Station hentian keretapi yang masih mengekalkan senibina zaman Jepun. Ramai je yang berada di station setakat nak lambai lambai kami yang dalam train ni. Tetiba rasa macam bintang filem Taiwan.

Ladang nenas

Lembah dan lurah

Padang dan kampung kampung

Perjalanan

Keretapi mula mendaki kawasan bukit bukau dan pergunungan

Gunung ganang

Keretapi api ni bergerak tak berapa laju. View memang lawa kalau cuaca terang. Yang paling aku bosan adalah suara makcik baju kuning ni !

Sepanjang perjalanan dia membebel.

Masalahnya dia bebel apa pun aku tak faham !

Tapi kacau je mood orang nak melayan perasaan. Sudahnya baik je aku sumbat telinga daripada melayan makcik tu yang agak obses nak berkata kata. Layan mata nak kasik lena dulu.

Layan view sepanjang jalan. 

Aku perasan banyak di tanam pokok pinang di lereng lereng bukit ni

View

Kehijauan gunung ganang

Melalui beberapa perhentian. See sapa duduk dalam train ni terasa macam bintang pilem okeh.... orang nak ambik gambar.

Ada beberapa penumpang yang naik dan ramai juga yang berdiri di tepi landasan untuk ambik gambar !

* tetiba aku feeling feeling retis Taiwan !

Kena pandai nyanyi lagu Cina neh nak hiburkan rakyat Taiwan.

Asal lalu je orang ambik gambar. Ada orang lambai lambai. Macam binatang dalam zoo pun ada bila fikir fikir balik.

Tapi view agak lawa. Tak de la selawa train di Sri Lanka yang aku pernah naik dulu tu tapi OK lah train ni.

Dan penumpang dalam train masing masing tak melepaskan peluang snappy keindahan alam di luar

Train bergerak merentasi lereng lereng bukit dan pergunungan

Ni yang naik di perhentian tadi. Ada yang berdiri. Nasib la kan?

Pemandangan berkabus dan cuaca tak berapa cerah

Bukit bukau kelihatan

Paling tak leh blah mamat ni dokong anak dia sepanjang perjalanan.

Ada sekali aku panggil dia ke belakang nak bagi seat aku sebab aku tengok orang lain buat tak tahu jer. 

Tapi mamat tu tak nak. Sebab wife dia ada duduk kat tangga train tu.

Tak nak sudah la kan? Aku boleh layan mata !

Makcik ni hyper betul. Tak duduk diam. Kejap ke kiri. Kejap ke kanan nak ambik gambar. Pastu paksa anak dia tengok view.. walhal anak dia ngantuk. Sian budak tu. Last last terkulai kepala membuta.

View boleh tahan la. Hutan dan ada ladang ladang teh 

Laluan mula melalui kawasan tinggi

Dan kabus mula memenuhi suasana

Apa pun tak nampak, aku pun buka bekalan dan makan roti yang di bawa khas dari tanah air tercinta !

Laluan yang di lalui oleh train ni. Nampak tak track keretapi yang berpusing pusing macam ubat nyamuk tu? Tu semua time nak mendaki tadi

Cuaca mula berkabus dan tak nampak apa apa. Masa ni mula la aku fikir, beriya ria kalau dapat tiket tapi view tak nampak apa pun tak seronok juga !

Kan?

Rasanya macam keretapi bergerak di lereng bukit dan agak mengerikan kalau cuaca cerah dan boleh nampak.

Duduk je la diam diam tengok cuaca berkabus macam ni

Dan akhirnya setelah 2 jam perjalanan dengan train ni, keretapi berhenti di station Fenchihu.

Train akhirnya tiba

Semua penumpang mula keluar dari perut keretapi.

Aku yang paling last sekali. Keluar dan perhati sekeliling. Haram tak nampak apa.

"Cing kanatang boe boooo ...   Cing kanatang boe boooo ...."

* feeling feeling buat video clip dengan effek kabus di Fenchihu....

Biar salah lirik janji konfiden level tinggi !!!



Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo
Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo

duo me shu xi de sheng yin
pei wo duo shao nian feng he yu
cong lai bu xu yao xiang qi
yong yuan ye bu hui wang ji

mei you tian na you di
mei you di na you jia
mei you jia na you ni
mei you ni na you wo

jia ru ni bu zeng yang yu wo
gei wo wen nuan de sheng huo
jia ru ni bu zeng bao hu wo
wo de ming yun jiang hui shi shi me

shi ni fu yang wo chang da
dui wo shuo di yi ju hua
shi ni gei wo yi ge jia
rang wo yu ni gong tong yong you ta

sui ran ni
bu neng kai kou shuo yi ju hua
que geng neng ming bai ren
shi jian de hei bai yu zhen jia

sui ran ni
bu hui biao da ni de zhen qing
que fu chu liao re chen de sheng ming

yuan chu chuan lai
ni duo me shu xi de sheng yin
rang wo xiang qi
ni duo me ci xiang de xin ling
shi me shi hou
ni cai hui dao wo shen pang
rang wo zai he ni yi qi chang

Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo
Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo
Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo
Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo

duo me shu xi de sheng yin
pei wo duo shao nian feng he yu
cong lai bu xu yao xiang qi
yong yuan ye bu hui wang ji

mei you tian na you di
mei you di na you jia
mei you jia na you ni
mei you ni na you wo

duo me shu xi de sheng yin
pei wo duo shao nian feng he yu
cong lai bu xu yao xiang qi
yong yuan ye bu hui wang ji

Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo
Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo
Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo
Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo

Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo
Ciu kan tang boe bo Ciu kan tang boe bo

bersambung......................

10 comments :

  1. Tak dapat pegi..... Baca pengalaman uncle n tengok pic pun jadi laaa... #seronok.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada rezeki buleh la pegi nanti. cuma moga2 cuaca tak seburuk ni jer la

      Delete
  2. wahh suasana mcm citer seram hantu cina....kekekeekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau hantu cina muncul. makan kentut aku je la sebab kalau sakit perut dan terkejut.. sure auto kentut terlepas...

      Delete
  3. Aiyooo..x pasal2 ko kena shit ngan pakcik tue Meng? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. ingat kan memula dia marah aku.. nasib aku tak maki dia balik

      Delete
  4. Menatang apa mu tulis lirik tu Meng. Wo-men pu mimpai...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...