Thursday, December 1, 2016

Jom Makan : Insaf Baru, Jalan TAR KL

Restoran Insaf Kuala Lumpur 2016.

Banyak kali dah try sini. Kalau berada di area ni mesti teruja nak makan kat Insaf. Dah makan terus Insaf !

Pasti tahu kan kenapa?

Tapi orang kata tak serik serik. Panggilan kuat sangat nak gi makan sini so tak boleh nak salahkan sesapa.

Selalunya aku gi makan kat yang Restoran Insaf sebelah A&W tu, tapi hari tu try makan di restoran Insaf yang satu lagi. Restoran Insaf Baru. Nak kata baru tak lah baru.. tapi baru pada cawangan yang sebelah A&W tu. Tapi masih terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman juga. Masih sama cuma selang beberapa buah kedai jer.

Restoran Insaf KL

Jemput masuk !

Suasana dalam resto. Masih belum ramai orang

Dapat seat dan menunggu waiter mereka datang !

Usha menu dan bagitau apa yang nak di makan.

Menunggu mereka siap hidangkan apa yang dipesan

Sebenarnya aku bertiga. Tapi yang member sorang tu lambat pulak tiba. Mana ntah dia gi merayap cari barang kat kedai kedai kat area situ, so kami berdua ni order dulu.

Macam biasa. Beryani ayam menjadi pilihan.

Beryani ayam goreng

Beryani ayam madu

Di hidangkan dengan Acha Septriasa timun manis

Dan kuah dhal penambah selera

Nom nom nom.... makan dengan berselera. Rasa tetap sama.

Air tidak di lupa. Order Jus Mangga kebanggaan dis ini. 

Last sekali member sorang lagi pun sampai. Ni hidangan untuk dia.

Overall food tasted good ! Macam biasa. one of the best beryani in town.

Suasana restoran better than yang lama. Yang sana macam buruk sikit, yang ni tak de la nampak baru tapi ruang lebih luas dan selesa. Aircond pun cukup cukup di rasa.

Service macam biasa. OK lah.

Kenyang makan. Alhamdulillah.

Cuma harga yang kami makan semua atas tu? RM 82 !

Lepak kat luar merenung masa depan.

Boleh tahan lah bersandar sambil mengenangkan rasa penyesalan.

Keluar dan basking depan restoran sambil tadah bekas................

"Insaf lah wahai manusia..... jika diri mu bernoda................"

Tapi pilihan di tangan kita. Nak tak nak ikut selera tekak dan bajet sendiri. Sekali sekala boleh la. Sedap memang lah sedap tapi mahal memang tak boleh nak cakap lah. Pasrah je lah.

Keinsafan datang lagi untuk waktu waktu akan datang yang tak pasti ntah bila lagi mampu ke sini !

RESTORAN INSAF KUALA LUMPUR
116/158, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur,
Phone 03-2693 9737 /+60 3-2691 2806

Di buka setiap hari 10:30AM–9PM

Sebagai bonus layan gambar sekitar Jalan TAR.







Selamat bertandang ! 

20 comments :

  1. Asal mahal sgt abg meng..sy baca pon terinsaf skali hiks..agknya berapa laaa sepinggan nasi beriyani tu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai je org tau harga dia memang mahal. tapi selalu tak leh nak stop utk terus gi makan kat situ.

      tapi tak pe la makanan dia memang agak sedap pun

      Delete
  2. Replies
    1. insaf sekejap. lama kang pegi pulop... heheh dok serik

      Delete
  3. member ofis prnah makn kat isni mmg insaf nak mkan lagi hik hik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..... tak pe. kang lama teringat dia pegi la balik. pastu insaf lagi sekali

      Delete
  4. favourite aku ni meng.. atleast sebulan sekali mesti kena pegi. hehehe.. mango juice terbaik.. lauk aku ayam goreng dgn kuah madu mintak extra. sedappppppp. wiken ni kena pegi laaaa.. terliur tgk gambar. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh. sebulan sekali pegi.. have have..

      cuba try makan nasi beryani tajuddin pulok. aku dah try. sedap jugak dan paling penting murah.

      Delete
  5. last time pergi, nasi beriyani ayam RM12, sekrg entah brp RM..dah lama x gi..
    terliur pulak, rasa nk gi lunch time ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg rasanya rm 16.

      selagi org pegi selagi tu la dia boleh bertahan... ada je la org suka dan akan terus pegi tu walaupun harga semakin mahal

      Delete
  6. pernah bawa FIL makan kat sini, terus taubat nasuha orang tua tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa.... apa komen dia? sedap ke tidak? kalau sedap tak pe lah. kalau tak kena dengan selera. pastu mahal pulak tu memang naya.

      Delete
  7. mahal boleh tahan! br nk plan nk pg makan sana..hahaha

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. bukan boleh tahan. tak boleh tahan... mencanak canak harga dia

      Delete
  9. Selalu lalu je dpn resto ni, x pernah masuk pun, tpi mcm nk p try mango juice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mango juice dia memang sedap.. tapi mahal gak la... style lassi pekat pekat tu

      Delete
  10. Mahal pun sedap. Aku tak pernah insaf. Tetap akan makan di sini hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau org insaf baca ni aku harap dia bagi kau meal free. loyal customer ni...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...